“Lately” MR yang sebenarnya dah majai dan cemuih nak buat apa-apa komen tentang situasi politik semasa khasnya di Kedah dan Pulau Pinang kerana "jet lag" dan kesibukan untuk menyudahkan beberapa “chapter” lagi buku tulisan MR yang sudah melangkau “dateline”.
Walaubagaimanapun dek dikejan dan diligan oleh beberapa sahabat di Kedah untuk mendapatkan komen dan pendapat tentang perubahan pucuk pimpinan UMNO Negeri Kedah terpaksa juga MR mengalih tumpuan seketika menyelidik situasi pendapat akar umbi di Kedah tentang penerimaan mereka terhadap Ketua Perhubungan UMNO Negeri yang baru, Datuk Ahmad Bashah Abu Hanipah.
Jika tidak silap Ahmad Bashah pernah berkhidmat sebagai kerani dengan syarikat pembalakan Datuk Khalid Julung @ Tan Seri Khalid Abdullah bekas Pengerusi Utusan Melayu Bhd rakan karib Che Det.
Apa juga pertimbangan untuk melantik pemimpin kelayakan akademik tidak seharusnya menjadi ukuran kerana di dalam politik demokrasi penerimaan rakyat terhadap seseorang pemimpin itu adalah kriteria utama.
Rakyat menilai bukan setakat personaliti pemimpin itu sahaja tetapi keseluruhannya sehingga ke dalam kain pemimpin itu, isteri, anak-anak, kawan-kawan dan di mana tempat pemimpin itu sering berfoya-foya dan kedai mana mereka kerap tikam ekor. (thanks to WikiLeaks)
Bertolak daripada itu pemimpin itu juga dinilai sejauh mana wawasan mereka dan arah mana perubahan yang bakal dibawa.
Begitu jugalah lantikan baru pucuk pimpinan itu dibuat kerana pucuk pimpinan atasan ingin membawa perubahan dengan dimensi yang baru, dinamik dan progressif bagi mengembalikan keyakinan rakyat Kedah kepada UMNO dan BN.
Persoalannya apa pembaharuan yang Datuk Ahmad Bashah boleh lakukan untuk UMNO Kedah dan Barisan Nasional sedangkan semasa beliau menjadi Timbalan Pengerusi UMNO Kedah di bawah DS Shafie Apdal pun langsung tidak nampak apa satu hasil tangan beliau yang boleh meninggalkan kesan di hati dan jiwa nurani rakyat.
Tugas-tugas yang di “delegate” oleh DS Shafie Afdal kerapkali menjadi bangkai hanyut dan yang mendapat impak negatif dan “backfired” ialah DS Shafiee Afdal sehingga DS Shafiee dilihat gagal memimpin UMNO Kedah. Orang lain yang kentut orang lain yang kena tuduh.
Hari ini kaki yang kentut kuat dilantik pula menjadi ketua dan kentut ini pasti akan tempias sehingga kepada timbalannya Mukhriz kalau tak pandai mengelak.
Menurut pemerhati politik Kedah rupa-rupanya ramai kaki kentut yang sedang memimpin bahagian di Kedah, mereka licik membaling batu tangan disembunyi, “wait and see, you don’t change you mati”.
Friday, December 31, 2010
Sebelum dianugerahkan "Datuk"kepada Rajagobal, anugerahkan "Tan Seri" kepada Mokhtar Dahari dahulu
Presiden MIC, Datuk G. Palanivel merasakan setimpal agar diberi gelaran Datuk kepada K. Rajagobal yang melatih skuad bola sepak negara sehingga berjaya menjulang Piala AFF Suzuki 2010 malam tadi.
Rajagobal juga turut berjaya membawa skuad bawah 23 tahun negara memenangi pingat emas di Sukan Sea di Laos Disember lalu.
Walaubagaimanapun sebelum dianugerahkan "Datukship" kepada beliau kempimpinan negara harus terlebih dahulu mendahului augerah Tan Seri kepada Allahyarham Mokhtar Dahari atau lebih gagah dengan gelaran “Super Mokh”.
Kita ghairah dengan kejayaan hari ini jangan kita lupa mereka yang berjasa kelmarin.

Thursday, December 30, 2010
Tahniah Harimau Muda! DS Najib mendengar suara anak-anak muda Malaysia.
Khasnya MR ingin mengucapkan syabas kepada penjaga gol chome lote - Kahrul Fahmi Che Mat yang telah menunjukkan kecekapan cemerlang dengan menyelamatkan beberapa cubaan merbahaya serangan Indonesia termasuk satu cubaan sepakan penalti.
Perdana MenteriPerdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Rabu mengisytiharkan hari Jumaat, 31 Disember 2010, sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan.
