“Cyber Trooper DAP dan laman-laman page DAP jauh lebih teruk
daripada Utusan Malaysia, Berita Harian dan akhbar-akhbar lain” dedah Shen Yee Aun
Tuesday, April 30, 2013
Monday, April 29, 2013
MUSA HASAN DILANTIK PENASIHAT MAJLIS KESELAMATAN PAKATAN RAKYAT
Nazri Abdullah - Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan hari ini menerima perlantikan sebagai Penasihat Majlis Keselamatan Pakatan Rakyat (MKPR).
Penyataan persetujuan itu dimaklumkan beliau dalam satu sidang media selepas bertemu dengan Pengerusi MKPR, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein.
Dalam sidang media pertama itu, Musa yakin proses perpindahan kuasa akan berlaku secara aman selepas pilihan raya umum 5 Mei ini.
Dalam sidang media itu, Musa meminta pihak polis membuat siasatan yang adil terhadap beberapa siri letupan yang berlaku sejak kebelakangan ini.
Pihak polis juga perlu membuat kajian dan monitoring yang menyeluruh dengan apa yang berlaku kerana mungkin akan berlaku lagi selepas ini.
Sehubungan itu, beliau meminta semua parti politik memberitahu polis sebelum menganjurkan apa-apa majlis.
NAJIIB TELAH DIHIDANGKAN DENGAN JADAM YANG PAHIT OLEH UMCEDEL
Akhbar akar umbi, Sinar Harian telah melapurkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan tinjauan yang dilakukan oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) berhubung Anwar Ibrahim lebih layak menjadi PM sebagai karut sebaliknya menegaskan beliau yakin Barisan Nasional (BN) berada di laluan untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Saya tidak setuju dengan tinjauan itu (oleh Umcedel). Kami ada tinjauan kami sendiri. Tinjauan saya menunjukkan kami (BN) berada di hadapan” kata Najib yang dipetik dari Sinar Harian.
Kenyataan beliau tersebut adalah sebagai respon kepada dapatan kajian Umcedel yang membuktikan 43 peratus pengundi berpendapat Anwar layak jadi perdana menteri sementara hanya 39 peratus memihak kepada beliau.
Kemelentingan dan kelatahan beliau dalam hal tersebut ternyata memperlihatkan DS Najib tidak dapat menelan kepahitan jadam realiti dapatan kajian tersebut.
Najib harus membuktikan dengan membentang data-data kukuh apabila beliau menyatakan BN berada di hadapan. Begitu juga apabila menyatakan BN ada tinjauan mereka yang sendiri beliau seharusnya tidak melenting kerana dibimbangi tinjuan ini datang dari pembodek-pembodek tegar di sekeliling beliau yang sentiasa mengalunkan lagu-lagu indah untuk beliau terlena dalam lamunan mimpi yang tak sudah.
Di dalam kertas tinjuan itu juga Umcedel telah mendedahkan 46 peratus pengundi muda memihak kepada Anwar Ibrahim manakala hanya 39 peratus memihak kepada DS Najib.
Ini jelas memperlihatkan transformasi Najib hanya berlegar-legar di peringkat atas sahaja tanpa betul-betul turun ke akar umbi atau ke urat nadi anak muda di bawah. Tidak dapat dinafikan sasaran tepat anak muda sukar didekati kerana disekat oleh kelompok-kelompok UMNO bawahan.
Hakikatnya di dalam tempoh berkempen ini pun jelas memperlihatkan terdapat calun-calun BN sendiri yang bengong dan memperlekehkan peranan media-media sosial malah ada yang gagal menguasainya dengan berkesan secara konsisten.
Aura Najib secara individu memang hebat tetapi calun-calun yang di bawah "wal hasil balik asal, itu pasal tak hasil". Tidak ada satu jaminan aura tersebut akan diterjemahkan di atas kertas undi kerana calun-calun yang lembab.
Friday, April 26, 2013
"SKODENG ASMARA" OLEH AWANG LUKU
SKODENG ASMARA
Oleh : Awang Luku
Salam Hormat Pada Semua
Pada Yang Tua Muda Jelita
Awang Luku Ingin Bicara
Kisah Rakyat Tirai Dibuka.
Al Kisah Skodeng Asmara
Kalau Tengok Jangan Terasa
Sebelas Minit Makan Masa
Panah Arjuna Sungguh Berbisa.
