Sunday, October 13, 2013

ADA YANG HEMPUK MIKROPHONE DAN ADA YANG HEMPUK DUIT

Hari ini akar umbi UMNO berkuasa memilih pemimpin mereka. Ini merupakan salah satu proses transformasi lautan biru yang dilakukan UMNO. 
Jika dibandingkan dahulu pemilihan dibuat oleh beberapa perwakilan yang dipilih dalam mesyuarat bahagian sahaja.
Nampaknya pendekatan berubah tetapi amalan hodoh pemimpinnya tidak berubah. Mainan politik wang nampaknya sudah pekat tidak dapat dipisahkan seperti irama dan lagu. 
Ada perwakilan di cawangan yang dibayar duit minyak motor sebanyak RM50/- (jumlah setakat yang diketahui) untuk turun menghadirkan diri di dalam perjumpaan dengan calun Naib Presiden yang sedang suam-suam kuku. 
Semalam ada calun yang bertanding ketua pemuda bahagian juga menabur wang sehingga ke dalam jamban dan bilik air di saat-saat akhir sebelum mengundi. 
Apa yang lebih menarik ialah berita yang mengemparkan di mana ada adegan ganas wanita di Gua Musang yang menghempuk microphone kerana tidak puas hati nama mereka digugur kerana lewat satu minit menghantar borang. Kemarahan nya ke tahap maksima dengan menghempuk microphone seolah-olah menghempuk kepala presiden UMNO. 
Rencah-rencah UMNO. DULU, KINI dan belum tentu SELAMA-LAMANYA.

6 comments:

  1. Cerita main rasuah wang dalam pertandingan memilih pemimpin dalam UMNO sudah jelas lagi terang bukan sesuatu yang baru nak dikesani. UMNO boleh guna istilah perubahan, transformasi atau amalan demokrasi tetapi masih tak dapat menutup mata rakyat dari kalangan bukan orang UMNO bahawa UMNO sebenarnya nak mempertahankan amalan suci keramatnya iaitu mengkayakan elit atau kroninya yang telah berjalan selama 56 tahun dan seterusnya mengklentong rakyat majoriti yang UMNOlah yang komited memartabatkan, memaruahkan bangsa dan agama Melayu. Apa tak lekehnya ahli -ahli UMNO boleh menerima pemimpinya yang tercalit dengan dakwaan rasuah wang untuk dipilih sebagai pemimpin baru mereka? Mana nilai etika/moral mereka meskipun mereka itu kononya mengamal nilai agama. Laporan dan statistik sosio-ekonomi memperlihatkan golongan Melayu majoriti adalah golongan keterbelakang walaupun suntikan berbilion-bilion RM selama 56 tahun dulu telah dibuat. Atau ahli UMNO bawahan tak boleh menjangkau isu besar yang melanda mereka setelah mereka pun telah dirasuahkan untuk memilih pemimpin mereka?

    ReplyDelete
  2. MR.
    Di bahagian lain tak tahulah.Tapi di Padang Serai sah dan ada bukti kukuh Ketua Wanita.Pemuda dan Puteri tabur rasuah politik.
    Setiap perwakilan dapat sekurangnya RM 200.

    Mereka menang kerana main rasuah politik.
    Menang parti tak guna juga.Pilihanraya kalah.
    Duit jentera pilihanraya simpan untuk pertandingan UMNO.

    Adalah DS Najib tahu semua ini.
    Akar umbi tahu semua amalan terkutuk ini.

    Media UMNO /BN tak akan dedahkan ini semua.

    ReplyDelete
  3. Mana depa ambil duit ini.Joli sakan depa..

    ReplyDelete
  4. duit yang mereka guna itu kebanyakannya advance dari toke-toke Cina pada pemimpin UMNO.
    Lepas menang jumpa menteri hambat projek.
    pemimpin umno makan komisyen .Toke Cina makan untung.

    ReplyDelete
  5. 56 tahun pemimpin UMNO berjanji bila bertanding bela Melayu dan orang msikin.Bila dapat jawatan balak sedekah kat Cina,projek berjuta sreah pada Cina .
    MB dan Menteri dan YB kitserupa saja..

    Hidup pemimpin UMNO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kempen nk enjoy mintak duit dari tokey cina, bila kalah bertanding salahkan cina..!!
      Apa punya bodo jenis manusia mcam ni..???

      Delete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.