Sesungguhnya cuti umum ini bukan setakat satu pengiktirafan PM kepada pemain Harimau Muda tetapi seluruh anak-anak muda Malaysia.
Wednesday, December 29, 2010
Piala Suzuki, Indonesia dan Malaysia siapa menang?
Megawati, bekas presiden berharap pasukan Indonesia akan menang dalam perlawanan akhir itu dan menggesa setiap pemain ‘jangan pantang mundur menghadapi Malaysia.’
“Sekarang ini sedang demam bola. Saya berharap dan siapapun juga pasti berharap Timnas (pasukan kebangsaan) jangan pantang mundur,” kata beliau.
Megawati mendedahkan cucunya yang berumur lapan tahun juga sudah pandai memberikan semangat untuk Timnas.
“Cucu saya sendiri yang masih berumur lapan tahun juga bersemangat dalam Timnas. Dari kelmarin saya dan cucu saya berSMS menuliskan ‘Timnas Jangan Pantang Mundur, Garuda di Dadaku, Indonesia Negeriku, Jangan Mau Kalah Sama Malaysia’.
“Itu hebatnya kerana cucu saya masih lapan tahun sudah seperti itu,” kata Megawati dengan penuh bersemangat. (Bharian Online)
Nampaknya Megawati dan cucunya masih menaruh harapan yang tinggi walaupun terpaksa bermula dengan kosong manakala Malaysia membawa bekal 3 gol pada malam ini.
Sama-sama kita tunggu Harimau Muda membaham Garuda.

Monday, December 27, 2010
Boleh kah Kedah berubah?
Najib melantik Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Pengerusi UMNO Kedah yang baru dan Timbalannya Datuk Mukhriz Tun Mahathir.
MR malas nak komen cuma nak dengar apa kata pengundi-pengundi di Kedah?
Wednesday, December 22, 2010
Politiking kaum Cina dan Politiking kaum Melayu
DS Najib semasa upacara memecah tanah Lapangan Terbang Pulau Pinang yang bernilai RM250juta |
Apabila PM DS Najib turun membuat lawatan ke Pulau Pinang, beliau tidak turun dengan tangan kosong tetapi menggendong projek gula-gula yang bernilai RM250 juta untuk menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
Semasa upacara memecah tanah projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas Isnin lalu dimana ianya turut dihadiri oleh Ketua Menteri Lim Guan dan Menteri Pengangkutan DS Kong Cho Ha, DS Najib menyatakan Kerajaan Persekutuan akan menjadikan Pulau Pinang satu hab pilihan di rantau ini.
Dalam masa yang sama DS Najib menyatakan selain dari projek pembesaran lapangan terbang itu ada 10 lagi projek infrastruktur yang dikenal pasti akan dibawa ke Pulau Pinag yang di antaranya Pelabuhan Pulau Pinang, pembinaan jambatan kedua dan pengwujudan koridor raya multimedia.
Mungkin projek jambatan kedua dan koridor raya dibawa oleh Pak Lah sebagai gula-gula untuk rakyat PP menyokong beliau tetapi akhirnya beliau juga tewas dengan kelicikkan politiking pengundi Cina PP.
Mereka ternyata bijak mengambil pendekatan mentor mereka Lee Kuan Yew seperti di dalam tulisan Tunku di dalam buku “Looking Back”- tentang sikap Lee Kuan Yews “what’s mine is mine and what’s yours is mine”.
Rata-rata tahu bahawa Pulau Pinang hari ini dikuasai DAP dan kaum Cina menjadi dominan di pulau tersebut. Jika dikaji secara mendalam dan telus hakikatnya, setakat statistik dan congak rambang hari ini adalah hampir mustahil untuk BN menawan kembali PP.
Malah dengan sikap KM, Lim Guan Eng yang bijak untuk “mempuppetkan” Gabenor Pulau Pinang dalam lain perkataan Raja-Raja Melayu ternyata pengundi Cina PP akan kekal terus mengundi DAP untuk dua atau tiga penggal yang akan datang dan terus memandang hina terhadap Raja-Raja Melayu.
Ditambah dengan peningkatan nilai harta tanah PP kelak seperti Singapura, Melayu akan menjadi minoriti kerana tidak mampu dan terpaksa berhijrah keluar dari Pulau Pinang.
Sebaliknya yang melucukan apabila seorang Perdana Menteri, DS Najib turun melawat Kedah beliau hanya mengendong 10,000 tilam dan 5,000 dapur gas kepada mangsa banjir Kedah. Tidak ada satu pun projek-projek pemangkin yang dibawa ke Kedah yang boleh membawa kesejateraan kaum Melayu di Kedah, hanyalah di Langkawi itu pun untuk mengambil hati Che Det yang masih sihat walafiat.
