Sunday, March 24, 2013

ROZITA CHE WAN PANAS.

Apabila seseorang itu terkejar-kejar menempatkan dirinya untuk menjadi artis atau selebriti dan akhirnya dia berjaya mendapat tempat di hati masyarakat menjadi artis popular maka itulah permulaan hidupnya yang sudah menjadi hak masyarakat.
Masyarakat akan sensitif dengan tingkah lakunya, perangainya, pakaiannya, bentuk badannya, tutur katanya malah keseluruhan hidup hariannya akan diperhati masyarakat. Rozita Che Wan juga tidak terlepas dari situasi ini. 

(Janganlah pula apabila si Tua bercinta dengan lelaki muda perangainya pun terhegeh-hegeh dan terkinja-kinja macam orang muda. Ingatlah tegang dan cantik hanyalah sementara )
MR terpanggil untuk siarkan teguran Dr Harlina (http://drhar.blogspot.com/) berhubung isu aurat Rozita Che Wan.

Salam ukhuwah 
Atas dasar tanggungjawab dan amanah, Dr Har memberanikan diri mengajukan pandangan terhadap fenomena semasa yang amat membimbangkan – di mana semakin ramai ahli masyarakat yang tidak lagi peduli dan kisah dengan teguran orang lain di sekeliling. 
Apa yang lebih menyedihkan – apabila alasan yg diberikan berlandaskan hujah hak asasi peribadi, yang dianggap mutlak milik individu. Orang lain dianggap tidak berhak campurtangan dan mempersoalkan keputusan, tindakan dan tingkah laku seseorang itu. 
Terbaru, hari ini (21 Mac 2013) terdapat laporan akhbar harian mengenai komen seorang yang dikenali ramai mengenai `hak peribadi’nya utk berpakaian seksi. Beliau juga memberi amaran agar orang ramai jangan terlalu menjaga `tepi kainnya’. Sedih dan sayu rasa hati membaca komen tersebut. Masakan boleh Dr Har buat tak kisah dan membiarkan golongan ini begitu sahaja. 
Kalau ada yang mahu mengatakan : 'Who cares?', Dr Har jawab 'I do care! A lot!' Dalam konteks ini, perlu sangat diperjelaskan bila nak bercakap pasal hak, ada beberapa noktah yang mesti diperhatikan: Jangan lupa, jauh mendahului hak individu adalah hak Allah SWT yang Maha Agung, Perkasa dan Sempurna. Hak Allah SWT adalah untuk disembah, dipatuhi dan diagungkan. Segala suruhan-Nya adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri, maka pujuklah diri dan relakanlah jiwa untuk patuh, taat dan setia. 
Larangan yang membawa kemurkaan-Nya adalah untuk keselamatan dan kesejahteraan manusia itu sendiri, maka jauhilah sejauh-jauhnya. Membelakangkan hak Allah, tidak memperdulikan suruhan-Nya–adalah satu manifestasi kesombongan yang luarbiasa! 
Janganlah pula terlupa, tubuh badan kita sebenarnya bukan hak milik kita, yang boleh diperlakukan sewenang-wenangnya. Ianya hanya pinjaman sementara, dari Empunya yang tidak pernah terleka. 
Keindahan tubuh badan ini boleh hilang sekelip mata, semua terpulang kepada yang Empunya. Bukankah kita mengimani adanya Hari Pembalasan di Padang Mahsyar? Khabarnya, itulah saat segala anggota tubuh badan kita akan mengadu perihal penyalahgunaan dan pengkhianatan kita. Mulut yg begitu lantang bersuara semasa di dunia, terkunci rapat semasa ditimbangtara. Tentu sekali kita takkan boleh berkata kepada Tuhan yang Empunya segalanya, `Jangan jaga tepi kainku! ‘ Jangan lupa, selain hak adanya pula tanggungjawab dan rasa hormat. Tiga aspek ini :Responsibilities, Rights & Respect – 3R, tak boleh dipisahkan. 
Hak hanya boleh diberikan kpd mereka yg sudah menjalankan tgjwb & peranan mereka dengan baik dan sempurna. Peruntukan hak mestilah pula dihormati. Jangan asyik berhujah dengan hak kita yang itu dan yang ini. Tanyakan pada diri, sudahkah tanggungjawab dan peranan asasi kita sebagai hamba Allah dan khalifah terlaksana? Kalau belum, hak apa sebenarnya yang ada pada dirimu? Jangan lupa, kita manusia makhluk Allah yg perlu hidup secara berkelompok dan bersosial. 
Kita manusia lemah, amat saling bergantungan dan perlu-memerlukan. Selain hak individu, ada di sana hak kolektif (jamaĆ­) yang menjadi milik komuniti di sekelilingmu. Bila bertembung antara hak individu kita dengan hak kolektif massa – ketahuilah, hak kolektiflah yang harus didahulu dan diutamakan. 
Demi sebuah ketenangan hidup yang penuh rasa hormat-menghormati, ayuh kita belajar dari kelompok manusia dulu – mendahulukan hak kolektif dibandingkan hak individu. Mungkin yang paling mendapat manfaat dari nukilan ini, bukanlah kelompok sasaran yang diajukan teguran. Tak mengapalah, Dr Har yakin, ada kelompok yang pasti mendapat sedikit peringatan dan tazkirah. Fazakkir, innafa’atiz zikra : Dr Har akan terus memberi peringatan, sesungguhnya peringatan yang berulang-ulang itu banyak manfaatnya! 
Salam ukhuwah:
Dr.Harlina Halizah Siraj (Dr.Har)

