Bekas Perdana Menteri berkata, ini kerana usia beliau telah pun menjangkau 85 tahun.
"Jadi, tak ada keinginan nak jadi Perdana Menteri. Tolonglah bagi tau kat Nazri ni (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz), dia ingat saya nak jadi Perdana Menteri.
"Dia jadi Menteri pun kerana saya angkat dia, tapi orang macam ini, kita suap dia dengan nasi, dia gigit tangan kita. Inilah manusia yang jadi pemimpin sekarang ini," katanya hari ini.
Beliau berucap di hadapan hampir 20,000 penduduk terdiri daripada pelbagai kaum pada Perhimpunan Melayu Perkasa anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di sini.
(Sumber : Utusan Malaysia)
Apa cerita ni? Sungguh tak manis, tak cantik dan tak sopan perkara-perkara sebegini berlaku. Adalah tidak sopan membiarkan Che Det yang berumur 85 tahun melontar kata-kata sebegini di hadapan himpunan orang-orang Melayu dan umum.
Nazri tak habis-habis "attack" Che Det dan langsung tak menghormati bekas pemimpin yang telah banyak berjasa. Apa jasa Nazri?
Nazri merupakan rakan baik Najib semasa sama-sama di dalam Pemuda UMNO dahulu seharusnya menjaga tertib dan adab apabila memperkatakan sesuatu pada Che Det kerana kebiadapan beliau boleh menjejaskan nama baik rakan karib beliau Najib Tun Razak.
Sikap kurang ajar dan biadap bukan budaya Melayu yang sebenarnya dan juga bukan warisan penjajah Inggeris kerana Inggeris yang benar-benar Inggeris pun hormat-menghormati pada "senior citizen".
Mungkin Nazri juga sudah hilang kesopanannya seperti mana anaknya sendiri yang telah hilang kesopanan dihadapan belaiu.
Kita tidak faham apa kelebihannya Najib menyimpan pemimpin yang sebgini yang tidak mendatangkan hasil hanya membawa bebanan kepada pentadbiran Najib.
Inilah sikap segelintir pemimpin UMNO apabila sudah sedap makan keju sambil hisap curut jasa orang-orang tua langsung tidak dikenang. Lupa daratan.
Sunday, September 26, 2010
Wednesday, September 22, 2010
Tahniah Datuk AC Mizal
Menurut pelakon dan pengacara AC Mizal beliau tidak sabar lagi menunggu majlis rasmi penganugerahan dari istana Sultan Pahang pada hujung tahun ini untuk memakai “title” Datuk di hadapan nama nya.
Menurut beliau gelaran tersebut adalah rezeki dan baik untuk mendapat kepercayaan dalam bines beliau atau pun Datukship adalah tangkal pelaris produk beliau.
Mungkin rezki yang di maksudkan beliau ialah apabila menjual produk, bukannya pembeli membeli kerana keperluan atau kualiti produk tersebut tetapi kerana yang menjualnya ialah seorang Datuk. Kalau Datuk semua dikira OK.
Begitu jugalah seperti apa yang terjadi sekarang apabila lawyer yang bertitle Datuk membunuh dan membakar 4 orang sehingga menjadi abu, masyarakat seperti tidak percaya bahawa Datuk yang melakukan perkara tersebut.
Menurut rakan, jikalau hindu penjual kacang putih melontar 100 biji kacang putih di dalam stadium semasa perlawanan akhir bolasepak yang pasti 10 biji kacang putih akan terkena di atas kepala Datuk-Datuk.
Begitulah persepsi nisbah mudah bilangan Datuk yang ada dalam negara ini agaknya, belum lagi dihitungi pemegang-pemegang title Datuk yang tidak rasmi atau haram atau Datuk Mindanao.
Bagi AC Mizal pula apabila membawa title Datuk kelak, diharap tidak lagi tertawa memekik terlolong tak bertempat semasa mengacara program TV.
Kerana kita bimbang masyarakat akan menggelar “apa Datuk AC tu terhegeh-hegeh seperti kera kena belacan?”.

