Sunday, December 8, 2013

APA MESEJ KEPADA RAKYAT NAJIB MELAMBUNG ROSMAH?

 Oleh : Shahbudin Husin
Satu-satunya perkara yang menarik dalam ucapan penggulungan Najib di Perhimpunan Agung UMNO petang tadi ialah puji-pujiannya atas jasa dan sumbangan isterinya, Rosmah Mansor kepada negara. Pujian kepada isterinya sendiri yang dilakukan di pentas UMNO ini dengan sendirinya menenggelamkan segala isu lain dan menjadikan perkara-perkara lain tidak lagi menjadi perhatian.

Selain memuji sumbangan dan peranan Permata yang menurut Najib tidak dapat dipertikaikan lagi, beliau juga menceritakan dua jasa dan sumbangan lain yang pernah dilakukan oleh isterinya kepada negara yang tidak pernah diperkatakannya sebelum ini iaitu membebaskan pelajar Malaysia yang ditahan di Mesir yang disangka pengintip dan membantu pelajar yang menuntut di Mesir pulang ke Malaysia melalui Arab Saudi walaupun tanpa visa.


Menurutnya, kerana hubungan isterinya yang baik dengan isteri Hosni Mubarak, Suzanne, pelajar tersebut dapat dibebaskan hanya dalam tempoh dua jam sementara kerana "networking" yang baik juga dengan keluarga diraja Arab Saudi, pelajar Malaysia bukan saja dapat pulang walaupun tanpa visa tetapi juga disediakan dua buah kapalterbang Jumbo dengan percuma.

 
Dengan puji-pujian yang membuatkan Rosmah kelihatan tersipu-sipu malu di tempat duduk VVIP, Najib bergurau lagi, "agaknya malam ini dapat bayaranlah", lantas membuatkan Rosmah sekali lagi tersipu-sipu.


Najib juga mengakui bahawa beliaulah yang meminta isterinya melakukan kerja itu. Tidak dapat dipastikan kenapakah Najib meminta isterinya melakukan kerja tersebut sedangkan sepatutnya beliau menggunakan saluran rasmi kerajaan iaitu Kementerian Luar Negeri untuk menyelesaikan perkara tersebut.


Apakah ini menandakan beliau tidak meyakini Anifah Aman untuk melakukan tanggungjawab itu dan lebih mempercayai kemampuan isterinya?


Atau apakah ini mengesahkan lagi tanggapan umum sebagaimana tulisan Kadir Jasin yang berbunyi, "...jadi benarlah seperti didakwa oleh sesetengah pihak bahawa UMNO sudah menjadi parti orang bangsawan, parti 'warlods' dan parti laki-bini."


Tindakan Najib menceritakan tentang jasa dan sumbangan isterinya di pentas Perhimpunan Agung UMNO ini adalah dipercayai untuk menangkis serangan dan kecaman terhadap isterinya itu berikutan penggunakan jet eksekutif yang dibiayai oleh kerajaan untuk lawatan ke Qatar, baru-baru ini.


Ia sekurang-kurangnya untuk meyakinkan perwakilan UMNO bahawa di sebalik pelbagai dakwaan tentang pembaziran, pemborosan dan kehidupan mewah yang dijalani oleh isterinya, beliau juga sebenarnya ada melakukan sumbangan kepada negara yang mungkin tidak diketahui sebelum ini.


Najib sendiri berkata, inilah kali pertama beliau memaklumkan kepada umum tentang jasa dan sumbangan yang pernah dilakukan oleh isterinya itu.


Dan seperti biasa, perwakilan UMNO telah memberikan tepukan gemuruh mengenai sumbangan Rosmah kepada negara sebagaimana yang diceritakan suaminya sendiri itu. Mereka seolah-olah menghargai dan mengkagumi peranan yang telah dimainkannya itu.


Dan dengan tepukan gemuruh itu yang boleh dianggap sebagai "endorsment" terhadap kerja-kerja yang dilakukan oleh Rosmah, sama ada atas permintaan suaminya atau kehendaknya sendiri, isteri Perdana Menteri itu dipercayai akan terus aktif lagi selepas ini, walaupun serentak dengan keaktifannya, mungkin makin banyak pula kecaman dan serangan terhadapnya.


Yang lebih penting lagi, dengan pujian Najib terhadap isterinya dan perwakilan UMNO pula memberikan tepukan gemuruh, ia seolah-olah "lesen besar" untuk isteri Perdana Menteri itu terus menggunakan jet eksekutif kerajaan dan pelbagai kemudahan-kemudahan lainnya selepas ini, bahkan mungkin dengan skala yang lebih besar lagi.


