Thursday, April 29, 2010

Najib amal "rasuah politik" secara terang-terangan

Wajah Ng Teck Kim terkerising gembira mendapat Cek RM3juta dari Najib.

NEW STRAITS TIMES THURSDAY - APRIL 29,2010

Funds for Chinese: BN fulfils pledge, hands over RM3m to Rasa school
2010/04/29

PUTRAJAYA: Barisan Nasional will not punish the Chinese community for their lack of support in the recent Hulu Selangor parliamentary by-election but is hoping that they will back the ruling party in future.

Prime Minister and BN chairman Datuk Seri Najib Razak gave an assurance that no community in the country would be sidelined.

He also made good yesterday the promise he made during the by-election to SJK (C) Rasa by handling over RM3 million for the refurbishment of the school, including its expansion.

The allocation was approved on Monday, the day after BN candidate P. Kamalanathan wrested the opposition seat with a 1,725 vote majority.


Nampaknya amalan rasuah politik dilakukan secara terang-terangan. Akhbar-akhbar utama mendedahkan pemberian RM3juta kepada kaum Cina Hulu Selangor sebagai umpan untuk mengembirakan mereka kerana janji pilihanraya yang lepas. Walaupun mereka tidak mengundi BN tapi janji tetap dikotakan oleh Najib.Harapanya agar PRU yang ke 13 akan datang Cina akan kembali mengundi BN.

Yang menghairankan kita ialah mengapa bantuan ini ditunggu sehingga PRK Hulu Selangor baru nak diberi? Apakah selama ini permohonan mereka ditolak atau tidak ada permohonan langsung atau kaum Cina di Hulu Selangor pandai menangguk di air yang keroh. Ataupun Najib sudah termakan hasil provokasi Lim Kit Siang?

Jika pendekatan ini lebih berjaya maka lebih baik kaum Cina tunggu lagi musim air keroh dan tangguk lagi semoga mendapat ikan yang lebih besar dan banyak lagi. Peranan Lim Kit Siang dan DAP nampaknya lebih berkesan dari MCA dan Gerakan.

Wednesday, April 28, 2010

Tulisan Zaini Hassan dalam Utusan 28/4/2010 berbau RASIS.

Orang Cina Malaysia, apa lagi yang anda mahu?
CUIT ZAINI HASSAN

SUDAH banyak kali saya menulis mengenai sikap sahabat kita, orang Cina Malaysia terhadap kerajaan yang ada sekarang. Saya juga sering mengaitkan cita-cita DAP yang mahu 'pulun' semua sekali pengaruh Cina di negara ini.

Seperti mana yang saya tulis sebelumni, DAP sejak akhir-akhir ini sungguh senyap dalam pergerakannya.Di Selangor pun ia senyap, di Pulau Pinang pun ia mulai senyap, di Perak pun begitu.Senyap-senyap DAP sebenarnya diam-diam berisi.

Gerakan halus mereka bergerak kencang. Harus diingat arus bawah lebih bahaya berbanding ombak di atas. Tapi apakah BN sedar dengan strategi DAP itu. Jika kira-kira 30 tahun dulu, malah 20 tahun dulu, orang Melayu generasi saya amat cuak dengan DAP atas sikap cauvinisnya, kini generasi Melayu sekarang tidak tahu itu semua. Mereka sudah tidak peduli.

Mereka tidak membaca pun buku 13 Mei yang ditulis oleh Tunku Abdul Rahman dan mereka tidak pernah tahu pun wujudnya perarakan penyapu oleh DAP yang mahu menyapu orang Melayu pada masa itu.

Bukan tujuan saya mahu membangkitkan rasa benci kepada parti itu atau kepada sesiapa, tapi ia adalah sejarah yang semua orang anak-anak Melayu, Cina, India, Orang Asli malah sesiapa sahaja harus dan berhak tahu mengenainya.

Saya pernah menyarankan supaya buku 13 Mei itu dijadikan teks di sekolah. Matapelajaran sejarah yang sesetengah daripada orang Melayu sendiri amat membencinya, harus diperkuatkan semula. Aspek kenegaraan, soal-soal realiti kemalaysiaan harus diterapkan.

Masukkan juga satu subjek mengenai konsep 1Malaysia yang sudah mulai disukai ramai itu. Sejarah silam dan aspek kontemporari harus disatukan menjadi satu subjek wajib, yang harus diikuti oleh semua pelajar, bukan sahaja pelajar Sastera, malah juga pelajar Sains.

Tujuan saya membangkitkan semula perkara ini bukanlah bermakna saya ini ultra-Melayu, tetapi untuk menyatakan mengenai realiti politik yang berlaku di sekeliling kita sekarang.

Pilihan raya kecil Hulu Selangor amat unik. Dalam sains politik, ia amat menarik untuk dikaji bagaimana orang Cina (bukan semua, tapi rata-rata) masih tidak mahu kembali kepada parti kerajaan.

Apa lagi yang mereka mahu? Apakah mereka masih merasakan merekalah penentu kepada sesuatu keputusan pilihan raya di negara ini?

Perlulah diingat pilihan raya umum 2008 bukanlah satu ujian sebenar bagi proses demokrasi di negara ini. Ia terlalu artificial. Tsunami yang berlaku adalah akibat kemarahan rakyat kepada kerajaan ketika itu dan kecelaruan fikiran orang Melayu ketika itu.

Akibatnya,DAP telah berjaya mencuri peluang itu. Orang Cina ramai-ramai memihak kepada mereka dan berlakulah tsunami politik yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia.

Tapi jika diambil Hulu Selangor sebagai model pilihan raya umum ke-13 kelak, orang Cina bukanlah (lagi) penentu kepada keputusannya. Orang Melayu masih lagi menjadi faktor mutlak bagi menentukan kepada keputusan itu,dengan syarat - mereka bersatu.

