Zulkiflee Bakar |
Suasana bening persoalan siapa calun-calunnya di dalamPRU13 di Kedah nanti seperti dikejutkan dengan kejatuhan seketul meteor dari angkasa raya. Berikutan tulisan Zulkiflee Bakar dalam Mingguan Malaysia hari ini di bawah tajuk 'Semangat-nak-tukaq-dah-di-Kedah' telah mencetuskan polemik politik yang panas di negeri Kedah.
Masing-masing yang nama mereka disebut Zulkiflee telah mula berjalan mengepak tangan seperti Koboi lakunan P.Ramlee dalam filem Labu Labi.
Masing-masing yang nama mereka disebut Zulkiflee telah mula berjalan mengepak tangan seperti Koboi lakunan P.Ramlee dalam filem Labu Labi.
Masing-masing sudah mula geli dan mengatur strategi, maklumlah nak jadi YB. Dalam masa yang sama mereka yang namanya tidak disebut oleh Zul telah juga mula melenting, baran dan meroyan.
Mereka mula bersiap-siaga mengasah parang, lembing dan golok untuk mencantas calun-calun ini bagi membuktikan individu tersebut tidak layak, ada skandal dan tidak amanah. Suasana sebegini bukannya baru.
Apa yang lebih menarik lagi ialah terdapat usaha-usaha kedukunan di kalangan mereka yang rasa layak. Ketika itu rumput-rumput di halaman rumah bomoh, dukun dan pawang hampir mati kerana tak putus kalimah didatangi bakal-bakal calun untuk bertenung nasib mereka.
Mohon ditilik sama ada nama mereka naik atau tidak dalam PRU 13 yang akan datang. Disamping itu memohon pelaris supaya apabila bersalaman dengan Presiden parti, Presiden akan melihat wajah mereka yang manis teringat-ingat untuk meletak nama mereka sebagai calun.
Maka si pawang pun akan jampilah dengan serapah ringkas “Pooo kiri, pooooo kanan, taik babi besar lengan”. Apabila ditenung di dalam mangkuk air pawang mengesahkan nama mereka naik baru lah senang hati mereka. Bayaran yang dibuat selalunya berserta dengan minyak sepalit untuk dipalit semasa bertemu Presiden parti.
Mereka yakin minyak sepalit akan bekerja keras apabila berhadapan Presiden parti dengan wajah yang tersengih, tersipu-sipu dan terhegeh-hegeh. Makan pun dah tak kenyang, tidur tak lena dan mandi tak basah.
Mereka terlupa terus bahawa Allah SWT yang maha berkuasa dan bijaksana yang lebih mengetahui untuk menentukan siapa yang layak siapa yang tidak untuk mewakili rakyat. Buatlah apa pun jika Allah tidak restu rezeki yang di dalam rengkung pun akan terpelancut keluar tanpa diduga.
Di Merbok Zulkiflee mempertaruhkan calun kitar semula Tajul Urus Mat Zain sebagai calun Parlimen yang rata-rata dilihat merupakan Ketua Bahagian UMNO yang bermasaalah, angin, bebal, baran dan tidak disukai ramai.
Ramai pemerhati di kalangan pengundi muda dan atas pagar meramalkan jika calun ini dicalunkan kembali, Parlimen Merbok akan mengulangi episod duka 2008. Ini kerana taburan pengundi yang ramai di daerah mengundi Taman Ria Jaya, Taman Ria dan perbandaran yang berhampiran sukar menerima beliau kerana masih terluka dengan isu-isu intergriti lama yang masih belum diubati.
Konklusinya, terantuk sudah terngadah sudah jangan pisang berbuah lagi.
Hati2 Zul..baru2 ni dah kena saman....
ReplyDeleteMR.Terima kasih.Rupanya ramai yang mempunyai citarasa yang sama bila terbaca tulisan wartawan Zulkifli Bakar ini.Ia merupakan satu tulisan yang hambar dan kulit-kulit.Ia juga melambangkan tulisan yang tak ada kajian serta analisa yang meyakinkan.Ini lah puncanya UM diannggap media kelas ketiga yang tak ada kualiti pemberitaan dan penulisan.
