Monday, December 31, 2012

INILAH AKIBATNYA APABILA RUMPUT BERGOYANG

Dua banglo, masing-masing milik Anggota Parlimen Setiawangsa Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan Duta Khas Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis, yang terletak di Puncak Setiawangsa berkemungkinan akan dirobohkan bagi memberi ruang zon penampan antara tebing runtuh dan rumah-rumah berhampiran.
Inilah akibatnya bila alam berbicara atas kehendak Allah SWT. Kata penyanyi Ebiet G Adie
“mengapa di tanahku terjadi bencana?" Jawabnya - Mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita, yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita. Coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang.
Jangan pandang kecil rumput yang bergoyang. Kerana apabila rumput yang kerdil itu bergoyang ini menandakan akan berlaku keruntuhan tanah yang besar tidak kira siapa tuan ampunya mahligai yang mewah itu.

Friday, December 28, 2012

TAHNIAH! APEK DAH SAH CENGKAM BOLA.

mStar
Dengan sekali lafaz, penjaga gol pasukan bola sepak kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat, 23, atau Apek sah bergelar suami kepada wanita pilihannya, Nur Eilunie Natasha Jaafar, 21. 
Pasangan ini telah dinikahkan oleh Imam Mukim Pasir Pekan, Ustaz Ab Ghani Ab Talib di kediaman keluarga Leuniey di Pasir Pekan, di sini, kira-kira pukul 10 pagi Jumaat. 
Apek yang mengenakan persalinan baju Melayu berona putih krim itu berkata, dia bersyukur apabila segala perancangan majlis mereka berjalan dengan lancar dan menganggap perkahwinan itu sebagai tanda berakhirnya kontroversi yang membabitkannya dengan Leuniey. 
"Alhamdulillah syukur apabila majlis ini berjalan dengan lancar. (mStar Online) 

KOMEN: 
Tahniah! Sudah terbukti kecekapan Apek secara sah mengcengkam bola. Semoga akan hilang segala kontroversi yang telah melanda penjaga gol utama negara ini.
Dan harap-harap selepas ini Apek kembali cekap beraksi menangkap bola di padang pula.

KENALKAH KITA SIAPA DALAM PAKATAN KITA?

Sambutan Hari Krismas Lim Guan Eng membangkitkan semula isu kalimah ALLAH dengan mendesak supaya Kerajaan Pusat membenarkan perkataan ALLAH digunakan dalam kitab Bible bahasa Melayu. 
Kenyataan provokasi ini telah melondehkan Lim Guan Eng dan DAP yang merupakan wakil Yahudi dan Nasrani untuk mememecah belahkan sesama umat Islam Negara ini. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 120 : 
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” (Al-Baqarah: 120). 
Kenyataan LGE ini merupakan batu api yang jelas, musuh kepada Islam dan tidak sepatutnya di bawa dalam pakatan untuk memberi walaupun satu kerusi memerintah negara yang majoriti umat Islam ini. 
Parti-parti politik Melayu dan Islam yang bersekongkol dengan mereka ini harus sedar dengan siapa mereka berpakat. 
Hakikatnya LGE dan DAP bukan lagi musuh di dalam selimut. Jika dibiarkan demokrasi dalam negara ini akan meratah umat Islam sedikit demi sedikit.

Wednesday, December 19, 2012

MELAYU HARUS MEREBUT LAYANAN ISTIMEWA DALAM DAP

Pepatah Inggeris ada mengatakan “New Broom Sweeps Clean” yang membawa maksud ‘Someone who is new in a particular job will do a very good job at first, to prove how competent he or she is’. 
Jika diterjemahkan ke bahasa Melayu “Penyapu Baru Cuci Calat” yang membawa maksud ‘Seseorang yang baru dalam jawatan tertentu akan melakukan kerja yang sangat baik pada mulanya, untuk membuktikan kompetensinya’. 
Begitu jugalah jika pepatah ini dikaitkan dengan kenyataan Senator DAP Dr Ariffin S M Omar bahawa rasuah berpunca daripada monopoli kaum Melayu dalam perkhidmatan awam. 
Beliau yang baru menyertai DAP pada tahun 2011 dilantik sebagai Senator dan baru-baru ini dilantik sebagai jawatankuasa tertinggi CEC DAP gediknya lain macam seperti penyapu baru menyapu orang Melayu untuk mengambil hati kaum Cina DAP supaya mendapat tempat di dalam DAP. 
Beliau terpaksa menari rentak DAP untuk membuktikan Melayu di dalam DAP mempunyai sifat chuvanis yang kuat malah lebih kuat dari kaum Cina DAP sendiri supaya mendapat tepukan yang gemuruh di kalangan kaum Cina DAP. 
Berhubung dengan kenyataan beliau yang merumuskan bahawa penjawat-penjawat awam Melayu kaki makan rasuah dan mudah dibeli dilihat menguris perasaan kaumMelayu dalam negara ini
Jika ini ‘finding’ beliau maka tidak hairanlah beliau juga Melayu yang telah termakan umpan rasuah DAP dengan tawaran jawatan Senator. 
Jika demikian, Melayu dalam DAP pun bukan setakat kaki sapu rasuah tetapi yang lebih hina lagi mereka telah ‘melacurkan’ bangsa dan agama Islam kerana sudah termakan janji-janji bulan dan bintang yang tidak akan menjadi kenyataan. 
Dr Ariffin harus boleh membaca bahawa Melayu-Melayu di dalam DAP tidak akan bertahan lama, mereka ibarat kuda lumba yang akan ditembak bila sudah tidak bertenaga.
Kita lihat berapa lama Dr Ariffin akan bertahan di dalam DAP.

Tuesday, December 18, 2012

PANAS! ZAM MAIDIN: APA DAH JADI?.