Ooo..macam Tu Ka Cerita?
Sungguh Hebat Depa Kata
Bukan Buhong Tapi Nyata
Pasti Tebeliak Biji Mata.
Ini Lakonan Angkara Siapa?
Cerita Dongeng Atau Nyata?
Tengok Diam-Diam Jangan Berkata
Kena Tangkap Habih Kita.
Hari Ini Kempen Merata
Masing-Masing Nak Cari Nama
Sakit Demam Kudis Buta
Semua Lawat Nak Tunjuk Muka.
Pakai Ketayap Atas Kepala
Bersyarah Kuat Semua Tak Kena
Dengar Boleh Nasihat Kita
Percaya Jangan Kata-Kata Depa.
Main Kasar Nampak Gaya?
Bom Diletup Nak Buat Hura Hara
Ini Kerja Orang Gila
Polis Tangkap Masuk Penjara.
Bangkit Pagi Penuh Taik Mata
Nak Mandi Ayaq Tak Ada
Hadas Besar Nak Kira Macam Mana?
Isu Ayaq Selesai Tiada.
Dari Selatan Sampai Utara
Sabah Sarawak
Rakyat Jelata
Muka 'Happy' Ceria Belaka
Kekalkan Kerajaan Yang Sedia Ada.
Pangkah PAS Rakyat Derita
Pangkah DAP Rakyat Merana
Pangkah PKR Lagi Tak Guna
Pangkah BN Selamat Semuanya.
Makan Tosei Nasi Kandar Pelita
Teh Tarik Tanpa Gula
Rehat Dahulu Kita Berseloka
Awang Luku Akan Mai Semula.
KEMANA ANWAR JIKA BELIAU REBAH DALAM PRU13 INI?
Situasi Semasa: Najib sahaja yang pulun di bawah masih beralun |
Ramai permerhati dan pengulas politik gemar bercakap tentang, jika Anwar Ibrahim menang menawan Putrajaya. Pengulas politik kampong di kedai-kedai nasi kandar bercakap perkara yang sama sehingga kepada ilmuan-ilmuan politik terkemuka mengulas perkara yang sama di dalam TV dan media-media perdana yang lain.
Malah yang lebih membimbangkan di lapangan BN setelah enam hari tempoh berkempen, dapatan hasil kajian terbaru yang dilakukan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) mendedahkan populariti Anwar mengatasi populariti Najib.
Kajian yang membabitkan 1,407 responden itu dijalankan bermula hari pembubaran Dewan Rakyat sehingga 20 April lalu, iaitu pada hari penamaan calon. Peratusan keseluruhan siapa yang layak menjadi perdana menteri menunjukkan Anwar mendapat 43 peratus manakala Najib 39 peratus.
Kajian Umcedel juga menunjukan 62 peratus berpendapat video sex gagal mempengaruhi pengundi untuk memilih mana-mana parti politik malah 39 peratus mengatakan video seks ini adalah propaganda Umno sebagai gimik pilihan raya.
Seperti kebiasaan sesiapa juga berhak membakul sampahkan dapatan kajian ini jika ia bukan berita gembira kepada mereka yang hanya gemar berita-berita gembira.
Sebaliknya bagi mereka yang positif dan strategis akan mengambil pendekatan strategi ‘Blue Ocean’ angka-angka kajian-kajian sebegini atau apa juga kajian walaupun nampak picisan untuk dijadikan musuh bagi melonjakkan semangat juang jentera parti secara total seolah-olah besok Putrajaya akan rebah.
Di dalam satu jamuan teh di Bandar Baru Uda, Johor Baru pada 24/4/2013 Anwar Ibrahim menyatakan jika beliau kecundang dalam PRU13 ini beliau akan menerima tawaran untuk menjadi pensyarah di Peranchis.
Keputusan ini dilihat bertepatan dengan masa dan suasana apabila Dewan Nasional Peranchis baharu sahaja meluluskan perkahwinan sejenis dengan 331 undi menyokong dan 225 undi menentang. Peranchis mungkin negara yang sesuai atau ‘home sweet home’ kepada Anwar Ibrahim untuk menjadikan ‘base’ perjuangan LGBTnya.
