Friday, January 31, 2014

MUKHRIZ DI KELILINGI EXCO CAP AYAM?

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir nampaknya cuba tunjuk garang apabila beliau memberi amaran kepada pembangkang akan membuka fail-fail kotor projek bawah kerajaan PR terdahulu jika beliau terus diserang pembangkang.
Apa pun yang menjadi hairan ialah di mana exco-exco di sekeliling Mukhriz yang beliau lantik untuk berkhidmat dengan beliau. 
Mereka kelihatan lembab, pandir dan beku. Mukriz kelihatan keseorangan mentadbir Kerajaan Kedah dan exco-exco yang beliau lantik hanya kelihatan dalam majlis-majlis ceremonial sahaja. Tidak nampak exco yang tampil mempertahankan beliau ketika diserang pembangkang.
Menurut sumber banyak dasar-dasar beliau tergantung seolah-olah takut membuat keputusan. Menurut rakan di Kedah, kini telah kedengaran bisikan-bisikan sumbang di kalangan pentadbir negeri apabila banyak mesyuarat yang Mukhriz pengerusikan tidak ada keputusan yang jelas dibuat dalam erti kata lain 'hanging'.
Apa pun Kerajaan Kedah di bawah Mukhriz lagi tiga bulan akan mececah satu tahun di bawah pemerintahan BN.
Dasar-dasar dan perubahan masih belum jelas malah belum lagi terpancar jika dibandingkan dengan kepimpinan KM Melaka Idris Harun. 
Jangan sampai pengundi atas pagar hilang keyakinan dengan kepimpinan beliau dan jangan sampai rakyat jenamakan Mukhriz di kelilingi EXCO CAP AYAM.


5 comments:

  1. Bukan hanya membabitkan exco2 beliau malah di peringkat kepimpinan, pengurusan serta pentadbiran umno kedah juga belum menampakkan apa2 perubahan yg mampan bagi menghadapi pihak pembangkang. Seperti tiada jalinan diantara dasar2 kerajaan negeri khususnya dlm perlaksanaan manifesto dgn transformasi di peringkat umno kedah. Yg ada cuma kursus3.

    ReplyDelete
  2. kah.kah.kah.
    EXCO Kedah ramai cap ayam.
    Cap ayam dari spesis kakak tua.

    ReplyDelete
  3. Mukhriz memang tiada ciri kepimpinan, ayahandanya banyak membantu dia ke jawatan ini dan Madey pun masih mencari jalan bagaimana nak lonjakkan dia ke jawatan Naib Presiden UMNO dan seterusnya ke Presiden UMNO selagi Madey masih kuat dan dikasihi oleh Allah Subahnallah atau memegang kuat kepada akidah Ketuanan Melayu.Katakan projek Magey berjaya maka masa depan orang Melayu lebih terjamin dan akidah/marwah/martabat orang Melayu akan terus meningkat berbanding dengan bukan Melayu rakyat Malaysia yang lain yang boleh hidup tanpa bantuan/subsidi kerajaan. Orang Melayu terus ditipu oleh golongan mamak bagi masa depannya.

    ReplyDelete
  4. Sukan bola sepak sudah nampak hasil, lain2 akan menyusul, jgn jeles dan jangan kata exco kedah cap ayam, pas memerintah berapa biji kilang yg dirasmikan oleh MB, setahu aku PR tidak mampu menarik pelabur, hanya kerajaan bn sja yg cuba sedaya upaya untuk menarik pelabur, bila pelabur datang mb negeri PR dengan bangganya mengumumkan peratusan pelabur yg tinggi banding dgn negeri lain, contohnya km p.pinang...berapa biji kilang dia layak pi rasmi, Datuk Mukriz saja yg selalu pergi rasmi sebab bukan hasil kerja org PR. Malu la kalau pi rasmi...

    ReplyDelete
  5. Itu adalah dasar MB Mukhriz .Bukan silap Mukriz.Dia memang syok lantik EXCO yang lebih bodoh drpnya.Kalau cerdik drpnya bahaya.Masa depan politiknya terancam.Sebab itu ada EXCO Kedah bila mesyuarat dgn pelabur luar jadi macam kura-kura bisu.
    Ada jugalah yang cerdik macam, YB Suraya,YB Md Rawi,YB Ku Rahman.YB Tajul Urus.Yang lain itu amat memalukan UMNO sahaja.
    Lebih teruk dari Cap Ayam.
    Jangan sampai pula ada ijazah yang terbeli dari luar negara.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.