Monday, May 20, 2013

KEMENTERIAN YANG SELALU GAGAL DAN KETINGGALAN DALAM PILIHANRAYA

Selepas pru12 Kementerian Penerangan bertukar kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) kini selepas pru13 kementerian ini bertukar lagi kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia(KKM).
Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek telah dikembalikan dari Kementerian Belia dan Sukan ke kementerian ini. 
Pada mula kewujudannya kementerian ini sangat penting sebagai jentera utama propaganda kerajaan untuk menyampaikan mesej serta mencorak pemikiran rakyat serta perpaduan kaum khasnya selepas kejadian 13 Mei dahulu.
Kini, akibat dilanda gelombang lautan biru media siber, internet dan langit terbuka kementerian ini telah menjadi tidak relevan lagi. 
Jentera-jentera penerangan, penyiaran dan perang saraf masih lagi menggunakan pendekatan cara lama. Mereka dikambus oleh Youtube, Facebook dan media-media sosial lain yang tidak mengenal erti nasionalisma, sejarah dan tamadun bangsa. Pegawai-pegawai tua yang penuh birokrasi yang lebih bergelut untuk mengejar pangkat telah tewas dengan ‘soldadu siber’ (meminjam istilah Rais Yatim) yang muda-muda di dalam peperangan media sehingga mereka berjaya menawan minda dan pemikiran pengundi muda yang rata-rata anti kerajaan. Ia ibarat peperangan di antara soldadu tua yang berpenyakit darah tinggi, jantung dan kencing manis dengan soldadu muda yang kuat, cergas dan otak tajam. 
Tukar menteri dan mengubah nama kementerian tidak membawa apa-apa makna jika tidak berlaku perubahan dalaman ibarat penjenamaan hardware tetapi softwarenya masih yang sama. Dan untuk mengubah software ini bukan satu perkara yang mudah dengan masa hanya 5 tahun ianya tidak akan menampakkan apa-apa hasil dan tidak mustahil selepas pru14 nama kementerian ini akan ditukar lagi. Mungkin pada ketika itu menterinya terdiri dari wakil pakatan rakyat. 
Ramai berpendapat yang menjadi halangan besar kepada perubahan sesuatu kementerian ialah Ketua Setiausahanya kerana mereka cukup berkuasa. Ada seorang rakan berkata beliau terdengar kenyataan dari seorang KSU menyatakan kepada pengurusan tertingginya “Minister come minister goes but I am here to stay”. Ini lebih tepat untuk menyampaikan mesej bahawa ‘apa aku hairan dengan menteri, mereka datang mereka pergi. Engkau orang semua hanya ikut perintah aku kerana sesiapa juga menteri aku akan tetap berada di sini”. Inilah yang ada di dalam KKM ini. 
Walaubagaimanapun sama-samalah kita lihat di dalam masa kecemasan 5 tahun ini semoga Shabery Cheek dapat melakukan sesuatu sebelum sesuatu berlaku.

9 comments:

  1. SETUJU DGN PANDANGAN MR ...PERLU ADA PERUBAHAN DI KEMENTERIAN INI DAN KSU VETERAN INI PERLU DITUKAR ..

    JASA , PENERANGAN KITA SEMUA MASIH DI TAKUK LAMA ..PERANAN MEREKA TIDAK BANYAK BANTU KERAJAAN TERUTAMAN DALAM PENERANGAN KPD RAKYAT KETIKA KEMPEN PRU13 ..

    ReplyDelete
  2. Sibotak tu ke....

    ReplyDelete
  3. Itulah pasal... Lantik lah ksu muda sikit... Dia nak ambil rasuah pun takut sikit...ini dok sambung sambung kontrak.... Naik tocang lah dia

    ReplyDelete
  4. Sebab perangai pegawai-pegawai lama itulah ada tang buat RTM macam emak bapak dia orag punya. Potong tuntutan overtime staff bawahan ikut suka hati mereka tanpa sebarang siasatan dibuat sama ada staff berkenaan betuk kerja atau menipu. Ada pegawai yang kata soal bayar overtime didalam tangan mereka.Ada juga pegawai2 yang pandai2 tetapkan had jumlah tuntutan over yang boleh dibuat. Sekiranya lebih staff bawahan itu kena ambil cuti "book Off". Cara ini pulak bukannya standard disemua unit atau bahagian. ini seolah-olah ada pegawai yang boleh buat dasar mereka seniri. Ketua Pengarahnya pula nampak macam "dead wood" saja. Mungkin dengan sikap pegawai-pegawai sedmikian mengecewakan staf2 bawahan yang secara tak langsungnya menjejaskan mutu penyerian.

    ReplyDelete
  5. cerita ksu dikementerian penerangan.
    dulu dia jilat rais yatim.
    hari ini dia jilat sabri cheklah pula.
    nak hidup.

    ReplyDelete
  6. CERITA DI RTM INI CUKUP MENYAYAT HATI.
    RAMAI PETUGAS SANGKUTAN YG TAK ADA LWSP/SOCSO/INSURAN.
    KALAU MATI ALAMAT MATI KATAK SAJALAH.
    AGENSI KERAJAAN KENAPA KWSP DAN SOCSO TAK AMBIL TINDAKAN.
    SEBAB ITU RAMAI PETUGAS CABUT LARI KERANA TAK ADA JAMINAN HIDUP.
    APA KSU DAN KP BUAT.

    ReplyDelete
  7. ORANG MELAYU ...ISI MINYAK DI PETRONAS SAJA

    ReplyDelete
  8. ADA AKU KESAH...!!!!

    ReplyDelete
  9. Peranan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) atau Kementerian Komunikasi dan Multimedia(KKM) adalah sebagai alat kerajaan pimpinan UMNO sentiasa memuntahkan propaganda UMNO dan menyelar saban hari parti pembangkang. Stafnya semua dah berdarah daging dengan birokrasi tebal dan tiada siapa dari kalangan pemimpin Menteri UMNO bleh membuat apa-apa transformasi selama 56 tahun dah. Aku sekali sekali buka juga RTM khasnya beritanya lalu terus loya baik dari segi isi, penampilan pemberitanya mahupun dari segi persembahan. Teruk sungguh. Macam mana Shaberry nak buat ubah? Banyak berdoalah dan panggil pakar motivasi setiap hari membancuh mentaliti staf kementerian ini dengan ribuan doa, kursus peremajaan, kursus di BTN dan mungkin minta nasihat Madey. Kah kah kah kah.....

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.