Sedar atau tidak pada pagi 18 Februari 2013 salah satu sistem jabatan strategik negara telah digodam. Sistem Jabatan Penerangan yang merupakan salah satu jabatan gerak saraf kerajaan di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) telah digodam dengan mengeluarkan kenyataan ‘Perdana Menteri dengan resminya meletak jawatan’.
Insiden ini tidak harus dipandang kecil dan remeh. Semua pihak harus bertanggung jawab dan tidak hanya sekadar mengeluarkan kenyataan penafian tetapi lebih utama ialah usaha untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap jabatan ini.
Rakyat ingin melihat apakah tindakan ‘damaging control’ yang telah dibuat. Siasatan terperinci harus dilakukan sehingga ke urat saraf yang halus supaya ianya tidak menjadi bahan tertawa golongan muda yang cerdik siber.
Pencabulan sistem ini jelas menampakkan kelemahan Jabatan Penerangan yang masih mengamalkan sistem primitif dan mudah diceroboh. Pemikiran-pemikiran yang lapuk tidak mahu berubah dan belajar perkara-perkara baru harus dikuburkan. Ia langsung tidak selari dengan hasrat PM yang mengambil pendekatan ‘Blue Ocean Strategy’.
Untuk makluman saya siarkan sedikit sedutan tulisan terbaru wakil Kongres AS, Michigan 8th District Mike Rogers, Pengerusi Jawatankuasa Rumah Perisikan AS yang bertajuk : “Kegagalan Amerika kepada China di dalam peperangan siber” America Is Losing The Cyber War vs China
“Hari ini, maklumat peribadi anda termasuk kerajaan dan industri kita terdedah kepada beratus-ratus ribu cubaan pengodam. Dan di dalam diam kita sedang berhadapan dengan perang siber di Amerika dan ternyata kita tewas.
Setiap pagi di Negara China, beribu-ribu jurutera komputer yang terlatih bergerak dengan satu misi untuk mencuri harta intelek Amerika untuk digunakan sebagai persediaan persaingan dengan AS dalam pasaran antarabangsa.
Bagaimana sebuah syarikat Michigan mampu berkembang maju jika kerja keras anda dapat dicuri dengan satu klik sahaja?
Hari ini anda tidak perlu pandang jauh untuk mencari laporan akhbar mengenai firma lain, seperti Google dan New York Times, di mana rangkaian mereka telah mampu ditembusi oleh pengintipan siber Negara Cina dan telah kehilangan maklumat berharga.”
Kita harus sedar jika AS dan Cina sendiri sedang curiga dan bersiap sedia menghadapi peperangan siber apatah lagi negara kecil seperti Malaysia ini.
Hakikatnya, insiden yang terjadi di Jabatan Penerangan ini jelas membuktikan maklumat dalaman senang dibolos malah kejadian ini amat memalukan dan ternyata menjejas integriti jabatan tersebut.
Ketua Setiasaha, Datuk Kamarudin Siaraf harus bertanggung jawab di atas kejadian ini jika penjelasannya sekadar melepas batuk ditangga beliau harus digantikan dengan KSU yang baru yang lebih dinamik tidak berborak kosong.
Kseian pada Najib.Lari sana sini kiri kanan.Rupanya ada juga terbolos sana sini.Najib pun dah tak yakin dengan kumpulan bodek dia sana sini.Lepas ini eloklah berenti saja mana pegawai yang tak boleh diharap seperti di Kementerian Penerangan ini.Bukan faktor umur tetapi kerja cuai,sambil lewa,banyak ceremoni,tak ada mesra rakyat,tak ada idea.
ReplyDeleteSaya sokong pendapat MR. Kejadian ini adalah permulaan atau testing ground hackers atau penceroboh ini. Tidak hairan jika banyak lagi maklumat kita terlepas kepada wikileak.
ReplyDeleteTunggu dan lihat.
This is only the tips of the iceberg.!!!
kalau di jepun mahupun di korea, semua pegawai atasan di kementerian penerangan sudah letak jawatan, begitu juga dgn menteri nya, juga perlu letak jawatan, MALU MALU MALU SUNGGUH, pandai bodek PM & TPM sja, kerja habuk sana habuk sini, sebab itu lah program di TV macam celaka lagiiiiiii tak ubah2 lagi, otak dah mati agaknya......
ReplyDeletekonon nya ada JASA la, buat laporan itu, laporan ini, sekarang apa dah jadi,
harap2 PM buatlah tranfomasi di kementerian penerangan,
Setuju sgt - ni cuma ujung ketui ais!!! huhuhu
ReplyDeleteMungkin pembangkang nak bagi signal yg mereka sudah pun dalam sistem ICT kerajaan.. Bahaya tu!
Takut sehari sebelum atau masa pilihanraya, habis semua sistem ICT kerajaan jadi huru hara !
Kalau mereka dah godam masuk dalam sistem Celcom, Maxis, Digi..lagi pening..
Maklumat palsu boleh dihantar via SMS pada calun2 BN, menteri2 atau PM sendiri!!
Masa PRU, handphone dan sms sgt2 diperlukan utk hantar dan terima maklumat. Boleh buat huru-hara jika pembangkang mengunakan mobile phone network untuk tujuan ini.
jgn main2..ini sgt serious la bro!!!
memang serious, memang serious............
Deletetapi bagi menteri, pegawai2 di kementerian penerangan haprak2 belaka.......
saya setuju,otak dan fikiran dia orang ni dah beku.... tv program pun tak bermutu langsung.....
berundur lah kerana rasa bertanggungjawab.....