Bersatupun, mereka haruslah secara majoriti menyokong kerajaan dan orang India pun turut serta memberi undi kepada parti kerajaan, maka ketika itu orang Cina bukanlah penentunya. Kecualilah jika orang India dan Cina solid lari daripada BN, maka BN akan tersungkur.

Namun, hakikatnya angka majoriti undi BN di Hulu Selangor bukan lagi satu gambaran kepada kemenangan sebenar. Itu pilihan raya kecil. Semua jentera tertumpu di sini. Dalam pilihan raya umum situasinya adalah jauh berbeza.

Secara angka, Melayu Hulu Selangor pun masih tidak solid. Kita tidak pasti apa lagi yang mereka mahu. Semua yang mereka mahu sudah diberi. UMNO pun sudah tunjuk perubahan. Seorang rakan memberitahu ''mungkin kita perlu pendekatan radikal untuk menyelesaikan masalah yang tenat."

Namun,keputusan Hulu Selangor amat disenang oeh Lim Kit Siang. Beliau dalam ucapannya di rapat umum penutup selepas keputusan kekalahan mereka diumumkan, memberitahu para hadirian yang rata-rata terdiri daripada orang Melayu,keputusan itu sebenarnya ialah kejayaan kepada 'rakyat' Hulu Selangor.

Tanpa mahu menyentuh perasaan orang Melayu di situ, beliau sebenarnya merujuk 'rakyat' itu sebagai orang Cina Hulu Selangor yang rata-rata tidak memberi undi kepada BN, tapi sebaliknya memihak kepada DAP.

Kit Siang ternyata amat gembira,sebaliknya Dr. Chua Soi Lek dan Dr. Koh Tsu Koon yang gagal.

Ironisnya, apa pula maksud Soi Lek apabila beliau berkata ''MCA kena vokal''? Saya pun tak tau?

Orang Cina Malaysia, apa lagi yang anda mahu?TAJUK di atas penuh bermakna. Apa lagi yang orang Cina Malaysia mahukan? Kita tolak dulu sebab-musabab mereka tidak menyokong kerajaan yang ada sekarang. Kita kaji dulu apa lagi yang mereka mahu?

Ikut sejarahnya orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu ini untuk mencari peluang. Mereka hidup susah di tanah besar China ratusan tahun dulu. Seperti mana orang putih berhijrah ke benua Amerika untuk mencari peluang, begitu jugalah orang Cina yang kini menghuni di negara bertuah Malaysia ini.

Ternyata, percaturan datuk moyang mereka dulu berbaloi. Mereka dapat apa yang mereka mahukan. Mereka hidup mewah di bumi bertuah Malaysia ini.

Malah, bukan Malaysia sahaja, Singapura pun mereka kuasai sepenuhnya. Singapura bukanlah negara asal mereka. Orang Cina Singapura pun asalnya adalah dari tongkang yang sama bersama-sama orang Cina Malaysia.Cuba bezanya, Singapura berjaya dikuasai sepenuhnya, dan Malaysia tidak.

Di Malaysia, orang Cina hidup aman damai bersama-sama orang Melayu, Pribumi dan India. Berbeza dengan di Singapura, di sana orang Cina yang menguasai politik dan sekaligus pemerintahan negara itu. Di Malaysia, politik dan kerajaannya masih lagi dikuasai oleh orang Melayu.

Sistem kedua-dua negara itu sama, cuma ia terbalik sahaja. Orang Melayu di sini, orang Cina di sebelah tambak itu.

Bezanya orang Melayu di Singapura dan orang Cina di Malaysia amat berlainan sekali. Orang Melayu di Singapura hidup biasa-biasa sahaja. Orang Cina di Malaysia hidup lebih daripada biasa-biasa.

Malah Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah memberi gambaran sekiranya semua bangunan orang Cina di Kuala Lumpur diangkat dari peta, yang tinggal hanyalah Kampung Baru itu sahaja. Semua yang lain ialah kepunyaan orang Cina Malaysia.

Orang Cina Malaysia amat hebat. Kesemua pekan-pekan besar dan bandar-bandar di seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak dikuasai mereka.

Mereka juga berjaya melahirkan para profesional yang paling ramai dan berjaya. Sistem sekolah Cina mereka adalah antara yang terbaik di mana-mana sahaja di dunia ini(jika ada).

Kebanyakan pelajar-pelajar di kolej-kolej swasta yang terbaik di Malaysia dipenuhi oleh pelajar-pelajar Cina. Orang Melayu hanya mampu ke kolej milik kerajaan dan yang tidak ternama. Pusat-pusat membeli belah di kompleks-kompleks ternama di Malaysia dipunyai oleh orang Cina.

Di organisasi korporat dan swasta, orang Cinalah yang menguasainya. Orang Melayu boleh di bilang jari dan pekerja bawahan. Malah, kini mahu mohon kerja di situ pun perlu faham cakap Mandarin, sebagai prasyaratnya.

Akhir sekali,orang paling terkaya di Malaysia yang banciannya dijalankan saban tahun oleh sebuah majalah busines di Malaysia mendapati lapan orang Cina yang berada di 10 ke atas. Berikut adalah senarai 10 orang terkaya di Malaysia.

1. Robert Kuok Hock Nien 2. Tatparanandam Ananda Krishnan 3. Tan Sri Lee Shin Cheng 4. Tan Sri Teh Hong Piow 5. Tan Sri Lim Kok Thay 6. Tan Sri Quek Leng Chan 7. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhry 8. Puan Seri Lee Kim Hua 9. Tan Sri Tiong Hiew King 10.Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun. (Sumber: Malaysian Business, Feb 2010)

Itulah hakikatnya Malaysia tanah airku yang tercinta ini. Apakah kerajaan sekarang yang sudah memerintah 52 tahun ini terlalu zalim, kejam dan kuku besi?

Apa lagi yang orang Cina Malaysia mahukan? Tapi saya tahu, anda tahu jawapannya.
Tulisan Zaini Hassan dalam ruangan beliau CUIT Utusan Malaysia 28/4/2010 nampaknya penuh dengan sentimen dan rasis.

