Sunday, March 16, 2014

KONSERT GILA YANG MERAGUT 6 NYAWA



Di tengah-tengah kesedihan dan kesibukan umat Islam negara ini memohon doa dan mengadakan solat hajat minta Allah SWT menyelamatkan nyawa penumpang-penumpang pesawat MH370 yang masih tidak tahu apa yang sedang berlaku dan entah kemana pesawat MH370 dibawa lari, negara dikejutkan dengan insiden kematian seramai 6 remaja di dalam Konsert Future Music Festival Asia.
Nyawa mereka diragut dadah sintetik dan 3 lagi sedang krtikal akibat dari pengambilan dadah yang melampau bagi tujuan mendapat kerseronokan hiburan yang maksima semasa konsert tersebut.
Sebenarnya penganjuran konsert jenis ini bermula pada tahun 2012 lagi di Litar Sepang dan pencapaian tertingginya adalah pada tahun 2013 apabila pengunjung ke konsert ini mencecah hampir  55,000 orang. Ianya bukan satu konsert biasa tetapi ianya adalah satu konsert yang luar biasa keseronokkannya.
Di sebalik hidangan hiburan percuma di media-media social Youtube, TV dan lain-lain penganjur mampu menarik pengunjung sehingga 55,000 orang ianya dikira memang hebat sebagai himpunan anak muda atau mungkin pengundi muda.
Walaubagaimanapun akibat lemak dengan kejayaan tahun lepas  penganjurannya diperhebatkan lagi. Tahun ini konsert tersebut sukar dikawal dan hasilnya enam remaja maut. 
Komen Naib Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Muhammad Farhan Mat Zin di dalam sebuah akhbar katanya di kala negara sedang diuji ALLAH SWT dengan ketidaktentuan cuaca hingga dilaporkan 10,000 kebakaran hutan, jerebu pada tahap membimbangkan dan kehilangan MH370, namun pihak kerajaan masih membenarkan pesta muzik diadakan dengan anak-anak muda terkinja-kinja berpesta.
Iqbal, Adam Mathew dan Rahul
Pengajur acara ini ialah Livescape Sdn Bhd. Syarikat ini ditubuhkan bersama oleh anak mamak Mydin, Iqbal Ameer. Iqbal menjadi co-founder bersama dua lagi rakannya Adam Mathew dan Rahul Kukreja.
Jika bapanya menjadi jutawan dengan rantaian hypermarket Mydin anak tidak harus mengambil pendekatan berniaga konsert yang konon alasan untuk menarik pelancung ke negara ini.  Kerana konsert dan dadah seperti isi dengan kuku saling berkait rapat di antara satu sama lain.
Sejauh mana kita percaya dan yakin penganjuran konsert dapat mencapai angka kemasukan 28 juta pelancung melalui kempen Visit Malaysia Year 2014 ke dalam negara ini?
Kerana dengan kerajaan meluluskan penganjuran konsert gila seperti ini ia bersamaan dengan secara langsung membuka gelanggang dadah untuk dijual beli.

No comments:

Post a Comment

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.