Wednesday, February 6, 2013

BAGAIMANA UMNO SABOTAJ CALUN 'PARACHUTE'?

Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan menggesa Jawatankuasa Disiplin UMNO perlu mengambil tindakan disiplin terhadap ahli parti yang didapati melakukan sabotaj kepada parti sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13. Beliau berpendapat tidak ada gunanya mengambil tindakan disiplin kepada ahli yang sabotaj selepas pilihan raya. 
Menurut Ahmad Maslan antara unsur sabotaj yang dilakukan ahli sebelum pilihan raya ialah seperti menutup Pusat Daerah Mengundi (PDM) lari daripada tugas parti dan menyokong pembangkang. Akibat sabotaj ini telah menyaksikan bagaimana BN tumbang di Kedah dalam pilihan raya umum 2004. 
Asasnya apabila nasi telah menjadi bubur masa itu sudah terlambat dan semuanya akan hanya meninggalkan kenangan pahit yang akan tercatat dalam lipatan sejarah. 
Di negeri Kedah sekarang pun sudah ada bunyi-bunyi sumbang di belakang yang menyatakan akan berlaku kerja-kerja keji tersebut khasnya apabila Ketua-Ketua UMNO Bahagian yang menang melalui politik wang tidak dicalunkan di dalam PRU13 nanti. Mereka hari ini dilihat berhempas pulas konon bekerja kuat. Sejauh mana keikhlasan mereka ini sama-sama lah kita saksikan bagaimana mereka 'bebai' apabila nama mereka tidak dicalunkan.
Realitinya untuk mengambil tindakan disiplin kepada pembelot-pembelot ini bukan lah mudah. Tindakan yang mereka lakukan sungguh halus sehingga mangsa sabotaj itu sendiri tidak menyedari langsung bahawa beliau disabotaj. 
MR ingin mendedahan satu kajian kes oleh seorang rakan bagaimana sabotaj dilakukan keatas calun Parlimen Merbok dalam PRU12 2004, Zam Maidin. 
Kawasan ini dijadikan kajian kes atas fakta sejarah kawasan tersebut seringkali diwakili oleh calun payung terjun dan mudah mendapat maklumat, kerjasama dan ‘tracking’ modus operandinya. 
Kawasan ini sejak dari awal diwakili oleh Khir Johari, Daim Zainudin dan Zainudin Maidin. Semua mereka ini bukan anak tempatan tetapi anak Kedah tok-tok yang berjaya di luar negeri Kedah. Mereka dilabelkan sebagai calun 'parachute'.
Apabila nama Zam Maidin disebut-sebut akan menjadi calun Parlimen Merbok kaki sabotaj di kalangan UMNO Bahagian telah melancarkan angin buruk menyatakan Zam seorang yang lidah bercabang kerana dulu Zam pernah menyatakan tidak mahu terlibat politik. Zam juga difitnah mengatakan beliau seorang mamak yang kedekut, sombong dan tidak datang dari akar umbi UMNO. 
Banyak aktiviti UMNO Bahagian telah memboikot Zam dengan tidak menjemput beliau malah ada yang dianjurkan secara eksklusif di kalangan penyokong mereka sahaja. Sesetengah majlis yang dihadiri Zam penganjurnya langsung tidak ‘address’ beliau walaupun pada masa tersebut Zam masih Senator, Zam dibuat seperti kera sumbang di dalam majlis tersebut. 
Zam melantik seorang ghurka untuk bergerak dan pergerakkan aktiviti masyarakat mula berjalan dengan disusun oleh ghurka tersebut. Zam mendekati masyarakat melalui NGO’s dan persatuan-persatuan yang tidak didekati UMNO. UMNO lebih asyik dengan kelompok mereka sahaja, 'vacuum' ini diambil kesempatan dengan bijak oleh Zam. Zam mendekati PIBG, Persatuan Pesara & Veteran, Persatuan Belia, Persatuan Ibu Tunggal, Persatuan Imam-Imam dll khasnya mana-mana juga kelompok yang dipinggir UMNO telah memberi sambutan yang hebat kepada Zam. Pendekatan ini telah menambat hati pengundi atas pagar. Zam sebenarnya bukan ada wang dan merupakan seorang yang pokai dan bukan koporat seperti Daim Zainudin, beliau hanya bergerak menggunakan wang simpanan tabung haji dan ASN/ASB. Tetapi sebaik secara resmi penamaan calun nama Zam diumum baru lah beliau mendapat sokongan dan bantuan kewangan dari rakan-rakan yang simpati.
Sehinggalah PRU13 Zam masih disabotaj oleh kumpulan ini . Mereka berjaya mendesak Pak Lah yang lembik untuk menendang Zam keluar Parlimen Merbok. Mereka menabur fitnah mengatakan Zam sudah tidak laku di kawasan Merbok.  Akhirnya yang mereka kejar tidak dapat yang dikendong keciciran. Balik Pulau Bayan Lepaih, Sana Terpelau Sini Terlepaih. Kedah jatuh ke tangan PAS.
Itulah kerja-kerja kaki sabotaj yang hidup senang lelang pada musim pilihanraya umum tanpa apa-apa tindakan disiplin.