 Tahniahlah kepada perwakilan UMNO yang menganugerahkan " lesen besar" itu. (SH 07/12/2013) 

KOMEN:
Apa juga penjelasan Najib, di dalam minda rakyat sudah termetri mati sikap isteri beliau yang sentiasa kepo dalam pentadbiran negara ini.
Hari ini mereka bertepuk sorak di dalam dewan PWTC tetapi sebaik pemimpin itu jatuh yang bertepuk sorak itu akan lari menyokong boss yang baru.
Sejarah telah mempamirkan bagaimana kesudahan kerajaan laki-bini, bukan setakat berakhir dengan penuh trajis tetapi merempat dalam buangan.

12 comments:

  1. Ingat dia nak sebut;
    "Isteri Saya adalah anugerah Tuhan kepada kita semua".

    Rupanya xde.

    ReplyDelete
  2. Sejarah kepimpinan negara belum pernah melihat isteri2 PM yg over-active.Tun Sharifah Rodziah,Toh Puan Hjh Rahah,Toh Puan Suhaila,Toh Puan Siti Hasmah,D.S Endon & D.S Jeanne Abdullah tidak pernah melangkaui batas2 mereka sbg isteri PM.Tp isteri Najib ini terlampau over!Cuba fikir kn bagaimana seorang isteri PM boleh mendapat peruntukan setiap kali pembentangan bajet tahunan,konon ny utk Program Permata. Penggunaan jet rasmi kerajaan utk hal peribadi ny heboh di perkata kn baru2 ini.Jemputan yg di terima ny hanya lh dr Qatari Businesswomen Association,bkn ny dr Kerajaan Qatar.Bagaimana kabinet Malaysia boleh melulus kn penggunaan ny.Blog APA pernah mendedah kn yg jet rasmi itu terbang ke Dubai selepas Persidangan CHOGM di Australia.Sedang kn YDP Agong,PM dn menteri2 kabinet berada di dlm negara.Siapa yg mengguna kn ny?Itu yg di heboh kn,bagaimana pula perkara yg kita tidak ketahui?Sudah sampai masa ny utk kita to put a stop to all these nonsence!Biaya utk penggunaan jet ini bkn ny murah,dn kita rakyat Malaysia yg menanggung semua itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Totally agree with you bro. Dah jadi perkara merepek. Whatever it is, PM jangan nak justify. Betul ada orang cakap, lantik pulak jadi menteri.....

      Delete
  3. Masuk bakul angkat sendiri...

    Tun Dr Siti Hasmah...lagi banyak berjasa. Tak pernah pulak Tun M buat announcement.

    Psycologically, biasanya makna yang tersembunyi adalah disebaliknya....
    Adakah isteri Najib ini punca utk menjahanamkan Malaysia?