Zaini harus sedar walaupun beliau seorang Melayu tetapi hari ini beliau sudah tidak bebas lagi untuk bersuara membela bangsanya kerana Melayu hari ini telah ditakluk oleh kaum yang baru mendarat.

Hari ini bangsa beliau terpaksa tunduk, akur dan patuh dibawah taklukkan dan jajahan kaum pendatang. Tidak seperti dahulu lagi, hari ini zaman keagungan kaumnya telah semakin pudar dan malap. Ternyata Zaini masih dibuai mimpi di siang hari.

Zaini boleh diambil tindakkan dan diheret ke mahkamah kerana perkauman dan akhbar tempat beliau mencari makan juga boleh digantung lesen oleh KDN.

Zaini juga harus sedar dengan menyingkap sejarah sudah tidak membawa apa-apa makna lagi kepada rakyat negara ini hari ini. Sejarah hanyalah seperti cerita mitos, legenda dan khayalan kepada generasi hari ini. Tidak ubah seperti cerita cowboy atau Avatar.

Mungkin ada sekerat atau dua kerat Melayu marhaen di pendalaman dan kampung-kampung yang akan memihak kepada Zaini jika beliau ditahan di bawah ISA kelak tetapi majoriti Melayu Elit yang sedang hidup mewah di kota-kota besar akan "menstupidkan" Zaini kerana bimbang habuan-habuan mereka tergugat.

Kepada Bro Zaini, sesungguhnya amat sukar diramal bagaimana kesudahannya kaum tuan di abad yang mendatang.

Perjuangan belum selesai.

Monday, April 26, 2010

Apa lagi yang pengundi Cina mahu?

Dalam PRK Parlimen Hulu Selangor ternyata BN masih gagal menawan pengundi Cina. Pengundi Cina masih liat dan kekal menyokong PR. Jika pilihanraya umum diadakan hari ini atau besok pun BN akan tetap gagal meraih sokongan pengundi Cina.

Pengundi Cina masih tidak yakin dengan MCA. Mungkin mereka jijik dengan moral pemimpin MCA yang rendah.

Menurut Presiden MCA, DS Dr Chua Soi Lek pengundi-pengundi Cina tidak lagi mudah diumpan dengan keperluan asas mereka seperti peruntukan kepada sekolah Cina, dewan orang ramai dan pembaikkan sistem perparitan sahaja.

Keperluan-keperluan tersebut sudah tidak penting bagi mereka, mereka hari ini lebih tertumpu kepada isu-isu nasional berikutan itu MCA akan menjadi jaguh yang lebih vokal kali ini, kata beliau.

Mungkin apa yang mereka maksudkan ialah hak-hak samarata dengan kaum lain. Tidak perlu lagi kontrak sosial yang sudah lapuk dan SATUKAN MALAYSIA SATUKAN SEMUA? Jika ini terlaksana maka baru BN akan mendapat undi kaum Cina?

Friday, April 23, 2010

Buku Barry Wain dilulus untuk jualan

PETALING JAYA: The much talked-about political biography of former Prime
Minister Tun Mahathir Mohamad titled Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times by British author Barry Wain has been approved for sale in
Malaysia. (The Star 23/4/2010)

Selamat membaca!

Thursday, April 22, 2010

"Ganyang" Tony Blair dengan penyapu

Melayu jangan mudah lupa bahawa Tony Blair adalah salah seorang penjenayah perang yang memusnahkan Iraq dan membunuh kanak-kanak di Iraq yang tidak berdosa.
"Ganyang"!!! Tony Blair dengan penyapu jamban.

Wednesday, April 21, 2010

Kaki bermacam kaki, ada kaki botol ada kaki judi dan ada kaki betina

Tidak ramai pemimpin yang rela mengaku bahawa mereka kaki itu dan mereka kaki ini. PRK Hulu Selangor telah menyedarkan seorang pemimpin untuk bertaubat bahawa beliau tidak akan minum lagi dan bukan “kaki arak” lagi.

Peminat-peminat yang meminati dan taksub dengan sesuatu hobi atau pekerjaan dan sukar dikikis minat tersebut kerapkali digelar sebagai “kaki”. Kalau minat dan suka mengoda wanita mereka digelar “kaki perempuan” atau “kaki betina”, yang minat memancing digelar “kaki pancing”, yang minat memikat burung digelar “kaki burung”, yang minat mengendap atau mengintai digelar “kaki skodeng” , yang minat berjudi digelar “kaki judi” begitu lah yang minat minum arak digelar “kaki botol” dan berbagai lagi gelaran “kaki itu” dan “kaki ini”.

Bekas Perdana Menteri kita yang pertama Tunku Abdul Rahman merupakan seorang pemimpin tulus dan ikhlas mengaku bahawa beliau bermain kuda dan poker seperti dalam buku beliau “MEI 13, SEBELUM DAN SELEPAS” :

"Memanglah berbahaya bermain kuda dengan secara besar-besaran, tetapi jika disifatkan permainan itu sebagai sukan, bagaimana yang saya lakukan, maka ia boleh menjadi satu permainan yang menghiburkan hati. Tidaklah timbul sebarang bahaya jika kita bertaruh wang dengan secara kecil ke atas seekor kuda untuk dapat keseronokan melihat kuda itu menang. Tidak siapa pun menjadi kaya dengan berjudi; sebaliknya pula janganlah dengan berjudi itu seorang itu menjadi papa.

Sekiranya ia boleh mendapatkan hiburan dari permainan itu, dan mendapat keuntungan sedikit maka tentulah permainan itu boleh mendatangkan kebaikan kepadanya.

lnilah falsafah hidup saya. Sekali-sekala saya bersuka-ria dengan permainan poker bersama-sama dengan kawan-kawan saya. Mereka ialah nsahabat-sahabat dan kawan-kawan baik saya, dan persahabatan kami ini tidaklah pernah disalahgunakan oleh mana-mana seorang daripada mereka itu.

