Sunday, February 10, 2013

USAH CURIGA PERTEMUAN MUSA HASSAN DENGAN ANWAR IBRAHIM

Blogger Mohd Sayuti Omar nampaknya kurang senang apabila mengetahui bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan telah menemui Anwar Ibrahim beberapa hari lepas. 
Beliau seolah-olah curiga tentang keikhlasan Musa Hassan. Manusia seperti MSO ini tidak pernah berlapang dada untuk melihat perpaduan di antara Melayu dan Islam Negara ini. Sentiasa berperangsangka buruk terhadap orang lain.
Semua pihak maklum bahawa Musa Hassan sebelum ini telah menarik balik samannya terhadap Anwar Ibrahim. Musa telah membuat satu laporan polis terhadap Anwar kononnya beliau telah melindungi fakta dalam siasatan ke atas satu kes membabitkan Anwar Ibrahim. 
Sebenarnya penarikan balik saman oleh Musa itu adalah atas kehendak Anwar Ibrahim melalui peguam Anwar sendiri. Musa tidak pernah menyesal dengan perbuatannya terhadap Anwar semasa menjadi seorang pegawai polis dahulu.
“Berhubung pertemuan Musa dengan Anwar itu, saya difahamkan Musa dikatakan telah berbincang sesuatu yang agak menarik dengan Anwar dan dalam pertemuan itu Musa juga telah membuat pengakuan berhubung kes liwat yang didakwa ke atas Anwar sebagai satu daripada strategi politik” diantara tulisan MSO yang cuba memutar belitkan fakta dalam blognya.
MSO tidak harus curiga dengan Musa, kerana tindakan ini dibuat apabila Anwar sendiri telah tersilap mengheret Musa dalam masa yang sama Musa sendiri keciwa dengan politikus-politikus yang berkuasa kerana sering menganggu tugas beliau.

5 comments:

  1. ko pergi la tanya dua polis tu...kot2 dua polis tu boleh jawab...anuwar arahkan...huhuhu

    ReplyDelete
  2. apa hal pula dgn pak musa ini.
    tup tup jumpa anwar.
    tentu ada cerita disebalik tirai.

    pak musa kecewa dengan siapa.
    kenapa dia kecewa.
    sampai bila mahu kecewa.

    nak jadi calon ke.

    semua agak agak saja.
    kalau ada bangkai
    buka sajalah dari bngkusannya.

    ReplyDelete
  3. kalau tun mahatir pun boleh terpedaya dengan si anwar apa lagi cik rokiah.saya kesian dengan orang orang seperti awak yang begitu mudah di perdaya walau pun boleh di katakan terpelajar. cik rokiah,seorang yang melanggani pelacur,bercakap bohong dan peliwat tidak layat menjadi pemimpin negara malaysia hatta negara somalia sekalipun.buka mata dan minda anda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 7:12,klau bkn krn politik crita sprti yg ko kata kn tu,apa perlu ny pemimpin UMNO menjaja crita tu ksana kmari.Utk makluman ko,swktu PRU 10 dn 11,risalah2 yg mem buruk2 kn DSAI di tabur kn di merata tempat sdg kn wktu itu DSAI berada di dlm penjara.Ada lh satu yg bodoh dn tk masuk akal,membelasah musuh yg tidak mampu utk brtindak balas dgn alasan utk mempertahan kn diri.Jika kamu mempercayai yg Mahathir kmbali aktif dlm politik krn syg kpd Melayu,kamu tersilap.Tahu kh kamu knp Mahathir mmbenci Pak Lah.(1) Pak Lah membebas kn DSAI dr penjara (2) Pak Lah bnyk membatal kn projek2 mega yg melibat kn kroni2ny.Mahathir kmbali aktif krn dia sedar jika PR brkuasa dia dn kroni2ny srta ramai pemimpin UMNO akn di heret ke muka pengadilan.Ini yg amat di takuti oleh Mahathir.Klau kamu kata pembohong tidak layak utk memimpin negara,22 tahun kita di tadbir oleh Mahathir yg pembohong.Dlm kes RCI di Sabah,Mahathir menyalah kn Almarhum Tunku dn kemudian ny DSAI.Sdg kn nama2 yg di sbut dlm inkuiri tu ada lh Mahathir,Aziz Shamsudin dn Megat Junid.Jika keadaan menjadi smkin rumit bg ny jgn trkejut dia akn menyalah kn Aziz Shamsudin dn arwah Megat Junid.After all these two is his scapegoat.

      Delete
  4. Semua para pengundi yang disayangi lagi dihormati.
    Apa bising-bising dan gaduh gaduhSemua parti ada prblem.
    Kal ini kita pilih calon jangan kira parti.
    Calon mana yg bagus tarbaik kita beri undi.
    UMNO/PAS/PKR semua kalut.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.