Wednesday, January 15, 2014

DI KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH (KUIN) ADA 'PELESIT'

SAYA terpanggil untuk menyatakan pendirian yang tegas berhubung tulisan Insan Tulis, Alor Setar dalam ruangan ini yang bertarikh 9 Januari 2014, di bawah tajuk 'Masalah Kuin masih seperti di zaman PAS?'((KLIK SINI.
Baru-baru ini, saya berkesempatan mengikuti satu bengkel pertubuhan bukan kerajaan selama dua hari di Kolej Universiti Insaniah (Kuin).
Bengkel tersebut selain dihadiri waris para pelajar, ia juga turut dihadiri pelajar-pelajar tahun akhir pengajian serta beberapa sukarelawan luar.
Saya berkesempatan berinteraksi dengan beberapa waris pelajar bertukar pandangan dengan beberapa pelajar dalam berbagai bidang di Kuin.
Dalam masa yang sama, saya juga mempunyai seorang anak yang sedang menuntut di tahun akhir di Kuin.
Daripada perbincangan dan bual mesra dengan mereka, rata-rata saya boleh simpulkan mereka mempunyai pandangan yang positif tentang perpindahan Kuin ke Kuala Ketil.
Mereka ternyata kecewa apabila Kuin dijadikan alat politik dalaman segelintir pihak tertentu yang berkepentingan peribadi kerana tidak mahu bersusah payah untuk berpindah sedikit jauh ke Kuala Ketil.
Mungkin Insan Tulis adalah salah seorang insan yang tidak mahu berpindah ke Kuala Ketil dengan memberi seribu alasan.
Saya dapat menyelinap isu yang tersirat di sebalik tulisan Insan Tulis ia adalah luahan kekecewaan beliau apabila kerajaan negeri Kedah yang baru yang lebih objektif, tidak termakan perangkap beliau.
Alasan yang beliau berikan itu bukan cerminan kehendak keseluruhan staff, pensyarah, pelajar dan para waris tetapi ia adalah agenda beliau dan segelintir staf Kuin yang masih keras kepala tidak mahu berpindah ke kampus baru di Kuala Ketil.
Apabila agenda peribadi Insan Tulis tidak dilayan oleh pentadbiran baru Kuin, beliau mula melancarkan serangan media untuk membuat onar menjadi 'pengacau' untuk memporak perandakan imej Kuin seperti yang beliau lakukan di bawah pengurusan terdahulu.
Beliau cuba menggunakan modus operandi yang sama serta atas alasan yang sama tak ubah seperti 'pelesit' hilang tuan.
Saya berharap pihak pengurusan terbaru Kuin dan kerajaan negeri Kedah di bawah kepimpinan Datuk Paduka Mukhriz Mahathir tidak melayan mereka ini kerana ia adalah perangkap agenda peribadi mereka.
Saya berani menyatakan kami di pihak para waris pelajar menyokong penuh pembaharuan Kuin untuk berpindah ke kampus baru Kuala Ketil kerana suasana kampus yang kondusif, selamat dan bersesuaian untuk anak-anak kami menuntut ilmu di samping keindahan kampus yang tersergam.
Hakikatnya, Kerajaan Negeri Kedah dan pengurusan Kuin harus memberi keutamaan kehendak kami sebagai waris kerana kami lah yang menanggung perbelanjaaan anak-anak kami melalui hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Kami ingin melihat kejayaan pengajian anak-anak kami tanpa diganggu-gugat golongan yang tidak mahu pembaharuan di kampus baru.
Kepada golongan yang tidak mahu bersusah payah sedikit berpindah ke Kuala Ketil, mereka boleh mencari majikan lain yang lebih dekat dengan rumah dan keluarga mereka di kampung.

WARIS PEMUSNAH PELESIT
Alor Setar


2 comments:

  1. Dulu masa mintak kerja, kata sanggup untuk patuh semua arahan.
    Bila diarahkan pindah buat macam2 karenah.
    Awak tu makan gaji, sedar2 lah sikit.
    Kalau tak nak ikut arahan... berhenti je lah.
    Banyak lagi orang lain yang nak kerja.
    Orang lain pergi kerja dapat pahala, kau pergi kerja buat dosa.

    ReplyDelete
  2. Haha... menarik... kelia baq ang kuala ketil... pasar malam 2kali seminggu...

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.