Monday, May 6, 2013

KE MANA HALA TUJU BARISAN NASIONAL?

Di dalam sidang media semalam ketika mengumumkan kejayaan BN menubuhkan kerajaan wajah DS Najib ternyata tidak ceria. Air muka dan wajahnya seperti keletihan selama 4 tahun naik turun untuk menawan jiwa semua rakyat jelata negara ini. 
Di dalam itu nampak tersirat kekeciwaan wajah beliau akibat gelombang pengundi Cina yang dipukul angin beralih arah kepada DAP. Kerusi-kerusi yang di menangi DAP jelas mencatatkan jumlah peningkatan majoriti yang besar. 
Jika disedut dari dialog filem Anak Ku Sazali arahan P Ramlee ia bersamaan "Apakah ini balasan engkau setelah 4 tahun aku menabur bakti kepada engkau semua?"
Contoh ketara ialah otai politikus Johor, Ghani Othman dipukul rapat dengan majority 14,762 undi oleh Lim Kit Siang di Gelang Patah. MB Johor itu hanya memperolehi 39,523 undi manakala LKS sebanyak 54,284 undi. 
Bezanya PRU13 kali ini ialah peningkatan jumlah yang keluar mengundi. Rata-rata pemerhati politik melihat peratusan keluar mengundi khasnya kaum Cina ternyata amat luar biasa sekali. 
Semalam di luar dewan mengundi saya bertemu dengan Ah Ee tua yang terbongkok-bongkok sakit pinggang beratur untuk mengundi selepas balik dari pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital. 
“Sakit badan tapi mau undi juga. Kalau takdak undi saya rehat rumah” kata Ah Ee itu sambil mengesat peluh dan lelehan air liur dibibirnya dengan ‘Good Morning towel’. Maksudnya beliau jarang keluar rumah dan kalau tidak disabitkan untuk membuang undi dia akan hanya berehat di rumah kerana badan sudah tua dan tak sihat. 
Jika PRU12 2008 DAP berjaya meranapkan Gerakan di Pulau Pinang kini mereka telah berjaya menerobos benteng kuat MCA di Johor dan MCA hancur. 
Semalam penganalisa politik di TV1 membidas MCA dan Gerakan kerana tidak bekerja kuat untuk memenangi pengundi Cina dan mencadangkan disisih sahaja ke dua parti ini. Ternyata ini adalah satu analisa yang cetek dan beremosi tanpa sedar bahawa jika berkuburnya MCA dan Gerakan kini hanya tinggal satu sahaja parti yang akan memperjuangkan orang-orang Cina iaitu DAP. Ini sungguh merbahaya.
Kini jelas pengundi Cina sudah berubah dan mereka tidak mudah termakan dengan apa juga manisan yang di hidangkan DS Najib selama ini yang jelas ada sesuatu yang ingin mereka nyatakan bahawa ada sesuatu tidak kena kepada BN dan UMNO. Istilah terbaru DS Najib ialah ‘tsunami Chinese voters’. 
Menurut DS Najib tindakan kerajaan Barisan Nasional seterusnya ialah akan memulakan program ‘national reconciliation’ bagi menyatukan kembali rakyat di mana terdapat polarisasi kaum di dalam keputusan pengundian dan segala bentuk ekstremisme dan perkauman yang tidak sihat untuk Malaysia akan ditangani.
Konklusinya, ulat sutra akan keluar dari kepompongnya apabila merasakan dirinya tidak selamat lagi di dalam kediamannya.

20 comments:

  1. kalau lepaih ni dgn re-conciliation najib lebeh kat cina, melayu kampng dapat apa?

    najib jangan lupa melayu kampong yang bagi BN menang.

    melayu middle-class adalah sekutu cina DAP yang lupa daratan ! !

    ReplyDelete
  2. setuju dengan pendapat anon di atas...


    shah bentayan, bakri.

    ReplyDelete
  3. Najib mesti bijak dalam hal ini. Perkasa yang nak menghalau Cina balik kampung sangat menyedihkan kaum Cina. Kami dirasa seperti pendatang setelah 50 tahun Merdeka. Apa makna semua itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amoy..wa kasi tau lu sbb itu ada cina main itu api dulu...sudah kasi tau..jgn main itu api..jangan cuba bakar2...sebenarnya bn dan melayu sgt toleran dgn bangsa cina cuma kamu sahaja yang semakin tamak dan tidak kenang budi malah ingin mengigit jari oleh org yg membantu kamu melalui undi utk parti rasis...

