Thursday, October 10, 2013

PENGAJARAN DARI TAHI LEMBU KERING

"Pernah saya pada satu ketika, bercita-cita untuk menjadi tentera, namun ayah sebaliknya menghalang, malahan turut menghalau saya. Saya lantas berkemas, keluar dari rumah, pergi ke pusara nenek, dan merebah diri pada nisannya, menangis. Saya menyeru kepada roh nenek, merayu supaya ayah lebih menyayangi saya, dan tidak membuat keadaan menjadi lebih sukar. Sebaik berhenti menangis, saya terasa lapar namun malu untuk kembali ke rumah kerana saya baru sahaja keluar meninggalkan keluarga di sebelah paginya setelah bertengkar dengan ayah.
Saya melihat sekeliling dan terpandang pokok-pokok keledek di kebun berhampiran. Melihat tanahnya merekah saya pasti ada ketul-ketul keledek di dalamnya. Tanpa menghiraukan siapa pemilik kebun tersebut saya bergegas menggali dan mengeluarkan lima atau enam ketul keledek. Kerana bimbang sakit perut saya tidak berani memakannya mentah-mentah dan memang kebiasaaan saya tidak pernah makan makanan mentah. Saya mula memikir bagaimanana hendak memasak keledek-keledek ini. Inilah peristiwa yang menjadi pengajaran di dalam saya mengharung perniagaan saya.

Saya meluru ke sebuah lagi kawasan perkuburan yang lebih besar dan melihat beberapa ekor lembu sedang meragut rumput. Saya kumpulkan tahi lembu kering dan menyalutkan pada keledek tadi. Saya memohon mancis daripada pengembala di situ. Malangnya beliau hanya ada tiga anak mancis sahaja dan beliau hanya dapat memberi sebatang sahaja anak mancis kepada saya.

Dengan hanya sebatang anak mancis saya harus berhati-hati untuk menyalakannya. Dan harus dinyalakan pada arah yang betul. Jika ia menongkah angin nescaya mancis akan terpadam biarpun kita ada sepuluh anak mancis. Sejak kecil saya mempelajari cara mengesan arah angin - apabila kita miskin kita perlu menjadi lebih bijak.

Saya meramas-ramas kepingan tahi lembu kering supaya ia berderai. Rumput kering adalah kandungan utama tahi lembu. Apabila haiwan ini mengunyah rumput, jusnya diserap, manakala seratnya menjadi tahi. Sekali gores sahaja anak mancis menyala dan saya menghembus perlahan-perlahan sambil melindungi dengan tangan supaya api tidak terpadam. Sebaik sahaja api menyala saya pun membakar keledek sehingga masak, keledek bakar itu saya makan dengan penuh enak dan lahap sekali, ketika itu ia umpama menu yang paling lazat di dunia.

Sesuatu yang bukan milik kita kebiasaannya amat mengkagumkan, namun sebaliknya selepas kita miliki ia seolah-olah tidak berharga lagi. Jika kita biasa tinggal di banglo mewah dan dilengkapi dengan tab mandian jacuzzi yang serba mewah, kita akan melihatnya sebagai satu kebiasaan dan tidak begitu menghargai gaya hidup yang sedang dinikmati. Amat berbeza jika kita sebelumnya pernah tidur di atas ranjang papan kering atau di atas sebuah bangku kayu, andaikata ketika beroleh keselesaan kita akan tahu menghargai dan menikmatinya.

Begitulah saya pada ketika itu keledek bakar tahi lembu itu merupakan makanan paling enak di dunia. Adakalanya ulat juga kelihatan pada tahi lembu yang lembab apabila dibakar ulat turut sama juga terbakar. Andaikata seseorang yang lapar itu tahu ulat itu boleh dimakan, itupun akan dimakannya. Bagaimana pula kita tahu kita sedang lapar? Dan bagaimana seseorang yang tidak pernah lapar tahu untuk mencari wang? Dalam kes saya banyak iktibar yang saya perolehi dari kesan lapar tersebut, dan masaalah saya ialah bagaimana hendak mengelak dari kelaparan.

Setiap orang harus bermula dari yang asas. Dari satu harapan kecil, ia menjadi besar, dari satu perniagaan kecil, berkembang menjadi besar. Saya pernah menderita kesusahan dan saya tahu bagaimana orang lain merasakannya."

Ini adalah sedutan pengalaman usahawan Chew Choo Keng, Pengasas Khong Guan Biscuit Company yang berhijrah dari Wilayah Fujian, China ke Singapura dipetik dari buku Mengorak Langkah,melahirkan usahawan Cina, tulisan Chan Kwok Bun dan Claire Chiang See Ngoh.

7 comments:

  1. Salam, boleh saya ambil posting kat atas untuk dimasukkan dalam blog Hidupringkas.com ?

    ReplyDelete
  2. Begitulah cerita seorang entreprenur yang berjaya, bermula dari susah hingga menjadi jutawan.Cara pemimpin UMNO nak membina atau membangunkan wirausahawan Melayu lain pula ceritanya.UMNO wujudkan berpuluh agensi untuk membantu pengusaha Melayu. Dana besar yang diperuntukkan tak sampai kepada yang memerlukan modal, banyak kerenah dan birokrasi yang harus dilalui entreprenur Melayu yang tiada kaitan politik, saudara atau kenalan ( tiada teknologi know who), walhasil entreprenur Melayu terkapaii-kapai melainkan berani meminjam wang dari sumber lain. Maka laporan Audit saban tahun menunjukkan banyak berlaku penyelewengan, salah guna kuasa dan lain-lain hal.Tapi ramai entreprenur Melayu yang 'berjaya' melaui kaedah kronisme atau rentier kapitalisme, maknanya mereka yang ada kontak akan dapat peluang cerah mendapat kontrak besar walaupun tidak mengalami bibit-bibit susah seperti yang ditulis di atas.Jika terjadi krisis mereka akan lingkup. Orang bukan Melayu rata-rata melalui bibit susah sebelum akhirnya berjaya menjadi usahawan yang mantap. Usahawan Melayu kena ikut contoh mereka ni.

    ReplyDelete
  3. Lain pupa cara pemimpin umno nak cepat kaya.
    Mula-mula lawan jawatan ketua bahagian.
    Bila menang tentulah rapat dengan menteri atau MB.
    Kemudian jadi tukang lobi dan gurkha saudahar Cina.Berjaya dapat komisen .

    Menteri dan pegawai nya pun serupa juga.Semua projek dibolotnya kemudian diserah pada saudagar Cina .Pun makan komisen juga.

    Inilah cara nak cepat kaya.Sebab itulah berebut nak jawatan dalam UMNO.

    Bila Cina tak undi BN marah-marah pula kata tsunami Cina.

    Begitulah budaya dan cara UMNO.Saudagar Cina adalah banker pada mereka.Kuasa politik Melayu saja Melayu.Dibelakang mereka bukanMelayu.

    Sebab itu ramai melayu gagal dalam niaga kerana kerja makan komisen.Bukan buat kerja betul.

    ReplyDelete
  4. UMNO adalah wadah perut para pemimpinnya.Bukan wadah Melayu lagi.

    ReplyDelete
  5. Mami Rokiah.

    Pemilihan Sayap sayap UMNO telah berlalu.
    Sah dan banyak bukti yang menang semuanya TABUR DUIT pada perwakilan masing-masing.

    Tanpa politik wang UMNO tak akan hidup.

    Calon Ketua Wanita Bahagian /Pemuda/Puteri semua
    beraksi dgn politik wang.

    Siapa boleh nafi amalan buruk ini.

    UMNO sudah berada diwaktu senja.

    ReplyDelete
  6. Setuju.Amalan politik wang nampaknya semakin subur.
    kah kah kah kah cakap tak serupa bikin.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.