Kita baru sahaja selesai pilihanraya yang ke 13 pada 5 mei yang lepas. Mengikut rumusan DS Najib, banyak kerusi BN kalah adalah akibat tsunami Cina. Kawasan-kawasan yang ramai pengundi Cina calun BN kalah dengan begitu teruk sekali.
Pengundi Cina juga telah keluar beramai-ramai dengan slogan “Ini kali lah..” yang membawa mesej bahawa ini kali lah masanya selepas Merdeka mereka akan ajar betul-betul untuk nyahkan BN khasnya UMNO atau Pertubuhan Melayu Bersatu. Dalam lain makna "Ini kali lah.." untuk menguburkan kuasa Melayu.
Kuasa Melayu nyaris-nyaris hancur malah sehingga kini ia sedang berada di tebing lubang kubur dan tidak siapa dapat meramalkan apa akan terjadi pada pilihanraya yang akan datang yang di jangkakan pada tahun 2018.
Inilah balasan yang orang-orang Melayu terima setelah menerima kerakyatan kaum lain. Ia memakan masa selama 56 tahun dan redap api perkauman yang membara sebenarnya tidak pernah padam.
Kini kita mengundang satu lagi cabaran baru apabila bersetuju membuka kedutaan Vatican City di negara ini. Belum pun kering cap jari dan langkah kaki ke negara ini Apostolic Nuncio nya (Jawatan Vatican bersamaan dengan Duta) Joseph Marino telah meletak titik hitam mengundang masaalah. Ini berpunca apabila beliau mencampuri urusan dalaman negara ini dengan memuji penggunaan kalimah “Allah” di dalam kitab bible.
Tindakan Nuncio Joseph ini telah mencetuskan api kemarahan di kalangan umat Islam negara ini sehingga mengundang NGO-NGO seperti PERKASA, Jati, Gabungan NGO Melayu Islam Malaysia dan Jalur Tiga untuk bangun mendesak Joseph menarik balik kenyataan nya di samping ke tahap mengeluarkan kenyataan supaya mengusir Nuncio ini keluar dari negara ini.
Keseluruhan puncanya semua ini ialah mengapa kita begitu mudah memberi rumah kepada Vatican di negara ini yang mana mereka ini bukan mewakili sebuah negara pun? Jauh sekali bagi memupuk keharmonian kaum dalam negara ini. Seperti yang dipersoalkan oleh blogger Kadir Jasin “Siapa yang beria-ia menjalinkan hubungan dengan Vatican?”.
DS Najib mungkin tidak sedar ego beliau telah diangkat melalui psyco puak ini apabila beliau sangat berbangga dengan lawatannya ke Vatican pada 18 Julai 2011 dengan katanya "Mereka beritahu saya, ikut amalannya, Pope Benedict tidak terima sesiapa sewaktu dia bercuti. (Tetapi) dia buat pengecualian untuk saya berjumpa dengannya. Saya jumpa dengan Pope Benedict kerana kita mahu tunjukkan sebagai sebuah kerajaan kita bersikap inklusif,".rujuk sini.
Apakah Kerajaan DS Najib yakin puak ini boleh dibawa berbincang untuk bekerjasama dengan mereka yang konon cintakan keamanan dan kedamaian?. Dan betulkah mereka ini menghormati kepimpinan Islam?
Apakah kita lupa bahawa Allah SWT telah berfirman di dalam Surah Al Baqarah ayat 120:-
” Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu).
Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya pertunjuk Allah (Ugama Islam) itulah pertunjuk yang benar".
Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahi yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu".
Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya pertunjuk Allah (Ugama Islam) itulah pertunjuk yang benar".
Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahi yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu".
Lagi sekali DS Najib mendapat nasihat yang silap dari penasihatnya.
Hakikatnya DS Najib sudah terperangkap dengan membuat satu lagi kesilapan besar di dalam sejarah orang Melayu dan Islam. Mungkin kesan dan akibat ini akan lebih cepat dan tidak akan sampai 56 tahun untuk kita lihat kecelaruannya.
