Monday, July 22, 2013

MUKHRIZ ANAK KEDAH YANG SUDAH MENGIKIS IMEJ "ORANG KUALA LUMPUR"

MUKHRIZ BERSAMA MUFTI KEDAH
MUKHRIZ SEORANG YANG LEMBUT, MENDENGAR DAN SEDERHANA. Nampaknya negeri Kedah merupakan negeri yang pertama sedang giat untuk membendung penyebaran ajaran Syiah yang ternyata menyeleweng dan boleh menggugat kesejahteraan umat Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah. 
Walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan belum mengeluarkan larangannya tetapi negeri Kedah sudah mula mengambil langkah pro aktif untuk menggazet fatwa ini di peringkat negeri.
Ramai sahabat melihat Mukhriz mendapat nasihat dan kerjasama yang baik dari golongan ulama Kedah dan golongan guru pondok di negeri itu. Tokoh-tokoh inilah yang banyak membantu sehingga membawa kepada kejayaan BN menawan kembali Kedah. 
Malah spanduk ramadan Mukhriz yang digantung sana-sini memaparkan dirinya berjubah cukup menyentuh jiwa masyarakat Kedah dan membawa dirinya jauh dari imej koporat orang Kuala Lumpur.
Apa pun seperti kata Tun M dalam Mingguan Malaysia yang lepas rakyat Kedah sedang menunggu apa jenis kemajuan dan perubahan yang bakal di bawa oleh beliau kepada rakyat Kedah. 
Dalam pertemuan membicarakan survival dan penyatuan umat Melayu Islam bersama beliau baru-baru ini ternyata beliau seorang yang 'sharp' mendengar dan dalam lembut berseloro dalam loghat Kedah.

11 comments:

  1. Orang Melayu, janganlah mudah terpedaya dengan pemimpin yang memakai simbol konon pakaian putih tutup aurat itu adalah pemimpin yang soleh mahu memperjuangkan hak Islam kerana pakaian alah timur tengah itu tidak ada kena-mengena dengan keazaman untuk membanteras kebatilan Islam. Pakaian dan retorik tidak mungkin boleh dipakai untuk menilai kepimpinan seseorang itu. Kalu salah tunggu apakah Mukriz akan dapat menentang misalnya korapsi dalam pentadbiran Kedah atau mengutuk orang Islam yang terlibat dalam industri bir seperti San Miguel di Filipina sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Imej Islam yang dibawa adalah penyerlahan jiwa Islam dari dalam hati. Ramai yang berkopiah hitam telah melakukan jahanam kepada negara-negara nusantara ini dan perangai macam syaitan pun banyak. Itu sudah sah.
      Kita hendaklah berperangska baik dalam hal ini.Sekurang-kurangnya Mukhriz sudah membuktikan kejayaan beliau merapatkan diri dengan golongan ulama yang mana pemimpin UMNO sebelum ini gagal berbuat demekian dan bukan seperti penyokong UMNO yang menghentam dan memutar belitkan apa juga kenyataan Tuan Guru Nik Aziz.

      Delete
    2. Setuju dengan anan 2013 7.22, Betul juga ramai pemimpin PAS yg berketayap...jubah..perangai setan. Ada yg hentam dlm keretapi...Hotel 201...ada yg simpan dan bayar...nampak alim kucing...nampak ikan sembunyi-sembunyi sapu.Elok UMNO yg biasa-biasa je...

      Delete
    3. siapa orang melayu yang terlibat dalam industri bir San Miguel di Filipina...kamu siasat betul-betul, jangan main hentam saja dan dengar cakap...jangan tonjolkan kebodohan kamu.

      Delete
  2. Umno dan Pas adalah parti politik utk sebahagian manusia. Tetapi Islam utk semua manusia yang beragama islam tak kira bangsa,bahasa,kaum dan fahaman politik.

    ReplyDelete
  3. Mukhriz MB baru Kedah sudah nampak menjiwai hati rakyat di Kedah.Nak puji awal-awal pun bahaya juga.
    Tapi rakyat sudah mula senang hati dengan penampilannya yang menawan.
    Belum ada lagi MB Kedah dari UMNO yang memilih pakai sedemikian rupa.
    Cuma Mukriz jangan lali dan alpa akan buaya-buaya lapar yang makin banyak dikelilingnya.
    Lalai dan alpa lingkup lagi UMNO Kedah.

    Diharap MB Kedah kali ini jangan gelojoh.Utamakan rakyat.

    MB kedah kena elak dari kaki judi dalam atau luar negara.Kaki betina,rasuah d.l.l.

    Takut Allah SWT turun bala lagi sekali pada UMNO Kedah.

    Amin.

    ReplyDelete
  4. Bagaimana dengan nasib KUIN dan Maahad Tahfiz Sains di Langkawi?

    Jika benar Mukhriz menyokong Ulama, KUIN dan Tahfiz Sains perlu diperkasakan.

    Sekali sekala berjubah puteh melepak tapi digambarkan berterusan dan istiqamah berpakaian sedemikian boleh jadi itu maknanya "pakaian politik".

    Jangan lupa rampasan tanah rakyat di Terengganu dengan beberapa rumah diroboohkan termasuk Masjid (Masjid Bujal) yang baru sahaja siap dibina dirobohkan oleh Kerajaan UMNO 2005, selepas menumbangkan PAS PRU2004. Pemimpin UMNO terengganu juga boleh bergambar berjubah puteh. Sama seperti Mukhriz.

    ReplyDelete
  5. semoga kemajuan agama Islam di Kedah membawa berkah bagi masyarakat Kedah, komentar juga dong ke blog saya www.goocap.com

    ReplyDelete
  6. KUIN hampir musnah gara-gara kegelojohan kroni-kroni PAS sehingga tidak mampu membayar gaji staf. Kini KUIN sudah kembali tenang dengan fokus kepada kampus Mergong. Staf sudah tidak berdemo lagi menuntut itu dan ini.
    Maahad tahfiz Sains Langkawi hanya indah kabar dari rupa. PAS mengkhabarkan yang ianya terbaik walhal, penyediaakn eletrikpun tidak mampu dilaksanakan PAS. Malah guru-guru terpaksa berulang-alik dari Langkawi ke Pulau Tuba. Dimana kemudahan yang disediakan PAS?

    Peruntukan pembinaan prasarana disana hanya disebut tapi wangnya hilang.

    Setahun pertama pemerintahan UMNO, kerjanya mencuci kemusnahan yang PAS lakukan.

    ReplyDelete
  7. Pimpinlah bini dulu bg tutup aurat.lebai sunat.bertudung yg wajibnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la kata you . tak terlintas dihati saya pun nak komen macam tu

      Delete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.