Article On Habibie Was Improper And Unethical, Says Yudhoyono 
By Ahmad Fuad Yahya 
JAKARTA,Dec 18 (Bernama)--Indonesian President Susilo Bambang Yudhoyono said the article written by former Malaysian Information Minister, Tan Sri Zainuddin Maidin on Indonesia's third President BJ Habibie, was improper and unethical. 
The article, he said could jeopardize the good ties between Indonesia and Malaysia.
"We have worked it out, the foreign minister will take diplomatic notes both here and in Kuala Lumpur," Yudhoyono was quoted by Antara news agency as published by English daily The Jakarta Post, Tuesday.
Yudhoyono who is leaving on Tuesday for Malaysia to attend the annual consultation, the highest forum in Malaysia-Indonesia in bilateral ties, said Indonesia would raise the issues of mutual respect and tolerance during the meeting, so that similar incidents would not recur to obstruct friendship between both countries.Zainuddin's article is considered by many in Indonesia as offensive toward Habibie.
Meanwhile,Presidential spokesman Teuku Faizasyah said the president would also raise priority issues including protection for Indonesians working in Malaysia, the boundary, trade and investment at the meeting.
Yudhoyono will have a private, face-to-face meeting with Malaysian Prime Minister Datuk Seri Najib Razak before leading the Indonesian delegation at the ninth annual consultations. Universiti Utara Malaysia is scheduled to confer the president with an honorary Doctor of Philosophy in Leadership of Peace.
-- BERNAMA 
Pepatah Melayu pernah mengatakan "Kerana Pulut Santan Binasa, Kerana Mulut Badan Binasa".
Kebebasan menulis, kebebasan bersuara, kebebasan berekpresi semua ini bukan satu tiket sebagai hak kebebasan yang mutlak.
Apabila kita bersara sebagai Penghulu kita akan digelar Bekas Penghulu. Apabila kita bersara sebagai Guru kita akan bergelar Bekas Guru. Apabila kita bersara sebagai Imam kita akan bergelar sebagai Bekas Imam. Begitu juga apabila kita besara sebagai Menteri kita akan bergelar sebagai Bekas Menteri.
Semua gelaran bekas-bekas ini adalah penghormatan masyarakat kepada kita. Masyarakat menghormati seolah- seolah kita adalah graduan yang berjaya dari jawatan itu.
Seharusnya gelaran bekas-bekas ini dipikul dengan penuh amanah, berhemah, sopan-santun dan bertanggung jawab. Tidak kelolo atau loklux.
MU PIKIORRRR LE SENDIRI..... 

Monday, December 17, 2012

SIAPA YANG LAYAK MENJADI KARYAWAN TAMU INSTITUT PEMIKIRAN MAHATHIR?

MR ada menerima email dari seorang komentar yang menggelarkan dirinya Cik Gu Pencen yang menyelar tulisan Zam Maidin. Berikut tulisan beliau:

Salam Mummy Rokiah, 
Saya harap dapat Mummy Rokiah siarkan email saya ini dalam blog Puan jika tidak keberatan. Saya yakin tulisan saya ini tidak akan disiarkan jika dihantar ke blog zamkata.blogspot.com kerana beberapa komen saya telah ditapis oleh blog tersebut. 

Saya meneliti tulisan terperinci Dr Paridah Abdul Samad dan Ahmad Mujahir berhubung kontroversi tulisan Zainudin Maidin (Zam) di dalam blognya menghetam bekas Presiden Indonesia BJ Habibi.
Habibi dipersamakan dengan Anwar Ibrahim sebagai “Dog Of Imperialism” atau anjing penjajah berikutan BJ Habibi menerima jemputan Anwar Ibrahim berucap di UNISEL.

Setelah meneliti saya dapati banyak tulisan Zam yang tidak tepat dengan apa yang terjadi. ‘Reading’ Zam sungguh bercanggah dengan fakta yang sebenar. Ramai rakan sejarahwan yang geleng kepala dengan tulisan Zam. 

Mungkin Zam terlalu berpolitik sehingga Zam yang menerima anugerah tinggi Tokoh Wartawan Negara dan sekarang sebagai Karyawan Tamu Institut Pemikiran Mahathir Universiti Utara Malaysia (UUM)dikecam begitu dahsyat oleh ilmuan yang lebih tahu tentang sejarah Indonesia.

Zam seharusnya berhati-hati dan tidak menulis perkara tanpa kajian mendalam khususnya isu-isu yang menyentuh perhubungan negara serumpun. 

Institut Pemikiran Mahathir di UUM menjadi gah dan hebat kerana memakai nama Tun Mahathir seorang tokoh negarawan terbilang khasnya di dunia Islam dan dunia ketiga. Institut ini harus menjulang nama baik Mahathir dan tidak melantik sebarang karyawan tanpa kredibiliti dan bukti kesarjanaan. Waima bekas menteri sekali pun. 

Keilmuan dan keintelektualan harus dipelihara kerana dunia intelektual luar akan melihat setiap karyawan yang dilantik itu setidak-tidaknya standing dengan pemikiran Tun Mahathir. Jika ini gagal ia akan mencemarkan nama Institut dan yang lebih besar ialah nama Tun Mahathir sendiri. 