Hakikatnya kalau PKR gagal kali ini mereka akan keletihan dan kuda-kuda tua yang masih bergayut dengan kuasa di dalam parti-parti pembangkang akan masuk wokshop untuk mendapat perkhidmatan urutan kaki dan badan mereka. Paip-paip lama yang tersumbat terpaksa dirongkah dan diservis supaya darah berjalan dengan lancar.
Thursday, April 25, 2013
MR MENERIMA JAWAPAN DARI CALUN P15 PARLIMEN SUNGAI PETANI
MR amat menghargai jawapan yang diterima dari calun Parlimen P15 Sungai Petani yang MR kira datang dari seorang anak muda yang amat perihatin berikutan teguran dalam posting MR yang lepas.
Keperihatinan ini amat MR alu-alukan dan berbangga dengan sikap beliau yang cukup berlapang dada dalam apa juga terguran biar pun pahit untuk ditelah.
Berikut adalah jawapan beliau:
"Tq mummyrokiah atas teguran. Jauh dari sudut hati saya mohon ampun & maaf atas kelemahan saya tersebut. Saya terima teguran itu dgn lapang dada & berjanji utk mprbaiki segala kelemahan & kekurangan. Sebagai org baru dlm dunia politik saya harap tuan2 semua dapat menegur & mberi nasihat yg berguna kpd diri saya. Untuk info tuan2 smua, program semalam adalah merupakan penampilan pertama saya sbg calon
dlm majlis yg dianjurkan olh agensi kerajaan. Saya mnyusun jari sepuluh mohon ampun & maaf sekiranya ada mana2 pihak terguris hati"
Syamsul Anuar Ismail
SYABAS CALUN P15 PARLIMEN SUNGAI PETANI SAUDARA SYAMSUL ANUAR ISMAIL. Ini hanyalah selangkah kearah beribu langkah cabaran politik di masa hadapan.
Sila lawati blog beliau :
Syamsul 4 SP
CALUN JANGAN DOK 'TIMING' MESTI MAMPU PASARKAN DIRI
Mereka yang dipilih sebagai calun khasnya calun-calun yang tidak berpengalaman di dalam politik akar umbi hasil dipayung terjunkan mestilah pandai menampilkan diri ibarat memasarkan produk dengan 'branding' yang kukuh kepada pengundi sehingga pengundi yakin menterjemahkannya di dalam kertas undi.
MR ingin membawa satu contoh yang terkini semasa turun menemui rakan-rakan di medan baru-baru ini. Semasa di dalam satu majlis di kawasan Parlimen Sungai Petani semalam terserempak dengan seorang calun yang baru dan bertanding di kawasan panas Parlimen Sungai Petani, Shamsul Annuar Che Mey yang berusia 37 tahun dan berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Teknologi Komunikasi serta pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Utara Malaysia (UUM).
Beliau berhadapan dengan calun ’season’ dari PKR Datuk Johari Abdul.
Di dalam majlis tersebut yang dihadiri ratusan orang ramai beliau kelihatan keseorangan dan masuk tanpa bersalaman dengan orang ramai, tidak kelihatan mesra rakyat mungkin untuk menzahirkan sikap cendekiawannya sebagai seorang ahli akedemik.
Penambilan dengan pakaian resmi pejabat tidak langusng membawa jenama parti yang diwakilinya, Barisan Nasional. Seharusnya beliau mampu berinteraksi dengan hadirin yang hadir yang merupakan pengundi-pegundi dalam kawasan beliau. 'First impression' beliau ternyata gagal menawan khalayak.
Di dalam tempoh berkempen ini calun-calun seharusnya tebal muka selama 15 hari, hemoi dan berjumpalah dengan seberapa banyak pengundi di dalam kawasan di mana sahaja waima di dalam tandas awam sekali pun.
Jangan tunjuk seolah-oleh diri itu ‘timing’ ranggi atau eksyen kelak jawabnya kecundang sebelum bertempur atau diratah hidup-hidup oleh calun parti lawan .
Gelanggang politik tidak mengenali siapa.
Kawasan Sungai Petani dikira kawasan perbandaran yang maju di Kedah. 'Happening'nya mengatasi Alor Setar. Di kawasan ini lah gelanggang tewasnya Tan Sri Zam Maidin yang dikira tokoh ‘heavyweight’ berjawatan menteri tewas terbungkang dalam PRU12 yang lepas tanpa diduga.
