Thursday, May 9, 2013

BIAR PADAN MUKA MELAYU, KINI APA YANG ADA LAGI?

Blog Mummy Rokiah pernah menulis di bawah posting yang bertajuk “Apa Lagi Yang Pengundi Cina Mahu?” pada 26 April 2010 klik sini (Apa Lagi Pengundi Cina Mahu?"
Posting ini tiga hari lebih awal dari penyiaran di dalam Utusan Malaysia pada 28 April 2010 sebelum discoop oleh Zaini Hasan dan mengubah tajuk “Orang Cina Malaysia apa lagi yang anda mahu?” di dalam ruangan pojoknya ‘Cuit”.
Ilham saya untuk menulis di bawah tajuk ini tercetus  susulan kekalahan BN dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor sebagai respon kepada jawapan Presiden MCA DS Dr Chua Soi Lek yang menegaskan bahawa pengundi-pengundi Cina tidak lagi mudah diumpan dengan keperluan asas mereka seperti peruntukan kepada sekolah Cina, dewan orang ramai dan pembaikan sistem perparitan sahaja.
Menurut Soi Lek lagi keperluan-keperluan tersebut sudah tidak penting bagi mereka, “mereka hari ini lebih tertumpu kepada isu-isu nasional berikutan itu MCA akan menjadi jaguh yang lebih vokal kali ini”, kata beliau pada ketika itu. 
Menyingkap kembali kronologi ini, Soi Lek yang sebenarnya telah menyampaikan mesej yang cukup tepat apa kehendak orang Cina yang sebenarnya cuma 'as time goes' Soi Lek buat bodoh sahaja kerana apa yang DS Najib tawarkan adalah lebih lumayan dari apa yang sebenarnya mereka mahu.
Buktinya, keputusan PRU13 di mana undi kaum Cina telah 'swing' secara pukal kepada DAP jelas menunjukan sasaran DS Najib tersasar dan jauh menyimpang dengan apa yang mereka mahu. DS Najib telah 'over' memberi lebih dari apa yang mereka mahu sebenarnya sehingga akhirnya jelas mengeciwakan beliau sendiri. Sehingga ke tahap melatih anaknya berbahasa Mandarin dan berucap di Pulau Pinang dalam Bahasa Mandarin konon ingin menambat hati sanubari kaum Cina di Pulau Pinang yang rata-rata bercakap Hokien. Ingin populariti dengan menghapuskan ISA sehingga konon mendahului Singapura sendiri yang masih mengekalkan ISA versi mereka. Tunduk berjumpa dengan Dong Zong, Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong) yang semua orang tahu NGO yang paling chuvanis.
Di dalam posting saya itu juga, saya menyudahi perenggan posting saya dengan menulis “Mungkin apa yang mereka maksudkan ialah hak-hak samarata dengan kaum lain. Tidak perlu lagi kontrak sosial yang sudah lapuk dan SATUKAN MALAYSIA SATUKAN SEMUA? Jika ini terlaksana maka baru BN akan mendapat undi kaum Cina?”. 
Itu lah sebenarnya yang DAP laung-laungkan selama ini dan MCA tidak perlu menjadi vocal seperti kehendak Soi Lek kerana dalam tidak vocal itu kaum Cina telah mendapat banyak dari apa yang mereka mahu. Biarlah DAP yang vocal kerana itu tugas DAP. 
Konklusinya “Sorong PapanTarik Papan, Sana Makan Sini Makan”

14 comments:

  1. Saya setuju mummy, ternyata betapa bodohnya YB BN selama ini. Mereka ini terlalu takut kehilangan pengundi cina dengan itu apa yang di perjuangkan oleh cina dari DAP dan MCA, GERAKAN mereka setuju di parlimen. Sebab itu lah apa yang budak budak cina buat mereka tak berani bertindak takut orang cina kata perkauman, tetapi jika budak melayu buat silap terus didakwa. Sudah nasib orang kita, tiada tempat untuk mengadu. Bangsa cina mereka boleh mengadu pada DAP, jika mengadu pada wakil BN lagi cepat reaksinya, kerana wakil BN itu mahu tunjuk seluruh Malaysia dia lah orang nya wakil rakyat YANG MAHA ADIL.
    Lihat saja pemangsuhan ISA, takkan lah YB YB ini tak terfikir ini adalah muslihat PR supaya mereka bebas bertindak salepas ketiadaan ISA?.
    Kononnya ISA sudah diganti dengan akta baru?
    Sekarang apa dah jadi? Kita sabenarnya memerlukan pemimpin saperti TUN M untuk memimpin Malaysia, Jika pemimpin hanya pandai bercakap dan takut untuk bertindak, negara kita berdepan dengan perasaan tak puas hati dikalangan orang UMNO sediri. Mungkinkah PRU14 TSUNAMI UMNO?