9 comments:

  1. MR.
    Senang saja kalau nak bersihkan segala daki,nanah serta kudis buta dalam UMNO.Jika mereka yang rosak UMNO masa PRU 12 yang masih juga jadi calon dan kerana Dato Najib pun takut atau tidak mahu dengar nasihat rakyat kita kalahkan mereka pula melalui undi nanti.Biarlah Kedah bagi Pas sekali lagi.Kita tunggu pula lima tahun PRU 14 adakah segala musang buku ayam ini masih berkuasa.
    Buat apa kalau mereka yang menjadi perosak UMNO terus melingkupkan UMNO.Begitulah geram dan meluatnya orang ramai terhadap kaki perosak UMNO ini.
    Sebenarnya orang ramai akan sanggup sedekah Kedah pada Pas kalau petualang ini masih ada dalam hati sanubari Dato Najib.
    Biarlah pisang hendak berbuah beberapa kali pun asalkan UMNO ini benar-benar bersih segala kekotoran.
    Lagi pun mereka belum insaf dan serik dengan kekalahan BN yang lalu.Dasar pecah dan perintah.Pilih bulu.Musuh sana sini.Ego dan ranggi.

    Itu saja caranya kalau mereka yang rekod sabotaj parti UMNO dulu.Kita hukum mereka melalui undi pula kalau pucuk pimpinan UMNO atasan buat-buat pekak badak atau buta mata.

    UMNO akan bersih kalau pimpinan tegas kalau masih main wayang tongkoi dengan pengundi dan ahli UMNO kali ini terima lah padahnya.

    ReplyDelete
  2. perlu di ingatkan bahawa pru12 dulu kedah jatuh kpd pas pkr dap adalah kerana waktu itu kedah mempunyai pemimpin BN di peringkat negeri yang sombong bongkak yg diketuai det kalid dan rakan2nya..........
    selps sja pru12, maka puak2 ini telah mengatur kedudukan2 mereka utk duduki sbgai pemimpin2 bahagian umno pulak, gunakan wang yang banyak,politik wang secara terbuka,disana beri wang, disini beri wang,mcm beli saham kat BSKL,last sekali depa2 pun menang dlm kepimpinan bahagian.........
    maka kata TUN, UMNO kini di pimpin oleh perasuah2....
    adakah PM TPM & Pengerusi UMNO Negeri kedah berminat nak calon kan puak2 ini..........
    yg jadi masalah, perasuah2 ini tidak pernah sedar diri, bhw perjuangan umno & BN adalah utk agama bangsa & tanahair, maka ketua2 bahagian akui lah pru12 yg lalu rakyat dah tolak mereka

    ReplyDelete
  3. Dik kerana kenagkuhan ini Najib kena bayar dengan harga yang sangat mahal. Melayu tergadai, Islam dipermainkan, kalimah Allah dipolitikkan, Det Khalid dan Pak Lah bukan setakat menjatuhkan UMNO dan BN tetapi bertanggung jawab melingkupkan Melayu dan Islam.
    Jnagan sokong mereka dan gerombolan mereka untuk jadi calun. Bungkuskan mereka.

    ReplyDelete
  4. Rakyat Kedah bukan benci UMNO/BN tetapi mereka amat meluat dan marahkan perosak UMNO yg masih berkuasa dgn rasuah politik iaitu tuan-tuan besar KB kini.Diwaktu yg sama PAS pun mereka bencu juga.Semoga UMNO bersihlah calun yg baik-baik lagi mulia untuk nak jadi wakil kpd rakyat.

    ReplyDelete
  5. Aku malas dah ngn UMNO Kedah....dok belaga sesama sendiri...nk belaga pun tk pandai nk cover....biaq semua org tau...dalam parlimen Merbok tahun 2008, sepatutnya ZAM bleh menang time tu....tp nk bg jgk kat Tajul yg last2 kalah...ZAM plak p tukaq kat SP yg time tu ramai mmg pengundi bukan Melayu tk bengapa nk berkenan kat dia....Merbok tu kubu kuat dulu la dah jd longlai....SP kucar kacir....ni semua pasai geng2 yg dok kalut nk jd calon.....last2 geng2 PAS gak yg menang....sekali lagi dok buat perangai mcm ni...bulan 3 ni mmg geng PAS pgg lg la Kedah ni....MCA, MIC, GERAKAN pun sama ja, nganga...bukan nk berkempen menang hati pengundi bukan melayu...depa pun pi dok wat perangai sama geng2 tu jgk....PPP Kedah lg la, perabih beras ja...hidup penyegan mati tk mau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk pengetahuan semua, Tajul juga telah sabotaj Dato Azmi Janggut dengan membisik-bisik kepada pengundi supaya DUN Tg Dawai bagi pada PAS dan Parlimen bagi pada dia.
      Kerja perut busukkkkkk akhirnya dia pun lingup sama. La ni dok mencalai sana mencalai sini nak jadi lagi calun.
      Poooorahhhhhhhh.

      Delete
  6. jika umno kalah pada pru akan datang.
    Semua 15 ketua bahagian kena undurlah.
    semua 15 ketua pemuda undur juga.
    semua 15 ketua wanita undur juag.'
    semua 15 ketua puteri undur.
    semua 60 orang ketua-ketua ini undurlah cara terhormat.beri peluang pada orang lain pula.
    perwakilan yg lapar dan buloq duit pun sedarlah drir sama .kena undur juga.

    inilah malapetaka yg timpa umno samapai kini.
    sekarang ini berebut nak jadi calon pula.

    dato najib.ts mahyudin tak payah turunlah.
    muka yg sama jugalah yg dok sambut dato najib/ts mahyudin.

    bila nak insaf.tak tahulah.

    ReplyDelete
  7. Depa Kata Tajul banyak dapat peruntukan kerajaan pusat tapi tak tiris pun kemut, kemut, kemut kelilin.
    Ramli Karim yang gebang besar itu dah mewah sekarang.

    ReplyDelete
  8. ooooooooooooooooooiiiiii.
    depa ketua bahagian sekarang hidup mewah.
    kadang kadang buat buat susah.
    yang nak mampuih lagi sengsara ini puak bawahan.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.