Apakah hanya itu yang mampu dibawa DS Najib untuk negeri Kedah sebuah negeri Melayu dan Islam? Malah yang mendukacitakan selepas pembahagian tilam-tilam tersebut ada pula bunyi-bunyi sumbang, “rumah siap ada lagi pahat berbunyi” tilam-tilam tersebut bukannya empok untuk menyenyakkan tidur sebaliknya menjadi bahan politiking di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO tempatan yang hanya mengagihkan kepada Melayu-Melayu UMNO sahaja. Akhirnya DS Najib seolah-olah menjadi alat politik bagi mempopularkan pihak tertentu di Kedah.
Kedah adalah negeri majoriti Melayu dan harapan untuk BN mengambil-alih kuasa dalam PRU13 yang akan datang adalah 50-50 itu pun jika berlaku muhasabah yang jujur dalam kepimpinan UMNO Kedah jika tidak Kedah akan berterusan sejahtera di bawah kepimpinan Ustaz Azizan.
Kesimpulannya, di sinilah cerdiknya kaum Cina berpolitik, mereka mungkin tidur di atas tilam yang berlainan tetapi mimpi mereka tetap sama. Melayu UMNO Kedah berebut tilam, Cina DAP Pulau Pinang dengan projek mega menghidang talam.
BERNIAGA RUGI BULUH KASAP, MASUK ANGIN KELUAR ASAP.
Monday, December 20, 2010
JASA dan Jabatan Penerangan harus dirombak selaras dengan misi 1Malaysia elak aktiviti Tongong
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Dato’Seri Utama Rais Yatim menyeru supaya kakaitangan JASA dan Jabatan Penerangan memberi lapuran yang tepat dan benar berhubung dengan isu-isu di akar umbi kepada pemimpin atasan. Kenyataan beliau di hadapan 125 pegawai dan kakitangan jabatan itu ternyata tepat dan wajar pada masa ini.
Ini kerana PRU13 sudah panas diperbualkan di kalangan parti-parti politik dan memang telah menjadi lumrah kedua-dua Jabatan ini hanya muncul berperanan dan berfungsi semasa pilihanraya sahaja.
Sebelum ini pun kedua-dua Jabatan ini hanya sunyi dan bisu kerana aktiviti-aktiviti yang dianjur mereka hanya berlegar-legar di kalangan khalayak yang pro mereka sahaja.
Menurut maklumat pegawai mereka kepada MR, ada lapuran-lapuran yang dihantar kepada menteri hanyalah lebih kepada lapuran mengipas ketua-ketua UMNO bahagian kerana kebanyakan hayat jawatan mereka atas ihsan rekomen Ketua UMNO Bahagian.
Di dalam menjayakan matlamat 1Malaysia misi DS Najib, peranan jabatan-jabatan ini harus dikaji dan dirombak keseluruhannya supaya tidak berpolitiking sempit yang menyebelahi satu kaum sahaja. Mereka juga seharusnya celik isi kandung media baru supaya tidak diperlekeh pengundi muda.
Terdapat sesetengah pegawai JASA hanya berkebolehan berinteraksi dengan kaum Melayu dan di kalangan orang-orang UMNO sahaja. Mereka ternyata gagal memenangi minda dan hati pengundi kaum lain dan gagal mendapat maklumat yang tepat berhubung sentimen dan sikap akar umbi.
Buktinya di dalam PRU12 yang lepas mereka gagal sama sekali menghidu bunga-bunga yang BN akan kalah tersepok sehingga ada di kalangan mereka terkejut bewak dan menepuk dahi sendiri apabila berhadapan tragedi ini.
Ada juga di kalangan pegawai-pegawai mereka langsung tidak melapur diri di pejabat rasmi jabatan sebaliknya lebih kepada berlegar-legar sembang kosong di markas-markas UMNO sahaja.
Beberapa aktiviti yang dianjurkan lebih kepada menghabiskan peruntukan dan menjurus kepada menjulang keterlaluan membina pengaruh ketua UMNO bahagian mereka.
Hakikatnya JASA dan Jabatan Penerangan harus dirombak kembali peranan mereka menjurus kepada “The Blue Ocean Strategy” supaya lebih relevan dengan sentimen semasa dan wang rakyat tidak dibazirkan kepada aktiviti yang tongong (kata orang Negeri Sembilan) @ tong kosong.

London menggigil
Bila kesejukkan begini barulah tahu kenikmatan matahari di negara sendiri.
Sementara Melayu dan Islam masih mampu berjuang dengan hak yang ada sedikit ini berjuanglah supaya tidak hilang kenikmatan yang dikecapi hari ini.
Sementara Melayu dan Islam masih mampu berjuang dengan hak yang ada sedikit ini berjuanglah supaya tidak hilang kenikmatan yang dikecapi hari ini.