Hakikatnya DS Najib sudah terperangkap dengan membuat satu lagi kesilapan besar di dalam sejarah orang Melayu dan Islam. Mungkin kesan dan akibat ini akan lebih cepat dan tidak akan sampai 56 tahun untuk kita lihat kecelaruannya.
PEACE.
mummy biarlah Najib bahagia dgn agenda Pope dia.rasanya dia tak sempat baca surah Al Baqarah ayat 120 mgkin Penasehat ugama Islamnya baca tp tak berani habak atau sengaja terlupa kot maklumlah nti tak blh jd Menteri.org kg hang la jugak tu...
ReplyDeleteNak jadi mb/exco/menteri dan yb-yb bukan susah.
ReplyDelete1.kena jadi kroni kuat presiden parti.kelulusan dan ilmu bukan syarat utama.sebab itu ada menteri lulus srp pun ada.
2.lepas tu bila ada masaalah dan ancaman musuh lebih geliga daripada pemimpin kita yang tak tahu apa.pemimpin mana mampu berfikir dan mentaakul masa depan kita.
3.mereka cuma seronok jadi pemimpin kerana ada gaji dan elaun lumayan.bukan nak bela rakyat sangat.
4.mana ada pemimpin yang susah hati.tengoklah gelagar mereka dilobi hotel punya enjoy dan lagak mereka.depan rakyat pura=pura simpati.
5.sebab itu nak jadi pemimpin bukan boleh minta-minta.lobi dan ugut dan sebagainya.
6.hari semua pemimpin bukan malu dan segan minta jawatan.kata pula dia yang terbaik.fitnah orang lain.
7.kerana pemimpin tak ikhlas dan jujur bala menimpa kita semua.mereka pun dah kaya raya.
apa sudah jadi...harapkan pagar, pagar makan padi!!!
ReplyDeleteAllah jualah sandaran hati....
AKU DAH TAK SUKA NAJIB DAH. KELUAR BERITA PASAL DIA AKU TUKAR CHANNEL KOREA. LEBIH BAIK AKU TENGOK BERITA KOREA. AGAK-AGAK STORY PASAL DIA DAH HABIH, BARU AKU TUKAR BALIK KE CHANNEL MALAYSIA. JANGAN MARAH YA KERANA AKU YANG BERHAK MARAH SEKARANG. HA! HA! HA!
ReplyDeleteKelompok Tionghua atau Cina dah lama sokong UMNO/BN tapi apabila kelompok ini dipinggirkan/dihampuk balik ke Tongsan/tidak mengenang budi/tak hormati Ketuanan Melayu/dinafikan hak demokratik mereka dan mula bersama PAS/PKR maka UMNO Melayu mula gentar dan memomokan bahawa kegagalan urustadbir negara oleh UMNO adalah kerana kelompok Cina ini sudah mahu menguasai negara pada hal jika semua kerusi yang dipertandingkan oleh DAP/MCA tidak mungkin boleh mencapai satu pertiga daripada keseluruhan 222 kerusi Parlimen, mereka tiada kuasa dua pertiga untuk mendominasi pentadbiran negara. Jangan lupa segelintir orang Cina amat kaya sama juga segelintir elit UMNO juga amat kaya tetapi hakikat elit UMNO ini amat kaya selalu di'lowprofile'kan dan memang golongan Melayu majoriti adalah orang miskin bandar walaupun berbilion ringgit selama lebih setengah abad sudah diperuntukkan untuk menaiktarafkan mereka gagal oleh UMNO.
ReplyDeleteTiada salah mempunyai hubungan dengan Vatican, zaman Nabi dulu pun ada hubungan dengan orang Kristian malahan dengan orang tak percaya agama. Kalimah 'Allah' masih digunakan untuk memandulkan minda rakyat, bukankan istilah Allah itu telah digunakan oleh banyak komuniti pelbagai agama sebelum kehadiran Islam lagi.
Memang syok isu agama dan perkauman di guna untuk meraih sokongan orang Melayu ala mentaliti Makcik Felda yang malang sekali minda mereka dikepung bagi mengelak melihat isu rasuah, urustadbir dan keadilan sosial yang UMNO tak kompeten melaksanakannya.