Pada saya persahabatan tidaklah terbatas kepada warna kulit atau kaum. Saya menghargai kesetiaan kawan-kawan saya dan sebagaimana yang telah terbukti dalam masa ketegangan dan kegentingan mereka adalah orang-orang yang dapat membantu dan menghiburkan hati saya. Saya menyifatkan poker sebagai satu permainan yang menghiburkan hati pada masa lapang, dan sebagaimana permainan kuda, dalam permainan poker ini kami bermain dengan secara yang
kecil.


Kuda-kuda yang saya miliki itu atas namanya sahaja, melainkan dua ekor yang telah dihadiahkan kepada saya pada hari lahir saya, ialah seekor daripadanya tidak lagi dapat digunakan untuk perlumbaan. Selain daripada menghiburkan hati saya untuk melihat kuda-kuda itu berlari, perhatian yang saya beri kepada perlumbaan kuda ini adalah semata-mata untuk tujuan mendapatkan hasil daripada perlumbaan kuda sebagai satu perusahaan yang dapat memberi
sumbangan yang sangat besar kepada khazanah negara, dan dengan wang itu pula dapat-lah dibelanjakan untuk berbagai-bagai projek pembangunan"

Apa juga minat dan "kaki" yang pulang sukar untuk bertaubat ialah mereka yang kaki liwat, suka kepada perhubungan songsang.

Hakikat ini dapat dilihat bagaimana Allah SWT menghukum kaum Nabi Lut yang suka meliwat dengan menterbalikkan bumi yang mereka pijak sehingga ke akar-akarnya sekali dan kesan-kesannya dapat dilihat sehingga sekarang baik buminya dan warisnya masih mengamalkan amalan ini.

Saturday, April 17, 2010

Shahrizat gagal, ramai suami negara ini terjerumus di dalam golongan JABLAI

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kononnya kecewa dengan sikap lelaki Malaysia yang ghairah mengambil wanita Indonesia sebagai isteri kedua.

Beliau bimbang trend itu akan membuka ruang penganiayaan kepada golongan wanita kerana agak sukar bagi lelaki di negara ini untuk berlaku adil dalam soal poligami.

Kenyataan politik DS Shahrizat ternyata berlandaskan emosi dan fakta yang amat cetek tanpa kajian phycology yang mendalam.

Hakikatnya lelaki negera ini ramai yang telah terjerumus di dalam golongan JABLAI atau Jarang Dibelai.

Peratusan lelaki Malaysia semakin hari semakin ramai terjerumus di dalam golongan jablai ini kerana berpunca dari isteri-isteri yang hanya asyik mengejar kerjaya. Isteri-isteri sering keletihan dan terbawa-bawa masaalah kerja ke tempat tidur sehingga ramai suami diabaikan keperluan mereka. Kelazatan rumah tangga telah menjadi hambar walaupun mereka hidup mewah di dalam rumah seperti mahligai.

Satu kajian yang dilakukan oleh The Asia Pacific Sexual Healty and Overall Wellness Survey (AP SHOW) mendapati ramai lelaki di 13 buah negara termasuk Malaysia menderita penyakit kehilangan perasaan keintiman dan semakin ramai lelaki di Malaysia sedang menderita dalam senyap.

Apabila suami-suami mereka terdedah dengan ayat-ayat power dari neng Indonesia mereka menjadi “culture shock” kerana ayat-ayat power ini jarang atau tiada langsung kedengaran diucapkan dari bibir isteri mereka.

Isteri-isteri yang berjawatan tinggi pula terbawa-bawa kuasa mereka sehingga ke rumah. Suami-suami mereka diarah seperti mengarahkan staf mereka di pejabat sehingga mereka tidak lagi dapat membezakan yang mana satu suami yang mana satu peon pejabat.

Shahrizat selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat seharusnya tidak “bias”kepada wanita sahaja di dalam membela hak-hak wanita tetapi beliau juga seharusnya membela kaum lelaki atau suami bagi mencapai matlamat membina keluarga dan masyarakat bahagia.

Jika beliau gagal adalah dicadangkan supaya DS Najib mewujudkan sebuah lagi kementerian iaitu Kementerian Pembangunan Lelaki.

Friday, April 16, 2010

BN ingin meremajakan MIC tetapi MIC masih bergayut di dahan yang tua

BN nampaknya ingin meremajakan MIC apabila meletak calun muda bekas Putera MIC dalam PRK Hulu Selangor.
Mengenali P. Kamalanthan yang juga seorang bloggers http://www.pkamalanathan.com/ merupakan seorang yang agak liberal dan banyak memahami sejarah.

Walaubagaimanapun Nathan bukan sahaja perlu bekerja keras menemui pengundi dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor tetapi mesti tiga kali ganda bekerja keras lagi menghakis stigma MIC tua yang digayut oleh Presiden beliau DS S.Samy Vellu.
Usaha ini lebih sukar kerana Presidennya seperti tuli dan buta kerana pura-pura tidak faham kehendak pengundi muda di kalangan masyarakat India negara ini.

Tuesday, April 13, 2010

Something fishy is going on here!

Malaymail Online 13/4/2010)

KUALA LUMPUR: City Hall has confirmed receiving a proposal for the redevelopment of the Sungai Besi airport by the Defence Ministry a few months ago, but details are still sketchy. This comes after Bernama last week quoted Defence Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi as denying any such plans.

Mayor Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail told The Malay Mail that City Hall called for a meeting with representatives from the Defence Ministry, Federal Land and Mines Department and the Public Private Partnership Unit (UKAS) which comes under the Prime Minister's Department, a couple of months ago. There were talks for the area to be redeveloped.

"We have not seen or received details on the type of redevelopment in store and no development application has been made so far. But yes, I can confirm there was a proposal for it."

He said only the Defence Ministry is privy to what plans it has for the area.

