Wednesday, April 17, 2013

ISU CALUN : SHARIFF OMAR MACAM GAJAH NAIK MINYAK DI TASIK GELUGOR


Semalam di kawasan Tasik Gelugor Datuk Shariff Omar telah menghimpun penyokong-penyokongnya untuk menyatakan tidak puas hatinya dengan cara pemilihan calun.
Ucapannya menghentam DS Najib dalam nada yang garang dan suara yang parau tidak ubah seperti pembangkang. Ini berikutan beliau tidak dicalunkan manakala yang tidak pernah nampak batang hidung diletak sebagai calun khanya calun Sungai Dua
Slogan DS Najib ‘Rakyat Di Dahulukan’ telah menjadi bahan lawak dalam ucapan tersebut. Malah dengan lantang beliau menyatakan akan bertanding di atas tiket bebas atau apa-apa sahaja. 
Salah seorang penyokong beliau di kalangan ahli MIC meluahkan rasa keciwa “…lama punya orang mau, baru tak boleh menang dan Jasmin (wakil rakyat Sg Dua) dia pun Sungai Dua banyak kerja. Deepavali pun ada mari. Lampu pun ada minta jalan di ada kasi semua kerja sini ada bikin. Baru punya orang muka tak dak nampak saya tak boleh undi” Untuk makluman senarai calun sah menang pilihan DS Najib di Parlimen P.042 TASEK GELUGOR: Shabudin Yahaya manakala DUN ialah - N.04. PERMATANG BERANGAN: Omar Abd. Hamid (Muka baharu), N.05 SUNGAI DUA : Muhamad Yusoff Mohd. Noor (Muka baharu), N.06 TELUK AIR TAWAR: Datuk Jahara Hamid (penyandang) 
Walaubagaimanapun biarlah kemarahan ini hanya di dalam tempoh 24 jam seperti harapan Presiden parti DS Najib. Jika berlarutan Pulau Pinang ibarat yang diligan tak dapat yang dikilik bertaburan. 
Pemerhati politik berpendapat situasi ini tidak akan berpanjangan kerana seperti biasa ibarat pepatah Melayu carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga.

20 comments:

  1. Perangai huduh...dicalonkan siapa sahaja, lama atau baru, popular atau tidak belum menjamin kemenangan. Hanya smart Dan teamwork insyaAllah menentukan.

    ReplyDelete
  2. MR.bukan Sharif Ahmad.lah....Shariff Omar.
    Inilah penyakit dalam UMNO sekarang ini.
    UMNO sudah berada dihujung
    Lepas sapa lagi mau hormat sama UMNO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Dolah Doleng.
      Maklumlah tidur lewat semalam, mata naik kuyu otak pun merapu dengar macam-macam karenah orang UMNO ni.
      Nanti Mummy belanja tosei.

      Delete
  3. Memang laa orang baru belum dikenali. Pilih dia dulu laa. Calun baru tu calun Barisan Nasional. Calun dari parti yang bakal menjadi Kerajaan Malaysia.

    Bila dia dah menang, senang laa dia nak tolong apa-apa, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku setuju.. tanya penyandang yang ada sekarang dan yang tersohor, masa mula2 dia diangkat jadi calon ada ke orang kenal dia?, melainkan kawasan kampung dia sahaja. Contoh Ibrahim Ali, Masyhur dia ni, satu malaya kenal, bila pak lah tak angkat dia jadi calon, dia tanding bebas lambang payung, dapat 6k undi, BN Kalah P.Mas majoriti seribu lebih, kalau bukan dia, BN dah menang di Kelantan dah. La ni nak tanding bebas pulak, rosak2..dok diam2 la, bantu parti ketika ini, kalau dok baik2.. orang akan lantik dia semula lepas ni, jangan lawan parti.. Sepatutnya pemimpin lama tolong kempen kepada muka2 baru ini, cari penyokong dan kenalkan kepada mereka bakal pengganti. Dan masalahnya, orang bawah sahaja yang sayangkan parti - macam aku.

      Delete
  4. kali ni aku nak undi PR, biar BN terutama UMNO berehat sepenggal untuk soul searching dan buat overhaul dalaman, kita kembali PRU 14 dgn gagah.. bukan lama bro, 5 tahun je.

    ReplyDelete
  5. perang umno perang sampai umno hancus!!!!

    ReplyDelete
  6. BN x kan kembali lagi selepas PRU13 ... ini bukan hidup mati BN jadi kerajaan lagi dah..ini perjuangan survival politik umno bn.

    ReplyDelete
  7. Berganding bahulah bila berdepan dengan musuh. Kalau musuh tak ada nanti hangpa gaduh sesama sendiri tu lantak pi lah.Ingat lah dulu hangpa pun muda jugak, baru jugak.Tapi masa tu hangpa pun nak di sokong. Lani hangpa lah pulak yg sokong depa.

    ReplyDelete
  8. hangpa jgn duk kira blog mummy rokiah ni.dia ni serupa dajjai Yahudi jg suka pelaga2 org.. pencachai PR boleh jelma mcm2.. wktu2 terdesak ni.. dgn Pak Stopa punya lendir, Nuar punya hanyir.. kes2 besar2 bnding UMNO BN mcm nyamuk dn gajah!

    jgn jd BODO duk dgr layan mamirokiah laknat ni! Tmpu pd jentera BN UMNO.. Insya Allah bg menang elok2. kambuih cepat2 Pakatan HARAM!