Sunday, December 19, 2010
WIKILEAKS : Apa kelayakan Ketua Bahagian UMNO untuk dilantik dalam syarikat Singapura?
Laporan akhbar Australia, The Sun-Herald telah menyiarkan kandungan kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat telah dibocorkan oleh WikiLeaks.
Kabel itu, catatan pada 2008 dan 2009, menunjukkan kenyataan yang mengutuk Malaysia, Thailand, Jepun dan India oleh para pegawai kanan Singapura dalam pertemuan dengan para pegawai kanan Amerika Syarikat.
Susulan daripada itu Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menyerahkan surat protes itu kepada Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Malaysia T. Jasudasen melahirkan rasa tidak senang Putrajaya dengan komen pegawai-pegawai Kementerian Luar Singapura.
Menurut salah satu kabel yang didedahkan WikiLeaks, Bilahari Kausikan yang kini merupakan Setiausaha Tetap Kementerian Luar Singapura, didakwa memberitahu Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat David Sedney bahawa “ada kemungkinan besar berlakunya konflik perkauman di Malaysia” yang akan menyebabkan orang Cina meninggalkan Malaysia dan ‘menyusahkan’ Singapura.
Mengenai kepimpinan BN pula, kata beliau, “masalah utama Malaysia adalah tiadanya pemimpin yang berwibawa.”
Pendedahan WIKILEAKS ini seharusnya menyedarkan rakyat negara ini tentang pendirian Singapura yang tidak pernah berubah sejak dari perpisahan mereka dengan Malaysia.
Mereka sering mengunakan pendekatan dengan memandang rendah dan lekeh akan kemampuan dan kebolehan negara-negara jiran yang lain kerana dengan pendekatan ini akan sentiasa menjana moral atau “moral booster” kepada rakyat mereka yang hidup dalam pulau yang sempit sehingga banyak yang membunuh diri kerana "stress".
Sehinggakan apabila mereka memandu keluar dari Singapura memasuki Malaysia dengan kereta besar dan "big bike" mereka, mereka akan memacu dengan laju seolah-olah dunia ini mereka yang ampunya.
Apa yang harus menjadi kesedaran kepada rakyat Malaysia hari ini berhubung isu pendedahan yang terbesar abad ini oleh Wikileaks ini ialah pengurusan intelligensia dunia kini tidak ada kerahsiaan lagi.
Komplot dan perbincangan rahsia begitu mudah terbongkar dengan kemudahan-kemudahan teknologi masa kini, seperti kata sesetengah pihak bahawa meja dan kerusi di dalam bilik persidangan pun bisa berbicara.
Seringkali juga kita menjadi bimbang apabila membaca berita bahawa rahsia-rahsia Kerajaan cukup mudah bocor kepada Negara jiran. Kadangkala rahsia-rahsia ini tanpa disedari terbocor melalui tindakan tanpa sedar sesetengah pemimpin kita sendiri yang begitu mudah diumpan dengan menerima habuan dan rakus menerima elaun pengarah apabila dilantik sebagai Pengarah di dalam syarikat-syarikat strategik Singapura.
Sebagai contoh yang terdekat bagaimana seorang bekas guru dan sekarang menjawat Ketua Bahagian UMNO di salah sebuah bahagian di Kedah layak dilantik sebagai pengarah di dalam sebuah syarikat berteknologi tinggi Singapura http://www.astigp.com/01_05corpinfo.htm
Jika terdapat pemimpin yang rakus sebegini maka tidak hairanlah apa juga dasar yang diputuskan di dalam UMNO dan BN begitu mudah bocor kepada Singapura.
Konklusinya pembocoran yang sebegini lebih tepat dan terperinci dari pembocoran Wikileaks.

Saturday, December 18, 2010
Taib Mahmud berkahwin gadis Lebanon
Perhubungan dengan Dian P Ramlee hanyalah gossip |
Ini kerana bukan sahaja sebuah mesjid terbina tetapi Ketua Menteri mereka tidak lagi didakap kesepian dan kedinginan malam yang sering menikam kalbu.
Faktor usia, kemampuan dan kekuatan bukan menjadi halangan kerana Serawak merupakan pengeluar utama "gambir" dari hutan Borneo tropika di dunia.
Ramai yang mengatakan kekuatan lelaki terletak pada kekuatan isteri, kalau isterinya muda dan jelita walaupun usia agak lewat tetapi jiwanya secara automatik akan menjadi cergas dan cerdas.
Dalam lain perkataan mineral dan vitamin yang disajikan isteri muda akan menjadi lonjakkan untuk beliau kekal dan meneruskan perjuangan sebagai Ketua Menteri Serawak selagi minda mampu mengenali bulan dan matahari.
