Wednesday, November 27, 2013

BAGAIMANA SURAT-SURAT RAKYAT DITENDANG MENENDANG OLEH PEJABAT NAJIB RAZAK

Sudah lama dan beberapa kali rakan-rakan kedai kopi ingin MR membangkitkan kekeciwaan mereka tentang surat-surat mereka yang dihantar ke pejabat Najib Razak tidak mendapat layanan. Jangankan tindakan malah langsung tidak ada respon atau jawapan. 
Mereka merungut ketika pentadbiran Tun M dahulu pentadbiran pejabat PM cukup sensitif dengan surat-surat rakyat. Ada seorang hamba rakyat marhaen menghantar surat menegur Tun Siti yang tidak bertudung Tun M sendiri ketika itu menjawab surat beliau. 
Berbeza dengan hari ini. Pentadbiran Najib Razak dengan pendekatan lautan biru atau Blue Ocean seharusnya lebih efficient dan perihatin dalam hal ini. Hendaknya lagi kerajaan BN pimpinan beliau hari ini sedang berada di ambang goyang seperti telur di hujung tanduk.
Mungkin proses penerajangan surat-surat rakyat hari ini melalui liku-liku proses yang panjang sebelum dibakul sampahkan. Mari kita lihat bagaimana proses satu-satu surat itu dilayan. 
Apabila surat-surat dihantar ke pejabat PM kelazimannya penerima pertama ialah kerani pejabat PM. Mereka akan membuka dan dibawa ke meja Ketua Setiausaha Sulit Kanan (KSSK). KSSK akan salur untuk tindakan samada kepada Pegawai Khas 1, Pegawai Khas 2, Pegawai Khas 3, Pegawai Khas 4, Pegawai Khas 5 dan entah berapa banyak Pegawai Khas yang ada. Atau ditujukan kepada mana-mana agensi yang terlibat jika bersangkut dengan agensi itu.
Kelazimannya surat-surat rakyat sekadar Pegawai Khas yang handle. Pegawai-Pegawai Khas ini melihat dari perspektif mereka sendiri kalau surat itu dirasakan menguris hati Najib baik mereka simpan dan bakar sahaja untuk menjaga boss supaya sentiasa riang dan gemnbira. 
Jika surat itu menepati selera dan kehendak-kehendak mereka seperti ada kepentingan sendiri atau kroni mereka baru tindakan akan dibuat.
Amalan biasa surat-surat akan melalui satu tapisan yang ketat dan sendat. Kalau boss anmgin nya bagus baru surat-ssurat ini dibawa ke meja boss. Kalau tidak bagus disimpan dulu kekadang lupa terus dan akhirnya menjadi pekasam. Proses ini adalah proses tipikal mereka-mereka yang disekeliling boss. 
Menurut maklumat dalaman (spy yang mudah bolos) PM tidak mungkin dapat melayan surat-surat ini kerana setiap hari hampir satu lori yang sampai dari dalam negara dan luar negara. Bukan setakat surat kepada PM tetapi surat kepada isteri PM pun hampir sama banyak. Malah yang belum buka pun banyak lagi katanya.
Konklusinya usahlah dibuang masa menghantar surat-surat kepada PM kalau ada hamba rakyat yang tidak puas hati salurkan kepada media-media social atau kepada blogger-blogger lantang seperti kadirjasin.blogspot.com yang lebih ikhlas memperjuangkan suara rakyat dari setiausaha-setiausaha di sekeliling pinggang PM.

7 comments:

  1. MR,
    Sekadar pandangan, mungkinkah surat sudah tidak relevan lagi kerana semua sudah guna e mail, FB, Tweeter dan Instagram?
    Kerenah pegawai-pegawai menteri ini pun bukan mereka ada kuasa nak jawab surat kereka lantikan khas sahaja.
    Kalau tak jawab surat bukan bermakna mereka tak kerja untuk rakyat.

    ReplyDelete
  2. HANG TOK SAH DOK BANGKIT SANGAT LA ISU NI. SEBAB. KITA SENDIRI TERIMA KAT RAYA YANG TAK BERAPA BANYAK TU PUN TAK MAMPU NAK BALAS. KALAULAH PEGAWAI KHAS TU KENA DOK LAYAN SURAT SEMATA-MATA, BILA MASA NAK BUAT KERJA LAIN. KALAU TAK BUAT KERJA YANG SEPATUTNYA DIKATA TAK KERJA PULAK. AKU TAU LA SEBAB ADA RAKAN AKU KERJA PEGAWAI KHAS SEORANG YB SAJA. ITUPUN DAH PENING AKU TENGOK KERJA MEREKA. KALAU NAK TAU HAMPA PI IKUT DEPA SEMINGGU. HAMPA TAU LA.

