Memandangkan jawatan menteri kabinet dan timbalan menteri
begitu terhad sekali selepas pilihanraya umum 13 yang lepas jawatan-jawatan
utama dalam GLC terpaksa diagih-agihkan kepada ahli-ahli parlimen BN yang
menang.
Jawatan-jawatan seperti pengerusi GLC menjadi buruan mereka kerana keluhan mereka gaji
dan eluan wakil rakyat tidak mencukupi untuk menjaga kawasan khasnya mulut-mulut pemimpin UMNO di bahagian yang tak pernah tahu erti kenyang.
Selepas pru12 yang lalu jawatan Setiausaha Parlimen
terpaksa dimansuhkan akibat kekelahan BN yang parah sehingga tidak cukup kerusi yang menang untuk ditawarkan
kepada ahli parlimen yang menang.
Jika sebelum 5 Mei 2013 yang lepas mereka ini sibuk
melobi untuk menjadi calun dan apabila telah menang sebagai wakil rakyat mereka sibuk pula melobi jawatan menteri dan kini apabila jawatan menteri telah habis diagih-agihkan mereka ini kalut
melobi jawatan pengerusi-pengerusi GLC.
Nampaknya tak habis-habis kerja melobi oleh
golongan yang mabuk kuasa ini. Kini yang terbaru Datuk Azeez Rahim @ Azeez Putra dikatakan dilantik
pula menjadi Pengerusi Lembaga Tabung Haji walaupun tidak ada kelayakan akademik. Nampaknya jawatan dalam GLC diguna sebagai lembu untuk memerah susu.
Apa pun elok jugalah di dalam masa yang pendek, yang hanya tinggal empat tahun
sahaja ini, lebih baik cepat-cepat
mereka menggendong harta rakyat dengan apa yang dapat sebelum rakyat bangkit kembali pada tahun 2018 dan kuasa ini jatuh
ke tangan parti lain.
MasyaAllah tak baik fitnat dan tuduh yg bukan2.hamba ni blum pun jd pengerusi TH dah tuduh menggendong harta rakyat.klu tngok taukeh2 cina yg berjaya dan kayaraya takde kelulusan pun tp berjaya. yg Melayu lulusan berjela2 tp gagal.psl ape?.dengki tngok bangsa sendiri berjaya.
ReplyDeleteBN gagal majoriti 2008, 2013 dan akan tewas 2018 bukan kerana pembangkang hebat sangat tetapi kerana orang Melayu disakiti dengan menu yang dihidangkan UMNO.
ReplyDeleteSelagi dia pemimpin politik (tidak terhad kpd UMNO sahaja), akademik tidak diperlukan untuk membolot !!
depa dah dpt jdi wakil rakyat, bagi la pula jawatan2 GLC kepada calon2 yg tak di calonkan pd pru13 yg lalu pula, agih2 lah jawatan2 tu, jgn lah PM bagi longgok kan kepada hanya satu org saja, kan kita ni ramai ahli2 BN kan, PM dah kata, klu tak dpt jadi calon pru13, kita boleh tolong pula dgn cara lain,
Deleteini lah masanya PM kena tolong org2 yg tak di calonkan pd pru13 tu,
janju ditepati............
kata di kotakan...........
ayuhhhhhhhh, apa tunggu lagi.........
lingkup lah Tee H jawbnya... kepala penyamun dah mai....
ReplyDeleteMR
ReplyDeleteAntara isu yang anda utarakan ialah
1. Azeez kuat melobi untuk jawatan
2. Azeez mabuk kuasa
3. Azeez tak ada kelayakan akademik
4. Azeez guna jawatan untuk songlap TH
Tarik nafas, lepaskan nafas dan renunglah sejenak samaada keempat empat perkara yang saya garap diatas adalah andaian MR atau sememangnya perkara nyata yang telah atau akan berlaku.
Sekiranya betul, maka kesemua ahli MT UMNO perlu terjun ke laut dan jangan timbul timbul lagi.
Apakah Dato Seri Najib masih tidak terngadah setelah terhantok???
ReplyDeleteSEMUA PENYIMPAN TABUNG HAJI PATUT BERDEMO MENYATAKAN TIDAK SETUJU DENGAN PELATIKAN HINDU PARIA NI MENJADI PENGERUSI.HABIS DUIT NANTI.BINATANG MACAM NI BUKAN NAK KIRA .KALAU BOLEH SEMUA NAK SAPU
ReplyDeleteDEMO LAH BERAMAI RAMAI ATAU PUN BOIKOTLAH PERLANTIKAN BINATANG PARIA INI SEMUA PENYIMPAN TABUNG HAJI.BANGKITLAH HANCURKAN BINATANG INI.
ReplyDeleteMohon tidak berbahasa cerca atau makian. Kerana ini bukan lambang masyarakat kita.
DeleteTQ
Berebut2 nak jadi pengerusi GLC,bagi kat aku jer la.Aku jamin ada gandakan keuntungan dlm masa 5 tahun.Akan rancang banyak sektor ekonomi utk TH.Pencarum pergi haji "free" tapi jd pencarum kekal.Lepas tu,Gubal perundangan pendeposit simpan orang islam di institusi kewangan,kwsp dll utk membentuk ekonomi islam.Penswataan jabatan agama islam.Tubuh bank syariah bumiputra yg terulung di dunia dan bnyk lgi.Aktiviti ekonomi mesti halal dan tanpa riba.