SELAMAT PENGANTIN BARU.
Friday, December 17, 2010
Apabila orang-orang hutan bersidang
Tuesday, December 14, 2010
Melayu tidak lekeh lagi
Dua acara besar yang menjurus kepada pembangunan ekonomi orang Melayu bawahan di penghujung “wrapping up” 2010 ialah MAHA 2010 di Serdang dan Showcase SDSI 2010 di MITC, Melaka.
Kejayaan MAHA telah banyak diperkatakan dan blog Che Det juga memuji kejayaan MAHA pada tahun ini. Tahniah pada Tan Seri Muhyiddin Yasin, pelopor awal MAHA semasa beliau menjadi Menteri Pertanian.
Di sini MR ingin menyentuh Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI)2010 di mana MR dijemput membuat liputan.Pameran 3 hari ini disertai seramai 570 usahawan dan jabatan yang berkaitan pembangunan usahawan mewakili setiap daerah dalam Malaysia.
Negeri Kedah telah mendapat tempat pertama pemenang keseluruhan SDSI 2010 dengan meraih hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 dan kemenangan ini merupakan kali kedua berturut-turut mereka memenanginya.
Usahawan-usahawan yang mewakili negeri Kedah ialah D’Cinda Enterprise (produk kertas buatan tangan yang dihasilkan dari jerami padi), HR Marketing Sdn Bhd (produk susu kambing HiGoat), Ambang Dorongan Sdn Bhd (kueh frozen cucur badak), Tobiar Gold Industri (minuman mangga), Batik Merbok Sdn Bhd (batik nusantara), Wawasan AMS Enterprise (kerepek serunding), RBW Collection (sulaman), Homestay MADA Pulau Pisang dan agensi seperti FAMA dan MADA.
Apa yang menarik perhatian ialah tempat pertama kategori makanan telah di menangi oleh Ambang Dorongan Sdn Bhd yang menghasilkan frozen cucur badak berjenama Nani’s.
Nanis (http://nanis.com.my) yang memulakan perniagaan pada tahun 1996 secara kecil-kecilan membuat cucur badak kini telah berupaya mengekspot cucur badak mereka sehingga ke Timur Tengah dan England.
Duhulu Melayu pernah diperlekehkan “lu balik kampong tanam ubi laaa…..” kini nyata bukan lekeh lagi. Malah menurut pengusahanya En Nan, hasil dari permintaan ubi keledek yang tinggi untuk membuat cucur badak beliau terpaksa membawa masuk ubi keledek dari negara jiran.
Satu lagi pengusaha ialah HiGoat oleh HR Marketing yang mengusahakan powder susu kambing. Susu kambing yang satu ketika dahulu tidak ramai mengemarinya kerana hamis kini menjadi permintaan yang tinggi dan dibeli dari gembala-gembala kambing di Kuala Nerang dan sekitarnya.
Jualan bulanan mereka telah mencecah jutaan ringgit (angka tepat yang ditunjukan pada MR tidak dapat dicacatkan atas permintaan mereka) dan “the spill over” dari kejayaan ini juga telah memenafaatkan ekonomi Melayu luar Bandar.
Inilah diantara secebis contoh kejayaan mikro yang menjurus kepada pembangunan ekonomi Melayu di peringkat bawahan yang sebenarnya. Kadangkala kita sering dibuai mengejar projek jutaan dan billionan ringgit seperti mengapai awan dilangit dan terlupa bahawa pengusaha kecil kampong yang pernah dahulu diperlekehkan kini lebih hebat, bermakna dan menyentuh rakyat di bawah jika betul-betul diberi peluang dan bimbingan kepada mereka.
TAHNIAH SDSI KEDAH!
Friday, December 10, 2010
Menteri di JPM, Jamil Khir Baharom dah dihinggapi batuk-batuk atas tangga perangai orang politik
Apabila Utusan menyiarkan berita di muka hadapan perkahwinan Abdul Manan Osman dan pasangannya Siti Maryam Mahmood yang berumur 14 tahun berbagai reaksi berbangkit berikutan perkahwinan ini yang dikira sebagai perkahwinan bawah umur atau “child marriage”.
Marina Mahathir melalui tulisannya dalam The Star menyelar pihak yang tidak menegur serta membenarkan perkahwinan ini. Menurut beliau perkahwinan tidak harus dilihat untuk menghalalkan perhubungan sex.
Justru itu beliau menyeru supaya diharamkan terus perkahwinan kanak-kanak dalam negara ini selaras dengan konvensyen CEDAW (Convention for the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women) yang ditandatangani Malaysia.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong pula menyatakan pihak kementerian beliau tidak dapat campur tangan di dalam hal ini kerana tidak ada polisi di bawah kementerian beliau yang menegah perkahwinan bawah umur.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil langsung tidak bersetuju dengan perkahwinan yang melibatkan remaja bawah umur kerana khuatir kesannya kepada masyarakat.