Semoga UUM betul-betul melantik mereka yang berwibawa dan tdak menjadikan Institut Pemikiran Mahathir hanya untuk mengampu Mahathir di mana saya yakin Tun M pun tidak suka cara sebegini. -Cik Gu Pencen 

Saturday, December 15, 2012

DIHARAPKAN 'BIOGRAFI ROSMAH' AKAN MENJADI ASET BUKAN LIABILITIES

Buku biografi tentang isteri PM baru sahaja dilancarkan. Biografi Rosmah Mansor. Belum pun habis tempoh satu penggal Najib menjadi PM isteri beliau telah mampu mengumpul banyak bahan untuk melahirkan sebuah biografi. 
Seorang Timbalan Menteri yang masih di dalam Kerajaan telah menjadi penasihat penerbitan biografi tersebut. Ahmad Maslan mungkin menasihat supaya biografi mesti dilancarkan segera sebelum PRU13 pada bulan Februari.
Biografi Rosmah Mansor yang nipisnya 164 muka surat dikira sekadar biografi santai sebaris buku-buku novel yang bersepah di pasaran. 
Jika dibandingkan dengan ketebalannya dan harganya RM154/- ia dikira sedikit mahal. Kelazimannya biografi ‘rich and famous’ sangat tebal kerana garapan bahan yang sarat dari asal usul keturunan sehingga kepada hari tua.
Memandangkan Najib masih baru sebagai PM banyak perkara khasnya ‘the true confession’ mungkin tidak dituliskan di dalam biografi ini kerana dibimbangi fakta-fakta tersebut akan menjadi bahan kepada pembangkang untuk menembak Najib.
Seperti kenyataan Ahmad Maslan beliau berharap biografi ini dapat memberi gambaran sebenar mengenai Rosmah dan menangkis pelbagai tohmahan yang dilemparkan terhadap beliau. Dalam erti kata lain biarlah isteri PM menjadi aset bukannya liabilities kepada parti yang memerintah atau jadilah 'winnable wife'.
Persoalannya teruk sangatkah tohmahan yang dilemparkan sehingga terpaksa diterbitkan biografi yang dijual dengan harga yang agak mahal. 
Sama-sama lah kita tunggu apa ceritanya yang ditulis oleh Siti Rohayah Attan dan Noraini Abdul Razak apabila diedarkan ada Januari nanti. Jeng, jeng, jeng….

ZAM MAIDIN MENULIS KERANA PEMBONJOLAN ANGIN MALAM

Tulisan Dr Paridah Abd Samad bekas pensyarah UiTM dan UIAM dalam Utusan Malaysia 15/12/2012 (klik di sini) telah menyanggah tulisan Zam 10/12/2012 yang menyamakan BJ Habibie dengan Anwar Ibrahim dengan melabelkan mereka sebagai 'The Dog Of Imperialism’
Kupasan Dr Paridah telah menjelaskan cabaran sebenar 17 bulan BJ Habibie menjadi Presiden Indonesia. 
Dr Paridah menulis Selepas sahaja mengangkat sumpah sebagai Presiden Indonesia, kenyataan beliau yang paling tidak disenangi oleh kaum minoriti Cina Indonesia ialah, "sesuatu yang tidak dapat diterima akal, apabila minoriti Cina Indonesia yang hanya empat peratus telah menguasai hampir 80 peratus ekonomi Indonesia."  
Itulah permulaan nasib buruk Habibie, apabila golongan ini yang bukan sahaja menguasai ekonomi, juga media telah berjaya merendahkan/memburukkan kredibiliti Habibie bukan sahaja dalam kalangan rakyat Indonesia juga dalam kalangan masyarakat antarabangsa. Habibie terpaksa mengetepikan mega projek yang berkaitan pembangunan teknologi dengan memberi keutamaan kepada kebajikan rakyat jelata yang terdiri daripada kalangan pribumi yang beragama Islam. 
“Zam seharusnya sedar bahawa selepas terjadinya rusuhan, golongan minoriti Cina Indonesia menjadi sasaran serangan rusuhan kerana kaum pribumi merasakan mereka ditindas dan dieksploitasi oleh golongan ini. Mereka terpaksa lari keluar negara dengan membawa wangnya sekali ke negara-negara Barat dan banyak juga yang mengalir ke Singapura. Hal ini telah membawa padah kepada ekonomi Indonesia, nilai rupiah jatuh daripada Rp3,000 ke paras Rp16,000 untuk AS$1. 
Habibie berjaya menstabilkan dan menaikkan nilai wang rupiah ke paras Rp6,000 bersamaan AS$1 seperti yang dicatatkan pada akhir era pemerintahan beliau selama 17 bulan. 
Oleh sebab media-media utama di Indonesia dimiliki dan kuasai oleh korporat minoriti Cina Indonesia dan pribumi yang beragama Kristian, kredibiliti Habibie sebagai Presiden Indonesia dipersoalkan. Mereka mahukan pemimpin seperti Megawati, ketua parti PDI-P (Parti Demokratik Indonesia - Perjuangan). Parti ini mewakili puak nasionalis dan Kristian, dan mendapat sokongan kewangan daripada korporat minoriti Cina Indonesia. 
 Gus Dur menjadi Presiden Indonesia, adalah suatu kompromi antara parti-parti Islam dan mendapat sokongan daripada golongan nasionalis dan pribumi bukan Islam. Zam mungkin sedar bahawa Gus Durlah yang banyak mempunyai persamaan dengan beberapa pemimpin PKR. Beliau ialah ulama yang mengetuai suatu pertubuhan Islam yang besar dan berpengaruh - Nadhlatul Ulama (NU). 
Beliau pernah menubuhkan Forum Demokrasi (Fordem) untuk mencabar kehadiran ICMI, yang diketuai oleh Habibie. Fordem terdiri daripada golongan intelek Indonesia berbagai-bagai agama. Walaupun hampir buta, Presiden seperti ini yang dikehendaki oleh golongan minoriti Cina Indonesia dan masyarakat antarabangsa. Kepercayaan Gus Dur kepada sekularisme menyebabkan beliau mendapat sokongan padu daripada penduduk Indonesia yang bukan beragama Islam.” 
Kupasan Dr Paridah jelas menunjukkan bahawa Zam tidak membuat kerja rumah yang rapi. Zam menulis dengan tergopoh-gapah. 
Malah yang lebih ketara dalam hal ini Zam juga terperangkap dalam sangkar media-media utama di Indonesia dimiliki dan kuasai oleh korporat minoriti Cina Indonesia dan pribumi yang beragama Kristian, anti Habibie sebagai Presiden Indonesia’. 
Kata seorang bekas wartawan seumur hidup “Zam suka menulis jika ada terbonjol idea di fikiran adakalanya pembonjolan itu kerana angin malam”.