Konklusinya di dalam tempoh berkempen selama 15 hari ini calun seharusnya mampu memasarkan diri ibarat menjual produk. Masyarakat mestilah diyakini dengan ‘branding’ pasaran yang kuat dan memikat.
Wednesday, April 24, 2013
PELOPOR FORUM PERDANA HAL EHWAL ISLAM, USTAZ FADZIL HANAFI DICANTAS AHMAD BASHAH.
Ustaz Fadzil Hanafi (sebelah kiri) di antara pelopor awal Forum Perdana Hal Ehwal Islam |
Sumber: Sinar Harian
ALOR SETAR - "Saya jadi mangsa Bashah," kata calon Bebas kerusi Dun Alor Mengkudu, Fadzil Hanafi.
Bashah, nama yang disebut merujuk kepada Ketua Umno Bahagian Alor Setar yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.
Ditanya apa maksud kata-katanya itu, Fadzil berkata, beliau difahamkan, namanya sudah naik sebagai calon BN untuk kerusi Dun berkenaan pada tengah malam 15 April sebelum nama calon-calon BN diumumkan esoknya.
"Tapi esoknya, nama saya hilang, diganti dengan orang lain," katanya.
Fadzil mengesyaki perubahan itu berpunca daripada Bashah yang tidak mahu beliau bertanding pada pilihan raya ini.
"Saya ada harapan yang cerah untuk menang. Kalau saya bertanding dan menang, dia (Bashah) mungkin anggap saya ancaman untuk dia kekalkan kerusi ketua bahagian, malah mungkin juga sebagai pengerusi perhubungan Umno Kedah," katanya.
Atas sebab itu, kata Fadzil, Bashah memilih untuk membunuh terus karier politiknya dengan tidak membenarkan beliau jadi calon pilihan raya.
"Sekarang dia sudah berjaya 'bunuh' saya," katanya yang dipecat daripada Umno serta merta atas sebab bertanding sebagai calon Bebas menentang calon BN pada pilihan raya ini.
Fadzil,55, pernah menjadi Adun Tanjung Seri (nama lama Alor Mengkudu) selama dua penggal selepas memenangi pilihan raya pada 1999 dan 2004.
KOMEN:
Saya tak mau komen. Kalau ada bangkai lama-lama busuknya akan semerbak juga.
'MAMPUS' SHAHRIL SAMAD DI JOHOR BHARU KALI INI.
Apabila bekas Jeneral tentera berpolitik habis musuh politik diletaknya seperti musuh di dalam peperangan. Medan politik baginya seperti medan peperangan sehingga terbawa-bawa dengan teori-teori peperangan masa gemilang semasa mengetuai batalion Malaysia (Malbat) yang merupakan sebahagian daripada Perlindungan Tentera Bangsa-Bangsa Bersatu (UNPROFOR) di Bosnia pada tahun 1993.
Zaman kehebatan Jeneral Hashim Hussien |
Malaysiakini melapurkan bekas ketua tentera Jeneral Hashim Hussein akan melancarkan pelan pertempuran yang ampuh mengambil strategi perang saudara Bosnia-Herzegovina. Pelan rahsia itu akan digunakan untuk menempur veteran UMNO Shahrir Abdul Samad dan merobohkan kubu kuat BN di Johor Bahru.
"Saya mempunyai sarjana dalam kajian perang dan telah membuat kajian tentang perang. Sudah tentu, sebagai seorang tentera saya akan laksanankan di medan. Anda harus ingat saya berada di sana pada kemuncak peperangan menghadapi musuh yang mencabar dan kami terpaksa melalui banyak masalah " kata Hashim dengan nada hebat.
Beliau juga cuba menakut-nakut musuh politiknya apabila menyatakan bahawa rancangan pertempuran itu telah diujii dan amat berkesan akan dibahagikan kepada tiga bahagian "strategik, operasi dan taktikal".
Di samping itu beliau juga akan mengamalkan pendekatan ‘total quality management’ mengambil pengalaman semasa berkhidmat sebagai komander di sekolah latihan tentera di Port Dickson dahulu.
“Pakar strategi perang China kuno Sun Tzu di dalam kitabnya menulis Tahu akan musuh anda dan tahu akan diri anda, anda tidak akan gentar seribu pertempuran“ tegas Jeneral Hashim.