ReplyDeleteRamai orang beranggapan tulisan ini merupakan satu upahan secara langsung suatu produk yang sudah busuk atau lapuk.
Orang Kedah atau pengundi di Kedah tahulah cerita sebenar tanah dan ladang di Kedah.UMNO Kedah masih kelam kabut.Sebenarnya tulisan Zulkifli bakar ini terus merosakkan UMNO Kedah yang kian hilang hala tuju.
Pemimpin teratas ,bahagian serta semua peringkat UMNO di Kedah bertanggung jawab diatas semua yang berlaku pada UMNO Kedah.Angkara mata duitan pilih kasih unsur kroni.
Pemimpin UMNO UMNO di Kedah sekadar ketua pada ahli UMNO sahaja tidak mampu jadi peneraju pada kelompom lain.Ini lah amalan mereka kini.Kalau berubah pun kerana baru sedar dekat dengan pilihanraya.
Diharap kalau hendak tulis mengenai politik Kedah buatlah kajian yang serious lengkap ada analisa yang tepat buat tatapan pembaca semua.Buat buat serkap jarang.Janganlah anggap pembaca UM masih buta huruf atau buta hati atau buta segalanya yang boleh disupa apa sahaja.
Kalau sayang pada UMNO dan Melayu lain kali jangan lah pandang ringan apa jua penulisan.Biar ada ketepatan bukan dasar upah atau nak jaga hati.
Mami,
DeleteUntuk disukai dan mencari peminat ramai Zul Bakar kena tulis banyak perkara-perkara yang membodek yang puji-puji sampai kembang juboq puak-puak UMNO atasan di Kedah barulah mereka akan kata Zul buat kajian yang mendalam dan analisa boleh dipakai.
Lambung tinggi-tinggi. Tak gitu??
CERDIK PANDAI UMNO ADA.CUMA BERADA DILUAR PAGAR.MEREKA INI TOKOH YANG TIDAK BERDUIT UNTUK DI TABURKAN.
ReplyDeletekita semua dah tahu:-
ReplyDeletedi kedah ni semua calon kitar semula tidak akan dicalonkan semula...... begitu juga calon kalah tidak akan di calonkan semula, jdi tak payah la kita dok sibuk2, serah sja pd PM & TPM tentukan siapa patut di calonkan, ingat kena banyak tapis:- 1. sprm, 2.keselamatan, 3. insolvensi
sokong parti itu penting utk tubuh kerajaan
kalau jumpa bomo, semua dia kata luluskan... sebab kompem dapat habuan lumayan, kalau bomo tu jujur, dia reject calon yang dibomonya, kompem makan penapar.
ReplyDeletealaaa.semua ini kerana lawatan tpm kat sp baru ini.mula-mula cerita bab kulim/bandar baru/lepas tu pasai pokok sena.lepas tu terus kona merbok.budak tadika pun paham.paham saja lah.itulah calon boleh kalah.
ReplyDeleteMammy, biasanya bila kita baca ulasan Zulkifli Bakar dalam UM mengenai pilitik tanah air, kita syioook dan kita baca ayat demi ayat sampai habis rencana. Itu jika Zil tulis fasal politik nasional. Tapi bila Zul tulis fasal politik negeri, kita nampak Zul dah jadi bodoh pulak dan jika dia menulis lagi Zul akan hilang kridbelitinya sebagai saorang penulis politik yang tajam.
ReplyDeleteIni adalah kerana Zul menulis banyak menyentuh keperibadian seseorang yang dikira macam Zul hanya mendapat maklumat dikedai kopi, lalu dia menulis. Ini akan menyebabkan banyak pihak yang akan menganggap Zul sebagai melempar batu di air tenang. Disambut pulak dengan Mammy punya rencana yang terus menyentuh peribadi seseorang yang dikira semacam Mammy ada rasa tak seronok dengan orang tersebut, lalu Mammy menyebut nama beliau.
