Blogger Kadir Jasin menyinga dengan kenyataan bahawa dasar Lembaga Tabung Haji hanya memberi kenyataan kepada media arus perdana sahaja.
Dalam ertikata lain “LTH tidak melayan isu dan persoalan yang dibincangkan dalam media baru dan alternatif, termasuk blog” kata Kadir (Blog Kadir Jasin).
Apabila kita sudah terlalu hebat, besar, gagah dan dinasour kita sudah terlupa di mana kita berpijak. Hendak pula kita ada kuasa monopoli tidak ada persaingan. Maka itu kita angkuh.
Kita sudah lupa di mana langit kita junjung di mana bumi kita pijak. Kita lupa dulu Tok Wan dan Tok Nek kita bermula menyimpan syilling di dalam tabung buluh dengan cita-cita ‘satu hari nak naik haji’.
“Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit” kata Tok Wan.
Mungkin hari ini kita sudah dinasour dan besar kita hanya melayan media besar kerana media kecil adalah suara-suara lalat dan langau sehingga kita terlupa bahawa media-media kecil inilah yang membawa suara akar umbi atau suara rakyat yang selalu terpinggir.
Suara mereka tidak mendapat tempat kerana ditapis mengikut selera Ketua Pengarang mereka demi menjaga kepentingan tembolok mereka.
Suara rakyat ini lah akhirnya akan diterjemahkan dalam kertas undi. Jika rakyat bangun mengubah tidak mustahil perlahan-lahan Tabung Haji akan menjadi dinasour yang dipamirkan hanyalah tulang rangka dan akhirnya pengerusinya akan menjadi kurator muzium.
Sedarlah pemerintah bahawa hari itu akan tiba. Bak kata Kadir "Ada ubi ada batas ada hari boleh balas".
suara si penyimpan itu doa. dan memastikan kebajikan mereka amanah. jangan main-main dengan doa orang-orang yang ditindas secara sembunyi atau terang2an. janji Allah itu pasti. andai bukan di sini, di sana barang pasti...
ReplyDelete