"Sudah barang tentu, apabila anda bercakap tentang Carl von Clausewitz, pakar tentera Jerman beliau bercakap tentang perang di dalam dimensi tidak ketentuan, ketakutan, keletihan dan bahaya. Saya fikir anda boleh kaitkan dengan situasi politik di sini" tegas Jeneral Hashim yang masih terbayang seolah-olah beliau berada di atas puncak kuasa seorang Jeneral tentera.
Nampaknya habis semua teori perang akan digunakannya termasuk payung terjun seperti dalam Brigade ke 10 sehingga melalut sampai kehebatan sejarah Napoleon Bonaparte. Beliau nampak yakin dengan strategi –strategi perang yang terkenal ini beliau akan menekan politik Shahril Samad.
“Mampuih Sharil Samad macam ini” kata seorang pemerhati politik akar umbi ketika makan bersama di Kedai Nasi Kandar Beratur Pulau Pinang sehingga bersembur daging kambing kurma yang sedang dikunyahnya.
Beralih sedikit dari Jeneral Hashim seorang lagi individu anih dalam warna politik kali ini ialah calon Bebas Parlimen Kuala Terengganu Tok Mun, 94. Tok Mun yang memilih lambang kunci dengan harapan ia akan membuka pintu hati semua pengundi.
Kegigihan Tok Mun |
Manifesto Tok Mun ialah kalau beliau menang Tok Mun akan mempertahankan bukit bukau di kawasan Parlimen Kuala Teranganu supaya tidak digondolkankan bagi tujuan keuntungan.
Tok Mun yang sudah termasuk di dalam golongan warga emas masih miang nak betanding. Tok Mun adalah penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan dan turut menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 awal tahun ini. Beliau menggunakan duit simpanan dan hasil jual kain serta keropok sebagai deposit untuk bertanding dalam PRU ini.
Inilah warna-warna demokrasi kebebasan berpolitik negara ini. Apakah bezanya Jeneral Hashim Hussein dengan Tok Mun?
Tuesday, April 23, 2013
BLOGGER ZAM MAIDIN KETERLALUAN
Mat Taib Mencari Damai Di Hati (Visual :SH) |
Blogger Zam Maidin agak keterlaluan apabila menyindir tajam penyertaan bekas MB Selangor Tan Sri Muhammad Taib yang menyertai Parti Islam Se Malaysia @PAS. (Blog Zamkata)
Apa maksud apabila Zam menyatakan Muhd Taib memburu syurga, Puteri Raja dan wang berjuta dengan menyertai PAS? Tidak lain dan tidak bukan satu penghinaan oleh Zam kepada tokoh yang pernah berjasa pada orang Melayu Selangor.
Zam selaku bekas menteri seharusnya seimbang di dalam hal ini di dalam memberi peluang kepada TS Muhammad Mohd Taib untuk mencari roh di dalam PAS. Di dalam maksud yang lain ulama yang di luar sana yang tidak menyertai PAS malah ada yang menghentam PAS sebenarnya mereka tidak ada roh.
Kini Muhd Taib telah insaf bahawa BN dan UMNO yang beliau pergundikkan selama ini hebat fizikalnya sahaja tetapi gagal dari segi pengisian rohaninya.
Muhd Taib bukan lah tergolong di dalam peribahasa Melayu sudah terantuk baru tengadah kerana dulu pun beliau sudah terantuk tapi masih tidak mahu tengadah kerana dibuai kemanisan kuasa dan harta.
Adalah biasa bagi orang dihujung usia untuk mencari roh baru apabila roh lama sudah lapuk penuh dengan parut-parut luka dibebani muflis politik.
Ramai ilmuan dan guru-guru pondok berpendapat penghijrahan tokoh-tokoh yang pernah mengotori UMNO ke dunia pembangkang seperti Tamrin Ghaffar, Muhd Taib, Kadir Shiekh Fadzir dan beberapa kerat lagi ialah satu proses pembersihan di dalam UMNO itu sendiri. Begitu juga sebaliknya sokongan tokoh-tokoh bersih dari pembangkang yang berhijrah menyokong UMNO dilihat sebagai mencari kebatilan di dalam UMNO setelah melihat begitu banyak noda dan kemungkaran akidah di dalam pembangkang.