9 comments:

  1. Che Ta ni kena belajar apa terjadi pada Normah Yuzi dahulu yang accident dan Zaiton Sameon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kes aurat Che Ta pun bising buat paaaa... Mustafa Ali henjut celah kangkang, macamanaaaa....?

      Delete
  2. Untuk Che Ta...saya ingin ingatkan bahawa di dalam Islam di mana Che Ta, saya yakin salah seorang penganutnya perlu tahu bahawa 'jaga tepi kain orang' itu adalah dituntut... tetapi yang ditegah ialah 'masuk di dalam kain orang'..... amat setuju sekali dengan apa yang Dr. Har nyatakan... semoga mereka yang membacanya mendapat hidayah.....

    ReplyDelete
  3. MR.
    Media kita pun serupa juga kerana RM.
    Media yg menjadi punca semua ini.
    Media Perdana apa kurangnya.
    Akhbar harakah dgn ubat kuatnya.
    Pakian seksi salah.Taja ubat kuat tak salah.

    ReplyDelete
  4. Saya ingin cadangkan supaya Rozita bertaubat dan memeluk PAS kerana di dalam PAS Rozita akan dikawal auratnya ambil contoh Ustazah Abby Abadi yang kini telah bartaubat dan berceramah menegakkan Islam.
    Silap-silap Rozita boleh jadi calun PAS.

    ReplyDelete
  5. aku setuju dengan anon 2:27. harap che ta jadikan iktibar.menyesal tak berguna.

    ReplyDelete
  6. MR,
    Ramai apabila menjadi artis terkenal meeka sudah tidak bleh ditegur besar kepala,sombong dan ego. Hari ini gah becinta esoknya dengar gah ke mahkamah syriah menuntut cerai pulak. Dah banyak dah begini.

    ReplyDelete
  7. Kak rozita memang cantik menawan. Saya jadikan kak ita sbg sumber inspirasi. Walaupun sudah ada anak 2 tapi pandai jaga badan. Memang menawan. Tapi khas utk suami. Kak ita tak pakai seksi pun tetap cantik. Saya setuju dgn dr harlina juga. Memang patut di renungi dalam. Dan utk dr harlina tolonglah kurangkan berat badan. Dr ni public figure. Kita suka mengingatkan org lain. Tapi kita lupa yg banyak lagi kekurangan pada diri sendiri. Agak2 berat dr harlina tu sesuai tak utk dia bergelar dr.

    ReplyDelete
  8. baguslah..buat blog membuka aib orang..semua kerana nak popular..nanti akhirat nanti aib kau pula dibuka satu persatu..tungguuuuu kan tiba juga..bertaubatlah tuan punya blog

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.