Jamalul Kiram III yang melantik dirinya sebagai ‘Sultan Sulu’ mengakui dirinya merupakan 'Sultan' yang paling sengkek di dunia. Menyatakan demikian kepada pemberita AP di kediamannya di kampung Maharlika.
Beliau hanya tinggal di rumah yang buruk dalam komuniti rakyat miskin di Metro Manila. Rumah Jamalul hampir tergadai kerana tidak mampu untuk membayar bayaran bulanan rumah sehinggalah rakan-rakan rapat menghulur bantuan.
Menurut isterinya Fatima Celia keluarga Jamalul kini sengsara hidup di dalam bebanan hutang disebabkan telah menghabis perbelanjaan yang banyak semasa berkempen untuk menjadi Senator pada tahun 2007 . Ketika itu beliau yakin kerana mendapat sokongan bekas Presiden Filipina Gloria Macapagal Arroyo tetapi nasib tidak menyebelahinya dan beliau kalah tersungkur.
Tahun lepas dalam pemeriksaan kesihatan, buah pinggang Jamalul didapati telah kondem dan terpaksa menjalani rawatan dialysis dan ini memerlukan perbelanjaan yang besar.
Tidak habis di situ Jamalul juga ditimpa satu lagi bala kerana masaalah sakit jantung dan beliau banyak menghabiskan masanya di bilik tidur mendakap dua tangki oksigen manakala di tepi katil itu jugalah pejabat operasinya.
Jika diikuti rentetan hidup beliau ini kondisi Jamalul amat tidak stabil. Beliau merupakan seorang yang ‘problematic’, tidak waras dan hidup penuh dengan bayangan mimpi dalam hikayat “Jika aku jadi Raja”.
Jamalul ini ibarat ular lidi ingin menjadi naga dan cicak ingin jadi buaya. Sahlah Jamalul ini bukan setakat ‘Sultan’ yang paling miskin dalam dunia tetapi Jamalul juga layak untuk disenaraikan sebagai ‘Sultan’ yang paling bodoh di dunia.
Persoalan yang sedang bermain di minda kita hari ini ialah bagaimana seorang ‘Sultan’ yang merempat dan tak sedar diri ini boleh mendapat dana yang begitu banyak untuk menghantar lanun untuk menceroboh Sabah?
Jika beliau sedar beliau sedang berada di pintu kubur maka untuk siapakah perjuangan beliau ini? Untuk mendirikan ‘Kesultanan Sulu’ hampir mustahil berlaku atau Jamalul menjadi ‘proxy’ Mr X yang ingin mengulingkan Kerajaan DS Najib di Malaysia.
Jika ini benar maka pasukan keselamatan kita bukan berperang dengan pengikut Jamalul Kiram tetapi menentang lanun-lanun di bawah naungan Mr X.
Tidak ada perkara yang mustahil. Konspirasi pengeboman Bangunan World Trade Centre di New York pada 9/11 adalah bukti ‘nothing is impossible’.
Lupakah kita tentang insiden gerakan Hindraf pada 30 Ogos 2007 yang menghuruharakan ibukota menadah tangan kepada Kerajaan British menuntut sebanyak RM1 juta bagi seorang kaum India konon 'dosa-dosa' membawa warga negara India ke Malaysia sebagai buruh ladang getah dan dieksploit selama 150 tahun.
Apa juga strategi boleh dilakukan untuk memenangi pilihanraya umum yang akan datang.
Di Malaysia pun Ada juga 'sulu' yg kesempitan terpaksa buat pengakuan untuk menjahanamkan anaknya sendiri Demi plus.
ReplyDeleteMr X pandai mencari orang orang yang ada problematic untuk kepentingan nya.
ReplyDeleteDi malaysia pun ada juga lepas pru 13 ini bila rakyat tak beri undi.dia pun lantik dirinya jadi jamalul kiram 1111.
ReplyDeleteYg menjadi pertanyaan kpd saya,apa kh benar kata2 Nur Misuari yg ada org yg telah menjanji kn TANAH kpd Puak2 Sulu ini?Jika ada org berhutang dgn kita,bila kh masa yg paling baik untuk menuntut hutang kita tu?Semasa org itu msh punya duit atau selepas dia di isytihar kn MUFLIS?Fikir2 kn lh!
ReplyDeletesalam. laman AIDC kena hack jam 9 malam, 10 Mac. Kerja-kerja pemulihan akan mengambil masa sehari dua sebelum dapat beroperasi seperti biasa.
ReplyDeletehttp://mindaaidc.wordpress.com/2013/03/10/aidc-kena-hack-sebab-dedah-bukti-pertemuan-anwar-misuari/
Editor AIDC
Mr X patut pergi tinggal dengan Kiram tu. Kiram jadi sultan, dia jadi PM
ReplyDeleteKau ni betul2 kura2 dlm perahu. Tentulah dari kerajaan msia yg menaja IC segera pada mereka. Sapa lagi yg menaja org2 sulu ni dpt IC utk memenagkan UMNO/BN?
ReplyDeleteAnon 5:42.. Kura2 dlm perahu ek? Kau ni jenis bahan buangan daripada khinzir. Lu x suka Msia aman g pindah duk apreka.
Delete...Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi...
ReplyDeleteTapi kau sibuk membahasakan "...Jamalul ini ibarat ular lidi ingin menjadi naga dan cicak ingin jadi buaya. Sahlah Jamalul ini bukan setakat ‘Sultan’ yang paling miskin dalam dunia tetapi Jamalul juga layak untuk disenaraikan sebagai ‘Sultan’ yang paling bodoh di dunia." sedangkan kau cuma bersangka dari kutipan bahan belum autentik di sisi Allah.
Duduk di Mindanao pun susah.Lebih baik jadi gorila di Malaysia.Mereka inngat pasukan keselamatan malaysia kuda kayu ke.
ReplyDeletePolis/tentera malaysia pun hebat juga.