Bra dan Seluar dalam Madonna ketika menyampaikan lagu LIKE A VIRGIN |
Tiba-tiba Putrajaya digegarkan dengan laungan cadangan akan membuka sebuah kedai arak terkemuka Hardrock Café.
Putrajaya yang terkenal sebagai kota ‘suci’ orang Islam Malaysia yang belum lagi dinoda tangan-tangan durjana untuk mengadakan pusat arak, bar, dangdut, pusat pelacuran atau kelab malam bergegar dengan cadangan tersebut.
Berapa ramai kah kaki arak di Putrajaya? Berapa ramai kah kaki
rocker di Putrajaya? Berapa ramai pentadbir, pegawai-pegawai kerajaan dan pesara di
Putrajaya yang berjaga malam untuk santai di Hardrock Café?.
Inilah soalan-soalan asas kajian feasibility pasaran sebelum sesuatu keputusan perniagaan itu dibuat. Melainkan keputusan dibuat kerana jenama yang hebat dan ingin menarik mereka-mereka yang hebat ke Putrajaya.
Inilah soalan-soalan asas kajian feasibility pasaran sebelum sesuatu keputusan perniagaan itu dibuat. Melainkan keputusan dibuat kerana jenama yang hebat dan ingin menarik mereka-mereka yang hebat ke Putrajaya.
Kalau lah sekali pun terdapat warga Putrajaya yang ketagih *arak
(*arak adalah haram bagi penganut agama Islam) atau yang ingin melakukan
transaksi *rasuah (*rasuah juga haram kepada penganut agama Islam) ditempat yang
sebegini ianya bukan lah jauh sangat dari Putrajaya ke Hardrock Café Jalan
Sultan Ismail, hanya 47 km atau ½ jam perjalanan dengan kereta BMW atau
Mercedez.
Malah di jalan Bukit Bintang dan Jalan Sultan Ismail di mana dikenali kawasan bebas maksiat berbagai-bagai lagi pilihan boleh dibuat bukan setakat Hardrock Café.
SYED YUSUF DAN ASEH CIK MAT Pic HMetro |
Malah di jalan Bukit Bintang dan Jalan Sultan Ismail di mana dikenali kawasan bebas maksiat berbagai-bagai lagi pilihan boleh dibuat bukan setakat Hardrock Café.
Hardrock Café International di dalam kenyataannya juga tercengang
kerana mereka tidak pernah bercadang malah tidak pernah berniat untuk membuka cawangan baru
di negara ini selepas Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Melaka.
Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Aseh Che Mat kalut melatah
menepis kenyataannya yang dibuat di laman Facebook beliau bahawa pengendali kedai itu kini dalam proses memohon untuk mengendalikan Hard Rock Cafe di kawasan itu. Kenyataan terakhir beliau bahawa tidak ada permohonan pun yang
telah dibuat. Oleh itu, soal membuat keputusan tidaklah timbul sama sekali. Penduduk Putrajaya bolehlah menarik nafas lega untuk seketika kerana ia bukan satu jaminan bahawa Hardrock Cafe tidak akan dibuka selama-lamanya.
Istimewanya Hardrock Café ialah, ia bukanlah café biasa
tetapi hiasan dalamannya bertemakan café yang dipanggil “memorabilia” hiasan dan
pameran barangan dan pakaian artis-artis Hollywood di zaman kegemilangan mereka. Ada bahan yang dipamirkan itu dari seluar dalam lusuh Madonna sehinggalah kepada gitar Eric
Clapton dan konstum Elvis Presley.
Apa salahnya kalau Hardrock Café Putrajaya merintis untuk
mengwujudkan ‘Hardrock Café Syariah Friendly’ seperti sindiran Menteri Wilayah,
Tunku Adnan.(Ku Nan Says Hardrock Cafe can play nasyid in Putrajaya). Mereka boleh menghidangkan minuman Coca-Cola, Pepsicola, Kickapoo, Fresh Oren atau teh tarik kurang manis. Penari-penari lelaki dan perempuan boleh
diasingkan supaya tidak membangkitkan nafsu syahwat seperti kata Tunku Adnan.
Persoalannya 'whos is rocking Putrajaya?' Hanya
batu-batu yang kelihatan tetapi tangan yang melontar tidak kelihatan.
Kita tak boleh lari dari hiburan. Muzik kena ada tapi biarlah yang bertertib.
ReplyDeleteKomisyen dan persen tentu menarik.
ReplyDeletePermulaan test market dulu.
Kalau ok.faham sajalah.
Tranformasi tahi minyak.
KSU Pencen nak cari makan.
ReplyDeleteAjak PM berrock dengan Kang Kung! Kang Kung masak gulai bersama belacan lagi rock daripada nasyid !
ReplyDelete