Saya masih terkenang kenang puisi kerohanian “Mencari Damai Abadi” nukilan Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi bekas PM Malaysia “Aku cari bukan harta bertimbun-timbun, Untuk hidup kaya, Aku cari bukan wang berjuta-juta, Untuk hidup bergaya, Aku cari bukan kawan-kawan, Untuk hidup sekadar berfoya-foya, Aku cari mana dia Al-Ghazali, Aku cari mana dia Al-Shafie, Kita bongkar rahsia kitab suci, Cari panduan, Kita bongkar rahsia sunah Nabi, Cari pedoman, Aku hidup kerana Dia Rabbi, Dialah teman, Dialah wali, Dia mencukupi, Aku hidup bererti, Menikmati damai abadi”.
Monday, April 22, 2013
HARI INI 22 APRIL.
Pagi 22 April 1452 bersamaan dengan 852 Hijrah, penduduk Constantinople dikejutkan dengan laungan takbir, paluan gendang dan nasyid. Demikian gema kemenangan tentera Sultan Muhammad al-Fateh. Sekali gus gema itu seolah-olah satu serangan psikologi kepada penduduk kota berkenaan. Penduduk Constantinople seperti tidak percaya kekuatan tentera Muhammad al-Fateh.
Tidak dapat dibayangkan, bagaimana tembok setebal 4 lapis, setinggi 25 kaki, dan sejauh 160 kaki itu berjaya ditembusi oleh tentera Muhammad al-Fateh?
Sesuatu yang menakjubkan, tentera Sultan Muhammad al-Fateh telah membawa kapal-kapalnya masuk ke perairan Tanjung Emas merentasi bukit melalui jalan darat. Taktik peperangan seperti ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana tentera sebelum ini. Tentera Uthmaniah dengan penuh semangat dan kekuatan yang luar biasa telah berjaya menarik 70 kapal dari Selat Bosphorus ke Tanjung Emas. Tiada pernah siapa yang dapat membayangkan bagaimana semua itu boleh berlaku hanya pada satu malam. Sedangkan jika mengikut lojik akal mereka terpaksa melalui bukit yang begitu tinggi dengan jarak yang melebihi tiga batu. Sehingga sebahagian dari mereka menyangka bahawa tentera al-Fateh mendapat bantuan jin dan syaitan!
Siapakah sebenarnya Sultan Muhammad al-Fateh ini? Beliau ialah sultan ketujuh Khilafah Islamiah Othmaniyah. Beliaulah pembuka kota Constantinople atau yang dikenali hari ini sebagai Istanbul. Ketika itu beliau baru menjangkau usia 26 tahun. Peperangan yang maha hebat itu memakan masa selama 54 hari. Keadaan inilah yang pernah dibayangkan oleh baginda s.a.w. ketika dalam perang Khandak. Antara lain baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Constantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik pemimpin ialah ketuanya dan sebaik-baik tentera ialah tenteranya.”
Sultan Muhammad al-Fateh ialah salah seorang daripada tokoh pemimpin kerajaan Islam yang masyhur tercatat dalam sejarah dunia. Beliau bukan sahaja hebat sebagai pemimpin malah nama beliau amat digeruni sebagai panglima perang yang tektikal dan cukup dikenali di benua Eropah. Mendengar namanya sahaja ia sudah mengundang gementar di hati musuh-musuhnya walaupun ketika itu beliau sudah 10 tahun meninggal dunia. Beliaulah pemerintah Islam pertama mendapat gelaran yang diberikan oleh Barat sebagai “Grand Seigneur” yang bermaksud pemimpin agung.
Sultan Muhammad al-Fateh dilahirkan pada 26 Rejab 833 hijrah bersamaan 20 April 1429 Masihi dan dibesarkan di Adirnah. Ayahnya, Sultan Murad II merupakan salah seorang pemimpin yang hebat dan tokoh pemerintah kerajaan Othmaniyah yang masyhur. Ibunya dikatakan seorang puteri raja berketurunan Nasrani.
Ketika ayahnya menjadi sultan, beliau dilantik menjadi gabenor di Magnisa. Setelah kematian ayahnya, Sultan Muhammad al-Fateh dilantik menjadi pemimpin kerajaan Uthmaniah iaitu pada bulan Februari 1451. Dengan pelantikan ini bermakna beliau merupakan seorang pemimpin termuda yang pernah dilantik ketika itu.
Walaupun baru berusia 22 tahun, beliau berjaya membawa kecemerlangan dalam pemerintahannya.