Tuesday, September 21, 2010
Siapa yang layak memerintah negara ini
Apabila Bekas Timbalan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), P Jenapala, mendakwa wujud pelbagai taktik kotor, termasuk penularan politik wang menjelang pemilihan parti itu, November depan yang sebenarnya ini bukan lah perkara baru bagi Penasihat PKR Anwar Ibrahim.
Amalan ini juga telah difotokopikan oleh Anwar semasa menentang Pak Ghaffar di dalam pemilihan Timbalan Presiden UMNO ketika itu. Amalan-amalan ini juga sedang menjangkiti di dalam parti-parti pakatan mereka.
Pengamal-pengamal ini jugalah yang berkeliaran disekeliling Anwar sekarang yang sedang menikmati kemewahan yang berlegar-legar sesama mereka sahaja. Malah masih ada yang sedang menaruh harapan yang menggunung untuk menjadi Menteri, Timbalan Menteri dan Senator apabila Anwar menjadi Perdana Menteri satu hari nanti.
Janji-janji kepada rakyat oleh wakil rakyat mereka seperti di dalam manifesto semasa ‘ter”menang (tidak sengaja meang) di dalam PRU12 yang lepas hanya tinggal paluan tong yang kosong.
Negeri-negeri yang mereka perintah tidak habis-habis bercakaran sesama sendiri di mana gema politikingnya seperti tidak kesudahan. Hak-hak Melayu menjadi mangsa dan sentimen perkauman disuburkan.
Perhubungan wakil rakyat mereka dengan pentadbir negeri bukan setakat keruh dan bermasam muka malah langsung tidak sehaluan. Rakyat seharusnya bimbang bagaimana kelak mereka ini jikalau memerintah negara ini.
Jika rakyat membuka minda, mata dan telinga seluas-luasnya rakyat harus boleh menimbang siapa yang layak memerintah Negara ini supaya kekal aman, makmur dan sejahtera.

Thursday, September 16, 2010
Peribahasa hari ini "Hanya Maniam mengenal Selvam"
Gangsterisme India tidak seburuk didakwa
KUALA LUMPUR 15 Sept. - Kementerian Dalam Negeri menjelaskan masalah gangsterisme melibatkan kaum India tidak seburuk seperti yang didakwa oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah semalam.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong berkata, masalah tersebut tidak dinafikan wujud, namun angka yang dinyatakan Murugiah tidak dapat dipastikan kebenarannya.
"Masalah gangsterisme tidak hanya berlaku dalam masyarakat India namun turut melibatkan semua kaum.
"Justeru, kementerian ini telah memantau masalah ini secara serius serta akan mengambil tindakan mengikut keperluan dari semasa ke semasa," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Murugiah semalam meminta Kementerian Dalam Negeri memberi penekanan serius terhadap masalah gangsterisme melibatkan kaum India kerana peratusan kes jenayah yang membabitkan mereka semakin meningkat.
Murugiah mendakwa seramai 300 belia berketurunan India di Selangor telah ditahan di bawah Akta Kediaman Terhad dan dihantar ke penjara Simpang Renggam, Johor dalam tempoh Januari hingga April lalu.
Chee Leong berkata, tidak wajar sekiranya hanya masalah gangsterisme melibatkan kaum India sahaja diberi perhatian kerana masalah tersebut turut melibatkan semua kaum di negara.
Sehubungan itu, beliau minta semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ahli politik serta masyarakat untuk menangani masalah gangsterisme.
"Murugiah juga boleh membantu dengan cara melaporkan kegiatan gangsterisme sekiranya mendapat maklumat yang tepat.
"Kita akan terus memantau secara serius masalah ini serta akan melakukan penahanan untuk mencegah jenayah bagi menjaga keselamatan orang awam," katanya.
(Sumber Utusan Malaysia)
Beberapa bulan lepas isu mahasiswa berpolitik oleh Timbalan Menteri Saifuddin Abdullah dengan YAB Mahyudin Yassin. Belum habis isu tersebut bangkit pula Timbalan Menteri YB Puad Zakarshi hantam SKMM, di bawah Kementerian Rais Yatim isu tindakan kepada Malaysian Insider.
Hari ini Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah pula bercanggah statistik dengan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong.
Apa dah jadi ni? Timbalan-Timbalan Menteri nampaknya bukan main lagi "menggatal kuasa" mengatasi Menteri. Hendaknya pula semua isu yang disentuh adalah isu-isu sensitif yang boleh melondehkan seluar Najib.
Berhubung isu gangster India rasanya pandangan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah harus diberi perhatian yang serius kerana beliau lebih mengenali masaalah kaumnya sendiri.
Jangan sangat berlandaskan data dan statistik untuk mengambil tindakan, lihat dengan mata kepala sendiri realiti apa yang berlaku depan mata sekarang.

