Blog ini dilahirkan pada 13 October 2008 di bawah runtuhan Tsunami
politik 2008 diatas kesedaran untuk bersuara akibat suara-suara rakyat sedikit sebanyak dipinggirkan.
Kerajaan yang memerintah ketika itu merasa kemenangan besar pilihanraya 2004 seperti
besar kepala dan amat hebat sehingga mencorak kerajaan seperti mencorak hal-ehwal keluarga.
Ingin ditegaskan bahawa suara blog ini adalah suara
konsistant non-partisan. Adakalanya menggigit Kerajaan yang memerintah adakala nya
menggigit pembangkang yang menentang. Sepanjang perjalanan berblogging ini MR
menerima banyak pandangan yang membina, ada juga yang menghina dan ada juga yang
semuanya tak kena. Komen-komen yang diterima ada yang positif ada yang negatif kadangkala sangat buruk untuk disiarkan.
Ramai yang melontar kata blog ini pro pembangkang kerana
tidak membodek dan sealiran dengan kehendak mereka. Ada juga yang melontar kata
pro pemerintah apabila menyuruh Tuan Guru Nik Aziz menonton video Anwar Ibrahim
. Sehingga ada kenyataan yang dibuat oleh sebuah blog yang berbunyi Kenyataan Mummy Rokiah yang menganggap
Nik Aziz perlu untuk melihat sendiri video lucah terbabit seolah-olah
mempersendakan golongan ulama dan orang-orang yang beragama supaya melakukan
dosa kepada Allah susulan posting MR Nik Aziz tidak berhak memberi komen sebelum menonton video tersebut
Itu semua MR tak ambil
pusing kerana yang utama ialah lontaran suara rakyat di atas pagar didengari. Yang mahu
dengar mereka dengar sebaliknya yang tidak mahu menerima mereka buat tulikan
telinga dan buat butakan mata.
Ramai blogger-blogger seangkatan ada yang masih aktif, ada
yang sedang tidur, ada yang sudah ketandusan ilham, ada yang sibuk kerana
dianugerah jawatan malah dukacitanya ada yang sudah mati. Ramai juga yang
bermula dengan seronok-seronok, terikut-ikut dan tidak kurang yang menerima latihan
untuk menjadi cybertrooper dan kini ada yang telah bertukar menjadi mata
pencarian kerana mendapat upahan, imbuhan dan pendapatan tetap hasil berblog.
Ikhlas ingin MR nyatakan di sini bahawa blog ini bukan blog
upahan atau dipelihara oleh mana-mana tauke. Terdapat beberapa blogger yang
menyedut artikel dari blog ini dan dipastekan ke blog mereka tanpa memberi sedikit
kredit pun kepada blog MR. Mereka mungkin ketandusan bahan tetapi dek kerana blog
mesti dihidupka untuk mendapat upahan dari penaja mereka mereka mula mencuri.
MR tidak menegah untuk sesiapa menyedut atrikel di blog ini jika
blog ini mendapat kredit yang sewajarnya.
Tetapi janganlah mencuri dan dalam masa yang sama mendapat upahan hasil
curi. Kalau ikut hukum hudud pencuri dihukum potong tangan. Blogger-blogger PAS
seharusnya sedar hal ini.
Mereka yang cari makan dengan blogging seharusnya banyak membuat
kajian dan rujukan yang tepat bukan sekadar hentam keromo terikut-ikut kehendak
tauke. Tembak tanpa peluru.
Ingatlah otak adalah pemberian tuhan untuk memikir, menganalisa dan menilai. Otak bukan stor simpanan maklumat seperti komputer GARBAGE IN GARBAGE OUT” @ SAMPAH YANG MASUK MAKA SAMPAH LAH YANG KELUAR.
Ingatlah otak adalah pemberian tuhan untuk memikir, menganalisa dan menilai. Otak bukan stor simpanan maklumat seperti komputer GARBAGE IN GARBAGE OUT” @ SAMPAH YANG MASUK MAKA SAMPAH LAH YANG KELUAR.
WASALLAM.
MR, boleh tak memperkenalkan diri Sdr/Sdri kerana ada rasa ingin tahu nak kenal latar belakang yang lebih sedikit daripada yang terlalu singkat yang diketahui. Benar anda mendakwa anda non-partisan tetapi anda tidak boleh non-partisan dari segi politik yang harus memihak kepada kesejahteraan terhadap golongan majoriti.
ReplyDeleteKalu terlalu 'personal/private /peribadi tidak perlu respons.
Namun blog anda kadang-kadang membicarakan sesuatu yang amat menarik, syabas!
Salam Anom 8:51,
ReplyDeleteRamai juga yang telah mengenali MR secara pribadi. Kami juga kerap pi pekena tosai dan apom lenggang. MR juga hadir jika ada jemputan atas diskusi politik atau media sosial. Pernah rakan blogger yang duduk di hadapan MR berbicara topik posting MR (sungguh menarik mendengar komen mereka).