Remaja bawah umur masih memerlukan perlindungan, bimbingan dan pembelaan daripada keluarga bukannya menggalas tanggungjawab untuk menguruskan rumahtangga.
Seperti biasa Menteri Di JPM, Jamil Khir Baharom telah dihingapi penyakit perangai orang politik yang cuba mengelak dengan kenyataan untuk tidak mahu perpanjangkan isu ini.
Hujah dan perdebatan ini jika tidak dihurai dan rungkai secara intelektual dan bijaksanana ia akan sekali lagi menampilkan kekolotan dan tidak bertamadun Jabatan Agama Islam, Menteri Agama Jamil Khir Baharum, perundangan Syariah dan Islam akan menjadi bahan lucu secara keseluruhan.
Apapun hujah logik akal, persepakatan konvenyen dan resolusi antarabangsa masakini tidak boleh dibuat perbandingan dan didebat “apple to an apple” di antara wahyu, sunnah, hadis, hukum yang termaktub di dalam Al Quran dengan hujah akal manusia yang hanya panjang sejengkal.

Thursday, December 9, 2010
Sehati Berdansa- Bukan semua rancangan realti membawa sial
Program realiti terkangkang terkoyak ,Sehati Berdansa telah mengundang satu lagi perceraian anak mantan MB Selangor Tan Sri Muhammad Taib Noor Diyana Muhammad, 26 dan Sein atau nama sebenarnya, Syed Hussein Syed Mustafa.
Mereka merupakan pasangan kelapan yang disahkan bercerai. Sebelum ini, sebanyak tujuh pasangan sudah bercerai.
Mereka ialah vokalis kumpulan Def-Gab-C, Asheed dan Sharifah Noor Shima; Atilia dan Ariff Johan Abdul Aziz serta Dira Abu Zahar dan Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd. Shahid. Tiga pasangan lain ialah penyanyi utama kumpulan OAG, Radhi dan Shazlin Sharif; pelakon Sabrina Ali dan Mohamad Shahrin Abdul Halim serta Anne Ngasri dan Abdul Wafi Hassan.
Rancangan ini ternyata gagal membawa nilai murni atau memupuk keluarga bahagia dan kemesraan pasangannya tidak realistik seperti yang mereka tonjolkan.
Walaubagaimanapun bukan semua rancangan realiti membawa sial malah rancangan realiti Imam Muda membawa "branding" yang baik sehingga ke Negara Islam luar.

Tuesday, December 7, 2010
Hangky-pangky dalam UMNO Kedah? Biar selesai Khir Toyo dahulu
Jawatan Menteri Besar Selangor tenyata jawatan berpuaka. Semuanya berakhir dengan tragis apabilagelap dengan wang ringgit dan harta dunia.
Manakala jawatan MB Kedah pula kerap berakhir dengan konspirasi seperti DS Syed Nahar Shahbudin berakhir dengan isu MONTOYA DELMONTE sehingga beliau terpaksa melepaskan jawatan MB.
MR tidak mahu cerita penuh apa itu MONTOYA DELMONTE kerana yang lepas biar ia berlalu dihembus angin petang, mungkin generasi lama tahu akan apa itu insiden tersebut.
Isu terbaru ini kena tanya Tok Senawi.
http://toksenawi.blogspot.com/2010/12/benarkah-ada-hangky-pangky-dalam-umno.html

Monday, December 6, 2010
SELAMAT TINGGAL DATUK SERI S. SAMY VELLU.
"Yang ditunggu sudah tiba" Itulah ungkapan dari rakan MR dalam telefon tadi semasa teruja memberitahu bahawa Datuk Seri S.Samy Vellu telah secara resmi melepaskan jawatannya sebagai Presiden MIC dan menyerahkan kepada Timbalannya Datuk G.Palanivel manakala Datuk S. Subramaniam sebagai Timbalan Presiden.
Seharusnya masyarakat India Negara ini tidak merayakan atau berwail-wail-wail berhubung pengunduran DS S.Samy Vellu kerana beliau bukannya dewa untuk kekal selama-lamanya sebagai Presiden MIC.
Samy Vellu akhirnya sedar bahawa kuasa ini berada di tangan rakyat. Kaum India negara ini juga seharusnya sedar bahawa suara mereka sudah didengar dan mereka seharusnya kembali menyokong MIC dan menguburkan Hindraf yang tidak mampu membawa apa-apa harapan kepada mereka. Hanyalah nyanyian-nyanyian kosong yang hanya sedap didengar seperti dalam filem Tamil tetapi realitinya tidak ada.