      Delete
    2. Mr bean army detected..kill em all.

      Delete
  4. Parti Gerakan di Pulau Pinang hilang taring kerana UMNO yang menghentam mahukan jawatan Ketua Menteri sekarang apabila ingin ambil PP Najib terpaksa janji bahawa UMNO tidak akan claim jawatan CM PP tetapi semua itu ssudah terlewat kerana orang Cina sudah membuat keputusan.
    Semua pihak kena terima kalau MCA atau Gerakan jatuh semua komponen BN hancur dan DAP akan kuat seperti kata puan blog ini.
    Orang Cina takut bila Hishamudin keluarkan kerisnya tiba-tiba Hishamudin jadi menteri dalam negeri,mahu jaga keselamatan negara ini? jenayah banyak berlaku. Apa cerita semua ini? Oramg Cina lihat ini adalah lakonan UMNO sahaja.

    ReplyDelete
  5. bangsa cina nampak saja baik tapi bila ada peluang depa akan gunakan sepenuhnya dan tak akan berpatah balik. kita lihat abang dap di seberang pun berminat dengan pru kita. tapi dek kerana awnar dan pas yang sanggup sujud dan sembah dap, selagi itu dap akan terus berkuasa.

    sepatutnya apa2 yang kita melayu buat selepas ini hendklah dibuat secara diam2. kita boleh mulakan dengan memboikot kedai2 cina dan tumpukan kepada kedai2 melayu.

    umno kena tumpukan perhatian kepada melayu luar bandar kerana merekalah yang banyak memberikan undi. saya bersetuju dengan anon di atas yang ada melayu middle class anggap mereka pandai, jenis tak sedar diri. saya gerenti ramai antara mereka pun berjaya kerana umno dan bn.

    ReplyDelete
  6. Amaran pertama buat Najib
    cerobohlagi.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Betul Mummy Rokiah. Saya rasa orang Cina undi Dap bukan kerana dia sayangkan Dap tapi sebab mereka tak percayakan Mca dan Gerakan...OTK must be very happy now.


    In Dire Straits.

    ReplyDelete

  8. بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

    السلم عليكم ورحمة الله

    ada yang jadi pak kadok
    ada yang jadi pak pandir
    ada yang lebai malang
    tidak kurang yang jadi si luncai.

    menidakkan hak mengundi itu rugi.

    kepada Allah jualah kita wajib berserah diri.
    bersatulah wahai saudara-saudaraku kerana agama & negara.

    wallahua'lam.

    ReplyDelete
  9. ALHAMDULILLAH.PR masih berjaya menafikan kemenangan 2/3 BN. Nampaknya majoriti orang Melayu, India dan suku kaum di Sabah & Sarawak masih belum bersedia atau belum berani untuk berubah. Rela hidup dalam serba serbi kekurangan.Sanggup menolak parti yang menawarkan untuk menurunkan harga minyak, menghapuskan tol, pendidikn percuma dari pra sekolah hingga ke Universiti dan lain...semata2 mengharapkan BRIM RM500++ setahun sekali. Ingatlah anda akan terus dibiarkan hidup dalam kemiskinan selagi anda menyokong BN kerana anda perlu MISKIN supaya mudah di perkudakan oleh BN untuk terus berkuasa. Tahniah kepada kaum Cina kerana anda berani berubah kepada kehidupan yang lebih baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ungkapan yg menarik bila melayu tak nak kesenangan jangka panjang, tapi cina dah mula mengorak langkah.

      Delete
    2. Janji yang tak semestinya ditunaikan..bodoh sapa yg termakan gula2 pakatan haprak tak sedar diri membuat ramai melayu yg mudah lupa ni berangan memakai kereta besar hebat yang murah..dgn harga minyak yg turun...tiada tol..cukai pintu turun ..sapa2 nak belajar universiti free...porahhhh..dasar melayu pemalas dan suka menjadi peminta...

      Delete
    3. janji dpt 500 /year. (brim) itulah melayu yg miskin tapi cerdik. cina nak harga minyak murah, supaya senang bisnes, tol free,senang berniaga, itulah cina.