    ReplyDelete
  3. MR.
    Kerajaan kelamkabut dan cincai.
    Kementerian pelajaran pun dah jadi kementerian tak berpelajaran.Isu pertukaran guru tak selesai.Guru minta ikut suami menteri kata minta balik negeri asal.Dalam parlimen baca jawapan lain.Menteri cakap diluar lain pula.56 tahun merdeka baru nak ambil guru ikut kekosongan ikut negeri.Sepatutnya isu pertukaran ini tak jadi isu yang memalukan KPM.Jelas pegawai dan menteri pelajaran bukan perihatin masaalah ini.KPM tak buat perancangan yang teliti sejak dulu lagi.kebajikan guru yg ada keluarga anggap kecil macam pasir sahaja.

    2,cerita menteri wilayah pula lagi celaru.Dalam parlimen timbalan menteri cakap lain.Luar parlimen menteri cakap lain pula.Yang jadi mangsa ialah rakyat.

    3.kementerian beliai pun celaru juga.Menteri buat-buat terkejut bila MB Trengganu tarik balik sumbangan pgrogram Ld T ditarik balik.Isu perlantikan TS Anuar Musa dalam JK pembangunan bola sepak negera.

    Suara rakyat samalah dengan suara burung kakak tua.

    ReplyDelete
  4. MR.
    Ada pula mangkok hayun tulis dan samakan Kad Ucapan Selamat Raya dengan surat pada PM.Kalau setakat kad ucapan raya tak jadi masaalah.Ini surat-surat penting pada PM.Surat resmi untuk disampaikan pada PM.Pohon bantuan dan peruntukan.Atau pun aduan atau makluman pada PM.Kadang-kadang PM bukan tahu hal-hal rakyat dibawah.Cerita kemiskinan dan kesusahan rakyat.PM bukan pernah hidup susah macam orang lain.Dia anak bekas PM dan bangsawan.
    Eloklah PM kena lihat cerita ini secara serious.Jangan harap undi rakyat sahaja.Keluhan rakyat di bakulsampahkan.PM dan Pegawainya kena ingat kerajaan umno/BN hari adalah kerajaan ORANG KAMPUNG.Pegawai PM banyak buat duit dari buat kerja untuk rakyat.Jangan PRU 14 bila hilang kuasa baru nak buat analisa dan bedah saisat.Semoga PM tengok-tengoklah apa yang berelakau di Pejabatnya sendiri.Rakyat hari ini bukan macam zaman dulu jahil dan buta huruf.
    Terima kasih Pn Mami Rokiah kerana berani mendedahkan hal ini walaupun pahit .

    ReplyDelete
  5. Mr, saya rasa mami dah kena tipu dgn spy yg kononnya dr pejabat pm, untuk makluman mr, surat untuk pm yg diagihkan dari ketua setiusaha sulit pm biasanya akan diberi terus kepada pengarah2 bahagian untuk tindakan selanjutnya dan bukan kepada pegawai khas..pegawai khas hanya dapat surat setelah diteliti oleh pengarah bahagian masing masing. Bagi saya ceritaa mr ni banyak mengarut dan jadi bahan ketawa kakitangan kerajaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biar saya mencelah sedikit cik. Aku rasa yang yang lebih penting di sini setiap surat itu mesti dijawab walau satu perenggan, Yang awak cakap itu betul yang tersurat tapi yang tersirat awak tak tau semua pegawai-pegawai itu ada agendanya.
      Ini tidak haram satu patah pun tak jawab bermakna pegawai-pegawai tak buat kerja. Pegwai Khas yang banyak-banyak tu buat mengabehkan boras ajooo.
      Aksyen kan main lagi ha...

      Delete
  6. Masaalah tetap masaalah dan terus terpinggir. Nak rujuk pada pak menteri khususnya perdana menteri apalah sangat nak dapat perhatian. Bawahannya dah pusing selekoh dan surat aduan bagaikan sampah tak ternilai. Mereka lebih banyak tidak jujur tapi sembunyikan sikap konon prihatin melalui platform untuk dapat hebahan publisiti luas.Pura-pura mereka tidak ada hujungnya !!

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.