Lukisan terkenal Ibrahim Hussein "My Father and The Astraonaut" |
Panorama kehijuan sawah padi di Sungai Limau sungguh indah sayup mata memandang.
Sungai Limau melukis keindahan pemandangannya yang tersendiri. Di sini juga merupakan
kampung kelahiran pelukis terkenal Ibrahim Hussein. Abang nya sasterawan
terkenal Ismail Hussein dan seorang lagi abangnya pengarang novel Interlok, Abdullah Hussein, semuanya
anak jati kelahiran Sungai Limau.
Hamparan kehijauan sawah bendangnya seperti pulut sekaya yang belum comot
dicedok sudu. Latar belakangnya dihiasi Gunung Jerai, gunung yang tertinggi di Kedah
meruntun jiwa seorang pelukis untuk melakar keindahan itu di atas kanvasnya. Kelebur
bendang dan tali air merupakan ranjang lubuk ikan puyu, sepat, keli dan haruan
bersenda loka.
Sesekali kelihatan puyu, sepat, keli dan haruan berkodek lari
bersembunyi di celah rerumput menyorok dari buruan burung bangau yang
kelaparan. Yang gopoh dan gelojoh termakan pancingan umpan kail dan bok manusia
yang merupakan pengundi-pengundi Sungai Limau memancing di batas-batas ban
sawah.
Hari ini suasana PRK Sungai
Sungai Limau penuh sesak, jem sepanjang jalan. Berdunyun duyun orang
datang seperti semut hurung gula. Program-program yang dianjur bukan setakat oleh
jentera parti tetapi hampir keseluruhan agensi-agensi kerajaan turun berkampung.
Lembu-lembu ditumbangkan untuk jamuan makan kenduri kampung, nasi gulai kawah,
daging lembu rebus cicah, bakar satay, BBQ. sup gear box dan berbagai lagi menu kampung. Suasananya seperti perayaan jamuan
perdana kampong di luar dari kebiasaan yang kerap dibuat di hotel-hotel
lima bintang oleh warga kota.
Besok merupakan hari penentu kepada siapa pengundi Sungai
Limau akan memilih. Jika mereka pandai menyelami jiwa Ustaz Azizan nescaya
mereka akan memilih calun BN, Dr Suhaimi Lazim. Jika mereka gagal menyelaminya
mereka akan memilih Ustaz Azam calun PAS.
SELAMAT MENGUNDI.
No comments:
Post a Comment
Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.