Monday, July 15, 2013

NAJIB DITUTOH OLEH DUA TOKOH WARTAWAN NEGARA

Hari demi hari kedengaran suara-suara sumbang yang mempertikaikan kewibawaan dasar-dasar DS Najib yang jelas tidak menguntungkan umat Islam dan kaum Melayu negara ini. Semua pihak sudah mula bersuara tanpa selindung lagi. 
Hari ini warga blogger digegarkan dengan posting terbuka oleh dua Tokoh Wartawan Negara yang sungguh tajam, pedih dan lebam. 
Pada pukul 10.53 pagi blogger Zam Maidin, Tokoh Wartawan Negara 2006 di dalam posting blog nya menulis “Apakah Datuk Seri Najib lebih mementingkan perasaan Vatican City dari perasaan umat Islam di negara ini yang lebih penting kepada masa depan politiknya? 
Pandangan umat Melayu dan Islam di negara ini ialah Vatican City tidak penting kepada Malaysia,tidak merugikan negara ini walaupun tanpa ketiadaan dutanya disini. 
Mungkin kehadiran duta ini berguna bagi pilihanraya ke 13 tetapi tidak memberikan faedah kepada Plihanrya Kecil Besut sebaliknya cabarannya kepada Malaysia yang mendedahkan ketakutan kerajaan Malaysia untuk bertindak tegas akan memberi kesan kepada Pilihanraya Kecil Besut". zamkata.blogspot.com
Manakala pada pukul 11.13 pagi pula blogger Kadir Jasin juga yang merupakan penerima Tokoh Wartawan Negara 2011 pula menulis dengan penuh sentalan “Sebelum kita tuntut Archbishop Morino disingkir, tanyalah dulu kenapa Mohd Najib ke Vatican dan berjumpa Pope Benedict XVI pada 18 Julai 2011? 
Mohd Najib sendiri kata, lawatannya ke Vatican adalah untuk “berbincang dan bekerjasama dengan mereka yang cintakan keamanan, kedamaian dan mereka yang menghormati kepada kepimpinan Islam.
Jadi, dengan campur tangan Morino itu, adakah Mohd Najib telah berjaya menjalin kerjasama dengan mereka yang cintakan keamanan, kedamaian dan mereka yang menghormati kepada kepimpinan Islam?".  kadirjasin.blogspot.com
Melihat episod demi episod ini sama-sama lah kita tunggu bagaimana kah berakhirnya episod kepimpinan Najib.

16 comments:

  1. Manusia yang penting diri sendiri, kalau nak rosak diri sendiri tak apa, jangan rosak serta menjahanamkan melayu semua, sudah buat banyak keputusan yang merugikan melayu sendiri, asyik mementingkan cina dan india, tak sedarkah dia? UMNO menang kerana undi melayu.Undang-undang semua nak mansuhkan, apa punya pemikiran, pemimpin yang memalukan orang melayu.

    ReplyDelete
  2. Najib harus dibersarakan, NAJIB HARUS DIBERSARAKAN,.........
    ADA FAHAM ????????

    ReplyDelete
  3. Najib ni bakal menerima nasib sama dgn Pak Lah..peralihan kuasa adalah jawapannya..terlalu takut utk mempertahankan melayu/UMNO..dah terang bangsa cina dan india adalah perosak keamanan..pencetus suasana benci membenci antara agama..pegi jahanamlah najib..

    ReplyDelete
  4. Sapa yg boleh ganti najib..muhyiddin boleh? Xkan nak bg kat nuar..aku dah muak dgn najib bin rosmah tu...

    ReplyDelete
  5. Sudah sampai masanya Najib mesti buat peralihan kuasa atau dialihkan.

    Adakah Najib lebih rela berundur secara terhormat atau berundur dengan kekejian?

    Berundurlah secara terhormat sebagaimana Pak Lah demi mamsa depan Islam. Berundur secara keji bermakna, berundur sambil dimaki dan dikenang sebagai penjahanam bangsa dan tanah air.

    Tak malukah Najib bila bapanya dikenang sebagai perwira negara dan hasil bapanya dimusnahkan oleh anaknya?

    ReplyDelete
  6. sama2lah kita mendoakan agar bangsa Melayu,ugama Islam dan Negara aman tanpa Najib n Rosmah,Hishamuddin n Khairi.Melayu terpinggir wpun menyokong UMNO krn penasihat Najib terdiri Rosmah,Mustapha Ong n Idris Jala...mereka ini ahli tegar UMNO???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn ya rabbal 'alaminn ....

      Delete
  7. ape lah korang nie !!
    sikit2 salahkan najib...sikit2 marahkan najib.
    kan dulu lagi org dah kata..PM M'sia sebenarnya Rosmah...bukan Najib.
    Tak reti2 ker?

    ReplyDelete
  8. You all bukan orang umno please shut-up. Kami ahli umno sayang kat Najib, apa you nak kata? Kami kesah apa, janji poket kami berisi, Najib okay what?

    ReplyDelete
  9. Muhyiddin Yasin boleh..
    Gandingannya adalah Zahid Hamidi..
    Ibarat Road Warrior (Legion of Doom) dalam WWF..

    ReplyDelete
  10. Bakal ganti Najib ialah Azeeez Pengerusi TH Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. azeez mamak mana buleh...

      Delete
    2. Mat tu juai nasik kandaq boleh la..setakat bagi penuh korum boleh la...Kalau bagi dia pimpin jawabnya bungkuih la kita...Malaysia pun nanti dia boleh pi juai...hahaha

      Delete
  11. Azzeeez OK lagi, asalkan jangan Nik Aziz...

    ReplyDelete
  12. najib memang lembek liberal dan mendengar nasihat2 orang2 kaya yang dah kenyang tapi lapak lagi.

    saya bukan ahli umno, tapi saya sokong umno. pandangan saya najib kena pi lah.

    tapi sapa ganti nya.?

    kita hidup 22 teun pimpinan Tun Mahathir, kita jadi bangga kita melayu

    hari ni nampak sangat kita takdak pemimpin lagi.

    awat susah sangat ka nak ambek Tun jadi mentor menteri ka?

    laa ni pi mana2 pon malaysia kena tipu, kena mein.

    tu lah sentimen rakyat.

    ReplyDelete
  13. Disaat negara dicabar oleh golongan bukan Islam.
    Yang si Shahrizat pula kecewa kerana tak ada wanita umno dilantik jadi setpol.
    Pi mai pi mai dia dok kira wanita dia sahaja yang makin malap.

    Itulah penasihat Najib kini.Ketua wanita dia yang hilang fokus.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.