Thursday, April 18, 2013

LEGASI TUN M BAKAL TERKUBUR DI NEGERINYA SENDIRI

Demontrasi marah Tun M dan Mukhriz
Semalam 16/4/2013 petang di Kampung Pulau Sayak dalam DUN Pantai Merdeka, Sungai Petani, Kedah telah berlaku satu demonstrasi kecil menolak calon BN di N27 Pantai Merdeka, Ali Yahya. Mungkin kecil tapi yang tersiratnya lebih besar.
Konon mereka mahu calun selera mereka bekas ketua Puteri UMNO Kedah Shahnim Yusoff. Mereka kelihatan marah pada Tun M dan Mukhriz kerana beranggapan pilihan calun negeri Kedah adalah campurtangan yang dilakukan oleh Tun dan Mukhriz. 
Melihat dari gambaran visual di atas terbukti mereka telah bersedia lebih awal dan kemungkinan nama calun dibocor awal sebelum pengumuman calun dibuat pada pada pagi 16/4/2013. Banting-banting berwarna yang dicetak kemas dalam Bahasa Inggeris itu seperti sudah dirancang.
Mungkin kesan dari kemajuan Kedah Sejahtera di bawah pemerintahan PAS orang-orang Pulau Sayak kini telah ramai yang berpendidikan Inggeris dengan baik. 
Tulisan ayat-ayat "Wa..Like Father Like Son maaaa..." ternganga orang Pulau Sayak yang cukup terkenal dengan Mee Udangnya dan rata-rata penduduk di sini adalah nelayan bot kecil.
Apa yang lebih menarik ialah mesej di dalam banting itu pasti bukan atas kehendak pengundi Pulau Sayak tetapi ia adalah konspirasi sulit dalaman pihak tertentu untuk membakar bibit-bibit kebencian kepada Tun M dan yang paling utama ialah kebimbangan Mukhriz menjadi MB.
Inilah yang dikatakan dalam politik ada politik. Semoga tidak ada konspirasi yang lebih besar lagi selepas ini.

13 comments:

  1. Inilah adalah rentetan krisis kepimpinan UMNO SP. Ingatkan dah selesai rupanya ada lagi!!!!!

    ReplyDelete
  2. Tok bashah bodo piang tu yang dok mencelarukan politik kedah. susun calon ikut sedap dia dan meletakkan kesilapan tu pada Mukhriz. konon mukhriz dan tun main peranan dalam bab calon. hakikatnya dia nak jadi MB dan buat mcm tu supaya orang marah dan cantaih pesaing dia. aku simpati pada mukhriz yang dicalonkan di air hitam, tambah celaru lagi politik kedah bilamana setpol PM pun geli nak jadi calon parlimen, pengkhianat parti amik jadi rakan, turut pulak ikut dan. akai ada tak digunakan calon adun dia berperanan. akan lingkup habih seluruh kawasan. SAHjaLAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. terbaik....mukriz pon depa p letak kat kubu kuat pas....sahlan akan jd si kitol baru@kj zaman najib...hg tgu la sahlan...

      Delete
    2. majoriti 700 je xleh dipanggil kubu. Mukriz akan pecahkan undi pas disitu.

      Delete
  3. Kit Siang - Lim Guan Eng
    Anwar - Wan Azizah - Nurul
    Karpal Singh - Gobind Singh Deo
    Nik Aziz - Nik Abduh
    Mahathir - Mukhriz

    Amacam sama tak? So Awat kecoh-kecoh....
    Sebenarnya tak sama......
    Bezanya...

    Mahathir (bersara) - Mukhriz

    So... tepuk dada tanya iman.


    ReplyDelete
  4. MR.
    Di Padang Serai pun apa kuranbg lagi teruk.
    MIC buat demo kat pekan Lunas tak mahu Anandan.
    Demo juga akan berlaku tak mahu Marlia jadi calon di Merbau Pulas.Marlia katanya potong orang lain kat corner.Padanmg serai 3-0.