MR lebih suka dinilai atas intipati, kandungan, analisa dan kualiti penulisan MR. Itu lebih genuine dan tidak bias daripada menilai MR atss personaliti MR.
MR juga cuba elak dari menulis pandangan-pandangan yang tidak seimbang atau bias kerapkali untuk mengelak pertimbangan kepentingan sekumpulan kecil dari kepentingan masyarakat umum. Ini yang susah dan sungguh mencabar kepada diri ini.
Ramai rakan-rakan yang mengenali menghormati pendirian ini.
Terima kasih atas pandangan.
MR.
Awat MR takbubuh iklan macam blog Che Detccyang banyak iklan ditempah dari syarikat-syarikat Vincent Tan.
ReplyDeleteAda la asyokkk sikit.....
Teruskan prinsip cara berblog Anda. Ramai blog pro-BN tu pun tak de nilai. Baca satu pun dah cukup mengetahui. Semua Berita sama je sampai memualkan pembaca.
ReplyDeleteMR'
ReplyDeleteBukan penulis blok upahan saja ada'
Tukang pengkomen upahan pun ada.
Tukang Lambong tinggi-tinggi.
Anom 11.06,
ReplyDeleteBukan tak teringin nak letak iklan tapi sedang mencari produk anak tempatan, Halal dan dapat membantu menaikkan branding sesuatu produk. Tetapi malangnya banyak produk kita hanya mengutamakan kesihatan lelaki dan wanita yang kadangkala testimoninya dilakonkan.
Anom 12.34
Blogger sebegini tidak akan mampu bertahan. Mereka harus fokus Misi dan Visi mereka dan tidak terbawa-bawa dengan gelombang maklumat yang tidak sahih.
Sri Merbok,
Itulah yang saya maksudkan "Garbage In Garbage Out". Mereka sebegini akan mudah keciwa dan kelak jika mereka dibayar lebih mereka akan berpaling tadah dan mudah dibeli oleh Anwar Ibrahim dan George Soros.
Biasa la MR depa pun nak cari makan.Dulu masa PRU 2008 BN ketinggalan jauh dalam media baru.Now depa kena kejo le yob..BN selalu lambat kerana tak nak dengor suara kami org muda.
ReplyDeleteTanya sikit, siapa yang kaki mencori tu?PAS ke UMNO?
Saya ikuti penulisan MR, memang hebat kupasan n gaya bahasa yang dgunakan seolah olah pakar bahasa mengatasi Orang DPB n mengatasi Dekan Fakulti Sains Politik semua Universiti....tahniah MR, setiap kupasan amat segar untuk dnikmati jua...
ReplyDeleteJOEZAN,
ReplyDeleteKalau tuan kerap dan rajin menziarahi blog-blog politik tuan akan tahu.
Amer Hamzah,
Status itu telalu besar bagi saya dan usahlah dirangsang ego saya sehingga membuat saya lupa di mana daratan, di mana lautan yang saya pijak.Takut dilambung badai samudera.
Saya hanyalah blogger rakyat dan menulis untuk rakyat kerana saya datang dari rakyat.
Walaubagaimana pun, hasil kerja MR memang Pro berasaskan ilmiah n situasi semasa seolah olah ada satu team yang lengkap strukturnya, dulu Anwar ada IKD untuk mengangkatnya sebagai Pemimpin Ulung lagi Unggul seantera dunia n masyarakat dunia menerima gagasan itu. Dharap jugak MR terus beraksi dpentas maya ini bagi mengisi keperluan dunia. Berbangga saya dgn adanya MR. Tahniah jua, ianya sebagai satu hadiah pada alam maya.
ReplyDeleteMR.
ReplyDeleteDalam bidang penyampaian makulmat yg ideal dan berkesan pada orang ramai ialah jika betul nytakan betul.Jika tak betul atau bengkok nyatakan bengkok atau tak betul.
Baru ada nilai dan kualitinya.
Rakyat bukan tongkoi kayu lagi.Terlalu banyak sumber makumat.
Teringat satu Cogan Kata Sebuah Restoran yg tertulis:
Jika sedap bagi tahu kawan anda.
Jika tak sedap bagi tahu kami.
Selamat maju jaya untuk MR.
Sri Merbok,
ReplyDeleteSaya setuju dengan pandangan tuan. Tetapi betul dan tidak itu juga 'very subjective'. Bagi mereka yang menegak benang basah yang tak betul dipertahannya kata betul demi menjaga kroni mereka.
Tun Daim pernah menulis bahawa Melayu tidak berani bersuara lagi."Kita hanya menyokong dan menerima semuanya secara butatuli. Takut bersuara takut dituduh anti itu dan anti ini.Kita lebih suka untuk tidak diganggu asalkan periuk nasi selamat" Tulis Daim dalam Utusan Malaysia 10/3/1996.
MR
MR,
ReplyDeleteSaya cadangkan MR terbitkan buku a compilation of all ur articles in this blog. That will be very interesting.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete