“Kaum-Puak”. Istilah “kaum-puak” bagi orang utara ialah
hubungkait keturunan saudara mara baik yang dekat atau yang jauh atau yang bau-bau
macang. Ia tidak membawa maksud perkauman atau berpuak atau 'tribes'.
Di PRK Sungai Limau faktor kaum-puak memainkan peranan
penting sedikit sebanyak mencorakkan keputusan pengundi.
DUN Sungai Limau yang dahulunya dikenali dengan DUN Sala, kawasan itu terdiri
dari banyak kaum-puak arwah Pak Teh Mat
@ Hj Ahmad Awang (bekas penghulu dan wakil rakyat BN yang cukup dihormati) Pak Teh Mat merupakan bapa saudara
allahyarham Ustaz Azizan. Jasa-jasa Pak Teh Mat seorang wakil rakyat yang betul-betul 'randuk' bendang bersama rakyat masih lagi menjadi perbualan sehingga hari ini.
Allahyarham Ustaz Azizan sendiri pernah berkata:
“Keluarga saya ramai Umno, orang Umno pun keluarga saya.
Soal perbezaan kita hanya dari segi politik, bukan sampai putus silaturahim.
Saya belajaq sampai ke England, orang
Umno yang sara. Pak Teh Mat (Allahyarham Ahmad Awang @ Penghulu Mat, bekas Adun
BN Sala) tu pak menakan (bapa saudara) saya.”
Realitinya PRK Sungai Limau sentimen kaum-puak harus diberi
perhatian. Ucapan-ucapan kempen tidak seharusnya menyentuh sensitiviti
keluarga-keluarga di sini. Ada yang bapanya PAS anaknya UMNO dan ada juga yang anaknya PAS bapanya UMNO.
TPM dikira perihatin apablia cepat-cepat meminta
maaf di atas ketelanjuran berucap mengaitkan rasional kenaikan harga gula
dengan kencing manis sehingga kaki terpaksa dipotong. Mustahil TPM tidak tahu
bahawa kencing manis bukan setakat berpunca dari gula tetapi banyak lagi
penyebabnya malah nasi pun mengandungi gula yang tinggi.
Rakyat Sungai Limau juga cuba ditipu dengan visual poster
PAS yang difabricate konon calun yang bertanding amat rapat dengan Ustaz Azizan
sebaliknya semasa Azizan sedang tenat di hospital mereka yang kerap menziarahi Ustaz Azizan ialah
pemimpin UMNO sendiri termasuk Tan Sri Muhyiddin dan MB Mukhriz Mahathir. Malah
Mukhriz dan Tun M tidak lekang mengiringi sehingga ke saat-saat akhir pengkebumian allahyarham.
Rakyat Sungai Limau kaum-puak Ustaz Azizan dan keluarga terdekat Ustaz
Azizan pasti dapat membaca ‘body language’ pemimpin-pemimpin UMNO yang dikira
lebih ikhlas perhubungan mereka dengan Ustaz Azizan.
Mungkin ramai yang tidak tahu di antara pemimpin pertama
yang dihubungi Ustaz Azizan apabila beliau menerajui kerusi MB ialah Tun M
memohon pandangan dan nasihat kerana beliau amat sedar dan faham
pemimpin-pemimpin PAS di sekelilingnya tidak berkeupayaan mentadbir sesebuah
Kerajaan.
Hakikatnya PRK Sungai Limau adalah pilihanraya keluarga dan sesiapa juga yang masuk kawasan ini harus bertabik dan keluar harus bersalam.
Begitulah politik pada peringkat daerah yang jauh dari bandaraya yang mana isu puak, ras, etnisiti atau agama masih menjadi relevan bagi dimainkan untuk merayu pengundian tapi rejim UMNO tetap dengan slogan yang dialah penyelamat bangsa dan agama orang Melayu, wakil terbesar dalam negara. Para pengundi kampong masih pada level tidak mahu melihat kepada isi ekonomi seperti hidup mereka semakin merosot kerana berkurang kuasa membeli mereka, negara tidak ditadbir dengan kompeten lalu berbilion RM hangus disapu oleh pemimpin-pemimpin korap dan harmoni negara selalu dikocak oleh puak yang mesra UMNO. Lain bagi orang bandar yang mereka lebih cenderung melihat isu roti dan keju, mahukan pentadbiran yang cekap dan kompeten dan mereka kurang dimakan deka politik puaklah, agamalah, saudaralah dan BRIMlah yang semuanya itu boleh menutup mata rakyat pada isu sebenar yang sedang dihadapi oleh majoriti Bani Melayu..
ReplyDeleteSaya ingin ambnil contoh terdekat UMNO Bahagian Cheras basically is a wholly owned by Berjaya Group @ Vincent Tan. Meeting pun di Berjaya Time Square.
DeleteWhat say you Bro?
Cakap hak Melayu berdegar-degar!.
Setiausaha Puteri UMNO Bahagian Cheras pun salah seorang ahli lembaga pengarah Berjaya Group. Apa nak heran bang.
DeleteSaya setuju , di DUN Sungai Limau (sebelumnya Sala) faktor kaum puak memang kena ambik kira. Siapa yang pernah terlibat dalam kempen PR iti kawasan tersebut serta ambil perhatian tahu memang ia benar-benara wujud. Dulu Pak Teh Mat menang pun bukan kerana BN kuat sangat, begitu sebaliknya Us. Azizan menang dan bertahan beberapa penggal pun bukan kerana Pas kuat sangat. Tapi kerana sokongan faktor kaum puak. Syabas kepada mereka. ! Jadi kalau nak menang dlm PRK ni pendekatan kempen kenalah berhati-hati dan jaga betul-betul terutama mulut lidah. Jangan hentam ikut sedap mulut sahaja nanti buruk padahnya.
ReplyDeleteUMNO Jerai pun banyak buat silap.Pimpinan UMNO Jerai terus pinggirkan DUN Sg Limau semasa zama Ust Azizan jadi wakil rakyat.UMNO Jerai tak peduli langsung.
ReplyDeleteUMNO Cawangan dalam DUN Sg Limau pun tak buat kerja untuk bersama rakyat lain di Sungai Limau.
Vision dan Misi UMNO Jerai dalam arus bpolitik amat lemah.Krisis kepimpian dalaman macam api dalam sekam.
Duit ringgit tak boleh harap langsung.
Servis UMNO di sini amat lemah.Sebab itu tebalnya sentimen puak-puak.Kerana puak-puak lah maka dalam piliahnraya ada UMNO yang pangkah PAs.
MR..dari pemerhatian saya yang buat lawatan dan tinjaun di Sungai Limau jelas akar umbi UMNO belum mantap.Ada ketua cawangan yang relek.
ReplyDeleteMasih ada ketua cawangan UMNO bersifat ego memberi maklumat bohong dan menghalang jentera umno memasuki jumpa pengundi.
Tapi kalau duit ringgit langsung tak boleh harap.
Eloklah mana-mana ketua cawanga yang sabotaj PRK Sg Limau ini dipecat dari UMNO.
UMNO Cheras gedung kroni, bayangkan sblm mesyuarat UMNO cawangan Pasar Pudu, Pengerusi Tetap dah dpt warning, pastikan calon pilihan kroni menang! Datuk Wira Syed Ali, hang dah diberitau awat hang dok sengap!
ReplyDelete