Friday, November 22, 2013

PRU 12 - TSUNAMI POLITIK, PRU 13 - TSUNAMI CINA, PRU 14 - TSUNAMI KAK ROSE

KAK ROSE DUDUK SAMA RENDAH BERDIRI SAMA TINGGI DI QATAR
Kak Rose bikin gempak lagi. Banyak-Banyak isteri Perdana Menteri Malaysia yang paling bikin ribut ialah isteri kepada DS Najib. Tak habis-habis satu persatu membonjol keluar macam-macam kontroversi. 
Terkini dan masih hot isu beliau menggunakan jet eksekutif milik kerajaan Malaysia untuk menghadiri Forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa Qatar ke- 4 atas jemputan peribadi. 
Forum ini dianjurkan oleh Persatuan Perniagaan dan Rangkaian Interaktif Qatar membicarakan tajuk “Arab Businesswomen as Change-Makers”. Kak Rose sebagai salah seorang jemputan menyampaikan keynotes speech bertajuk “The Empowerment of Malaysian Women”. Mungkin Kak Rose berkongsi pendapat untuk membuka minda dan melondeh kelumbung wanita-wanita Arab. 
Forum elit itu bukan calang-calang forum dan dianjurkan di negara yang bukan calang-calang negara. Apa yang pasti ialah yang hadir itu semuanya yang kaya dan mashyur “the rich and famous”. 
Untuk tidak merendahkan diri nya Kak Rose isteri kepada PM pun nak tunjuk hebatnya juga. Beliau mewakili Malaysia sebuah negara yang kaya raya, makmur dan bahagia yang bukan lekeh dan bukan haprak. 
Kak Rose pun nak tunjuk jet sendiri sama seperti isteri-isteri kaya Tok Arab tauke minyak yang lain yang duduk sama rendah berdiri sama tinggi. 
Melihat isu jet ini dalam kontek politik Malaysia ianya ternyata tidak berapa sihat di mata pengundi muda. Jika PRU12 BN kecundang teruk hampir-hampir putih mata akibat Tsunami Politik Pak Lah yang ‘non Mahathir friendly’ manakala PRU13 pula akibat Tsunami Cina yang tidak undi BN maka adalah tidak mustahil PRU14 BN akan parah teruk akibat Tsunami Kak Rose. Minta simpang Malaikat 44.
Hakikatnya, khasnya pengundi generasi hari ini dah bosan, meluat dan nak termuntah dengah karenah Kak Rose yang mengada-ngada itu. FULLSTOP!!!!!

6 comments:

  1. Siapa yang boleh halang atau ganggu apa sahaja kemahuan Kak Rose ini.
    Arahan Kak Rose adalah arahan kabinet.

    ReplyDelete
  2. sbb laki di "no balls"jantan????????

    ReplyDelete
  3. Apa maknanya jika Kak Rose atau Bik Mama boleh kelibat sehingga mengatasi seorang Menteri Luar yang sepatutnya mengurus kerja PM jika PM tak sempat nak uruskan? Apa maknanya yang Bik Mama boleh 'menguasai', 'mencampuri' urusan negara dan berlagak bagaikan 'First Lady' walhal ia cuma isteri PM dan bukan ahli tertinggi dalam UMNO/BN? Mungkin Kak Rose dah control sepenuhnya Najib masakan tidak boleh 'pow' Najib kerana sesuatu yang kita sendiri boleh dapat penjelasan sepenuhnya. Apa Kak Rose /Bik Mama buat adalah untuk kepentingan negara walaupun kerja-kerja itu sepatutnya dilakukan oleh Menteri yang telah diperuntukkan. Dan kalu kita komen lebih dalam lagi maka kita pula bertindak mengancam keselamatan negara , agama dan bangsa!

    ReplyDelete
  4. Ada Vietnam Rose ke?
    Bahaya oooi,berjangkit.
    Doctor kata jika kena tu,"Sorry old chap,there is no cure.But not to worry,it will drop by itself."
    He he he.

    ReplyDelete
  5. Gosh! She really stands out in her Yellow.

    ReplyDelete
  6. Kalau Dolah Badawi jatuh kerana menantu, mungkin Najib akan jatuh kerana BINI.........

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.