Friday, March 22, 2013

SATU PERSATU JENTERA PROPAGANDA HILANG MARUAH

Sumber : Sinar Harian

ALOR SETAR - Mahkamah Tinggi Alor Setar semalam memerintahkan Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) membayar RM150,000 kepada Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa kerana menfitnahnya dalam siaran rancangan Titik Sentuhan. 
Pesuruhjaya Kehakiman, See Mee Chun, mengarahkan defendan pertama dan kedua masing-masing membayar RM25,000, defendan ketiga (RM70,000) dan keempat (RM30,000) . Mee Chun membuat keputusan itu dalam kamarnya yang dihadiri peguam Mohd Nasir, Aminuddin Zulkipli dan Amirul Fairuzzeen Jamaluddin manakala Peguam Kanan Persekutuan, Ruzaimah Mohd Ridzuan mewakili defendan ketiga dan keempat. Pada 23 Mei 2012, Mohd Nasir menfailkan saman fitnah terhadap defendan pertama, Mohd Hanafiah Hanafi, 65, defendan kedua, Zakri Suid, 40, individu yang ditemuramah dalam rancangan itu, penerbit rancangan Titik Sentuhan RTM 1, Hartini Haris (defendan ketiga) serta Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Norhyati Ismail, sebagai defendan keempat. 
Nasir menuntut ganti rugi am RM10 juta, ganti rugi teladan, ganti rugi melampau dan teruk, kos serta relif-relif lain yang sesuai dan patut diberikan oleh mahkamah. Beliau juga memohon perintah mengarahkan semua defendan meminta maaf secara terbuka dalam rancangan Titik Sentuhan dan menarik balik tuduhan fitnah serta perlu dibuat secara bertulis di muka hadapan akhbar harian dari tarikh perintah writ saman. 
Dalam tuntutannya, Nasir mendakwa rancangan itu disiarkan dengan niat jahat menfitnah beliau sebagai pemimpin yang gagal menunaikan tanggungjawab dan tidak membantu menyelesaikan masalah penurapan jalan di Kampung Hilir, Kubang Rotan” pada 18 Disember 2011. Disebabkan itu, beliau terpaksa menanggung malu dan aib hingga menjejaskan maruah diri serta keluarga. 
Menurutnya, RTM mendakwa jalan itu diturap oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan (ICU) sedangkan ia dilakukan kerajaan negeri pada 27 Julai 2011. Sementara itu, ketika ditemui, Nasir bersyukur dengan keputusan itu serta berterima kasih kepada semua pihak yang menyokongnya sepanjang kes berjalan lebih setahun. 
“Matlamat sebenar tindakan mahkamah adalah untuk menghentikan gejala fitnah dalam usaha mendapatkan sokongan politik dan ini selalu digunakan kelompok media tertentu dengan menabur fitnah. 
“Hak kebebasan bersuara tidak bermakna boleh sesuka hati menyebar fitnah kepada orang lain,” katanya.

KOMEN:
Ini lah kerja Pak Pandir yang yang ghairah mencari kesalahan tanpa kajian yang terperinci dan mendalam.

8 comments:

  1. MR;Inilah yg dinamakan buat kerja korek lubang sendiri yg jatuh.
    Apa pun buat sesuatu kerja biarlah tulen dan betul.Jangan main wayang tongkoi.

    Nah bayarlah pada Pas untuk belanja PRu 13 nanti.
    Malu pun boleh...

    ReplyDelete
  2. Ramai di RTM tu dah tua-tua dan tak berubah. Perkara ini bukan perkara kecil kerana ianya imej kerajaan.

    ReplyDelete
  3. Media milk kerajaan sepatutnya digunakan secara adil utk manafaat rakyat...tapi sayang kerana angkuh dgn kuasa tanpa rasa malu dan bersalah ia dijadikan milk parti, digunakan untuk dakyah Dan fitnah...akhirnya memakan diri...UMNO tidak mengambil pengajaran daripada kes2 saman fitnah yg dihadapi oleh Utusan Malaysia dimana terpaksa membayar saman yg banyak hingga diwujudkan tabung utk membayar saman2 tersebut......inilah akibatnya angkara menjadi LIDAH SYAITAN.

    ReplyDelete
  4. Cuba semak dah berapa kali media-media pembangkang juga kantoi memfitnah. Apakah itu bermaruah? Jangan hanya bangkitkan soal maruah kalau kena kepada pihak kerajaan tetapi lupa bahawa media-media pembangkang sendiri juga sudah lama tiada maruah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anda silap menyamakan media pembangkang dengan media kerajaan. Media pembangkang itu hal mereka laaa wang mereka. Ini media Kerajaan wang rakyat pembayar cukai. Membelanjakan wang rakyat dan sebaliknya RTM membohongi rakyat.
      Apakah awak nak halalkan cara pembangkang? Awal silap laaa....
      Media pembangkang sampai mereka mampuih pun tak ada maruah.

      Delete
  5. Lagipun Utusan tak delete posting yang kantoi..kakakakaka

    ReplyDelete
  6. Itulah padah apabila terlebih sudu dari kuah, Kesannya akan pergi kepada pemerintah. Rakyat sekarang lebih perlukan ketelusan dlm semua aspek. Jadikanlah ia sbg pengajaran. Kalau tujuan baik pasti hasilnya baik dan begitulah sebaliknya. Diri sendiri pun kalau setiap hari dan masa disogokkan dgn berita umpat,keji,hina dsbnya akan bosan dan benci. fikir-fikirkan.....

    ReplyDelete
  7. Yang mana kena bayar saman tu, sila mohon bantuan daripada PERKASA iaitu Preseden Ibrahim Ali.

    Mereka pernah melancarkan derma jihad bagi membantu Utusan Malaysia yang sering kalah di dalam tuntutan saman denan pemimpin pembangkang.

    Insyallah, PERKASA akan membantu sesuai dengan objektif kewujudan mereka iaitu membantu mereka yang teraniaya.

    Sekian dan terima kasih

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.