Kekuatan Sultan Muhammad al-Fateh banyak terletak pada ketinggian peribadinya. Hal ini demikian kerana ketika usianya kecil lagi sudah diajar menunggang kuda, memanah, dan menggunakan pedang.
Namun didikan rohani mendapat perhatian serius dan dorongan penuh daripada ayahnya. Beliau telah ditarbiah secara intensif oleh para ulama terulung antaranya ialah al-Syeikh Muhammad bin Ismail al-Kurani. Beliau mengajar Sultan Muhammad al-Fateh ilmu-ilmu asas iaitu al-Quran, al-Hadith, fiqh, linguistik (bahasa Arab, Parsi, dan Turki), dan juga ilmu kemahiran yang lain.
Melalui tarbiah yang teliti dan penuh terhormat, tidak hairanlah lahir peribadi yang unggul seperti Sultan Muhammad al-Fateh.
Sultan Muhammad al-Fateh banyak meneliti dan meninjau usaha ayahnya menawan Constantinople. Beliau sering mengikuti ayahnya ke medan peperangan. Sebab itu ketika menaiki takhta pada tahun 855H/1451M, beliau telah mula berfikir dan menyusun strategi untuk menawan kota berkenaan.
Dalam hal ini, beliau banyak mengkaji sejarah Islam zaman Muawiyah bin Abi Sufian r.a. Waktu itu telah ada usaha-usaha yang dibuat ke arah menawan Constantinople.
Usaha pertama yang pernah disusun adalah pada tahun 44 Hijrah, walau bagaimanapun usaha berkenaan gagal. Abu Ayyub al-Ansari yang merupakan salah seorang sahabat nabi, syahid di medan perjuangan itu.
Setelah kemenangan tentera Sultan Muhammad al-Fateh menawan Constantinople, beliau telah memerintahkan tenteranya mencari kawasan perkuburan Abu Ayyub al-Ansari. Padanya, Abu Ayyub perlu disempurnakan jenazahnya sebagai seorang sahabat nabi. Setelah ditemui, Sultan Muhammad al-Fateh meminta supaya kuburnya digali dan dipindahkan ke tempat yang lebih baik.
Setelah digali, akhirnya mereka menemui bahagian kakinya terlebih dahulu. Di sini Sultan Muhammad al-Fateh memerintahkan seluruh rakyatnya mencium kaki Abu Ayyub al-Ansari yang fizikalnya masih segar itu. Walau bagaimanapun, beliau gagal menciumnya kerana tatkala hendak mencium tiba-tiba sahaja kaki itu tertarik semula ke dalam tanah. Kejadian itu berlaku berturut-turut sebanyak tiga kali.
Pada malam itu, Sultan Muhammad al-Fateh bermimpi bertemu dengan Abu Ayyub al-Ansari. Abu Ayyub al-Ansari menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku disebabkan rasa malu dan hormat kepada Sultan Muhammad al-Fateh. Padanya, tidak layak orang yang telah berjaya menawan Kota Constantinople mencium kakinya.
Selain itu, beliau banyak mengkaji dan mempelajari pengalaman Rasulullah s.a.w. dalam peperangan. Malah semangat kepahlawanan dan pengorbanan panglima perang Islam dahulu, banyak mempengaruhi jiwanya. Namun, Sultan Muhammad al-Fateh mewarisi sifat keberanian, kegagahan, kesabaran, dan semangat tidak putus asa ayahnya. Bahkan beliau juga mewarisi pengetahuan yang luas serta berkemahiran dalam menyusun strategi peperangan.
Di sini ternafilah tohmahan golongan orientalis Barat dan musuh-musuh Islam bahawa beliau menegakkan Islam dengan kekerasan. Walhal mata pedang digunakan sebagai jalan terakhir. Tujuan orientalis itu hanyalah untuk mengelirukan masyarakat terhadap Islam.
Dr. Abd. Salam bin Abd Aziz dalam bukunya yang bertajuk Sultan Muhammad al-Fateh Pembuka Constantinople Menundukkan Rom, menjelaskan bahawa Sultan Muhammad al-Fateh memiliki keyakinan diri yang kuat. Selain itu, dia juga mempunyai pandangan jauh serta kepintaran yang tinggi. Malah Sultan Muhammad al-Fateh mampu menghadapi tekanan, keperitan, dan bebanan yang dihadapinya.