Apa cerita ini? Tahun ini sahaja dah tiga kali Kementerian Pertahanan buat hal. Dari enjin jet hilang, maklumat negara bocor dan hari ini Lapangan Terbang Sungai Besi pula bakal dihijack.
Zahid Hamidi harus berhati-hati kerana pilihanraya semakin dekat. Kalau nak menyamun pun jangan lah di siang hari tunggu lah malam sedikit.

Dr Pornthip diganggu roh Teoh Beng Hock

Pakar patologi dari Thailand, Dr. Pornthip Rojanasunand takut memberi keterangan dalam inkues mendiang Teoh Beng Hock pada 20 April ini bukan kerana menerima 'tekanan politik' daripada kerajaan Malaysia tetapi beliau sedang dihantui oleh roh Teoh Beng Hock yang tidak tenang di dalam kubor.

Roh Teoh Beng Hock diganggu oleh Dr Pornthip kerana bahana Dr Pornthip lah yang membuat kubor Teoh Beng Hock terpakasa dikorek semula. Ini membuatkan roh Teoh Beng Hock tidak tenteram sejak tarikh beliau membunuh diri sehingga ke hari ini.

Dongeng laman web pembangkang yang menyatakan konon menerima maklumat daripada Kementerian Luar Thailand bahawa Dr. Pornthip akan menghadapi masalah sekiranya datang ke Malaysia termasuk kemungkinan dihalang memasuki negara ini adalah cerita rekaan semata-mata seperti cerita hantu.

Mungkin Menteri Dalam Negeri Hishamudin dan KPN Tan Seri Musa Hassan perlu mendapatkan khidmat bomoh Siam untuk mengawal roh Teoh Beng Hock supaya tidak mengganggu Dr Pornthip, Lim Kit Siang dan Gobind Singh Deo.

Monday, April 12, 2010

Global Geopark Fair Langkawi sunyi


MR berksempatan secara kebetulan terserempak dengan “2nd Geopark Fair, Langkawi Global Geopark” di Awana Porto Malai pada 10-12 April 2010 semalam. Kehadiran MR di Langkawi adalah atas jemputan seorang rakan bloggers yang aktif dalam berblogging tentang “natures”.

MR sempat bertemu beberapa peserta ahli-ahli geopark yang mewakili negara mereka yang di antaranya dari Kanawinka Australia; Hexigten, China; Taishan, China; Zigong, China; TERRA.Vita, Germany; Harz Braunschweiger, German; Qesham, Iran; Itoigawa, Japan; Toya Caldera & Usu Volcano, Japan; Unzen Volcanic Area, Japan; Gea Norvegica, Norway; Arouca, Portugal; Marble Arch Caves & Cuilcagh Mountain, UK; English Riviera, UK dan beberapa lagi.

Ternyata kita rakyat negara ini harus berbangga bahawa Langkawi juga tersenarai di antara 64 “Global Geopark Network” yang unik di dunia ini oleh UNESCO pada 1 June 2007.

Geoheritage Langkawi yang kaya dengan sejarah geologi di anggarkan berusia 550 juta tahun menggendong ceritanya yang tersendiri.

Kerajaan Kedah seharusnya mengambil kesempatan ini untuk mempromosikan lagi asset ini. Mereka seperti tidak ambil pusing hasil dari persidangan ini. Mesej persidangan hanya berlegar-legar di Pulau Langkawi dan negara luar tetapi tidak sampai ke tanah besar Kedah.

Mungkin persidangan ini terlalu teknikal untuk YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan hadir merasmikannya dan hanya mewakilkan Exco Pelancongan pada majlis penutup.

Seorang geologist tempatan yang MR temui berkata Kedah hari ini seperti hidup segan mati tak mau. Tidak ada growth.

Muhyiddin namakan calun Hulu Selangor

Kriteria calun PRK Hulu Selangor seperti yang dinyatakan oleh Muhyddin:

1) Tidak ada skandal
2) Anak tempatan yang diterima rakyat
3) Berkelayakan
4) Boleh kerjasama dengan pemimpin
5) Boleh menang

Inilah di antara beberapa kriteria calun yang ideal dari beberapa ratus lagi kriteria yang dinyatakan oleh TPM Tan Sri Muhyddin Yassin.
Yang mana satu fantasi yang mana satu realiti hanya rakyat yang bakal menentukan pada 25 April ini.

Sunday, April 11, 2010

UMNO mendidik cara cyberwar jijik?

(From blogger mamasita-mamamia.blogspot.com)

Saturday, April 10, 2010
Meluat !
Semalam Dato' telah pergi ke Janda Baik untuk menghadiri satu high-powered kursus cyberwar yang dianjurkan oleh UMNO Malaysia.

Ringkasnya, kursus 3 hari ini mudah2an akan dapat mengasahkan lagi kepandaian blogger2 UMNO yang menulis hal2 politik sambil menangkis dakyah2 pembangkang dengan penjelasan yang lebih efektif.

Saya dengar ramai sopo blogger dan wartawan dipilih untuk menghadiri kursus ni.

Dari Pahang katanya ada 2 orang..Dato' dengan another so po blogger.

Antara sopo blogger yang hadir termasuk mereka yang suka maki hamun, yang suka cakap besar, yang suka mencarut dan juga mereka yang rasa mereka hebat sangat tetapi sebenarnya tin kosong!
Ada jugak yang boleh dianggap sebagai pompous windbags!

Bagi Dato', dia hanya seorang bekas Adun yang mempunyai latar belakang politik yang sangat berharga.
Darah politik tetap mengalir dalam tubuh badannya walaupun dia bukan lagi YB.
Cakap berdegar2 dan berlagak sombong diri memang bukan style dia.
DSN dan MB Pahang tetap hormatkan dia. Alhamdullillah.

Kursus ini pada amnya bertujuan menggilapkan lagi kepintaran sopo blogger UMNO untuk membantu kerajaan BN kita berkempen menghadapi pilihanraya2 kecil sehinggalah ke pilihanraya umum.
Kepentingan media cyber tidak lagi dipandang ringan.
Generasi muda kita yang cerdikpandai memang lebih berminat membaca di internet daripada suratkhabar.