Inilah padahnya jika terlampau tunduk kepada kehendak nafsu mengejar kemesyhuran sehingga nilai kemesyhuran itu sendiri tidak memberi apa-apa makna lagi . Langkah yang paling baik ialah menguna rasional akal, tata budaya bangsa dan ajaran agama yang dianuti.
ReplyDeleteMummy, TS rasa kenyataan anonymous yang mengatakan "banyak kelompok yang menggunakan nama Allah sebelum kedatangan Islam" adalah tidak benar sama sekali. Kerana turunnya Adam sehinggalah kepada Muhammad SAW semuanya membawa Islam iaitu mentauhidkan Allah. Hatta Isa al Masih, juga membawa Islam. Isunya apabila pengikut cenderung kepada mewujudkan kepercayaan yang lain, mereka mengaitkan Allah.
ReplyDeleteMR, mohon izin :
ReplyDeleteTHE SILENT PRIME MINISTER aka Ah Jib Gorrrr amat bangga dengan transpansi, konsultansi dan inklusive atas perbahasan dasar yang tak mampu mem-popular kan nya.
Dalam isu undang baru yang hendak di konsultasis kan :
Soal nya mengapa untuk tarik dan buang undang EO 2 tahun dulu tak cakap pun macam ni ?
Nak sangat popular ke nak tunjuk hebat 1M ke atau nak tunjuk kuasa barat 1M sangat bagus ke ?(agar dapat agih pujian demi pujian orang putih).
Kerana kurang keyakinan diri sendiri dan kurang daya memikir Ah Jib Gorr sendiri atas dasar 1M (Liberal transformaci equality engage terbuka kesamarataan kelainan pelbagaian 1M4U )semenjak 2008 Ah Jib Gor, umum maklum, gemar sungguh penasihat(ikut IBAI-penasihat TS Khalid).
Secara terbuka sikap ini hinakan instutusi2 INTAN MCS dan redundantlah 1,300,000 ahli kakitangan pekerja kerajaan yang menelan belanja RM60 billion setahun.
Hebat sungguh lah negara ini.
Hebat sungguh 1M.
Ah Jib Gorrr tak payah kerja ,tak mau kerja.
Tak malu buat pengaduan: Susah lah undang undang baru ni !
Sudah Ada ramai konsultan,mengapa susah pulak ?.
Ah Jib Gor amat bangga dengan pencapaian negara malaysia
dan habis pukul canang di Tanzania(1hari setengah) dan 9(sembilan) hari di LONDON,
dabik dada ,kita banyak betul CASSSH dan ASSET.
Terlupa Ah Jib Gorrr pada asas nya, 1M melahirkan ALVIVI NameWee ,Nazri JongKONg street,saifudin New Politik Adam Tanjung malim Bersih 3,beruk hitam 505 dan ribuan bekas tahanan EO bermaharaja lela.
Jutaan pengundi bangsa tetamu asing, tunjuk ajar dengan 505, pun tak faham ?
Tanya lah konsultan dan WAR Room Strateij Direktor bagaimana nak buat undang undang baru yang adil tegas dan bukan undang Ah Jib Gorrr sotong lembik ta'da taring ta da maya macam Ah Jib Gorrr.
Ah Jib Gor; Cukup lah dengan kebanggaan liberal inklusive transformaci engage kelainan 1M4U bapak sekolah vernakular tsunami cina.
Tak sampai 65 hari sesudah tsunami cina, masih lagi tak mau belajar,sombong...
Hebat Ah Jib GOR 1M,presiden parti Melayu terbesar, yang bukan lagi Melayu,sebab semua sudah jual telor setengah masak.
Hebat Ah Jib Gor, sahabat karib Cameron,Omar Ong, Tony FFFFF,Wong Chun Wai,Idris Jala dan penasihat yang berucap atas nama PM/1M.
Ah Jib Gor PM Melayus Islam yang amat rapat dengan VATICAN,ta kpernah di lakukan di negara Islam. Ada konsult kah KSA,Sudan,Pakistan Bangladesh,Indonesia ?
Ah Jib Gor THE SILENT PM.
Bila nak buka mulut ?
Bila bagi duit duit duit duit duit duit.