'WARLORDS' UMNO DI KEDAH SEDANG ASAH PARANG, CANGKUL DAN TOMBAK

“Warlords” di dalam UMNO ibarat tunggul-tunggul gerigis. Tunggul-tunggul adalah perdu pokok yang telah ditebang dan meninggalkan gigi-gigi tajam di permukaan yang dipanggil gerigis. Tunggul-tunggul yang bergerigis ini seringkali menyekat akar-akar muda untuk menjalar. 
Naib Presiden UMNO Zahid Hamidi apabila ditanya tentang ‘warlords’di dalam UMNO yang tidak memberi ruang kepada muka-muka baru (rujuk klik sini UM 14/12/2012) juga tidak menjawab dengan tepat berhubung penyakit ini. 
Menurut pendedahan kaji selidik yang dijalankan oleh The Asia Foundation, didapati 58% majoriti belia yang berumur 17-35 menyokong BN dan positif bahawa Kerajaan hari ini adalah terbaik. 
Jika tunggul-tunggul gerigis ini masih betunjang dan dilayan seperti VIP oleh pemimpin atasan bermakna generasi ini tidak akan berpeluang menduduki jawatan utama di dalam UMNO Bahagian. 
Umpamanya di negeri yang BN kalah Kedah telah terdengar bunyi-bunyi bahawa ‘warlords’ ini sedang mengasah parang, cangkul dan tombak untuk menyelinap mana-mana calun baru khususnya jika calun itu bukan ketua bahagian. 
"Tidak dapat kepala telinga depa pulas" kata seorang pemerhati politik.

Wednesday, December 12, 2012

SUDAH SEMBUHKAH UMNO PULAU PINANG?

Ramai pemerhati politik melihat lawatan PM ke Pulau Pinang baru-baru ini adalah untuk menyuntik penawar kepada penyakit yang di kira sukar disembuh. 
Sejauh mana ramuannya berkesan juga sukar diramal kerana penyakit dalam politik sangat kronik tetapi tidaklah sekronik sakit mental, gila atau sasau. 
Sebenarnya bukan perkara baru di dalam sesetengah bahagian UMNO di PP yang mengamalkan kawalan kuasa terhad kepada suku sakat dan sepupu sepapat. 
Kuasanya berlegar-legar dan berpusat di kalangan keluarga mereka sahaja seperti bahagian Bukit Bendera. Siapa yang tidak kenal dengan Ahmad Ismail? Ahmad Ismail Bukit Bendera, Bukit Bendera Ahmad Ismail. Tidak ubah seperti sinonimnya Nasi Kandar dengan Pulau Pinang. 
Semasa UMNO gagah di Pualau Pinang dahulu amalan ini dianggap kebiasaan dan pandai berpolitik tetapi apabila UMNO tersungkur amalan ini seharusnya dikuburkan.
Dahulu mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Bukit Bendera seperti mesyuarat keluarga tetapi sejak akhir-akhir ini telah ada di kalangan anak-anak muda yang sedar dan berani bangun mengangkat muka untuk bersuara. 
Amalan penguasaan kuasa berpusat sebegini memang sukar untuk golongan professional mendekati UMNO. Maka tidak hairanlah seperti kenyataan Tun M bahawa ramai professional yang masuk parti pembangkang apabila pintu UMNO ditutup kerana amalan ini. 
Hakikatnya, mengUMNOkan budaya Mamak, Mamu, Mami, Nana, Jee, Ba sudah tidak mendapat tempat lagi dalam dunia Google, Facebook dan Twitter.

ZAM MAIDIN: TAK DAK PENYAKIT CARI PENYAKIT

Zam berbatik Indonesia
Zam Maidin nampaknya cari penyakit. Postingnya yang bertajuk “PERWATAKAN SAMA, TUGAS SAMA DAN NASIB PUN SAMA” di dalam blognya Zamkata Blog telah menadapat kecaman hebat di kalangan penyokong Anwar Ibrahim dan Metro News Indonesia. 
Metro News pada perenggan pertama beritanya menyiarkan “Wakil Ketua DPR Priyo Budi Santoso geram dengan pernyataan mantan Menteri Penerangan Malaysia Zainuddin Maidin kepada mantan Presiden BJ Habibie. Ia bahkan memastikan pernyataan Zainuddin yang menyebutkan Habibie anjing penjajah akan membuat hubungan Jakarta-Kuala Lumpur memanas” Klik Metro News
Di dalam situasi kerapuhan perhubungan Malaysia-Indonesia seharusnya Zam tidak menyentuh sensitiviti mana-mana tokoh. Membaca blognya mungkin pada awal dilihat sasaran serangannya ialah Anwar Ibrahim tetapi sebaliknya ia telah ‘back fired’
Kenyataan Zam pasti akan digunakan pihak-pihak tertentu untuk mengeruhkan lagi suasana perhubungan Malaysia-Indonesia. Semoga tidak sampai kepada campur tangan Wisma Putra.

Tuesday, December 11, 2012

SABOTAJ, KUAT SANGATKAH KUASA KETUA BAHAGIAN?