      Delete
  10. Suku kaum Cina atau Tionghua yang berada di pekan/kota/bandaraya adalah golongan yang lama terdedah dengan proses urbnisasi/pembandaran maka mereka kelihatan lebih cerdik dalam banyak hal termasuk bisnis dan politik tidak seperti orang Melayu yang tidak diberi proses itu secara semula jadi melainkan dikawal oleh UMNO melalui Ketuanan Melayu. Melayu berfikiran yang orang Melayu itu bodoh, contohnya Ibrahim Ali mengira yang orang Melayu Pasir Mas tu bodoh, tipu Nik Aziz dan selepas menang jadi katak puru dan dia fikir Melayu Pasir Mas itu bodoh lalu bertanding lagi dan baru nak sedar Melayu Pasir Mas tu tak bodoh lagi.
    Orang Tionghua kota dan buka orang Cina bukit tahu beza antara pemimpin yang korap dan harus ditendang dengan pemimpinnya yang diikathidungnya alias MCA/Gerakan untuk diandilkan, tidak seperti orang Melayu kampung/desa yang masih sulit nak bezakan antara pemimpin retorik Ketuanan Melayu yang korap dan yang tidak korap, mereka itu asyik dibenggongkan dengan isu hudud atau orang Melayu akan hilang jika DAP 'memerintah' negara.Dan satu lagi orang Melayu dah temakan yang mereka ni akan dikepung oleh orang Cina jika tidak memilih rejim Ketuanan Melayu yang dah banyak klentong mereka, tapi mereka masih tak faham.

    ReplyDelete
  11. Najib Razak dont be a beggar to the chinese. Jadilah manusia yang mengenang budi kami melayu dan bumiputra sabah sarawak yang selamatkan BN. Kalau kau terus kow tow kepada cina dan terus abaikan kami yang bersusah payah ni tunggulah kami ajar kau nanti next PRU.

    ReplyDelete
  12. MR.
    Nak salah kaum Cina pun terlalu umum juga.Kalau MCA dan Gerakan tak jaga mereka macamnan hendak sokong.
    Orang Melayu amat ramai juga yang sokong Pas dan PKR.Apa puncanya.Kena tengok ini semua.Begitu juga India kalau MIC asyik bergaduh.
    Cina hilang keyakinan pada MCA/Gerakan kerana parti itu pun ada masalah dalam barisan pimpinan mereka sejak sekian lama.
    MIC lagilah teruk.Bila kaun India lari baru sedar MIC pun ada gadug sama mereka punya pemimpin.
    UMNO apa kurangnya.Kalau pemimpin syik lupa diri sombong tunggulah harinya.
    Jangan salah rakyat bulat-bulat.Kalau pokok tempat berteduh sudah reput apa tunggu lagi.Pokok lain sedia menanti untuk memberi perlindungan yang lebih baik.
    Pemimpin bila ada kuasa suka lupa diri.Kemudian salah pada rakyat.
    Isu perkauman ada dimana-mana.Banyak yang jadi pemimpin tak ikhlas dengan rakyat.Masa rakyat ikhlas tak mahu jaga betul-betul.Bila rakyat pula tak ikhlas baru pemimpin kelam kabut.

    Salah siapa.Rakyat atau pemimpin atau pun kedua-duanya bersalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semalam rakyat bagi satu lagi peluang lima tahun (mungkin terakhir) kalau masih ditahap lama atau korup jangan salahkan rakyat kalau rakyat nak ubah kerajaan,sama dgn kerajaan kedah.so ambillah peluang ni untuk berbakti pada rakyat.

      Delete
  13. pengundi kedah dah sedaq. hampa bila lagi? bo la weii

    ReplyDelete
  14. DAP’s newly-crowned Gelang Patah MP Lim Kit Siang has condemned BN head Najib Abdul Razak for attributing the coalition’s worst showing in a general election to a “Chinese tsunami”.

    He said it was in fact a “Malaysian tsunami”, and that Pakatan Rakyat could not have achieved its results without the backing of Malaysians of other races.

    “In many parts of the country, Pakatan won seats in areas that were previously considered as BN strongholds and took down many big BN guns in Malay-majority areas,” he told a press conference today.

    To back his claims, Lim listed several Malay or bumiputera-majority seats that Pakatan had won, or retained with an increased majority.

    These include Kuala Terengganu, Alor Setar, Lumut, Sepang, and Penampang.

    “The fact that Pakatan managed to increase its share of parliamentary and state seats is commendable, given that hundreds of millions of ringgit were spent by BN on free dinners, goodies, and to print lies and falsehoods in the mainstream press in order to propagate a disgusting and morally reprehensible (form of) politics based on fear,” he said.

    Lim reiterated his condemnation of MCA president Dr Chua Soi Lek, for saying yesterday that the election results have left Malaysia with a “two-race system”.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.