TAHNIAH. |
Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein adalah pemegang Ijazah Sarjana dalam War Studies dari King's College di London. Beliau merupakan pegawai Malaysia yang pertama lulusan US Army Command and General Staff College. Beliau juga adalah bekas Panglima 10 Briged Para Pertama yang merupakan komponen utama Pasukan Aturgerak Cepat (PAC).
Selepas bersara beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan pada 2003 sehingga 2006. Beliau juga pernah menyandang jawatan Panglima Tentera Darat dari 1 Januari 1999 sehingga 31 Disember 2002.
Berkuat kuasa serta-merta pada 6 Mac 2013 beliau dilantik oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Jeneral Politik PKR.
Parti Keadilan Rakyat telah mendahului parti-parti politik lain dalam Negara ini dengan mewujudkan jawatan Jeneral Politik. Mungkin semasa Pak Lah menjadi PM dahulu beliau merintis dengan melantik Brigedier Jeneral (B) Datuk Husaini Hashim sebagai Setiausaha Kerja UMNO tetapi bukan Jeneral Politik.
Jawatan ‘Jeneral Politik’ mungkin diwujudkan bertepatan untuk memperkuatkan arah tuju perjuangan PKR untuk menerapkan nilai-nilai peperangan dalam perjuangan mereka. PKR yang diasaskan dari mata lebam Anwar Ibrahim sehingga ke hari ini berterusan keagresifan mereka. Dari demonstrasi di mesjid Negara sehinggalah kepada demonstrasi Bersih semuanya diterap dengan elemen-elemen ganas, mengapi-apikan perasaan sehingga hampir berjaya berjaya merasuk minda masyarakat bahawa Polis itu adalah jahat.
Hari ini mereka sedang mengorak selangkah lagi kehadapan untuk menerapkan nilai-nilai peperangan atau ‘war mind’ di dalam minda ahli mereka. Cita-cita ini sudah hampir dicapai dengan penghijrahan beberapa bekas pemimpin tertinggi angkatan tentera yang menyertai PKR, di antaranya Lt. Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid (DARAT), Brig. Jeneral (B) Dato’ Abdul Hadi Khatab (UDARA), Laksamana Pertama (B) Haji Imran Abd Hamid (LAUT) dan Brig. Jeneral (B) Dato’ Najmi Ahmad (KAGAT). Kita hairan mengapa mereka ini tidak menyertai PAS atau DAP? Bagi PKR politik adalah peperangan maka tidak hairanlah jika mereka sedang mempersiapsiagakan jentera peperangan mereka.
Berlainan dengan UMNO yang asyik berperang sesama mereka sahaja. UMNO ‘take for granted’ bahawa semua pegawai-pegawai yang telah bersara itu akan suka mereka dan automatik akan menyokong mereka.
Mereka gagal mendekati tokoh-tokoh ini sehinggalah mengalih menyokong Anwar Ibrahim. Mereka takut jawatan yang mereka sandang dengan imbuhan yang mereka dapat akan terjejas jika tokoh-tokoh ini berada di dalam UMNO.
Apabila amalan cantas-mencantas sudah membiak subur akhirnya yang berada di dalam UMNO penuh dengan ahli-ahli yang tongong dan beryakyeh sesama mereka.
Salam MR, Biasa la tu, Jeneral Tan Sri tu baru balik dari luar negeri, duit tengah banyak. Boleh la masuk senarai calon PKR nanti. Bila duit dah abis mcm Dato Rashid Din tahu nasibnya nanti kononnya tarik diri la dan macam2. DSAI juga dilihat berjaya mencorakkan minda pengikut/penyokongnya dgn menanam sifat "LAWAN TETAP LAWAN". Harus diingat, pemimpin yg mengajar rakyat supaya berani melawan kelak akan menerima nasib yg sama kerana hasil keberanian yg diajarnya akan diwarisi oleh generasi seterusnya utk menentangnya. --- Lembah Bujang
ReplyDeleteELOK JUGA MEREKA BERSAMA PKR DRP MUKA TIAN CHUA,SURENDRAN DLL.
ReplyDeleteSEMOGA MEREKA AMBIL ALIH KEPINPINAN PKR SECEPAT MUNGKIN DRP ANUAR DAN WAN AZIZAH.
NAK TUMPANG KASIH DGN UMNO DAH TAK ADA HARAPAN DGN PINTU YG DITUTUP RAPAT OLEH TUAN BESAR UMNO.
ITULAH POLITIK.UMNO KENA BELAJAR BANYAK LAGI DAN RENUNG JAUH KEDEPAN.
UMNO BANYAK JASA TAPI KALAU PERANGAI TAK BERUBAH ITULAH JADINYA.
NAJIB KENA TRANFOMASI YG SEBANARNYA DALAM UMNO TAKUT TERUS BERKARAT.
UMNO TAK SALAH SAMA SEKALI.
KENA DOA JENERAL DAN IGP YANG MASIH BERKHIDMAT UNTUK MENGATAKAN PENDIRIAN YANG BERANI DAN BAIK UNTUK NEGARA
ReplyDeleteumno banyak sgt simpan kipas susah mati yg tak mati-mati. kalo boleh nak bawak masuk dalam kubur. kasilah muka baru pulak. baru lah energetic. umno mmg tak terhitung jasanya. cuma kena singkirkan zombie dan jembalang yang menongkat langit. ibarat saka dengan tuannya.
ReplyDeleteAmat sukar bagi Pemimpin UMNO berubah,Tun dah berbuih mulut memberi nasihat agar mereka berubah terutama didalam mengambil ahli ahli yang berpendidikan tinggi,cerdik pandai ,professional dan yang berjaya didalam karier masing masing.Masaalahnya Ketua Ketua disemua peringkat dalam UMNO hanya mahu AHLI AHLI dibawahnya lebih bodoh darinya,jika terlalu pandai ,jawatanya akan tergugat.
ReplyDeleteKedua Pemimpin UMNO memandang rendah dan take things for granted terhadap kebolehan musuh,mereka tidak mahu langsung belajar seni perang 'THE ART OF WAR oleh SUN TZU'.Sun Tzu kata " know your enemy,know yourself and know the terrain,a thousand battle is sure of VICTORY."Kalau kita tidak mengenali musuh kita,kekalahan pasti menanti ! kalau kita tidak kenal diri kita,kita akan ditewaskan dimana mana peperangan yang kita hadapi.
UMNO members please CHANGE,YES CHANGE YOU CAN !
Huh,
ReplyDeletekat Kelantan ada Jeneral (b) yang pegang jawatan penting kerajaan negeri, Namanya Dato Jeneral (B) Anizam, jadi bos besar Air Kelantan SB, dengan kemasukkan dia berjaya mengeruhkan bukan sahaja air di kelantan, tapi air air di AKSB dan juga SUK termasuk syarikat kepunyaan negeri. Kehebatan ulung dia adalah bila dia sebut dalam DUN yang mana air di kelantan boleh sempurna dan bersih dalam masa 17 tahun lagi.. molek la tu, 22 tahun + 17 tahun, bila la rakyat dapat mandi wajib dengan sempurna.
setuju..
DeleteBkn Jeneral, tp Mejar
Delete