Sabotaj. Tajuk ini menjadi perbualan hangat selepas Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang berakhir pada hari Sabtu, 1 Disember 2012. Tajuk ini juga menjadi bekalan pulang perwakilan ke kawasan masing-masing. 
Titisan air mata dan semangat yang jenuh para perwakilan semasa perhimpunan agung bukan jaminan ianya akan berterusan sehingga ke pilihanraya umum nanti, kerana bila-bila masa semangat ini boleh luntur dan bertukar menjadi sebaliknya. 
Ini mungkin berpunca apabila ketua bahagian mereka yang kerap turun makan kenduri di kampung selama ini tidak dilantik sebagai calun YB dalam PRU-13 nanti. Mereka hanya menilai kewibawaan ketua bahagian berdasarkan kekerapan turun kenduri, ziarah jenazah, menganjur rombongan, selalu melepok bersama mereka walaupun yang sebenarnya ketua bahagian itu tidak mendapat tempat di hati pengundi atas pagar. 
Realiti politik akar umbi, ketua bahagian merupakan individu yang berpengaruh untuk mencorakkan dan mengadunkan selera penyokong dan ahli jawatankuasanya.
Persoalannya, sejauh mana kuat dan gagahnya pengaruh ketua bahagian ini? 
Ceritanya semua ini bermula dari pemilihan jawatankuasa bahagian bila mana berlaku jawatan ketua bahagian dicabar dan menyaksikan pertandingan biasanya dua penjuru.
Kelazimannya yang menang hanyalah dengan margin yang rendah dan yang kalah pun bukan kalah keseluruhannya. Memetik kata Tun M, ‘yang kalah bukan kalah semua dan yang menang bukan menang semua’
Sebaliknya tragedi berlaku seperti lirik lagu ABBA ‘The winner takes it all, The loser's standing small’ dan ‘The winners take it all, the loosers has to fall’. Pasukan yang menang menganggap kemenangannya, kemenangan yang mutlak dan mendabik dada berkuasa sebagai ketua bahagian, manakala yang kalah disisih secara terancang kerana bimbang akan pengaruhnya kelak kembali dimakan. 
Segala aktiviti parti terus meminggir yang kalah. Malah yang lebih mendukacitakan penyokong-penyokong yang kalah juga akan menerima padah yang sama. Kalau mengikut hati nya dan pembodeknya biar yang kalah itu menjadi abu atau dalam istilah utara ‘menjadi kupang tembaga’
Meminjam bidalan Melayu di dalam buku kecil ‘Budi Bahasa Budaya Kita’ terbitan KPKK, ‘Biduk berlalu kiambang bertaut’. ‘Carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga’ ini semua tidak berlaku. Ungkapan hanya sedap didengar tetapi tidak diamalkan. 
Sebaliknya apa yang terjadi ialah biduk telah lama berlalu kiambang masih belum bertaut dan bulu-bulu ayam yang carik menjadi perca, perbalahan dalaman lebih hebat dari pertembungan dengan parti lawan sehingga lah terbawa-bawa ke musim pilihanraya. 
Kuasa ketua bahagian juga bukan alang kepalang. Di negeri-negeri yang diperintah pembangkang ketua bahagian secara automatik dilantik oleh Kerajaan Persekutuan sebagai Penyelaras Parlimen. Mereka bertanggung jawab mengagih-agihkan peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada akar umbi. 
Di kalangan ketua-ketua bahagian yang bercita-cita besar untuk menjadi calun, kuasa ini diguna pakai bukan untuk menguatkan parti sebaliknya peruntukan ini seperti lesen bagi menguatkan pengaruh peribadi mereka di kawasan. 
Dan yang mengeciwakan pesaing yang kalah tadi hanya melopong meleleh air lior menjadi kera sumbang kerana dilupakan. Beliau seperti menerima hukuman di mana segala peruntukkan hanya setakat diberi hidu baunya. 
Di dalam wawancara Chamil Wariya dengan Dato’ Seri Najib disedut dari buku Pandangan Politik Era Mahathir pada tahun 1987. Najib ditanya tentang pandangan beliau berhubung orang politik apabila tidak berkuasa lagi mereka tidak akan dikerumuni lagi. “Dalam UMNO terdapat politik of patronage. Bukan ideologi atau idealism tetapi politik of patronage merupakan akar tunjang, falsafah, kalau hendak dikatakan falsafah orang Melayu. Selagi kita boleh tabur budi, kita ada pengaruh. Ini satu kenyataan” Jawab Najib. 
“Apabila ada jawatan orang akan berkerumun, bila sudah tidak ada, dia akan mencari pokok yang baru. Ini akan berlaku kepada setiap ahli politik. Jadi, kita mesti mengingatkan diri kita perkara ini.” Najib berpendapat di dalam politik jangan sangat diharap budi orang kelak akan kecewa. 
Baru semalam MR sudah dengar ada ketua bahagian sudah stop buat sementara waktu sebarang aktiviti di bahagian kerana menunggu siapa akan dicalunkan. 

Friday, December 7, 2012

MAHATHIR SUDAH LUPA.