Beliau seorang pemuda yang warak. Malah, jarang sekali beliau menunaikan solat, melainkan di masjid.
Sultan Muhammad al-Fateh digambarkan sebagai pemimpin berjiwa rakyat. Beliau lebih mengutamakan urusan negara dan masyarakat mengatasi kepentingan diri. Pada masa yang sama, beliau sering mendampingi ulama-ulama dan ilmuwan. Kedudukannya sebagai Sultan tidak menghalang minatnya untuk terus menimba ilmu dan pengalaman.
Kehidupan beliau sebagai pemimpin digambarkan cukup sederhana. Malah beliau sangat memusuhi pembaziran. Oleh sebab itu, hidangan makanan dan cara berpakaiannya tidak terikat dengan peraturan-peraturan istana.
Selain kejayaan dalam bidang ketenteraan dan penaklukan wilayah, Sultan Muhammad al-Fateh juga berjasa dalam mengembangkan dakwah Islam ke benua Eropah. Melalui akhlak dan keperibadian beliau, ramai yang tertarik dan memeluk Islam. Hal ini berlaku pada hari kemenangan tenteranya, iaitu apabila beliau telah mengampunkan penduduk Kristian Kota Constantinople.
Dengan sikap toleransi yang ditunjukkan itu, menyebabkan ada dalam kalangan paderi terus menyatakan keislaman mereka.
Sepanjang pemerintahannya, beliau tidak lupa membangunkan aspek fizikal dan rohani rakyatnya. Beliau telah membina Masjid al-Fath yang terkenal dengan gelaran Blue Mosque.
Selain itu, beliau juga telah memulihkan semula peranan Masjid Aya Sofia sebagai mercu dan syiar Islam di Turki. Sultan Muhammad al-Fath meninggal dunia pada bulan Mei 1481 dan jenazahnya dikebumikan di Kota Constantinople. (Arkib)
Sunday, April 21, 2013
ORANG KUBANG SEMANG MENUNGGU FILEM "KLON"
Visual: GI JOE Retaliation |
Anwar Ibrahim dilaporkan akan menampilkan seorang lelaki dari Thailand yang merupakan klon wajahnya dalam video jijik yang dikaitkan dengan Cina Doll untuk membuktikan bahawa video itu adalah hasil fabrikasi oleh kumpulan Tiga Datuk atau yang lebih dikenali sebagai Datuk T.
Klon itu cuba ditampilkan di dalam ceramahnya kepada orang-orang kampong di Madrasah An- Nahdhoh, Kubang Semang atas adaian orang-orang di situ jahil, bodoh dan kolot.
Saya juga tidak mahu ketinggalan terlibat menunggu pada malam itu untuk melihat wajah klon Anwar Ibrahim yang dicanangkan itu.
Akhirnya yang ditunggu tak tiba kerana klon Anwar Ibrahim ditahan di imigresyen Bukit Kayu Hitam kerana disyaki cuba menganggu proses Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Membaca sandiwara ini mengingatkan saya akan filem Hollywood ‘G.I Joe: Retaliation’ bagaimana wajah Presiden AS diklonkan oleh penganas. Begitu juga di dalam filem ‘Oblivion’ lakonan pelakon kacak Tom Cruise bagaimana Jack Harper seorang angkasawan AS diklonkan oleh makhluk asing.
Sebenarnya teknologi klon ini telah lama diamalkan oleh orang-orang tua dahulu tetapi lebih kepada hasil tanaman pokok seperti mengahwinkan pokok durian. Durian kampong berkahwin dengan durian Siam hasilnya ‘Durian Siam’ walaupun perkahwinan ini tidak ada ijab dan khabulnya.
Saya hairan bagiamana PKR boleh tercetus ilham untuk menampilkan klon Anwar Ibrahim ini. Mungkin akibat terlalu banyak menonton filem fantasi atau filem Hindustan dan filem Tamil.
Betul seperti pendapat banyak pihak bahawa tindakan itu memperlihatkan Anwar Ibrahim semakin terkepit dan terdesak untuk mengembalikan maruahnya yang tercemar. Sepatutnya adalah lebih tepat beliau mengambil tindakan taubat nasuha dengan bersumpah laknat di mana perbuatan itu jauh lebih mudah untuk dilakukan berbanding dengan membawa klon atau 'pelakon' tersebut.