    ReplyDelete
  4. MR,mohon izin
    I LOVE PM.I LOVE PM .I LOVE PM.PM LOVE LOVE LOVE RM.
    Tahniah kapada Ah jib Gor Gong.
    Pelupor lifestyle Bangsawan jadi kutan IBDiLah dan KJ. .
    Liberal moderate inklusive worldview transformaci blue ocean strategy the best is yet to come endless possibilities high income nation Truly Asia 1M4U ,Tahniah.
    Puji RM kerana PM ada lah suami FLOM.
    Shahidan dan Jamil khir puji FLOM di majlis resmi dan Parlimen.
    High nation sendiri bolih lah.16,000,000 orang melayu tak ada peluang High Income.
    Marah MB Selangor,tapi tak marah CM Penang Multi Tongsan tongkang Turun Cinabeng
    UMNO budayakan ampu ampu sana sini.
    PM anggap Pau sebagai sendiri punya harta .
    PRU yang akan datang Ah Jib adalah calaon terbaik mendapat 1 term Presiden 1 Term PM .
    Bangsawan.
    Lifestyle ikutan belia 17 tahun mengikut KJ.
    Di hidangkan permata idola kecil fasbuk gajet hiburan menari untuk 365 hari -24 jam -7/11 dari pagi petang.
    Hebat lifestyle ah jib kj ibdillah.
    3.0 juta PATI/EXPAT sudah mengaku orang malaysia dan tak takut kapada penguatkuasa Malaysia.
    Malah penguatkuasa takut kpd pati/pendatang/expat.
    Lifetsyle yang di buru olih:
    Se ekor llithuania,se ekor bosnia,se ekor lebanon,600,000 bangla,.
    filipine,nepal.india,korea,jepun,nigeria,ghana,300,000 Iran,irak,kenya.,Columbia,Venezuala.
    (Truly Asia) dan every one can fly AA TS TFFFFF.
    Kemaruk nya Ah Jib akan kepujian melangit, hingga buat arrangement dapat AWARD -CULTURE OF PEACE OLIH GLOBAL PEACE AWARD.LAKONAN OLIH GLOBAL PEACE FOUNDATION- PENGERUSINI NYA----KAh KAh KAH TAN SRI ZALEHA ISMAIL !!!!!! Classic betul ajib ,arah sendiri foundation bagi award sendiri ,tebal betual kulit Ah Jib, macam IDI amin dulu,macam north korean punya great leader !!!!
    Semua orang di persada world view akan puji Ajib GOR,kalau dapat NGO yang di biayai olih Ajib Gor Gong.
    Great Leader !
    Hebat sungguh Visi 1M ah jib gor Great Leader korea utara malu wei Endless possibilities !
    Bangsawan setaraf Ah Jib Gor Gong,role model bangsawan 1M.
    Ah Jib Gor the English Anglopile Finance Minister.
    Sombong ,tidak mau kurangkan extravagant expenditure dan abuse of public tax payers monies saperti RM7.2 biillion bayaran kpd consultant.
    Anak murid Xi PRC konon.
    Maha Guru aH JIB GOR Gong .
    TAHNIAH ,dapat arah GLC dan skim pension beli harta tanaha di ENGLAND - Ah jib gor gong - Orang putih celup..
    Tahniah ah Jib Gor Gong,the best big spender award of Malaysia.(suka sendiri puji punya bangsawan)
    Ah Jib Gor Gong,twitt twitt twitt lebih sikit lagi lah, hebat sungguh,mengkagumkan gandingan anda
    berdua PM dan RM.
    Hebat betul.NOW EVERBODY CAN TWEEEET TWEEEET TWEEEET. TOLONG TWIT LEBIH SIKIT TWIT Lah.
    arjuna waspada
    changkat lobak.

    ReplyDelete
  5. Sebenarnya Malaysia mempunyai seorang de facto Perdana Menteri,Najib Timbalan PM 1 manakala TSMY ialah Timbalan PM 2.

    ReplyDelete
  6. Itu menunjukan PR najib x bagus..Rosmah lagi power dari najib..memamng power oun.., dgr nama meka mcm dgr nama paklah..itu aja.

    ReplyDelete
  7. Uruskan negara mestilah mengikut peraturan yang sedia ada, kalau tidak x perlu ada kementerian, jabatan dll. Tugas seorang isteri PM ada had dan batasannya...sekiranya sudah "over" rakyat akan meluat....bila rakyat dah meluat tunggulah keputusan dlm PRU...bukan saja perwakilan dlm PAU saja yg layak mengundi TAPI rakyat yg mendaftar layak mengundi...depa akan menghukum nanti....Semua org sayang bini tapi x sampai macam tu aiiih!!!

    ReplyDelete
  8. Kerja2 mulia rosmah tu berbaloilah dgn pengangkutan jet peribadi tu. Napelah nk marah sangat. Dah dia ada bakat dan skil yang amat jarang dimiliki oleh wanita2 kita termasuk mummy sendiri...dan dia suka akan kerjanya. Walhal puak2 pembangkang spt anwar dan sesetengahnya ahli biasa spt tian chua dan anak si nik azis tu pun terbang sana sini menaiki pesawat mewah..duit rakyat jugak tu kan..walhal tujuan mereka hanya memburuk burukkan negara dan menabur fitnah. Nape x bising...rosmah tu bknnya pakai utk tujuan peribadi ke atau berjoli ke..dah byk sangat jasanya pun...dia tak mintak pun pujian atau penghargaan..korangni ubahlah mentaliti negatif tu dan terlampau betsangka buruk. Kamu rakyat..adakah benar2 kamu menjalankan tugas kamu sbg rakyat?

    ReplyDelete
  9. Agaknyakalau anak2 pengomen di atas in that poor student' s shoes apakah mereka akan menangis , melalak menyembah tosmah meminta tolong melepaskan anak kesayangan mereka??...tolong lah kak rosmah..tolonglah kak rosmah!!!

    ReplyDelete
  10. Tapi tetap tak setuju Rosmah buat rawatan rasmi mewakili kerajaan Malaysia. Sbb dia tu bukannya dipilih oleh rakyat pun. Tak salah nk involve dengan semua aktiviti rasmi kerajaan, tapi bertanding kerusi la dulu. Biar rakyat pilih.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.