Dalam dunia ini hanya ada dua orang pemimpin yang telah turun takhta tetapi masih berkuasa. Seorangnya ialah Lee Kuan Yew di Singapura dan seorang lagi ialah Mahathir Mohamad di Malaysia. 
Hari ini Mahathir bersuara menyokong Barisan Nasional seperti tidak kering air lior. Beliau terlupa bahawa jantungnya pernah dipintas di IJN. Beliau terlupa bahawa ‘harware’nya sudah lanjut cuma minda ‘softwarenya’ masih cerdas. 
Malah yang perdananya ialah beliau terlupa bahawa sebaik turun dari jawatan beliau pernah berulang-ulang kali menyatakan tidak mahu bercakap politik, terlibat politik apa lagi mencampuri urusan Kerajaan. 
Mahathir kini seperti diberi tenaga baru untuk betul-betul mahu BN dan Najib meneruskan kepimpinan negara setelah beliau sendiri meruntuhkan Abdullah Hj Ahmad Badawi sehingga beliau merajuk membawa hati luka dan lara keluar dari UMNO. 
Marahnya hanya kepada Abdullah Badawi tetapi beliau tidak marah kepada parti. Sebaik Najib mengambil alih kuasa sebagai PM dan Presiden UMNO beliau terus mengisi borang baru masuk kembali ke dalam UMNO parti yang beliau cintai.
Cuma yang membezakan Mahathir dengan Lee Kuan Yew ialah Lee Kuan Yew tidak pernah merajuk. 
Inilah akibatnya merajuk, kerana merajuk sesiapa juga boleh bertindak di luar dugaan jika mereka disisih dan dihina.
Merajuk ibarat bara api yang meredap sedikit demi sedikit jika dibiar akan menjadi api yang menyala. 
Sekarang adalah masa yang sesuai untuk sesiapa juga merajuk khasnya kalau rajukan tergugat politik pasti Najib akan pujuk tetapi kalau merajuk selepas Pilihanraya ke 13 nanti tidak akan ada sesiapa lagi yang akan memujuk.
Mungkin mana-mana ketua-ketua bahagian UMNO yang rasa nama mereka tidak tersenarai sebagai calun mereka boleh buat-buat merajuk dengan harapan di ‘compensate’ dengan jawatan dalam GLC atau menjadi Duta Khas di mana-mana negara mengikut kelayakan masing-masing

Thursday, December 6, 2012

JALINAN PERHUBUNGAN MALAYSIA-INDONESIA. TELAH LAMA BERTAUT BIBIR DENGAN BIBIR

Oleh Dunia Tiger

Nama Ziela Jalil serta perkataan tarzan dan bogel pernah menjadi topik utama dalam dunia perfileman di Malaysia pada 1989. Ziela meneruskan tradisi pelakon Malaysia yang membintangi filem di Indonesia, dan Tarzan Rimba (atau Tarzan Raja Rimba) adalah filem yang mendapat publisiti paling meluas berbanding filem-filem usahasama Indonesia lakonan pelakon Malaysia yang lain. 
Kontroversi tercetus apabila terdapat berita atau gosip yang menyatakan bahawa terdapat adegan bogel dalam filem tersebut, walaupun sebenarnya perkara tersebut tidaklah terlalu mengejutkan kerana sememangnya filem-filem Indonesia diketahui biasa memaparkan adegan sebegitu. Tetapi apabila adegan bogel tersebut dikaitkan dengan Ziela, maka banyak pihak tertanya-tanya sejauh mana kebenarannya kerana filem tersebut telah ditapis dengan hebat di Malaysia. 
Wartawan Utusan Malaysia yang bertugas di Jakarta ketika itu iaitu Syahbudin Abdullah akhirnya tampil membuat laporan khas mengenai pengalamannya menonton pita video filem Tarzan Rimba versi tanpa tapisan di Indonesia. 
Dalam laporan bertajuk "Seluar Ziela kena koyak" itu, Syahbudin menyatakan bahawa beliau dapat menonton adegan-adegan yang tidak diluluskan untuk tayangan di pawagam (terutamanya di Malaysia), antaranya ialah adegan membuka baju yang melibatkan watak lakonan Ziela yang bernama Karina. 
Komen Syahbudin, "Memang itu bukan Ziela. Saya lihat dada wanita yang bogel itu kurang montok dari dada Ziela. Saya juga melihat ada perbezaan pada rambut". Adegan lain yang mengeksploitasi tubuh Ziela dalam filem Tarzan Rimba ialah semasa watak Ziela ditangkap oleh penjahat dan seluarnya dikoyak sehingga menampakkan seluar dalam. Komen Syahbudin lagi, "Saya ulang tayang video, dan jelas, seluar dalam dan paha yang saya nampak itu bukan milik stand-in macam yang mula tadi"
Syahbudin juga menyatakan bahawa terdapat adegan watak Ziela mandi di sebatang sungai di mana "kemeja-t Ziela basah dan melekap pada tubuh", dan paling sensasi sekali ialah adegan cium selepas watak Ziela bertemu dengan Tarzan (lakonan Barry Prima), di mana Syahbudin mengomen dalam nada lucu, "Cinta saya pada Ziela hancur berkecai, waktu melihat bibir mungil Ziela bercantum dengan bibir Barry Prima. Walaupun itu Karina, tapi yang bercantum adalah bibir Ziela"! 
Selepas pendedahan oleh wartawan Syahbudin itu, Ziela yang ketika itu berusia 19 tahun telah tampil dalam majalah URTV dan menjelaskan, "Apa lagi yang boleh Ziela katakan? Dah Ziela terangkan berulang kali, adegan-adegan berahi tu bukan lakonan Ziela tapi dilakonkan oleh pelakon stand-in". 
Kata beliau lagi, "Waktu adegan cium, perhatikan bibir pelakon perempuannya, tak sama dengan bibir Ziela. Begitu juga waktu adegan buka pakaian, tengoklah betul-betul buah dada pelakon perempuannya, tak sama dengan Ziela punya. Dia punya kecil. Ziela punya, kan dah terkenal macam Dolly Parton"! (bahan dalam arkibnegara.blogspot.com) 
NASIHAT MUMMY ROKIAH:
Berhati-hatilah artis-artis yang ingin melakunkan watak-watak dedah aurat kerana arkib negara ada. Juga khasnya mana-mana artis yang bercita-cita untuk berkahwin dengan pembesar negara kerana sejarah tetap sejarah.
Jalinan budaya serumpun Malaysia dan Indonesia tidaklah sampai bercantum bibir dengan bibir! 