    ReplyDelete
  5. Demo mi udang sepinggan,,,lepas tu mai yang pro demo lagi dapat makan mi udang sepinggan...

    dah kenai muka muka tu..

    Tapi tak pa ABU.ABCD..

    ReplyDelete
  6. Di semua parti - pasti ada puak 'laguni' - Jangan dilayan sangat Dan matlamat utama ialah lagakan bashah-mukhriz sudah tercapai berdasar komen di atas

    ReplyDelete
  7. ENTAH-ENTAH PUAK-PUAK TU TAK FAHAM PUN APA YANG DITULIS KAT BANNER. BAHASA ORANG PUTIH. SAPA TOLONG TULIS KAT DEPA YAAA. SEBAB ORANG CERDIK TAKKAN BUAT KERJA MACAM TU.

    ReplyDelete
  8. sebenarmya aku tabik kat mukhriz. sebab. dia gentlemen. dia berani amik ayer hitam macam dia bertanding kat jerlun dulu. dia boleh amik kawasan selamat macam langkawi atau jitra. tapi dia bersedia lawan di ayer hitam kerana tak ada makna lawan ditempat yang dah tau bn menang. saya tabik. biaq pi lah depa nak demo ka apa asal majoriti sokong kita. puak buat demo ni pun bukan tau apa. ada orang suruh buat tu.

    ReplyDelete
  9. puak-puak warlords umno kedah yng busuk mcm doyan mummy depa la barua..

    ReplyDelete
  10. Setpol Najib Sahlan sebenarnya tak perlu gelojoh nak jadi calon.Yang penting buat kerja dan menyatupadukan umat UMNO diPokok Sena itu dahulu.Baru UMNO Pokok Sena kuat.Dia berpihak pada MatLebai Sudin semata-mata tak mnguntungkan UMNO Pokok Sena.Tak salah dia bersama Mat Lebai Sudin atas sifat Ketua Bahagian.Tetapi dalam PRU kita mahu undi supau tidak berpecah belah.Malang sekali bila Setpol Najib sendiri tak memain peranan yang matang dalam politik.Kalau dalam UMNO pun lintang pukang macamana nak pikat orang lain.Inilah kesilapan dan keangkohan Shalan.Dia kena pastikan Najib jadi PM yang kuat.
    Pokok Sena goyang dan dalam bahaya.Jika ada calon BEBAS pula jadi bahaya.Ini senario di Pokok Sena sebagai pengundi yang menjadi pemerhati di kedai kopo,kaki lima pekan dan dalam kelompok mesayarakat.
    Ditambah pula ahli UMNO yang tak ada didiplin termasuklah pimpinan UMNo Pokok Sena sendiri.
    Nasi sudah jadi moi.Ini baru Pokok Sena tak termasuk Parlimen Padang Terap yang sepatutnya tak ada masaalah.Rupanya isyarat PRU 12 yang lau langsung tak ambil perhat8ian dan pengajaran.Disini ada orang kanan Najib juga iaiitu pagawai Khas.Tak kan UMNO nak dijadikan warisan turun temurun.jangan lah itu peranagi buruk pembangkang yang amalkan anak pinak.UMNO kenalah buat kerja yang baik .Kerana ahli rami.Sungai petani memang kelam kabut dari awal lagi kerana isu dalaman yang remeh temah pun tak mampu diberskan.Tamak ego dan tak mahu tolak ansur inilah puncanya.Merbok pula mempuyai isu dalaman yang sama.Tak mahu lihat kepentingan rakyat dan orang ramai.Kepentingan diri teramat sangat.Semua kepentingan diri.
    Dengar kata pula UMNO satu kapal nahoda.Lagi bahaya.

    Jumpa lagi.

    ReplyDelete
  11. Nama Baru kepada setpol PM di kedah,
    nombor satu = SAHjaLAN
    nombor dua = SAHJALAN_ (tambah huruf _G)
    nombor 3 = SAHSIALAN
    sila tuan2 dan puan2 pilih,
    untuk makloman, dia tu kena juai 3 seringgit saja dengan .... ( errr siapa yerr?? )

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.