Sunday, May 19, 2013

MAMPUKAH MUKHRIZ MENONGKAH CABARAN DI KEDAH DARUL AMAN?

http://mukhriz.com/
Hari ini 19 Mei 2013. Sudah kurang lebih dua minggu dari tarikh pru 13 pada 5 Mei Kedah kembali ke pangkuan BN. Masing-masing yang menang sedang panas mengadakan kenduri kesyukuran kemenangan. 
Exco-exco yang dilantik baru sahaja masuk pejabat masing-masing sedang menghayun-hayun, memusing-musing kerusi empok pejabat baru. Diharap tidak ada exco yang beremosi untuk mengambil kesempatan ini membalas dendam kepada mana-mana musuh politik mereka. Di dalam situasi politik Melayu berpecah belah sesama sendiri, ini bukan masanya untuk dendam mendendam kerana yang menang bukan menang semua dan yang kalah bukan kalah semua.
Kejayaan BN menawan kembali negeri Kedah ibarat menyelamat negeri itu selepas tandus kontang selama 5 tahun dilanggar garuda. Rakyat sudah tidak sabar lagi untuk melihat bukan setakat pemulihan pembangunan tetapi kemakmuran yang bakal di bawa pucuk pimpinan baru menepati janji-janji indah semasa kempen pilihanraya tempoh hari. 
Lima tahun bukan lah satu masa yang panjang kata orang Kedah “kelip pok-kelip pok mata, pejam celik, pejam celik dan sampai 5 tahun”. Hari ini harapan rakyat bukan dikira tahun lagi tetapi dicongak dalam hari, jam, minit dan saat. 
Sebaik ditabalkan menjadi MB Kedah, Dato’ Mukhriz Tun Mahathir di dalam satu wawancara bersama TV1 telah melafazkan 4 perkara utama yang menjadi perhatian beliau di dalam memacu pembangunan negeri Kedah iaitu membangunkan ‘rubber city’ di Pedu, Kuala Nerang usahasama dengan kerajaan Thailand, mengembangkan teknologi industri aeroangkasa di Changlun bersama Boeing AS, mewujudkan zon industri petroleum di Jerlun seperti Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) di Yan dan mengusaha menarik kemasukan pelancong dari Langkawi ke tanah besar Kedah. 
Kenyataan beliau ini pasti membuat rakyat Kedah menaruh harapan yang tinggi kepada Mukhriz untuk mengotakan janji-janji dalam masa 5 tahun memerintah. 
Mesej ini sungguh tepat. Harapan rakyat penoreh getah diambil kira. Berkongsi rezki dari pulau yang pernah disumpah menjadi padang jarak padang terkukur. Menapis minyak dalam perut bumi sehingga lah meneroka angkasa di langit yang terbuka.
Untuk merealisasikan semua ini Muhkriz sahaja tidak mampu mendayung keseorangan. Beliau telah mambariskan satu barisan exco yang masih awal untuk dikatakan mantap kerana masih belum terbukti kemampuan mereka. Mantap atau tidak barisan exco ini rakyat akan menilainya pada tahun 2018. Era ahli-ahli exco yang tidak mampu berbahasa Inggeris sudah berlalu kerana industri-industri di atas bukan industri yang calang-calang atau main-main. Kata Inggeris rabak (broken english) exco tidak boleh lagi "Walk walk eat air" terjemahannya "Jalan jalan makan angin" atau "We kenduri cut cock" terjemahannya "Kita kenduri sembelih ayam". Mereka harus banyak membaca, 'well informed' dan elak lah lawak-lawak bodoh ketika berucap dalam majlis rasmi di hadapan rakyat.
Hakikatnya kejayaan kepimpinan Mukhriz memerlukan komitmen semua pihak bukan setakat ahli-ahli politik tetapi pentadbir-pentadbir birokrat negeri (KCS) yang cukup berkuasa serta berbelit sehinggalah kepada pemain-pemain industri yang bersangkutan. Dan yang lebih penting ialah mendekati anak-anak muda yang berumur 18 tahun dan 19 tahun hari ini kerana mereka bakal menjadi pengundi pada tahun 2018.

4 comments:

  1. MB perlu pastikan semua exco dan adun bekerja kuat. Perhatikan betul2 nanti ada yg cuba selam sambil minum air terutamanya exco yg ada Lesen kelas A. Jgn pula semua disapu bersih oleh SBAR Bina Sdn Bhd dan kroni2.

    ReplyDelete
  2. Apa ketrampilan kepimpinan yang ada pada Mukhriz? Dia naik banyak berberkat dari pengaruh ayahandanya Madey, semua orang tahu. Kini pengaruh Madey semakin kuncup dan kepimpinanya mungkin jua tidak mungkin membisa walaupun ingin menonjol sebagai wira Melayu di Kedah. Najib semakin tak endah lagi retorik Madey.Kepalanya adalah minda korporat jadi jangan harap pembangunan yang ingin dibawanya boleh menguntungkan kaum bawahan. Tunggu dan lihat dan beri dia tempoh 5 tahun juga. Lagi pun KJ, penyaingnya akan cari jalan nak pejatuhkan dia. Tunggu dan lihat.

    ReplyDelete
  3. salam

    beliau perlu d bantu dengan memberikan nasihat dan teguran secara berterusan.yang mana tak elok2 cepat2 perbaiki.nampak dia ni dah buat kerja.nama pun banyak kerosakan, memang banyak kerja yang perlu d lakukan.apa pun, yang penting istikamah...

    budakteranung

    ReplyDelete
  4. Berilah peluang Muhriz dan Exconya buat kerja.100 hari bolehlah lihat hasilnya.
    harapan rakyat Kedah harap-harap MB dan EXCOnya serta ADUN tak akan merembat segala rezeki rakyat pada uncang mereka.
    Jika ada isu ini maka bungkuslah semua mereka disitu sahaja.
    Jangan pula MB/EXCOYB nya makan isi enak-enak rakyat Kedah dapat tulang dan kuah.
    Mola-mola dapat jawaran memang retorik dan menarik sahaja.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.