ReplyDeleteGua offer diri utk jadi Pengerusi GLC,gaji lamsum RM12/peryear
ReplyDeleteidea2 nak menyamun TH,bnyak sgt belajar baca artikel penasihat ekonomi RM1.hahahaha..omong kosong ja tu,buat lawak ja
ReplyDeletePandangan tuan agak keterlaluan. Seperti ada perselisihan peribadi dengan YB. Azeez..
ReplyDeleteSaya berfahaman bahawa lebih elok melantik ahli parlimen semasa dari melantik bekas menteri atau pun bekas kakitangan kerajaan menerajui GLC. Sebagai perbandingan, jika benar YB Azeez ini dilantik sebagai Pengerusi TH maka segala permasalahan dalam TH boleh lah dibangkit dan dijawab di parlimen..
Ibni Ismail,
ReplyDeleteSaya juga berpendapat jangan kita mengheret entiti rakyat seperti Tabung Haji ke dalam kancah politik dengan meletak org politik. Biar ianya diuruskan oleh tokoh-tokoh professional yang berwibawa dan mampu mentadbir dengan bijak.
Untuk jawab di parlimen hal ehwal tabung haji biar diserah kepada menteri yang bertanggung jawab. Itu kerja menteri dan kuasa menteri, ahli parlimen biar tumpu jaga rakyat di kawasan dan biar mereka rasa denyut nadi rakyat.
Kalau tak cukup elaun mengapa tergila-gila nak jadi wakil rakyat?
TQ
MR,
DeleteBetulkan ika saya silap, Tabung Haji diuruskan secara professional oleh CEO dan barisan pengurusan yang bukan ahli politik. Sefaham saya, yang dinamakan pengerusi ini tidak terlibat dalam pengurusan harian. Keterlibatan nya hanya lah pada penentuan dasar yang itupun akan dibincangkan dan diputuskan bersama lembaga pengarah yang lain.
Setuju dengan tuan bahawa menteri yang berkaitan adalah juga bertanggungjawab dalam mentadbir urus tabung haji. Makanya apa yang perlu dirisaukan akan perlantikan YB Azeez ini seolah olah buruk benar perangai YB yang dipilih oleh rakyat Baling ini.
Kerisauan tuan tentang tabung haji akan dijadikan lembu yang diperah susu oleh YB Azeez jika benar lah ada kemungkinan terjadi, makanya tuan kepada lembu dan si Azeez pemerah susu inilah yang patut kita buang..
Kenapa tidak di lantik profesional utk menjadi pengerusi TH?Knp perlu melantik AP?Dn berapa pula gaji ny sbg Pengerusi TH?TH ada lh sebuah agensi yg memegang amanah simpanan wang tabungan terbesar umat Islam Malaysia.Sime Darby yg begitu besar pun hampir runtuh kerana salah tadbir.Ini kn pula TH bila di serah kn kpd org yg cuma bekelulusan SPM.
DeleteMR
ReplyDeleteSaya menjangkakan Tabung Haji akan lingkup lima tahun akan datang.
Persepsi terhadap tokoh ini cukup teruk.
Orang ramai mula tidaj gembira dengan lantikan ini.
Orang kenal siapa mangkok hayun ini.
SPRM dan Audit Negara kena selalu semak minit mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah.
Kena semak akaun tiap-tiap bulan.
Semua aset Tabung Haji kena di istihar sekarang.
Ini adalah tanda awal kehancuran UMNO/BN PRU 14 nanti.
Najib sudah banyak buat silap demi kesilapan.
Tabung Haji dalam bahaya.
Ok lah tu sekadar Chairman Tabung Haji.
ReplyDeleteNasib baik tak lantik Menteri Kewangan ke 3.
Makmur lagi lah orang Baling khasnya dan Malaysia amnya.
MR,
ReplyDeleteKenapa terlampau negatif sangat pandangan MR ni? Adakah kerana Azeez diberi jawatan pengerusi maka dia akan "memerah" semua bentuk kekayaan dan kewangan TH agar masuk ke dlm poket beliau sendiri? Atau ini hanya firasat "nujum pak belalang" pihak MR sahaja yang lahir dari perasaan hasad dengki diatas perlantikan Azeez ni?
MR janganlah menunjukkan ketidakmatangan dalam menilai seseorang yang mungkin MR sendiri tidak kenali.
Diakui sememangnya Azeez itu bukan manusia sempurna. Byk silapnya tapi adakah ada nama2 lain yang mungkin bermain di fikiran MR? Agak2 siapa agaknya yang paling layak di tempat Azeez tu?
Dia hanya pengerusi ada banyak lagi mereka2 yang dibawahnya takkan bagitu mudah dia nak songlap duit TH tanpa kerjasama mereka2 dibawahnya. Kalu kita berfikiran negatif maka akan jadi negatiflah dia.
ReplyDelete