Monday, September 13, 2010
Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga
Apabila Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan kerajaan bersikap terbuka terhadap cadangan untuk memperdagangkan semula ringgit di pasaran luar pesisir kerana kekuatan ringgit baru-baru ini mencecah paras tertinggi dalam tempoh 13 tahun, sebenarnya ia amat membimbangkan jika kajian strategik tidak betul-betul mendalam.
Che Det menyatakan bahawa jumlah dagangan yang dibuat oleh penyangak mata wang sehari adalah AS$4 trilion (RM12.44 bilion) bukan satu jumlah yang kecil untuk Malaysia berhadapan dengan penyangak-penyangak ini.
Ini bermakna untuk berhadapan dengan penyangak-penyangak ini Malaysia juga memerlukan pakar-pakar penyangak dalaman yang amanah, cekap dan licik. Tidak cukup dengan kepakaran Tan Seri Nor Mohammad Yackop seorang sahaja.
Jika Malaysia tidak bersedia berhadapan dengan lintah-lintah ini mereka akan meratah mentah-mentah mata wang kita dan negara terdedah kepada risiko muflis dan gawat ekonomi yang lebih parah.
Che Det yang masih geruh dengan penampar penyangak-penyangak mata wang seperti George Soros pada tahun 1997 menasihati DS Najib supaya berhati-hati.
Di dalam era Che Det, dengan suasana politik yang stabil, kabinet yang mantap dan ekonomi yang kukuh pun Che Det dihimbau badai krisis mata wang yang amat teruk sehingga persaraan dan peralihan kuasanya tertangguh, inikan pula kemelut politik dalaman negara yang masih tidak menentu hala arahnya khasnya negeri-negeri utama yang jatuh ke tangan pembangkang.
“Its takes a thief to catch a thief”.

Sunday, September 12, 2010
Empat mayat rentung disyaki ada kaitan kes kehilangan jutawan kosmetik Sosilawati
Empat mayat rentung ditemui di Tanjung Sepat
Oleh Hardi Effendi Yaacob dan Wan Faizal Ismayatim
bhnews@bharian.com.my
2010/09/12
Enam suspek ditahan bantu siasatan kes jutawan kosmetik
BANTING: Empat mayat rentung dipercayai dibunuh sebelum dibakar ditemui di sebuah ladang ternakan di Teluk Gadong berhampiran Tanjung Sepat, Morib di sini malam tadi.
Difahamkan, identiti keempat-empat sedang dikenal pasti.
Namun tidak dapat dipastikan setakat ini jika penemuan mayat itu ada kaitan dengan kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, bersama tiga yang lain hilang selepas dikatakan ke Banting atas urusan jual beli tanah 13 hari lalu.
Semua mayat dijangka dikeluarkan pagi ini untuk ujian berkaitan, termasuk DNA bagi tujuan pengecaman.
Bagaimanapun, sehingga malam tadi, polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung penemuan berkenaan, termasuk mengesahkan sama ada ia mempunyai kaitan dengan kes Sosilawati.
Sementara itu, sumber memberitahu Berita Minggu, penemuan itu susulan penahanan suspek utama yang mempunyai kaitan dengan kehilangan pengasas produk kecantikan, Nouvelle Visages itu.
“Difahamkan, suspek yang membawa polis ke tempat kejadian, Khamis lalu hingga membawa kepada penemuan mayat berkenaan,” katanya.
Sehingga malam tadi, enam suspek sudah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan Sosilawati dan tiga individu lain sejak 30 Ogos lalu.
Turut ditahan seorang ahli perniagaan dan peguam berpangkat Datuk bersama adilknya, seorang doktor berusia lingkungan 40-an.
Difahamkan, kedua-duanya perancang utama kes itu manakala identiti empat lagi suspek dikenal pasti, namun dipercayai kumpulan sama yang melarikan semua mangsa.
Ahli forensik polis dijangka ke lokasi penemuan empat mayat rentung pagi ini bagi menjalankan siasatan lanjut.
Apa sakitnya masyarakat kita hari ini apabila kekejaman tidak kira usia, darjat, pangkat dan harta. Dari membuang bayi dalam kandungan sehingga membakar mangsa menjadi abu.