Usahlah membazir masa menunggu wang pampasan RM1juta seorang daripada Kerajaan Inggeris seperti yang dijanjikan oleh pemimpin Hindraf itu, kerana hakikatnya ia adalah janji pemimpin berlidah biawak yang sanggup berbohong untuk mengutip dana bagi kepentingan peribadi mereka.
Realitinya, mereka harus bersatu berjuang bersama MIC kerana bukan sahaja perjuangan MIC telah terbukti menaikkan kaum mereka tetapi telah memerdekakan mereka dari taraf paria kepada taraf Datuk, Tan Seri dan Tun. Hasil perjuangan MIC juga mereka sudah ada bandar sendiri, LittleIndia di Brickfield sama seperti China Town di New York dan Canada.
Kepada DS S.Samy Vellu, MR mengucapkan SELAMAT BERSARA DARI DUNIA POLITIK dan isikanlah persaraan tuan dengan aktiviti-avtiviti yang tuan suka dan tidak dapat melakukannya dahulu.
Paling utama dan penting jangan pula tuan komen atau mengeritik successor tuan seperti Tunku mengeritik Che Det, Che Det mengeritik Pak Lah/ Najib dan Lim Kheng Yaik mengeritik Khoh Tsu Khoon. Rehat lah sepuas-puas hati tuan.

Sunday, December 5, 2010
Langkawi dan Che Det, Che Det dan Langkawi
Mahathir membonceng motorsikal ketika meninjau pembangunan di Langkawi, pada 1994 - Gambar Potret Mahathir |
Ternyata kerajaan negeri Pulau Pinang lemah untuk mengambil sebarang usaha dan initiatif di dalam mengekalkan prestasi Pulau Pinang sebagai pulau pelancungan yang unggul di rantau ini.
Manakala kemasukan pelancung ke Langkawi yang berjumlah 4 juta pada tahun lepas langsung tidak memabawa apa-apa menafaat kepada tanah besar Kedah. Tidak ada usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri untuk membawa masuk pelancung dari Pulau Langkawi ke Kedah amnya atau Alor Setar khasnya.
Pelancung hanya berlegar-legar dan berbelanja di Langkawi, bandaraya Alor Setar hanyalah sebuah bandar yang muram, boring dan sunyi sepi.
Berita yang terbaru dan pasti hebat ialah Tun Dr Mahathir Mohamad telah bersetuju menerima pelantikan sebagai penaung Ekspo Pelancongan Malaysia (MTEX) untuk tempoh tiga tahun bermula tahun depan.
MTEX 2011 yang akan diadakan selama lima hari bermula 23 Mei depan di Dewan Pameran Antarabangsa Mahsuri Langkawi, Padang Matsirat ternyata akan mendapat sentuhan emas dari mantan PM, Che Det.
Hakikatnya pembangunan Langkawi tidak dapat elak dari sentuhan Che Det dan Che Det juga begitu sentimental dengan pembangunan Langkawi.
Pengaruh dan kuasa jurujual Che Det masih diperlukan supaya Langkawi tidak kembali menjadi padang jarak padang terkukur dan tidak berselerak lagi tersungkur.
Mana-mana juga PM yang cuba mengabaikan dan menidakkan usaha pembangunan di Langkawi semasa Tun M masih ada mereka akan tersungkur. Ini juga merupakan satu peringatan buat DS Najib supaya jangan dianaktirikan Langkawi kerana ini akan menguris hati Che Det.
Untuk makluman, ketika MR bersama-sama Che Det membuat liputan pembangunan Langkawi dahulu, MR kagum dengan Che Det apabila hampir setiap inci, jumlah pokok, ceruk dan denai di Langkawi dan 99 pulau-pulau berhampiran diambil tahu oleh Che Det.
Salah seorang Pengarah sebuah agensi Kerajaan pernah dilenting oleh Che Det kerana menggondol bukit dan pokok-pokok ditebang sehingga botak tanpa dimaklum pada beliau. Beliau juga pernah menegur apabila air laut di gigi pantai Teluk Datai menjadi merah kerana pembangunan padang golf di situ.
Di dalam salah satu ucapannya beliau pernah berkata “Rakyat Langkawi bukan sahaja mendapat durian runtuh tetapi dengan pokok-pokok durian juga runtuh sekali”.
Itulah Che Det dan Langkawi dan Langkawi masih memerlukan Che Det.
Thursday, December 2, 2010
Kedah tuntut kembali Pulau Pinang, patut dibawa ke tribunal antarabangsa
Pic - NST |
Menurut Datuk Wan Shamsudin, usaha itu lebih penting berbanding dengan menuntut bayaran royalti RM10,000 setahun dinaikkan.