Apa pun, kita kena fikir bahawa semua orang sebagai pemimpin, mereka ada tanggungjawab mempastikan kawasan atau Bahgian yang mereka jaga mendapat kemenangan dalam PRU 13 yang akan datang tak berapa lama lagi ini. Soal mereka menonjol diri semasa pemimpin tertinggi hadzir kamana-mana kawasan, apatah lagi dikawasan mereka, mereka misti menonjol diri. Jika pemimpin nampak mereka ada wibawa menjadi calun itu nasib mereka lah.
Kita fikir, eloklah mulai sekarang Zulkifli Bakar, jangan lagi menulis mengenai politik negeri. Boleh menulis, tapi jangan setakat mendapat maklumat yang nipis macam kulit bawang. Kita tak seronok, jika tulisan beliau dengan aklumat hanya sebegitu, akan menjadi beliau hilang profesional sebagai saorang wartawan yang handal.
Kita akui matlamat tulisan adalah untuk memberi kesedaran kapada pemimpin supaya jangan dok buat perangai gila atau hamak nak jadi calun sedangkan orang ramai tak sukan pun. Tapi, yang nak saya tegur, buat artikal dalam bentuk begini mesti buat kajian halusi, kemudian tulis diakhbar atau media baru.
Teguran tuan dihargai.
DeleteSetiap penulisan ada gaya dan mesej yang tersendiri yang kadangkala harus di baca 'beyond the line'. Penulis seperti Fareed Zakaria juga membawa mesej yang memerlukan pemikiran yang tajam untuk ditafsirkan.
Senario politik semasa sudah berubah 'the ripple effect' politik akar umbi jgn dipandang remeh kerana ia akan menjejaskan kepimpinan atasan.
Kepimpinan atasan seharusnya seimbang dan 'balance' di dalam melihat kehendak mereka dan kehendak akar umbi. Suara-suara akar umbi sering ditapis dari didengari pemimpin atas ini adalah tidak sihat.
'The inner circle' dalam UMNO masih merasakan mereka hebat. Letak diri tuan di luar 'circle' khasnya percampuran dengan pemerhati atas pagar kita pasti akan diajukan dengan maklumat di luar kotak pemikiran khasnya pemikiran doktrin UMNO.
Kita tidak sangkal tokoh-tokoh bahagian yang ikhlas membuat kerja tetapi kita tidak mahu tokoh-tokoh yang bermuka-muka di depan presiden mereka seolah-olah mereka menipu presiden parti, isu-isu di akar umbi tidak selesai malah berantakan sesama ahli jawatankuasa.
Ini realiti bukan dengar cakap kedai kopi, pun kadangkala cakap-cakap di kedai kopi juga boleh mempengaruhi masyarakat.
Tidak ada istilah tidak seronok dengan orang tertentu. Yang sebenarnya apabila nama orang tertentu disebut ini membawa mesej besar bawa orang itu 'worth to be spelled out' kerana maklumat telah diperolehi bahawa majoriti tidak senang dengan orang ini.
Anda perlu sendiri turun padang dan rantau dari sempadan Perlis Jerlun sehingga sempadan Penang di Kulim/ Bandar Bharu tokoh ini merupakan punca onar. Bagaimana jika cawan kopi Tun M pun bisa berkocak angkara tokoh ini?
Untuk makluman anda MR bukan cyber trooper yang menulis tanpa kajian. MR tidak siarkan gambar-gambar yang difabricate. MR bukan dibayar oleh sesiapa.
Saya mungkin penulis jalanan tetapi masih bermaruah dan tidak akan memberi ruang kepada mereka yang berkuasa melalui sogokan.
