Begitu juga pemimpin, masing-masing ada slogan atau 'tagline' visi kepimpinan mereka sendiri untuk menempatkan pasaran mereka di dalam minda dan jiwa rakyat. Seperti di Kedah, setiap MB di Kedah mencetuskan slogannya yang tersendiri. Barisan Nasional ketika Datuk Seri Syed Razak mengambil alih sebagai MB Kedah beliau telah memperkenalkan slogan "Kedah Maju 2010".
Datang pula Ustaz Azizan diperkenalkan slogan "Kedah Sejahtera".
Kini di bawah pentadbiran MB Datuk Paduka Mukhriz Mahathir dilancarkan slogan baru “Kedah Aman Makmur”.
Sejak tarikh pelancaran beberapa tinjuan telah dibuat atas initiatif beberapa orang rakan media untuk melihat sejauh mana mesej ini sampai kepada rakyat Kedah. Ternyata masih ramai yang terpinga-pinga ironinya bukan setakat rakyat biasa tetapi terdapat di kalangan pimpinan UMNO sendiri yang masih tidak ketahuan tentang adanya slogan ini. Ia mungkin berlegar-legar 'suka sendiri' di kalangan ahli-ahli Exco dan kakitangan pentadbir negeri sahaja.
Pengarah Penerangan Negeri Kedah Dr Haniff Hasan menyatakan pihak beliau sedia membuat apa sahaja yang terbaik agar slogan yang diperkenalkan oleh Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir itu dapat mencapai sasarannya.
"Sebelum maklumat itu dijelaskan kepada masyarakat, kakitangan Jabatan Penerangan sendiri perlu prihatin terlebih dahulu tentang perkara itu. Sehubungan itu, kita akan melatih kakitangan untuk memahami perkara ini dan seterusnya mengadakan pelbagai program untuk mempromosi slogan baharu kerajaan negeri Kedah," katanya di dalam Utusan Malaysia 2/7/ 2013.
Kenyataan umum beliau ini jelas membuktikan bahawa tidak ada sebarang perancangan media yang strategik sebelum pengumuman dibuat dan ia lebih di lihat sebagai pengumuman ‘adhoc’ seperti melepas batuk di tangga.
Ketika asakkan gelombang BN untuk menguasai kedah sebelum pilihanraya dahulu mereka bangun dengan slogan ‘BN Menang Kedah Senang’ bagai nak rak digempurnya sana sini. Kini apabila sudah berjaya berkuasa mengambil alih kerajaan Kedah slogan dengan visi yang begitu besar tidak dirasai oleh rakyat. Ianya bagai bisikan di angin lalu sahaja. Malah yang lebih jelas banyak lagi papan-papan tanda yang lokasinya 'prominent' masih terpampang slogan “Kedah Sejahtera”.
Kumpulan media di sekeliling MB, EXCO Penerangan dan jabatan-jabatan yang bersangkutan ternyata gagal memainkan peranan. Samada masih dibuai mimpi atau tidak ambil kisah atau letih dengan slogan atau buta dan tuli tidak pula diketahui.
Jangan sampai rakyat Kedah cemuih dengan slogan demi slogan. Malah yang lebih parah sekarang ialah slogan “Black 505” sedang di dalam proses indoktrinasi untuk mengambil tempat dalam minda dan jiwa rakyat sebagai persediaan pru 14 yang akan datang.
Apa pun jangan sampai nasi menjadi bubur atau kanji.
Apa pun jangan sampai nasi menjadi bubur atau kanji.
Sepatutnya sebelum umumkan slogan terbaru dan terkini yang bakal menjadi kebanggaan Kedah, tubuhkanlah dulu makmal slogan dan kemudian baru lantik Pemandu. Belajarlah dari cara najib yang tersangat efisen tu. Kalau tak faham juga bagaimana nak realisasikan cara pemerintahan najib, lantiklah omar ong jadi penasihat utama. Maka selesai lah masaalah slogan ni.
ReplyDeleteSlogan wawasan 2020,sudah cukup,cukup, utk negara ini.Cuma perlu,ada pandangan yg luar kotak pemikiran kita, utk melahirkan idea,kemudian di bawa dan garap dgn rapi oleh ilmuwan2 terkenal melayu di malaysia, bagi membentuk unsul2 yg logik selari dgn anggaran kemampuan kita, kekuatan kita,kesepaduan masyarakat orang melayu kita, sehingga menjadi "tiger" pada kaum lain.Lantas di ikat, di perkemaskan, utk di jadikan dasar yg kukuh dan berupaya membangunkan nasib bngsa kita di masa hadapan.Kemudian di kunci rapat,demi menjaga kepentingan orang2 melayu dan islam.Di atas kelangsungan dasar yg telah di bentuk ini,maka dapatlah kita mewasiatkan kepada anak,cucu,cicit kita di masa hadapan....ada, mcm kata2 ketua umum kaki penipu tak?
ReplyDeleteMR.
ReplyDeleteJangan sedap dengan Slogan Kedah Aman Makmur.
Jangan pula meletup berita:
1.ada rakyat luar bandar dinding plastik atau daun nipah.
2.ada rakyat katanya mangharapkan sumbangan makan orang ramai dan JKM.
3.ada cerita kampung minum air sungai atau telaga busuk.
4.ada rompakan dan jenayah sana sini.
Sejahtera dan aman makmur sama aje.
ReplyDeleteNik Aziz dalam ceramahnya berkata, kemiskinan tidak dapat dihapuskan kerana ia adalah lumrah untuk membezakan antara yg miskin dan yang kaya. Beliau juga berkata, zaman Nabi SAW juga terdapat orang miskin.
Selamat berpuasa