Wednesday, December 5, 2012

MENJOLOK BEKAS KPN,MUSA HASSAN SEPERTI MENJOLOK SARANG TEBUAN

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bukan lah seorang yang mudah diheret ke gelanggang politik. MR pernah berbual mesra dengannya ketika diperkenalkan oleh Allahyarham Dr Rastina Majid.
Beliau seorang yang mesra dan telus dengan perinsipnya yang tersendiri. Banyak perkara yang beliau tahu tentang kecurangan politik yang orang tidak tahu. Maka tidak hairanlah jika Musa berpendirian teguh untuk tidak terlibat di dalam mana-mana parti politik.
Mungkin Musa keciwa semasa beliau menjadi KPN ada tangan-tangan ghaib politik yang terlibat dalam tugas beliau seperti isu Bersih di mana menteri juga memberi arahan sehingga pegawai bawah sukar menjalankan tugas. 
MR kira Menteri Dalam Negeri yang seringkali dilabelkan sebagai lembik dan kulai terpaksa bangun menunjukkan beliau itu keras. 
Musa harus faham Hishamuddin menerima desakkan dan tekanan hebat orang politik, NGO dan pencinta keamanan. 
Manakala Hishamuddin pulak seharusnya bijak mengimbangkan keutamaaan yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. 
Di dalam perjalan menuju PRU 13 yang sudah dekat ini adalah sangat kritikal untuk bertelagah dengan Musa Hassan, bekas KPN kerana Anwar Ibrahim and the gang musuh tradisi Musa Hassan sedang menunggu untuk menangguk di air yang keruh. 
Jangan dijolok Musa Hasan lagi takut beliau terpaksa memuntahkan perkara-perkara yang tidak elok. Sekarang adalah waktu genjatan senjata. Kita tunggu selepas PRU13 kita bertujai lagi.

Sunday, December 2, 2012

SAMPIN PEMIMPIN UMNO BERNILAI RM5,000 PERSEPSI ATAU REALITI?

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengakui UMNO berhadapan dengan cabaran masalah persepsi di dalam mengukuhkan imej parti politik tanah air.
UMNO dilabelkan sebagai parti kronisme, elitis, ‘lavish’, sudah tidak mesra rakyat, egois dan korup. Golongan muda di luar melihat UMNO sebagai parti yang ada peluang. 
Ada peluang masuk U walaupun result tidak seberapa, ada peluang dapat kerja, ada peluang dapat projek melalui kontek, ada peluang naik pangkat malah ada peluang jadi YB.
Di sekitar perhimpunan agung UMNO 2012 baru-baru ini wakil-wakil mereka mempamirkan wajah-wajah yang berseri yakin menang PRU13 kerana buat masa dan ketika ini Presiden mereka di dalam suhu yang kuat
Ada wajah yang sudah nampak kecut tetapi dibotokkan atau paling tidak diinjek vitamin C supaya cekang dan merinin untuk memudakan wajah yang sudah tua. 
Sampin dan songket berbenang emas berbagai warna tidak kurang bernilai di antara RM3 ribu sehelai malah ada yang RM8ribu. 
Pemimpin utama mereka bergentanyangan dengan kereta mewah dan motor besar tergolong di dalam kelab ‘the big boys toys’. 
Paling ketara ialah Pak Menteri-Pak Menteri sentiasa dipagari ‘bodyguard’-‘bodyguard’ berwajah bengis mungkin  dibimbangi sukar dikawal apabila didekati ramai rakyat kerana ramai rakyat sudah mula terpengaruh dengan ucapan semangat mereka ‘UMNO mesra rakyat’
Paling tidak pun mereka bimbang diserbu rakyat untuk bersalaman kerana rakyat ingin merasa denyut nadi tangan Pak Menteri yang lembut seperti baldu. Di dalam bas semasa balik dari persidangan tidak kering air lior bercerita kerana dapat bersalaman dengan Pak Menteri. 
Di penjuru luar dewan perhimpunan duduk sekumpulan Mak Cik-Mak Cik pemerhati yang datang dari Johor tumpang di meja bulat kami kerana lenguh badan bersimpuh mendengar Ucapan Perasmian Presiden UMNO di laluan pejalan kaki luar dewan persidangan. 
Apabila diprovok mereka mula membuka cerita tentang perjuangan UMNO sambil menjamah nasi lemak dan teh tarik PWTC yang berharga RM4/. 
Wajah-wajah Mak Cik yang putih berseri bertepung disapu bedak buku nampak seperti sudah berumur dalam lingkungan 60an atau mencecah awal 70an. Katanya biar ditoreh tangan yang berdarah menyokong lain daripada UMNO tidak sekali. Ekpresi wajah Mak Cik yang kedut otomatik menjadi tegang tanpa botok apabila bercakap tentang perjuangan beliau dahulu dan dalam masa yang sama menghentam PAS.
Konklusinya, bukan darjat dan rupa untuk diperkata. Tetapi itulah yang berlaku di depan mata. Bukan UMNO yang berdosa. Tetapi pemimpinnya yang alpa dan leka.
Meminjam kata nasihat Tun M “Pemimpin bukan setakat mesti bersih tetapi mesti dilihat bersih”.

