Membaca berita dalam akhbar rakan alumni MR, Datuk Hishamudin Yaakob - Sinar Harian berhubung dengan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang membantah BN membawa penyanyi popular Korea, Psy untuk memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang pada 11 Febuari ini membuat MR tertawa keseorangan.
MR kurang pasti samada Nik Aziz pernah menonton persembahan PSY di dalam Youtube atau tidak, tetapi bantahan Nik Aziz mesti bersangkutan dengan pengaruh Psy yang begitu besar dalam saluran media sosial itu.
Terkini pengunjung Psy di 'channel' Youtube telah mencecah 1.23 billion trafik dan telah meledak menjadi satu fenomena raksaksa di alam media maya.
Nik Aziz sedar akan pengaruh ini dan cukup bimbang jika di akhir persembahan Psy, Psy akan berkempen “Vote for Barisan Nasional!”. Jika ini berlaku nescaya ia akan meruntuhkan Kerajaan rakan Nik Aziz, Lim Guan Eng dan Karpal Singh di Pulau Pinang.
Nik Aziz haruslah 'gentlemen' dan tidak harus cemburu dan risau dengan fenomena Psy akan menghanyutkan artis PAS, Abby Abadi, Bob Lokman, Aishah dan Hairi Othman kerana artis-artis ini ada genre nya yang tersendiri di kalangan Mak Long, Mak Ngah dan Mak Teh dalam bahasa mudah yang melengkong, yang mengah dan yang letih.
Walauapa pun, yang cukup menghairankan pengundi muda ialah sejak bila Nik Aziz pandai menonton Youtube? Kerana menurut Nik Aziz beliau tidak menonton video Anwar dengan China Doll.
Bismillah Hir Rahman Nir Rahim
ReplyDeleteSalamum Mummy Rokiah
Pls talk wif knowledge in Islam . Jangan kerap berpandu pada ilmu dunia tanpa di halusi dengan Al Quran , Hadis ,kata kata Ulamak dan Hukum akal .
Setiap perkara yang di buat oleh manusia banyak menjurus kepada maksiat dan alpa pada dzikirullah. Kata kata Tn Guru Nik Aziz hanyalah menyuruh kita sebagai orang islam jangan terikut ikut perangai orang yahudi dan nasrani !!!!! Anyway may i know u Mummy Rokiah berugama apa???????
Apelah yamaha ni...
ReplyDeleteTanya soalan bodoh macam tu..saya nak tanya pulak..boleh tak kita berkawan dengan syaitan dan mintak tolong dengan syaitan..agama apa kalau kita buat macam tu...?
Ingat ini soalan perangkap kerana ada orang pernah cakap macam tu...jeng jeng
Yamaha oh yamaha.
ReplyDeleteMummy, acu ambik gambar dan video tarian K-pop anjuran phakatan serta tarian separuh bogel anjuran PKR-ada dalam blog dan internet ini, letak sini, nak tengok apa si Yamaha komen.. nik aziz tak kata apa-apa, rilek je layan.
Dok bayang tok guru dok menari tarian kuda Psy. Dok menari dalam Vellfire baru nya. Bestnya jadi MB seumur hidup, nak Vellfire, luluskan aja, rakyat bayar. Dah la kantung pitis kerajaan negeri tenat.
ReplyDeleteSatu lagi..
ReplyDeletegambar tarian separuh bogel PKR sini : http://1.bp.blogspot.com/-_PF7CcJbxj0/URG8RLO5jqI/AAAAAAAAPmk/zf7Epcz4E1w/s1600/pkr_kulim.jpg
Pertunjukkan seksi PKR ikut peraturan, kata Exco
Exco Kerajaan Negeri Kedah Abdul Ghani Ahmad menegaskan majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran ADUN PKR Kulim, Lim Soo Nee yang memaparkan penghibur wanita berpakaian seksi, tidak menyalahi mana-mana undang-undang di negeri itu.
Menurutnya, Enakmen Hiburan yang digunapakai di Kedah menetapkan cara berhibur orang Islam yang tertakluk kepada landasan tertentu manakala bukan Islam diberikan kelonggaran tertentu ketika mengadakan persembahan awam.
Ghani berkata ADUN PKR itu menepati segala keperluan untuk mengadakan pertunjukkan pentas yang mencetuskan kontrovesi dengan penampilan dua penghibur wanita Cina yang berpakaian menjolok mata.
"Sebelum dia buat dia minta kebenaran, lepas itu buat di tempat dia, tanpa libatkan orang Melayu. (Pertunjukan ini) sempena Tahun Baru Cina. Pandangan saya dia buat itu mengikut prosuder,” kata Ghani pada Antarapos.
Di tanya tindakan Soo Nee membawa artis berpakaian menjolok mata, Ghani berkata perkara itu di luar kawalan beliau.
"Bila penganjur bawa penari itu dia tidak lah tahu selidik pakaian mereka,ini yang dimaklumkan kepada saya,” kata beliau.
Ghani berkata bukan tempatnya untuk merumuskan sama ada pakaian artis berkenaan menjolok mata atau tidak.
"Adakah gambaran seperti itu? Cara berpakaian itu saya tidak pasti sebab gambaran kata menjolok mata tapi sejauh mana pakaian itu menjolok mata saya tidak pasti...sebab orang Cina ini sudah menjadi satu lumrah dia berpakaian begitu,” kata beliau.
Macam mana bekas guru KEMAS, yang angkat diri sendiri sebagai Tuan Guru pada 1993 (Surat menyurat atas namanya perlu di letakkan perkataan Tuan Guru), boleh di angkat sebagai ulamak?
ReplyDelete