"Setelah merdeka pada 1957, Pulau Pinang yang dijajah sepatutnya dikembalikan kepada Kedah sepertimana Dinding dan Pangkor dikembalikan kepada Perak.
"Sultan Kedah ada hak terhadap Pulau Pinang dan bayaran royalti yang dibuat setiap tahun hingga kini menunjukkan bahawa Pulau Pinang masih kepunyaan negeri ini," katanya.
Beliau berkata, perjanjian pada 1786 yang dibuat dengan pihak Inggeris itu adalah disebabkan keperluan ekonomi dan pertahanan, kerana pada ketika itu Kedah diancam oleh pihak Siam.
Menyingkap Sejarah - Syarikat Hindia Timur sedang mencari sebuah tempat yang sesuai di Selat Melaka untuk dijadikan pelabuhan persinggahan bagi kapal-kapalnya yang belayar jauh di antara India dan China. Mereka juga mencari sebuah pelabuhan yang dapat menggantikan Melaka, yang pada ketika itu merupakan sebuah jajahan Belanda, sebagai pusat perdagangan bagi Tanah Melayu. Justeru, Syarikat tersebut telah memilih Kedah sebagai pengkalan di perairan Tanah Melayu.
Pada tahun 1785, Syarikat ini telah mendapatkan persetujuan daripada Sultan Kedah di mana pihak Syarikat dibenarkan untuk menduduki Pulau Pinang dengan syarat mereka membayar sewa tahunan dan membantu menentang musuh-musuh Sultan terutamanya pihak Siam di utara dan pihak Bugis di Selangor.
Kapten Francis Light telah dilantik Pesuruhjaya di Pulau Pinang apabila Syarikat Hindia Timur mengambil alih pulau itu secara rasmi pada 11 Ogos 1786. Pulau Pinang telah dijadikan sebagai jajahan takluk Benggala dan berada di bawah penguasaan Gabenor di Kalkatta. Tidak lama kemudian, Pulau Pinang telah menjadi sebuah pertempatan yang sibuk apabila pedagang-pedagang China dan India melihat kelebihannya untuk berhijrah ke sini kerana ia merupakan sebuah pelabuhan bebas dan tidak mengenakan cukai yang tinggi.
Jumlah penduduknya meningkat dari 1,000 orang pada tahun 1788 kepada 12,000 orang pada tahun 1804 waktu mana orang Melayu merupakan jumlah penduduk yang paling ramai diikuti dengan orang India dan orang China.
Cadangan yang dibuat oleh Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah seharusnya dipandang sirius oleh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.
Kerajaan Kedah seharus mengambil initiatif ini untuk membawa tuntutan ini kepada tribunal antarabangsa agar Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah secara berdaulat.
SYABAS YBHG DATUK DR WAN SHAMSUDIN WAN MOHD YUSUF!
Wednesday, December 1, 2010
Saat-saat sukar bagi DS Najib, satu bulan seperti satu tahun
Apabila DS Najib menyatakan penyusunan semula jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri akan diumumkan sebelum akhir tahun ini rasanya seperti begitu lama sangat pada hal hari ini sudah masuk bulan December dan hujung bulan ini adalah hujung tahun 2010.
Kata Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memerlukan masa untuk berjumpa dan berunding dengan beberapa pemimpin di peringkat negeri.
Hakikatnya di negeri-negeri UMNO berhadapan gawat kuasa itu lah yang sukar bagi Najib untuk umumkan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri.
Bagi mereka yang sedang terloncat-loncat macam kera kerana tergila-gilakan jawatan itu, satu bulan seperti satu tahun begitu lambatnya. Kuncu-kuncu yang lebih camca dari bubur di sekeling mereka seperti cacing kerawit kepanasan kesana-kemari bercatur untuk Tauke mereka. Kalau Tauke dilantik mereka senang jalan mendabik dada hidung tinggi bak seludang.
Menurut rakan dari Kedah semalam, rupa-rupanya ramai yang dok “qayan” (loghat Kedah yang bermakna Mimpi/ Fantasi”) untuk jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri. Mana tidaknya jika dilantik menjadi PPUNK mereka automatik bakal menjadi MB kelak “kalau-kalau-kalau” BN kembali perintah Kedah.
Yang sebenarnya yang dok qayan nak jadi PPUNK itu pun tak tentu lagi nak jadi MB kerana yang depa dok qayan nak jadi MB pun tak tentu lagi BN dan UMNO akan kembali memerintah Kedah.
Apapun tidak salah mereka nak qayan hanya takut kalau tinggi sangat qayan mereka, jika tidak dipilih muka mereka jadi seperti tempayan dan bila sampai PRU13 mereka akan sabotaj rakan-rakan.
Biarkan qayan tinggal qayan dan DS Najib jangan dok layan.
Visual ini hanya hiasan sahaja. |