    ReplyDelete
  9. anon 8.05.. hahaha perang saraf pencachai PR.. kah..kah..kah kali ni aku nk uni BN pulak.. biar mampos PR.. bkn 5 tahun tp biar selama2nya.. parti setan mana boleh bg idop!

    HIDUP BN!
    HIDUP BN!
    HIDUP BN!

    ReplyDelete
  10. dah lama dah sharif omar ni bagi warning kalau tak dipilih. masuk suratkhabar samada the star atau harian metro. dengar cerita, masa pru 2008, dia trade-off kalau BN menang penang, dia jadi gabenor. tapi tak menjadi. dari zaman anwar dalam umno lagi, kerusi tasik gelugor ditradeoff. ibrahim saad pun pun pernah pegang kerusi parlimen ni. sebab tu dia bengang, nak balik kerusi ni. cukup2lah tu, dah tua dah, jadi tolong2lah dan beri tunjuk ajar pada calun baru pula. susah2 pi lompat ke parti pas.

    ReplyDelete
  11. Aduhai... Sarif udang ni dah puas dah zaman Pak Lah. Dah kaya raya dah..

    ReplyDelete
  12. Hangpa semua nak kata apa pun aku peduli apa. UMNO tetap di hati.

    ReplyDelete
  13. Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang akan bertemu dengan anggota parti yang tidak terpilih sebagai calon, tetapi berperanan penting pada pilihan raya umum ke-13 ini, untuk mengajak mereka bekerjsama berkempen demi BN.

    Timbalan Pengerusi BN negeri Datuk Zainal Abidin Osman berkata BN Pulau Pinang juga mahu meyakinkan mereka ini supaya tidak memprotes dengan bertanding atas tiket bebas atau parti pembangkang.

    "Kami akan adakan pertemuan dengan mereka dalam tempoh terdekat ini bagi mendengar suara hati, biasalah bila tidak dipilih memang ada perasaan kecewa, tetapi parti akan nasihatkan dan minta mereka kembali bekerjasama demi BN," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

    Beliau berkata mereka yang tidak terpilih sepatutnya membantu jentera B Nbagi memastikan kemenangan calon yang dipilih yang dimuktamadkan Pengerusi B NDatuk Seri Najib Tun Razak dari kalangan anak tempatan yang dikenali pengundi dan bekerja keras untuk parti.

    "Mereka ini bertanding atas tiket BN, bukannya peribadi. Kita hendak menangkan kerajaan, bukannya individu," katanya. Beliau turut mengulas kenyataan bekas Timbalan Menteri Pertanian Datuk Seri Mohd Sharif Omar yang mengumumkan mahu bertanding di kawasan Parlimen Tasek Gelugor pada PRU13 ini walaupun beliau tidak terpilih sebagai calon BN.

    Zainal Abidin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang berkata Mohd Sharif perlu memberi peluang kepada anak-anak didiknya yang dipilih sebagai calon di kawasan itu kali ini kerana sebelum ini mereka banyak membantu beliau semasa menjadi calon dahulu.

    "Lagi pun Mohd Sharif sudah lebih 20 tahun terlibat dalam parti, menjawat pelbagai jawatan dalam negeri dan persekutuan...Inilah masanya beliau menunjukkan kesetiaan kepada parti.

    "Calon-calon di kawasan Parlimen Tasek Gelugor itu semuanya anak didik beliau (Mohd Sharif) terdiri daripada pegawai dan ketua wanita yang ketika beliau bertanding merupakan orang kuat menjalankan kerja jentera parti bagi memastikan kemenangannya," jelas Zainal Abidin.-BERNAMA

    ReplyDelete
  14. Peminat Mi Udang Sg DuaApril 17, 2013 at 9:18 PM

    Cukuplah Dato Sharif hoi.
    Hang dah senang lenang dah.
    Pencen Timbalan Menteri tak kurang RM xx,000.00 sebulan.
    Pencen Timbalan ketua Menteri tak kurang RM x,ooo.oo sebulan.
    Syukurlah.Bagilah nikmat ini pada orang lain pula.
    UMNO ini untuk rakyat bukan untuk sorang dua sahaja
    Tak patutlah buat macam ini.
    Hidup UMNO.

    ReplyDelete
  15. Kenapa jadi begini?????. Inilah contoh seorang insan yg tidak tahu bersyukur.... Ingatlah... rezeki itu datangnya dari ALLAH. Kita hanya boleh usaha tapi yg bagi bukannya DSN. DSN hanya tulis nama sahaja tapi ilham utk beliau tulis datangnya dari ALLAH. YBhg Dato kira beruntung sebab banyak duit kerana org kaya yg banyak bersedekah lebih mulia darjatnya.

    ReplyDelete
  16. Perangai manusia..dua inci nak jadi lapan inci....yang sepuluh nak jadi 20 inci...ampai bila pun dia tak puas hati....nak..nak..nak..nak..last sekali tergolek anjing......UMNO sama UMNO bergaduh Melayu jadi kuli ..Malaysia tergadai...PRU 13 UMNO/BN kalah lagi InsyaAllah....

    ReplyDelete
  17. MIC tu sapa...melayu ke...nasibnya lebih baik dari Melayu jika UMNO.BN kalah....yang pi dok ambil paria tu sebagai saksi buat apa...dedah keburukan Melayu kepada bukan Melayu ..pandai sangatlah..masa dia jadi YB dulu dah habis ke orang miskin yang dia bela.....

    ReplyDelete
  18. Ingatkan Sharif Dol gengster kg Dusun. Terkejut I, aaaw!

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.