Thursday, September 9, 2010
Wajah ayu, comel dan anggun DS Rosmah Mansor
Sesungguhnya mereka yang paling gembira berpuasa dan berhari raya pada tahun ini ialah isteri PM, DS Rosmah Mansor yang berjaya menunjukkan contoh yang baik apabila tamat khatam Al Quran 30 juzuk sempena bulan Ramadan Al Mubaraq.
Dengan pakaian yang serba puteh serta kelihatan wajah ayu, comel dan anggun duduk bersimpuh pada malam 6/9/2010 tamat membaca ayat-ayat lazim di Seri Perdana serta disaksikan suami DS Najib Tun Abd Razak.
Seharusnya contoh ini diikuti oleh isteri MB Kedah Ustaz Azizan dan isteri Anwar Ibrahim. Untuk isteri Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng diharap dapat berjinak-jinak mendekati isi kandungan Al Quran seperti wakil-wakil rakyat mereka yang mula berjinak-jinak dengan surau dan mesjid.
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN KEPADA DATIN SERI ROSMAH BT MANSOR.
(FOTO : BERNAMA)

Wednesday, September 8, 2010
Majlis Perbandaran Pulau Pinang akan buat lawatan ke Singapura untuk belajar cara menguruskan "Hawkers Stall"
Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) akan membuat lawatan sambil belajar ke Singapura untuk mempelajari selok belok pengurusan kesesakan Pulau Pinang yang makin meruncing. Keluasan Singapura yang lebih kurang saiz Pulau Pinang dikira tepat sebagai negara rujukan untuk dipelajari oleh Pulau Pinang.
(SINGAPORE is a more viable place for the Penang Municipal Council (MPPP) to conduct study tours than Xiamen in China, whose budget for infrastructure and landscape runs into billions.
MPPP financial management sub-committee alternate chairman Tan Hun Wooi said the council’s annual budget was only around RM200mil.
“For this year, we have chosen Singapore as the destination to carry out a study tour as the size of the republic is similar to that of Penang. The Star).

Dikira bukan itu sahaja yang perlu Pulau Pinang pelajari tetapi juga kaum Cina Pulau Pinang perlu mempelajari kebersihan kaum Cina Singapura kerana kaum Cina Pulau Pinang sangat pengotor.
Belajar juga bagaimana penjaja-penjaja Cina Singapura menguruskan belanga Char Kwey Teow dan Steamboat mereka supaya tidak bersepah sehingga ke gigi-gigi jalan seperti di Gurney Drive.
Kelangsungngan daripada itu apa salahnya DAP menuntut juga ilmu dari PAP untuk menguruskan politik Pulau Pinang khasnya bagaimana menguruskan kaum Melayu Pulau Pinang yang banyak korey(kerenah).
Tuesday, September 7, 2010
Pengajaran dari iklan TV3
TV3 telah melakukan satu “damaging” apabila ia menyiarkan iklan sempena hari raya di mana ia memaparkan seorang Datuk berkopian dan yang beruban putih mengajak cucu-cucunya menaiki beca ajaib sehingga melintasi bulan. Gambarannya menyamai watak Santa Claus menaiki kereta salju yang dipacu oleh sekawan rusa kutub membawa hadiah Hari Natal untuk kanak-kanak.
Di akhir Iklan tersebut juga telah memaparkan visual kemunculan pelita melalui bunga teratai yang dikatakan menyamai fahaman agama Buddha atau India.
Berkonsepkan tema TV3 pada tahun ini Sinari Lebaran, Pengarah Kreatifnya , Douglas Khoo Hong Seng cuba mengambarkan keriangan kanak-kanak.
"Semasa membuat iklan ini, apa yang saya fikir hanyalah untuk melahirkan Melayu milenium dan tidak pernah terlintas untuk menyinggung perasaan orang Islam. Saya cuma mahu gambarkan impian dan keriangan kanak-kanak itu dengan beca ajaibnya untuk mencapai apa yang difikirkan kerana saya rasa ia cantik dan sesuai”
Kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan, beliau tidak terlintas di dalam fikirannya untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak sebaliknya hanya melihat itu sebagai daya kreativiti pengarahnya.
Memang tidak salah tafsiran “Sinar Lebaran” dari sudut kreativiti Douglas ialah Santa Claus, kuda dan kanak-kanak dan bunga teratai kerana mungkin Douglas penganut Kristian bercampur Budhha.
Mungkin jika Pengarah Kreatifnya seorang Melayu Islam tafsiran “Sinar Lebaran” nya dilihat dari sudut yang berlainan. Diambilnya elemen pelita minyak kelapa, jamong, panjut untuk memaparkan Melayu millennium walaupun kanak-kanak sekrang sudah tidak tahu apa itu pelita, panjut dan jamong kerana semuanya itu bukan zaman mereka lagi.
Farid sebagai seorang Melayu harus mentarbiahkan Douglas supaya faham untuk melahirkan Melayu millennium tidak semestinya di "associate kan" watak Santa Claus dan bunga teratai.
Melayu millennium ialah Melayu yang penuh sopan santun, berbudi bahasa, beriman, berkahwin dan berkeluarga, tidak bercampur pergaulan bebas sehingga melahirkan anak zina.
Melihat sesuatu hasil produksi media dari sudut kreativiti semata-mata tanpa mempertimbangkan isi dan mesej yang mendalam yang ingin disampaikan adalah satu pemikiran yang cetek dan tidak matang.
Memang padanlah jika kita lihat kandungan-kandungan sesetengah rancangan TV3 selama ini langsung tidak membawa mesej yang membina. Pasaran lebih menguasai pegisian. Drama-drama hantu dan tahyul dipaparkan sebagai satu “branding” yang menguntungkan.
Apa pun TV3 berjaya menguasai pasaran dan membentuk minda masyarakat jika dibandingkan dengan RTM yang masih di dalam kotak.
Apakah TV3 perlu dirombak semula?

