Teguran. Bukan semua politikus boleh menerima teguran dan berlapang dada memperbaiki kesilapan dan kelemahan diri dalam memimpin. Sikap ego dan mabuk kuasa yang menebal menghalang mereka mengubah kelemahan ini.
Akibat disalut kekuasaan juga mereka lebih suka berfantasi dilambung dan dibuai laju-laju oleh penyokong tegar mereka yang hanya menyokong apabila mendapat imbuhan yang lumayan.
Mereka juga terlupa bahawa rakyat sedang memerhati tingkah laku, gerak-geri, sikap dan intigriti kepimpinan mereka.
Walaupun sukar bagi sesorang politikus itu untuk ikhlas, beramanah dan tidak hippokrate di hadapan rakyat tetapi hakikatnya di dalam senario politik nyawa-nyawa ikan sekarang mereka harus berusaha kuat untuk mengubah diri mereka.
Angkap lah teguran dari blogger itu teguran sayang dan cinta kepada mereka, parti yang mereka wakili dan rakyat yang mengundi mereka.
Pekerti mulia bukan perkara asing bagi kaum Melayu. Terutamanya sebagai sebuah parti kaum Melayu mereka harus mengamalkankan ciri-ciri sikap budaya Melayu yang penuh sopan santun, tata tertib dan kaya dengan budi bahasa.
Pekerti mulia bukan perkara asing bagi kaum Melayu. Terutamanya sebagai sebuah parti kaum Melayu mereka harus mengamalkankan ciri-ciri sikap budaya Melayu yang penuh sopan santun, tata tertib dan kaya dengan budi bahasa.
Di dalam senario politik Melayu sekarang seperti kenyataan Sdra Zulkiflee Nordin bahawa "Melayu tidak lagi mengharapkan kepada UMNO tetapi yang sebenarnya UMNO sekarang yang mengharapkan kepada Melayu.
Pakaian keangkuhan dan kurang pengajaran bukannya pakaian seorang pemimpin Melayu tetapi ia adalah pakaian orang yang tidak bertamadun.
Ini bercanggah langsung dengan Strategi Lautan Biru seperti yang sedang diterapkan oleh PM Najib. Politikus yang bijak dan cerdik akan berubah sebelum mereka diubah.
Ikutilah blog ini untuk mengajaran.
ReplyDeletehttp://aefiqahgitin91.blogspot.com/2012/09/kerana-bahasa-cerminan-peribadi.html
UMNO masih boleh diharap ka? Kita kira UMNO rosak kerana pemimpin yang seperti puan ulas ini.
ReplyDeleteSaya rasa sukar untuk dikikis kerana yang di atas pun sama. Atas nak memang guna wang yang dibawah semua kena beli.
Sunggul kesal dengan pemimpin yang sebegini.
Saya seperti tidak mahu balik ke Malaysia sebaik habis menuntut tapi apa nak buat.
Salam Mami,
ReplyDeleteTereuskan perjuangan dedahkan walalupun pahit. Ini penting dari membiar pemimpin yang seperti ini bermaharajalela kelentong pengundi. Saya tahui perangai dia ini memang begitu Mr Arrogant..yang tegar.
'Cantek' punya bahasa...memang sangat2 sesuai lah mamat ni dilantik menjadi EXCO Pendidikan..tahniah Dato MB Kedah...
ReplyDeleteInilah bahasa exco yang mendidik menjadi anak remaja kurang ajar. Kalau exco macam ni macam mana pulak generasi yang sedang bertunas?
ReplyDeleteAmat teruk dan bukan contoh yang baik. Padan lah semua anak murid dia kurang ajar macam dia.
Dalam zaman dentuman teknologi maklumat dan dunia tanpa sempadan,semua orang tidak kira apa pangkat dan jawatannya akan terdedah dengan kritikan dan cacian,Tun Dr Mahathir dimaki hamun dan digelar dengan berbagai bagai gelaran yang jijik dan amat memalukan tetapi sebagai seorang Pemimpin dan Negarawan beliau tidak pernah membalas cacian dan hinaan dengan kata kata kesat seperti yang di lakukan oleh seorang EXCO Kedah yang amat sombong dan angkuh dengan kekayaan dan jawatan yang disandang sekarang..Manusia ini tidak akan bertahan lama,hari hari kejatuhannya makin hari makin jelas.
ReplyDeleteSaya harap puan Mamirokiah bersabar dan jangan berputus asa untuk teruskan tulis dan cerita perkara yang sebenar. Sesiapa juga sebagai pemimpin mesti bersih kerana YB adalah hak rakyat. Isterinya juga kita sedang perhati.
ReplyDeleteTahniah Mami.