MR tidak pasti samada surat jawapan DS Rosmah Mansor yang berlegar-legar di laman web, portal dan media sosial (klik-klik) benar-benar jawapan dari beliau atau dari mana-mana pegawai beliau atau dari mana-mana siber trooper beliau.
Jika benar itu jawapan beliau, ada sedikit kemusykilan pada para akhir surat tersebut yang berbunyi:
“Saya serahkan kepada Allah. Kalau mereka insaf, syukur Alhamdulillah. Saya sentiasa memaafkan. Tak apalah mereka memfitnah saya, Tuhan akan beri yang baik kepada saya. Ingat zaman nabi dulu, bila orang kutuk baginda, baginda beri pisang kepada orang itu”.
Kemusykilannya ialah samada wujud atau tidak hadis dari Rasulullah SAW yang meriwayatkan baginda memberi pisang kepada orang yang mengutuk baginda.
MR ada merujuk kepada seorang ulama terkenal di Pulau Pinang tentang kenyataan itu dan beliau menyatakan “it sounds funny”.
Jika hadis yang dibawa ini tidak ada nas dan riwayatnya maka ini bermakna hadis tersebut adalah hadis palsu. *(Sila rujuk kepada Ustaz Khazim Elias, Ustaz Azhar Idrus atau Ustaz Fathul Bari tentang hukum mengamalkan hadis palsu).
Apapun mungkin akibat tekanan yang kuat setelah mendapat pujian yang hebat dari suaminya dalam perhimpunan agung UMNO yang lalu maka DS Rosmah terpaksa menguatkan hujahnya dengan memperumpamakan kisah nya dengan cerita nabi dan memetik pisang sebagai buah contoh kerana pisang sebagai buah yang popular di zaman ini.
MR harap blogger yang pertama akan mendapat hadiah pisang dari DS Rosmah ialah blogger Kadir Jasin yang tidak habis-habis menghentam DS Rosmah.
Tetapi biarlah pisang emas yang kuning memuncak dan jangan pula yang masak ranum, lembik dan lebam kerana yang ranum hanyak layak diramas-ramas dibuat cucur kodok @ jemput-jemput tanpa gula dan digoreng dalam kuali yang memakan minyak yang banyak.
Melihat perkembangan ideologi terkini yang sebenarnya semua pihak harus berhati-hati memetik mana-mana hadis kerana silap haribulan akibat memetik hadis yang tidak sahih atau ciptaan sendiri dibimbangi mereka akan digolongkan sebagai puak Syiah atau Wahabbi.
Wassallam.
MR.bukan pisanglah.hadiah unta.
ReplyDeletemana ada pisang, kurma adalah mungkin import kot,,,,,
DeleteKalau pisang lebih sesuai untuk Mummy
ReplyDeleteRasa ny cybertrooper dia tu.Agak ganjil hadis ny!Maaf ckp le,ada cybertrooper dr sebelah sana yg tak tau apa2 tentang agama tp nk bercakap tentang agama.Sbg contoh,seorang cybertrooper pernah mengata kn Khalifah Umar bin Abd Aziz sbg sahabat nabi,sdg kn yg saya tau Khalifah Umar bin Abd Aziz ada lh cucu kpd Saidina Umar Al Khatab dn lahir pada masa pemerintahan Khalifah kedua pada zaman pemerintahan Bani Ummaiyah.Main redah je,janji ada berciri kn Islam!
ReplyDeleteYang saya tau lim gusn eng adalah setaraf dgn khalifah umar bin abd aziz dan siap diaminkan doa oleh khatib sidang jimaat agar Allah merahmati dan memberkati LGE...
DeleteNak tanya sikit.Hangpa ingat depa di Ofis PM dok tengok ke ini semua.Tak ada masa.
ReplyDeleteMummy rokiah syok sendiri dia saja.Macam anjibg salak bukit frase saja.
Kalau orang-orang di PMO tak baca rugilah mereka . Buat-buat tak tahu keluh kesah orang ramai . Orang ramai tu pengundi - pengundi weh.....pru 14 nanti demo ni yang nak mengundinyo!
ReplyDeletemummyrokiah,
ReplyDelete1. Sala maklum. Seorang anggota Communication Advisory Group, Pejabat PM beritahu saya surat yang mummy petik itu palsu.
2. Dalam SMSnya kepada saya, penasihat itu berkata: "FYI Checked..letter not true!!". Maksudnya surat itu tidak "genuine".
3. Saya jawab kepada penasihat itu: "Should take action for impersonation."
4. Jadi tak timbullah soal saya jadi orang terawal terima pisang. Kalau ada yang nak beri, saya terima. Tak penting pisang elok atau dah layu. Kalau elok manusia makan. Kalau tak elok saya bari burung dan tupai makan.
5. Boleh kata tiap masa saya bagi pisang kepada burung liar dan tupai keliling rumah. Lama-lama jinak dan kenal saya. Alhamdulillah.
Terima kasih.
Terima kasih DAKJ,
DeleteBila kita boleh pekena banana split ala mode.?
MR