Saturday, September 4, 2010
ISA sudah lama lapar
Islam itu cantik, indah dan penuh kedamaian. Sebarang provokasi perkauman yang boleh mencetuskan pergolakkan dan menggugat kedamaian seharusnya ditentang sekeras-kerasnya.
Di dalam suasana dan senario politik dunia yang tidak menyebelahi umat Islam sekarang ini, apa juga tindakan melulu akibatnya kelak yang akan menjadi mangsanya ialah Islam.
Perjalanan dan kedamaian yang telah Negara ini lalui bukannya mudah. Keharmonian kaum ditatang seperti minyak yang penuh, dengan penuh berhati-hati dan berjaga-jaga untuk tidak mengguris mana-mana pihak.
Malangnya setelah 53 tahun Merdeka lahir pula seorang remaja Cina janggut sejemput Wee Meng Chee yang bersikap kurang ajar terhadap kaum Melayu. Atas dasar kebebasan berkarya beliau mencipta lagu rap berbau rasis memaki Kerajaan, Melayu dan menghina jalur gemilang.
Bapa Kemerdekaan kita pernah menasihati :
“13 Mei adalah merupakan satu ingatan berkekalan kepada kita semua tentang bahaya yang akan timbul dari sikap mengenepikan Perlembagaan dan mempermain-mainkan soal-soal yang menyentuh perasaan,adat resam dan adat istiaadat berbagai-bagai kaum, terutama sekali dalam masyarakat Negara kita yang mempunyai berbagai kaum dan ugama” ms225 - Sebelum dan Selepas 13 Mei.
Salam Aidil Fitri.
Ps : MR MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SELURUH KELUARGA, SAHABAT, RAKAN DAN FOLLOWERS BLOG MR YANG MENGENALI DIRI INI ATAU YANG TIDAK MENGENALI.

Thursday, September 2, 2010
DS Najib tolong jangan biar Mahathir batuk
Tun Mahathir telah mula menampakkan batuk-batuk kecil apabila beliau mula menegur Model Baru Ekonomi supaya tidak mengenepikan Dasar Ekonomi Baru.
Bumiputera masih memerlukan tongkat melalui DEB kerana 20 tahun masih belum cukup untuk kaum Bumiputera mengejar kaum lain mungkin kerana kaum lain bergerak terlalu pantas.
Tun M juga mahu penjelasan yang sejelas-jelasnya tentang konsep 1Malaysia mungkin juga beliau bimbang konsep 1Malaysia ini akan menjadi senjata makan tuan.
Malah Lim Kit Siang juga mula bimbang Tun M menjadi penghalang kepada konsep 1Malaysia kerana LKS melihat 1Malaysia banyak menguntungkan DAP dan boleh dimanipulasikan menjadi “Malaysian Malaysia” gagasan DAP selama ini.
Kesimpulannya DS Najib mesti segera menjelaskan konsep ini sehingga ke akar umbi, agensi-agensi Kerajaan yang masih teraba-raba, GLC yang asyik mencari laba tanpa mempedulikan tanggungjawab sosial dan akhir sekali kepada komponen-komponen BN sendiri yang sedang melihat di mana peluang yang ada.
Jangan dibiarkan Mahathir batuk lagi kerana PRU semakin dekat.