    ReplyDelete
  2. Tak payah cakap hendakkan undi cina lah mummy. Biag pilah depa nak pada pemimpin bangsa mereka sendiri. Yang orang Melayu Islam ni tak mahu dengaq kata2 Allah dalam alQuran pasai pa? Allah suruh kita orang mukmin semua menjadi khaolifah dibumi Allah ini. Allah jadikan bumi ini untuk anak2 Adam memakmurkannya. Pemimpin bagi orang Islam itu hanyalah orang Islam. Pasai apa kita nak gaduh pasai cina. Lantak pi lah depa! Ni nak habaq mai, tu parti yg dok kalut tak habis2 pasai Islam pasai Hudud la ni pasai apa Allah dah bagi menang kerusi banyak kat Selangor dok kalut kata tak mau lah tak tuntut jawatan MB lah bagai. Apa cakap meghrapu ni!! tak ngaji ka dok loghat macam orang gila! Dah Islam menang, hang pimpinlah rakyat Selangor tu. Apa PAs dok ingat kapiaq majoriti ka diSelangor tu!? Hoi Melayu sedaq diri sikit!

    ReplyDelete
  3. Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
    Allah Hu Akhbar Mummy oooiiii tak habis habis cerita hak keistemewaan orang orang Melayu berdegar bagaikan Laksamana hang Tuah " melayu tak akan hilang di dunia.." Hayati lah Al Quran . Mummy ooiii Al Quran itu adalah kata kata atau kalam Allah SWT . rujukkan akan dia. Mummy tolong jangan racism bab bab kemelayuan , kembalilah ke jalan Allah hidinas siratul mustaqim kan cantik .Mummy kenapa susah sangat nak mengaku yg kita ini hamba Allah dan taat dengan agama Allah iaitu Islam. Mummy ooiii kenapa susah sangat dan takut dengan Hukum Hudud ciptaan Allah untuk UmnoBn dan PM Najib nak laksanakan ?????? . Baik lah mummy jika karat sangat nak di ubah perihal pegangan mummy perihal kembali kepada ajaran Islam . Apa yang bagus sangat perepsi kemelayuan hinggakan mummy takut nak pujuk UMNOBN dan PM Najib untuk laksanakan hukum HUDUD. Dalam konsep dan perundangan Melayu, ada ke cara cara nak hukum orang bersalah ?????? Mummy please guna kan minda yang waras ketahuilah orang cina bukan tolak bangsa atau calon Melayu tapi orang cina rata rata tolak BN dan BN dan BN......... oleh Yamaha R6

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamu suruh UMNO buat Hudud, alahai, PAS sendiri pun dok main sorong papan tarik papan.

      Delete
    2. Tu la kat Indonesia yg maksimum muslim pun tak laksana hudud. Apa kesungguhan Pas Kelantan untuk Hudud jika setakat melaungkan saja. Tak pernah pulak nak revise undang2 negeri dan memberi commitment penuh. Berbincang dari segi perundangan dan lain2. Mungkin lepas ni pun DAP boleh laungkan untuk Hudud. Yealah cuma laungan saja tanpa ada perlaksanaan. Itu pun masih ramai yang percaya.

      Delete
  4. sembang lebat. veteran umno dah ajak DAP gabung oiiii..

    huhuhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Anjing lebih mudah dikawal dalam pagar dari dibiar berkeliaran di luar".

      paham maksud peribahasa cina itu?

      Delete
    2. cadangan itu mengarut saja. Mau ka letak Lim Guan Eng jadi timbalan perdana Mentri?

      Delete
  5. Hudud hanya retorik, pas sengaja main lambung2 hudud. Elok benci pihak yg lambung2 agama utk mendakwa paling beriman dn orang lain yg tak masuk kelambu mereka sebagai 'menolak Islam'. itu sajalah maksud Islam! Yang menerima Islam ialah yg berani cakap hudud. Dia pun tak berani buat.