Salam MR. Untuk makluman MR, reporter yg dimaksudkan itu merupakan salah seorang dari beberapa individu (termasuk artikal bth 14 Feb 13) yang bertanggungjawab menaikkan imej tokoh berkenaan di Merbok. 'Coverage' kumpulan ini terhadap tokoh berkenaan terlebihhhhh baik dari apa yg sebenarnya disuarakan oleh akar umbi. Pastinya MR sediamaklum dgn kaedah geraksaraf. Pemimpin berkenaan bijak menggunakan keadah ini tapi pada masa yg sama beliau lupa bahawa promosi yg berlebihan akan melahirkan "perasaan muak" pengundi terhadap calon dan parti. Sedar atau tidak semua artikal/laporan yang dibuat oleh mereka ini telah MENIPU AKAR UMBI dgn mengadakan hal yang tiada dan sebaliknya. Perlu diingat, hal sedemikan akan MENGUNDANG kebencian pengundi seterusnya MENZAHIRKANNYA DI KERTAS UNDI - KVRM
ReplyDeleteKalau duduk bersama beberapa anak muda dan generasi pelapis di bawah corak pemikiran mereka bercampur-campur dan berbeza sekali dengan doktrinasi UMNO. UMNO dilihat parti tua, branding ini semakin lama semakin menebal. Mungkin dengan 'NEW FACES' akan mengubah persepsi ini. Tetapi ramai juga pemimpin-pemimpin yang muda ini apabila diberi kuasa mereka hilang pertimbangan dan kurang 'wisdom' mereka. Lihat sendiri pegawai-pegawai muda di jabatan-jabatan kerajaan dan yang dilantik sebagai 'the all president men' sombong, datang lewat, disiplin tidak ada dan tidak boleh ditegur.
DeletePerimbangan harus dibuat dengan bijak.
Umno hanya akan berubah setelah sudah tidak lagi berkuasa
ReplyDeleteSalam Mummy,
ReplyDeleteBubuh la puak kitar semula macam Tajul Urus, Mad Lebai Sudin, Aziz Sheikh Fadzir, Azeez Mamak, Md Rozai dan yang sewaktu dengannya, insyaAllah...UMNO/BN rhuyup lagi di Kedah.
Dunno about the rest, but Aziz Sheikh Fadzir still winnable candidate di Kulim/Bandar Bahru. Kalau bukan dia, siapa lagi? Lagi pun dia buat kerja.
ReplyDeleteINGIN SAYA JELASKAN DISINI:-
ReplyDelete1:- kerja2 yg di buat oleh umno bahagian adalah hanya dari kalangan ahli nya yg ada di kampung, ini hanya 30% sahaja,
2:- lagi 70% pengundi adalah bergantung kpd kerja buat PM & TPM, pengundi2 ini akan menyokong BN sekiranya mereka menerima kerja buat PM & TPM, pengundi2 ini tidak percayakan ketua2 bahagian umno.......
3:- jadi dengan ini kita serahkan pada PM & TPM saja yang tentukan calun2 pru13 BN,
tak payah lah dok sibuk nak org tu, nak org ni..........
PM & TPM angkat siapa pun kita sokong saja lahhhh
setuju benar, contoh:- satu bahagian ada 150 cawangan umno dengan 100 orang ahli setiap satu cawangan, iaitu:- 150x100 = 15,000 orang ahli, pengundi satu bahagian jumlahnya 80,000 orang, maknanya pengundi yang bukan ahli umno adalah 65,000 orang,
ReplyDeletejadi pengundi 65,ooo ini akan melihat keselesaan dan kenikmatan yg di lakukan pucuk pimpinan iaitu Perdana Menteri & Timbalan perdana Menteri, lain2 pemimpin pengundi ini tidak akan pedulikan, kerana rakyat sesuatu kawasan sudah tahu perangai2 pemimpin bahagian yg banyak masalah,
maka muhasabbah lah
MR, Dengar cerita Dato Mokhzani dah turun padang di Bahagian Merbok. Ada apa2 kot?
ReplyDeleteJika Mokhzani diletak calun sahlah UMNO ni parti dinasti hanya hanya nampak anak beranak sahaja yang layak jadi pemimpin. Apa depa ingat pengundi ni mata duitan hanya tengok kekayaan.
DeleteTolong lah....yang sudah sudah lah....
Sakit...kalau macam ni.
Di Kedah hampir semua Pimpinan UMNO tidak popular dikalangan besar pengundi.Berhati-hatilah kalau BN dan UMNO nak letak calon.Tambah pula sebilangan besar Ketua Bahagian besar kepala.Dulu ada juga berebut jawatan tapi tidaklah macam hari ini sampai merosakkan parti.
ReplyDeleteLebih malang yang sedang menerajui UMNO Bahagian adalah kaki sabotaj dan perosak UMNO.
Merekalah perosak UMNO.