Di tengah-tengah kesedihan dan kesibukan umat Islam negara ini
memohon doa dan mengadakan solat hajat minta Allah SWT menyelamatkan nyawa
penumpang-penumpang pesawat MH370 yang masih tidak tahu apa yang sedang berlaku
dan entah kemana pesawat MH370 dibawa lari, negara dikejutkan dengan insiden
kematian seramai 6 remaja di dalam Konsert Future Music Festival Asia.
Nyawa mereka diragut dadah sintetik dan 3 lagi sedang
krtikal akibat dari pengambilan dadah yang melampau bagi tujuan
mendapat kerseronokan hiburan yang maksima semasa konsert tersebut.
Sebenarnya penganjuran konsert jenis ini bermula pada tahun 2012 lagi di
Litar Sepang dan pencapaian tertingginya adalah pada tahun 2013 apabila pengunjung
ke konsert ini mencecah hampir 55,000
orang. Ianya bukan satu konsert biasa tetapi ianya adalah satu konsert yang
luar biasa keseronokkannya.
Di sebalik hidangan hiburan percuma di media-media social Youtube,
TV dan lain-lain penganjur mampu menarik pengunjung sehingga 55,000 orang ianya
dikira memang hebat sebagai himpunan anak muda atau mungkin pengundi muda.
Walaubagaimanapun akibat lemak dengan kejayaan tahun lepas penganjurannya diperhebatkan lagi. Tahun ini
konsert tersebut sukar dikawal dan hasilnya enam remaja maut.
Komen Naib Ketua Pemuda Pas Wilayah
Persekutuan, Muhammad Farhan Mat Zin di dalam sebuah akhbar katanya di kala
negara sedang diuji ALLAH SWT dengan ketidaktentuan cuaca hingga dilaporkan
10,000 kebakaran hutan, jerebu pada tahap membimbangkan dan kehilangan MH370,
namun pihak kerajaan masih membenarkan pesta muzik diadakan dengan anak-anak
muda terkinja-kinja berpesta.
Iqbal, Adam Mathew dan Rahul |
Pengajur acara ini ialah Livescape Sdn Bhd. Syarikat ini ditubuhkan bersama
oleh anak mamak Mydin, Iqbal Ameer. Iqbal menjadi co-founder bersama dua lagi
rakannya Adam Mathew dan Rahul Kukreja.
Jika bapanya menjadi
jutawan dengan rantaian hypermarket Mydin anak tidak harus mengambil pendekatan berniaga
konsert yang konon alasan untuk menarik pelancung ke negara ini. Kerana konsert dan dadah seperti isi dengan
kuku saling berkait rapat di antara satu sama lain.
Sejauh mana kita percaya dan yakin penganjuran konsert dapat mencapai angka kemasukan
28 juta pelancung melalui kempen Visit Malaysia Year 2014 ke dalam negara ini?
Kerana dengan kerajaan meluluskan penganjuran konsert gila seperti ini ia bersamaan dengan secara langsung
membuka gelanggang dadah untuk dijual beli.
No comments:
Post a Comment
Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.