“Malangnya Bernama TV yang
dicetuskan berikutnya tanpa perundingan dengan saya, ketika saya menjadi
menteri penerangan oleh seorang yang diberikan kepercayaan kerana kepetahan
bercakap, pandai merancang, melobi dan membuat orang rasa "kembang" telah
menyebabkan kerugian berjuta ringgit yang terpaksa ditanggung oleh Bernama
hingga sekarang dan masih dalam usaha penyelesaian.
Mulanya Bernama TV ini
hanyalah sebagai pembekal berita kepada Astro, tetapi tercetus idea "
fantastic" yang tidak berasaskan kepada realiti untuk mewujudkan
Channel Berita TV Bernama menerusi penswastaan, tetapi oleh kerana
pencetus idea ini tidak berpengalaman sebagai wartawan, sebaliknya pandai
ber"gendang kosong" maka ianya tidak praktikal dan berjuta wang
rakyat menjadi korban kecuali memberi faedah kepada diri sendiri.
Mungkin kalau sekiranya bekas-bekas
wartawan seperti Abdul Rahman Sulaiman, Rejal Arbi, Jalaluddin Bahauddin atau
Syed Jamil menjadi Pengerusi Bernama masa itu, maka besar kemungkinan bencana
ini tidak berlaku kerana kesedaran terhadap penyalahgunaan kuasa dan wang
rakyat selalu menjadi bahan kritikan dan penulisan mereka.”.
Mengikut pendedahan yang telah dibuat oleh Blogger Kuda Ranggi Anuar Zaini Perlu Tanggung Jawab ) individu yang dimaksudkan Zam ialah
Tan Seri Anuar Zaini rakan karib Pak Lah yang cukup berpengaruh ketika itu. Anuar Zaini telah dilantik sebagai Pengerusi
Bernama walaupun beliau bukan berlatarbelakangkan media. Bernama TV yang
berhutang kurang lebih RM10juta kepada Bernama menghadapi kerugian besar sehingga
terpaksa dibailout oleh Kerajaan demi menutup kudis pentadbiran terdahulu.
Begitulah selalunya apabila terdapat
mereka-mereka yang rapat dengan PM konon the inner circle yang boleh berbisik
dan melangkah kepala-kepala pentadbir dan menteri yang dilantik. Kecurangan
hanya akan terbungkang apabila sesuatu perniagaan atau projek Kerajaan itu gagal
dan menanggung kerugian yang besar. Pada masa dan ketika itu terceliklah segala panau dan kurap di badan. Siapa yang
meluluskan dan saluran mana yang digunakan. Badan bernasib baik jika panau dan
kurap dapat diubati. Apa akan jadi jikalau panau dan kurap merebak menjadi kayap dan
kanser sehingga keseluruh badan?. Pada masa itu mereka ini akan lari konon ‘lie low’
bergentayangan di bungalow mewah mereka di luar negara (Australia yang terdekat) hasil
wang rakyat.
Bernama TV adalah contoh typical
kelemahan pentadbiran Kerajaan Pak Lah dan tidak siapa dapat mengatakan tidak,
bahawa pentadbiran Najib juga ada tokoh-tokoh oportunis sebegini yang sedang
berkeliting (bahasa Kedah yang bermaksud berlegar-legar disekeliling mencari
peluang) di sekeliling keluarga Najib untuk ‘hijack’ dan menukar kulit
mana-mana cadangan perniagaan dari usahawan tulin.
Iktibarnya, kejatuhan mana-mana
pemimpin bukan kerana pembangkang tetapi sedikit sebanyak berpunca dari ‘The All President's Men’ yang bersembunyi
di belakangnya mengatasi segala pentadbir yang diberi amanah.
Itulah perlunya pembangkang. Tk kira la dr dalam atau luar kerajaan. Kalau takde pembangkang/pemerhati, orang mcm ni syok songlap duit. Yg tercemarnya pemimpin yg bersih. Tp malangnya pembangkang lebih tamakkan kuasa berbanding menegakkan kebenaran. Depa rasa depa bagus, walhal 2x5!
ReplyDeleteKerajaan patut scan taik2 yg masih dalam kerajaan, kick them out. Buat taik, bawak malu!
Kenapa ZAM tak bantah masa tu dgn letak jawatan. Mana lebih penting - hal peribadi atau hal negara ?
ReplyDeleteInilah nilai menteri-menteri kita - tiada t**** !!!