Hanya soalannya sekarang..kenapa perlu kita panggil sopo bloggers yang suka mencarut dan memaki hamun?
Sudahkah kita terlalu terdesak atau ketandusan sopo bloggers yang boleh berkempen diblog dengan bahasa yang sopan?
Substance takder tapi cakap macam pandai sangat!

Harus kita ingat mereka ini akan menjadi 'penceramah2' UMNO dalam dunia blogging.
Kalau cakap merapu, suka mencarut dan suka terpekik2, adakah kita terpaksa jugak pakai 'kepakaran' mereka ini?
Are we that desperate??

Kalau nak berkempen diblog untuk UMNO, tolong lah..takpayahlah gunakan bahasa lucah atau mengata2 macam budak kutu berahak..gunakanlah bahasa yang sopan sikit.
Argue intelligently laa..

Nanti orang lagi menyampah parti UMNO kerana kita gunakan sopo bloggers yang mulut suka pakai bahasa jijik..lagi orang tidak respect parti kita.

Suruhlah mereka ini jaga bahasa sikit..jangan cakap kasar dan kotor!
Jangan gunakan sopobloggers yang asyik nak mencarut dan cakap tak senonoh tentang pihak pembangkang..kalau nak argue tu buatlah research sikit..baru boleh pujuk ramai lagi undi UMNO...mana2 UMNO bloggers yang bercakap dalam 'scum, foul language' must be thrown out!

Jangan buat orang meluat dan menyampah UMNO!
Nak tolong UMNO blog elok2..jangan menambah malu dengan dirty language and zero substance!

Apakah UMNO dah mula percaya kalau nak berblog mesti kena maki dan hamun? Apakah UMNO juga telah masuk perangkap cara bloggers pembangkang yang tidak habis-habis maki dan hamun seperti juga ceramah parti politik mereka.
Banyak golongan sempit yang berpendapat kalau sebut sahaja "online", internet atau blogging yang pertama terlintas di dalam minda mereka ialah lucah dan maki hamun.

Wednesday, April 7, 2010

Bung Mokhtar - From Kinabatangan With Love

"Behind every successful man is a woman, behind her is his wife." - Groucho Marx

Tuesday, April 6, 2010

Over a cup of "Cappuccino Kampong" with Blogger Rapera


Below is the articles from blogger RAPERA spark over a cup of cappuccino with MR and Bassam Abu Ali, Palestinian in the run.

Is 1Malaysia in line with Quranic principles?

By Jahaberdeen Mohamed Yunoos
(http://www.jahaberdeen.blogspot.com/)

Though I was very happy when Datuk Seri Najib Tun Razak announced the 1Malaysia policy, I did expect diverse reactions to it, particularly from within UMNO. In fact, I believe I was probably the earliest blogger to “expand” and try to give meaning to the policy with the first posting on April 8, 2009 (I believe too that even then, Najib did not yet outline his concept!). Since then, there has been more than 10 postings on the subject.

I truly believe that 1Malaysia concept is relevant, and the way forward. It is a good start and a bold one by an UMNO President considering that it could easily turn out to be a major political risk for him. I knew then that it will be misunderstood by some people in UMNO as abandoning the main objective of UMNO – ie protecting Malay rights. While UMNO’s stated objective of “protecting Malay rights” is exclusive, 1Malaysia policy promotes inclusiveness – every citizen’s rights. Such a shift will certainly require time for UMNO leaders in general to understand and to subsequently embrace it.

1Malaysia calls for a paradigm shift - away from the used way of doing things to looking at the same things with fresh eyes and new approaches. Changing habits is never easy but 1Malaysia motivates the need to change for the better – for the general good. The Nation itself is still on the learning curve and we are learning that the way we are used to is not necessarily the best way to achieve positive results. Admission of past failures and our collective weaknesses is the first step towards realigning the Nation towards greater things. 1Malaysia, I believe provides us the channel to do this. In this regard, the Quran itself challenges us to reevaluate ourselves:

“Fighting is prescribed for you, and you dislike it. But it is possible that you dislike a thing which is good for you, and that you love a thing which is bad for you. But God knows, and you know not” (Quran: 2.216)

Confused apprehension of 1Malaysia coupled with engineered ignorance

As I expected, there were sections of the Malay community that were anxious that 1Malaysia will erode their special position that are enshrined in the Constitution. Not surprisingly, NGOs like Perkasa came into being to act as some sort of a pressure group to “remind” the Government not to “sideline the Malays”. While I respect the democratic rights of these NGOs to freely express their concerns, I must state that their “fears” are actually unfounded. I presume that their unfounded fears arose because of several factors, including confusion, ignorance of the Constitution and ignorance of the demographic facts. I shall explain below:

It is a fact that many UMNO members are also part of Perkasa. There has been an unhappy feeling among UMNO members since Tun Abdullah Badawi was UMNO President. There seems to be a perception that he has weakened UMNO and the unprecedented loss by BN in the 2008 general elections seems to have lent credence to that perception.

Further, the unhappiness of UMNO with Abdullah Badawi resulted in him relinquishing both the offices of the Prime Minster and UMNO President. To be fair to Abdullah, he did introduce several liberal reforms or at least did give space for various “sensitive issues” to be publicly discussed. However, this liberalism was seen as his weakness rather than a result of his policy.

This public discussion of “sensitive issues” were also seen by many UMNO leaders as UMNO becoming weak. This is a scenario which they have never seen before especially since some of the participants airing the issues were educated and young Malays! It was becoming a Malay-Malay dialogue on the reality of the multi-religious, multi-cultural and multi-ethnic Malaysia. You now have Malays championing not only Malay rights but also non-Malay rights – very Malaysian in perspective.

Further, the loss of 5 states to the opposition also seemed to have ‘embarrassed’ UMNO leaders/members. Malays, who are not UMNO members but UMNO sympathizers, also seemed to lose confidence in UMNO’s ability to look after Malay interest. Barisan Nasional’s (seen as UMNO’s) erosion of political power is confused with “erosion of Malay rights”.