Atau susah lah nak jadi PM
Kalau makhkamah putus PRU 13 ,222 kerusi kosong, tanya lah penasihat penasihat, macam nak menang sekalli lagi.
Bolih twit IBAI: jumpa Jusuf. Bolih tanya Cameron.
Bolih tanya Obama,(oops, AZZEEEZ LUTH tak suka Obama,sbb Ah Jib Gor lebih POPULAR dari OBAMA).
ALVIVII bukan pertama dan bukan Akhir.
Yang Jelas:
1M membuka luas pintu civil disorder dan sosial disharmony , di kipas olih IBAI dan disnasti Lim (
Ah Jib Gorr ,letak jawatan sebagai Presiden umno !
Lagi mulia daraipada VOTE OF NO CONFODENCE atau kalah di PRU gantian tajaan IBAI/Lim dinasti.
arjuna waspada
changkat lobak
Penasihat-penasihat Ah Jib Gorrr semua tongong termasuk Jamil Khir Baaharum yang sepuloh kali tonggong.
ReplyDeleteMummy, cuba fikirkan kemungkinan berikut:
ReplyDelete1. Mohd Najib akan tandatangani juga Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA) apabila Barrack Hussein Obama datang ke Malaysia tanpa mempedulikan buruk baiknya kepada rakyat jelata kerana mahu berjabat tangan dan bergambar dengan Presiden AS itu.
2. JJ bekas duta ke Washington DC dan penasihat Mohd Najib amat taasub kepada Obama.
3. Tahu atau pedulikah mereka bahawa di bawah Obamalah, paling banyak serangan bacul menggunakan drone (pesawat kawalan jauh) dilakukan ke atas sasaran di dunia Islam yang turut membunuh beribu orang awam?
4. Selepas Vatican mungkin beliau akan menerokan kemungkinan menjalin perhubungan dengan Israel pula kalau didesak oleh Obama kerana Mohd Najib amat dahaga dinobatkan sebagai pelopor "global moderate" atau setidak-tidaknya pun tidak lagi kritikal terhadap Israel.
5. Mengenai pemilihan Umno, Mohd Najib akan selamat kerana Muhyiddin "tidak berminat" mencabar kerana “dah penat” dan tidak mahu dilihat sebagai tidak setuju dengan semua PM setelah berpakat dengan Dr Mahathir menjatuhkan Pak Lah pada 2009. Bila Muhyiddin penat, Dr M tak ada "choice" melainkan secara tersurat bersetuju jawatan Presiden dan Timbalan tidak dipertandingkan. Yang tersurat MUNGKIN berlainan sama sekali. Wallahualam.
6. Boleh jadi juga Dr M "tutup pintu" sebab bimbang ada pencabar lain yang tidak cocok dengan beliau seperti Ku Li. Dr M menyokong Mohd Najib dengan harapan Ku Li tidak berani mencabar beliau.
7. Tetapi apa yang dua watak ini (Dr Mahathir dan Ku Li) kata di belakang tabir akan memberi kesan kepada kedudukan Mohd Najib. Banyak wakil rakyat Umno, khasnya dari Sawarak dan Sabah, yang telah “berunding” dengan Ku Li, cuma bekas Naib Presiden Umno dari Kelantan itu mungkin tidak mempunyai sumber (manusia dan wang) untuk melawan jentera Mohd Najib yang kaya sumber.
8. Jadi harapan Umno berubah kepada yang lebih baik masih tipis. Umno akan berubah hanya jika atau apabila kalah dalam PRU.
Terima kasih
Salam, blog tuan amat menarik dan mempunyai infomasi yang terkini, jesteru itu sama-samalah kita memberi sokongan sesama kita, harap pihak tuan dapat menambah pautan portal http://n9kini.net ke bloglist pihak tuan... Sekian, terima kasih.
ReplyDeleteSaya setuju dengan pendapat DKJ..UMNO hanya akan berubah apabila kalah PRU....
ReplyDeleteKata dan luahkanlah pendapat anda tetapi hakikatnya DS Najib masih lagi menjadi PM dan beliau mempunyai akses kepada sumber kewangan yang berbillion ringgit untuk membuai rakyat dengan mimpi2 indah....
ReplyDelete