    ReplyDelete
  6. Sebetulnya Chua Soi Lek telah menyedari kehendak kaumnya dari awal lagi. Maka sebab itu beliau telah menolak utk menjadi calon dlm PRU 13. Beliau juga sedar bahawa kehendak tsb begitu berat utk BN pertimbangkan sedangkan sebaliknya bagi PKR dan PAS terutamanya DAP. Bagi PKR dan PAS, mereka tidak keberatan utk memberikan hak itu kerana yg penting bagi mereka yg HANYALAH JAWATAN BIARPUN TANPA KUASA. Jika kesamarataan hak yg diingini mereka diperolehi semestinya akan memudaratkan banyak perkara kepada bumiputra kerana majoriti kaum bumiputra begitu jauh ketinggalan terutamanya aspek ekonomi. Gunakanlah akal yg waras utk bertanya APAKAH KITA (MELAYU PAS/UMNO) SUDAH BERSEDIA UTK BERADA DLM KELOMPOK KESAMARATAAN HAK DLM KEADAAN MEREKA YG MENGUASAI EKONOMI TELAH BERSEDIA UTK ITU?. Percaturan DAP dan PKR penuhi dgn strategi berbanding PAS. Matlamat perjuangan PAS hanyalah utk menumbangkan UMNO kononnya tidak Islamik. Sebab itu PAS dgn rela menawarkan diri utk bersama2 PKR dan DAP dlm misi menumbangkan UMNO sahaja walaupun mendapat upah yg kecil atau langsung tiada upah kerana JIHAD. Sedar atau tidak bahawa dalam PR, PKR dan DAP hanya menggunakan PAS utk mendapatkan habuan yg besar manakala habuan yg kecil2 hanya utk PAS. Lihat sahaja di Selangor, walaupun PAS sepatutnya mendapat jawatan MB tetapi kenapa diberikan pada PKR yg kurang kerusinya?. kenapa DAP berpihak kepada PKR dlm soal pemberian jawatan MB? Saya fikir anda semua tentu tahu tentang nilai dan kekayaan Selangor!.

    ReplyDelete
  7. Sin Chew bukannya wakil suara Cina. Adik pemilik Sin Chew ialah Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Lanang. Utusan Malaysia juga milikan BN.

    ReplyDelete
  8. “Mungkin apa yang mereka maksudkan ialah hak-hak samarata dengan kaum lain. Tidak perlu lagi kontrak sosial yang sudah lapuk dan SATUKAN MALAYSIA SATUKAN SEMUA? maaf yer mummy, bukan mungkin lagi. itulah dasar DAP yang diperjuangkan sejak sekian lama. cuma melayu bumiputera tak sedar. dan saya percaya ramai di kalangan melayu yang takkan setuju hak bumiputera dihapuskan. ingat kita dalah tuan rumah, dan sudah sekian lama kita melayan tetamu kita dengan pelbagai keistimewaan. malah kadang-kadang layanan kepada tetamu melebihi layanan tuan rumah, adakah itu masih tidak cukup. kita jadi begini disebabkan perpecahan bangsa kita sendiri. kita lebih mudah bertindak di jalanan, daripada duduk semeja membincangkan maslah. kita biarkan anasir luar menghakis anak muda kita sedikit demi sedikit, dan saya percaya ianya semakin tenggelam dipukul badai. kontrak sosial tetap wajar. tolonglah jangan lagi bereksperimen dengan jawatan PM dan hak bumiputera, saya takut kita akan menjadi seperti singapura. sepatutnya kekal sebagai TEMASIK.

    ReplyDelete
  9. walu apa pun u all ckp, mmg sbnrnya cina nk kuasa atau nak semua.dan mereka tak nak dan tak akan setuju untuk dirikan sistem islam (islam bukan hudud je) tak kira lah yang pas bwk atau sape2.china adalah bgsa perkauman kuat.sya x bersetuju kalu org kata tak..mereka fikirkan bgsa dia saja.dorg x pndg pun melayu..kiblat mereka adalah singapura.prnh mereka pertikaikan malaysia x maju kerna x paki idea dorg.prnh mereka pertikai melayu byk di universiti.padahal mereka lbh pandai..sumpah demi allah depan sya.yg singapura tu mmg rmai brkta begitu.padahal kt sana lg paki duit byk.prnh mereka pertikai (bukan sorg ckp)kita melytu dpt peruntukn byk.sek kbngsaan dpt peruntukn byk.sek agama dpt byk.sya kata mna ada. x percaya..

    ReplyDelete
  10. walu apa pun alasan korang.walu pun apa pu korang ckp.walu apa pun hujah korang...walu cntik mcm mna pun kenyataan anda semua..apa2 yg korang rasa fakta ...saya tetap menyatakan bhwa mmg cina agak kuat perkauman.mereka nak semua.yg ada bg mereka x cukup.mereka nk yg ada pada melayu yg tah tinggl apa2..mereka nak semua.mereka nk kita ikut mereka.ikut cara mereka.tapi mereka tetap x akan pndg kita.mereka tetap fikir bgsa mereka saja.kita just sbgi plengkap.itupun kalu perlu.kita perlu untuk duduk bwh mereka.bukan tuk bersama2.SAYA tetap tak mau tk suka tak nak mereka di bg peluang di bg kuasa memimpin..mcm skrg, mmg nmpk mereka duduk d blkg dap sbgi tunjang mereka untuk merealisasikan agenda mereka.mereka tk mau islam pun..xmau sistem islam pun..xkira lah yang pas atau siapa bwk

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.