All the above factors I believe caused confusion in the mind of some Malays. The confusion being between rapid phase of political changes, weak leadership, a bigger than usual opposition, and legitimate Malay interests. It is this confusion that led some people to wrongly saying that Malay political power has eroded when in actual fact, we have the biggest Malay representation in Parliament since merdeka!

It is also this confusion that led to some people wrongly saying that “Malay rights” in the Constitution are being challenged when in actual fact (a) the Constitution has always spoken about “Malay and natives special positions” and (b) there has never been any legal or Parliamentary challenge to Article 153. I have written about this in three parts here. http://www.jahaberdeen.blogspot.com/2010/02/hak-melayu-terhakis-bhg-satu.html)

It is noteworthy that these self-styled “champions of the Malays” have conveniently never taken the initiative to educate their Malay audience on the entrenched provisions in the Constitution. It is as if they want to perpetuate the ignorance of their audience on the said provisions so that they can “pump up the emotions” without putting the “brain in gear”.

Of course, as in any political community, there will always be vested interests who will take advantage of the existing confusion to promote their selfish interests at the expense of the majority. These are people who will pretend to care for the community but in actual fact, they do not care beyond the perpetuation of their own wealth, power and influence. Such a hypocritical behaviour has been pointed out in principle in the Quran:

“Ah! you are those who love them, but they love you not,- though you believe in the whole of the Book. When they meet you, they say, "We believe": But when they are alone, they bite off the very tips of their fingers at you in their rage. Say: "Perish in you rage; God knows well all the secrets of the heart." (Quran 3:119)

Inclusive or exclusive vision for the Nation?

Race based politics may have been relevant pre-Merdeka when possibly the diverse ethnic groups were unable to communicate with each other and lived in their own respective villages with very little inter-mingling. Race-based politics is certainly exclusive. It only promotes the well-being of one race to the exclusion of others. Such a political approach is bound to create conflicts and tension in the long run.

Today, the situation in Malaysia is completely different. People from diverse ethnic backgrounds inter-mingle freely on a daily basis – schools, places of work, neighbourhood, festivals, businesses, etc. Inter marriages are common. Bahasa Malaysia and English has enabled them to communicate with each other and allowed them to understand that they have common fears and hopes. Malaysia is the only home that most common Malaysians have though the elitists may have alternative homes in other countries.

There is a real bond between common Malaysians with the “soil of Malaysia”. In this sense, all Malaysians are “sons of the soil” or “bumiputra”. The term actually is unimportant compared to what it entails to be a Malaysian in reality. In the final analysis, it is they who have to collectively defend Malaysia if it is under attack from external or internal enemies of the Nation. It is they who have to collectively develop this Nation. Malaysians know and realize that if any Malaysian in suffering it will subsequently affect the well being of the others.

You cannot have what you want for yourselves and yet deny the very same for others. Such an approach is primitive, unjust and is a recipe for long term social conflict, strife and disaster. Denying others the equal and legitimate right to available resources is oppressive. I believe the right to God’s resources cannot legitimately be denied by man made laws.

“We have honored (karamna) the children of Adam; provided them with transport on land and sea; given them for sustenance things good and pure; and conferred on them special favors, above a great part of Our creation.” (Quran: Al-Israa 17:70)

We are all children of Adam and as siblings we are required to share the resources that God has given us. We are required to care for each other regardless of ethnic, cultural or religious differences. By now, we should have evolved into thinking beings who know that one of the biggest myth is that tribalism is security for the members of the tribe. Good and bad people are sprinkled into every tribe. Our diversity is not a weakness but a strength that we should collectively draw upon. The Quran lucidly refers to the strength of diversity as such:

“O humanity! We have created you from a single male and female and have made you into nations and tribes that you may know one another (not that you have pride over one another). Verily, the most honorable (أَكْرَمَكُمْ ) of you in the God’s Sight is the one most righteous. And God has full knowledge and is well acquainted (with all things).” (Quran: Al-Hujraat”, 49:13)

The mark of a civilized society is that which takes an inclusive attitude towards each other. I believe 1Malaysia contains this very important ingredient of inclusiveness. As Najib himself has frequently pointed out, 1Malaysia is not a new phenomenon in Malaysia. We have been living peacefully developing this Nation together. 1Malaysia policy however puts into motion a vision for us to focus and to work out tangible reforms that will entrench this idea into the system.

Incidentally, last week I met Bassam Abu Ali, a Palestinian who is residing in Athens. He is here on a short trip and we exchanged notes. He strongly expressed his view that he is proud of the 1Malaysia concept being put forward by a Muslim majority country. He felt that Malaysia is an outstanding example of a Muslim majority country that lives peacefully with others. He also felt that this concept should be brought to other Muslim countries so that they can learn.

Anyway, back to us, I believe each of us should give meaning to this 1Malaysia concept and make it the foundation of our Nation. Any attempts by vested groups to thwart this vision should be opposed.

Sunday, April 4, 2010

Siapa kata Anwar Ibrahim tidak hebat?

Temubual Mingguan Malaysia dengan mantan Menteri Pertanian, mantan Setiausaha Agong UMNO dan mantan Menteri Besar Kedah DS Sanusi Junid amat menarik. Beliau menyimpulkan bahawa Anwar Ibrahim tidak sehebat mana hanya kita sahaja yang memberi ruang kepada Anwar.

Mungkin dalam beberapa perkara pendapat Sanusi Junid ini ada benarnya tetapi yang menjadi kemusykilan ialah rantaian atau networking Anwar Ibrahim dengan dunia luar dan negara-negara besar amat luas sehingga mampu muncul di pentas-pentas forum antarabangsa.

Persoalannya hari ini kemana bekas-bekas pemimpin kita yang dulu di dalam kabinet yang konon hebat, mengapa mereka tidak tampil mengembangkan sayap mereka seperti Anwar Ibrahim? Mengapa mereka membiar Anwar Ibrahim sahaja yang “bergedembong” @ temberang Ahli-Ahli Parlimen Australia contohnya.

Apakah setelah tidak ada jawatan di dalam cabinet mereka telah pencen dan hanya berulang-alik ke mesjid dan surau mendengar bacaan kitab dan menunggu saat-saat kematian.

Apa kurangnya mereka jika dibandingkan dengan Anwar Ibrahim untuk bercakap dipentas-pentas dan forum antarabangsa? Hari ini mereka hanya “wait and see” .

Mungkin Sanusi boleh bercakap di pentas antarabangsa tentang "The Tragedy of Mat Jenin" atau "The Poverty Must Die" berdasarkan pengalaman beliau yang luas dalam pembasmian kemiskinan.

Perjumpaaan Ustaz Azizan dan Daim

Minggu lepas sahabat telah mendedahkan di dalam sebuah akhbar nyamuk berhubung pertemuan mesra MB Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan dengan Mantan Menteri Kewangan Tun Daim Zainudin di salah sebuah restoran tertutup di ibukota.

Mengenali Tun Daim, beliau bukanlah seorang yang mudah untuk keluar makan kerana kesibukan menguruskan perniagaannya di luar negara. Apabila masanya dapat diluangkan bersama MB Kedah, ini bermakna sudah pasti sesuatu pencapaian yang besar telah berlaku dan ada perkara yang dipersetujui bersama.

Apa gunanya kekayaan yang melimpah-ruah jika tidak disumbang kepada negeri tumpah darah sendiri. Mungkin di atas kesedaran dan rasa tanggung jawab ini maka Tun Daim yang juga anak kelahiran Kedah meletakkan sebelah ideologi politik demi untuk menyumbang kepada rakyat Kedah.

Kelazimannya di dalam UMNO apabila pemimpin baru mengambil tempat, pemimpin lama akan dipinggirkan. Ini kerana untuk menghakiskan pengaruh pemimpin lama itu supaya pengaruh maksima beralih kepada pemimpin yang baru.

Berbagai-bagai cara dan tektik dilakukan di antaranya pemimpin lama tidak lagi dijemput dalam apa-apa juga acara resmi, pendapat dan pandangan dibakulsampahkan, kelibat dan bayang di dalam media dieditkan dan dijelekkan, jasa-jasa dilupakan atau dibuat-buat lupakan.

Walaubagaimanapun ini tidak diamalkan oleh Ustaz Azizan, bukan sahaja Tun Daim yang beliau dapatkan nasihat tetapi Tun Mahathir juga dan beberapa bekas pemimpin Kedah yang telah bersara.

Kedah sejak dipimpin oleh Ustaz Azizan tidak ada banyak isu-isu besar. Beliau dilihat sebagai pembangkang "friendly". Isu-isu yang cuba dimainkan UMNO seperti isu air di Kedah ternyata tidak menyengat langsung. UMNO seperti bercakap dengan tembok dan "echonya" melantun kembali ke muka mereka.Isu kemerosotan pelancong ke Langkawi juga semuanya kosong belaka, fakta YB Nawawi, ADUN UMNO dan fakta Kementerian Pelancungan juga bercangggah.Akhirnya yang anih kedatangan pelancongan ke Langkawi sebenarnya meningkat.

Sesungguhnya rakyat Kedah sedang menyaksikan badut-badut politik di kalangan pembangkang Kedah sedang bermain lawak sarkas.

Thursday, April 1, 2010

MEB: apakah GLC masih mengejar konsesi Kerajaan?

MEB yang dibentangkan Najib baru-baru ini tidak banyak menekan pembangunan usahawan Bumiputera dan peranan GLC membangunkan usahawan Bumiputera.

Tidak wujud lagi kouta dan kerajaan hanya menjadi penyokong dalam bentuk penyediaan laluan teknologi dan pembiayaan. Kerajaan merasakan hanya ini adalah bidang yang perlu terus ditingkatkan seperti apa yang dikatakan oleh Menteri Di JPM Amir Sham Aziz yang juga merangkap Pengerusi MAPEN.

MEB juga tidak banyak menyentuh peranan-peranan GLC di dalam membangunkan usahawan Bumiputera. Di antara GLC yang terbesar seperti TNB, Telekom Malaysia dan Petronas contohnya, selama ini banyak yang mendapat khidmat sumber luar atau “outsourcing.

Yang ketara baru-baru ini seperti TM di dalam mengagihkan banyak atau hampir kesemua projek HSBB atau High Speed Broadband kepada firma Perancis Alcatel-Lucent, tiga firma China, Huawei Technologies, ZTE Corp and Fiberhome Technologies Group dengan nilaian RM11.3 billion.

Alasan mereka kerana tidak ada kepakaran tempatan. Persoalannya apakah semasa melobi projek ini dari Kerajaan dahulu mereka tidak bersedia dengan kepakaran?

Sukar dilihat di mana pemantauan dan kawalan Kerajaan di dalam isu-isu seperti ini. Wakil-wakil Kerajaan yang diamanahkan menduduki syarikat-syrikat ini seperti bisu dan “yes man”.

Malah yang lebih megeciwakan ada di dakalangan GLC bukan sahaja menjadi persaing kepada usahawan Bumiputera tetapi juga mereka ini bersaing dan berlumba-lumba di dalam mengejar konsesi Kerajaan.

Mereka juga terlibat di dalam perniagaan-perniagaan “non-core business” dan bersaing pula dengan anak-anak bilis kecil.

GLC kecuali Petronas tidak dilihat sebagai pencetus dan pemangkin malah mereka menjadi pesaing,mereka gagal bersaing di peringkat global dan lebih menjadi jaguh kampong.

Najib harus melihat hal ini dengan lebih telus dan dekat. GLC harus lebih tumpu kepada “core business”.GLC harus boleh bersaing di peringkat global dan konsesi Kerajaan tidak harus di monopoli oleh GLC.