Saturday, December 1, 2012

PERTEMUAN ‘YB BERUK’ DAN ‘RATU ANJING’ DI PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012

Suasana tidak diduga telah mempertemukan saya dengan dua karyawan persuratan di dalam bidang masing-masing. Ibrahim Yahaya seorang wartawan seumur hidup baru sahaja kering mencetak novel sulung beliau ‘YB Beruk’ manakala seorang lagi sasterawan Dr Ibrahim Ghaffar pula sedang dilanda saman oleh kerana penulisan puisinya ‘Ratu Anjing’.
‘YB Beruk’ adalah novel kritikan sosial yang sungguh mengilu memaparkan masyarakat manusia yang kadangkala lebih teruk dari masyarakat beruk. 
Kemusnahan alam kediaman beruk telah mengubah habitat kehidupan seharian masyarakat beruk sehingga memaksa beruk-beruk menyelongkar kediaman manusia untuk hidup. 
Novel ini dijangka menyengat pasaran novel penggal 2008-2012 kepada mereka yang ingin berfikir. 
Gaya persembahan novel ini mengingatkan saya kepada gaya penulisan Ishak Hj Muhammad @ Pak Sako dalam novelnya Anak Mat Lela Gila yang sarat dengan sindiran tajam politik sosial.
Seharusnya untuk mereka yang gemar berfikir mendapatkan novel ini terus dari penulisnya Ibrahim Tiger – 019-2125521 atau 019-3389003. 
Manakala puisi ‘Ratu Anjing’ pula dikira karya agung dunia persuratan penggal ini kerana nilai samannya berjumlah RM30juta yang di saman oleh seorang YB. 
MR harap Dr Ibrahim berhati-hati agar tidak termasuk di dalam perangkap seperti apa yang berlaku kepada cerpen YBJ karya Chamil Wariya. 
Di bawah disiarkan puisi yang bernilai RM30 juta:- 
RATU ANJING; YANG MELENGKING ITU - 
(Panggak Binasa Terlajak Kata) 
Ratu anjing itu pun melengking, menyalak galak mengasah taring, 
setelah lepas tersepit pengancing, lalu keluar dari akal yang sinting, 
munci; Wajah yang sering berpaling dan sanggah yang polang-poling 
menunjuk telunjuk berkait kelinking. 
Makhluk juga; Takdirnya dia ... anjing 
tabiat 'bagai melihat bayang di air yang bening'. 
II 
Masyarakat anjing itu pun riuh menyambut pulang seorang tokoh 
dari paksina kedaksina gamat gemuruh menggoncang tulang-tulang tanpa roh 
pameo pusaka dari benua jauh, panggak yang terlanjur angkuh, 
alibi 'telur tembelang' di hari ketujuh, telah jatuh ke wajah ratu yang selingkuh menggadaikan kabilah mudah diperbodoh 
III 
Suci suatu subuh itu terganggu, salak anjing antara azan yang syahdu 
melihat kelibat siluman dan hantu, tawakal muazin menuju nawaitu 
tertip titipan taqwa pada yang satu biarkan ratu anjing itu menyalak waktu, bukit bukau tetap jitu 
gunung-ganang tetap padu, manusia perlu berakal dan berilmu 
IV 
Alam maya bukan mutlak milik kita 
dipinjamkan cuma sementara 
dipentas ini kesempatan bersama berjuta makhluk berbagai rupa 
ketentuan anjing-anjing juga ada
Kok anjing biar menyalak 
kok bukit diar berpuncak 
kok terasa menyelar bijak bumi juga tempat berpijak 
padah kata bila kata terlajak 
(Dr Ibrahim Ghaffar, Bukit Kapar Selangor. 22 September 2008)
Petikan dari Utusan Malaysia 16 Oktober 2008

Monday, November 26, 2012

REMUK-REDAM HARAPAN UNTUK MELIHAT MUTU BOLASEPAK NEGARA MENINGKAT

Semalam Harimau kecundang di tangan Singapura 3-0. Pagi ini segenap penjuru orang ramai bercakap, berdiskusi, berdialog dan bermonolog meluahkan kekeciwaan mereka akibat kekalahan ini. Kesudahannya apa nak buat nasib tak ada, bola itu bulat.
Semua tahu bola itu bulat, cuma mereka mula mempersoalkan kewibawaan jurulatih Rajagopal. Satu ketika Rajagopal dijunjung dan disanjung semasa ketibaan di KLIA membawa kejayaan juara Piala Suzuki. Bukan setakat ganjaran yang diberi tetapi pengiktirafan juga diberi.
Datukship yang digendong Rajagopal hari ini ternyata berat seperti batu lesung sambal belacan. Memang mutu bolasepak negara ini macam yo-yo ada ketika naik ada ketika menurun tanpa satu penjelasan yang kukuh. Mungkin mengikut angin dan musim.
Mengimbau kembali kenangan FAM, MR ingin memetik tulisan Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj di dalam buku Looking Back m/s 135. 
Beliau menulis - “..when I first became President of the Football Association Of Malaysia, which had two or three Indian members. At every meeting they would find cause to quarrel among themselves. At one session when the situation got worse than ever. I had to shout and bang the table for them to stop talking, exclaiming “I have the greatest admiration for Mr Gandhi dan Mr Nehru”.
The late Mr Se Singam asked : “What have they got to do with our meeting?”
I retored, “At least they can control 500 millions Indians, and I cannot even control the two of you”. That fixed it – from then on, they were very quiet- comparatively speaking. 
Itu lah pengalaman berharga Tunku betapa sukarnya mengemudi FAM. Generasi hari ini mungkin sudah lupa jasa Tunku menganjurkan Kejohanan Bolasepak Piala Merdeka pada tahun 1957. Satu kejohanan yang cukup berprestij yang mendapat penyertaan bukan setakat dari negara Asia Tenggara tetapi juga negara-negara Timur Tengah.
MR ada beberapa naskah koleksi buku Looking Back, tulisan Tunku. Kepada pelajar universiti yang berminat sila email kepada mamirokiah@gmail.com untuk 10 naskah pertama percuma. Nyatakan nama, alamat, IC dan universiti.

Sunday, November 25, 2012

RAKYAT KEDAH DITIPU HIDUP-HIDUP

Di dalam pembentangan Bajet 2013 pada 20 November 2012 MB Kedah Ustaz Azizan Abdul Razak menyatakan hasil Kerajaan Negeri akan meningkat sebanyak RM40 juta melalui hasil perolehan caj air kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. 
Kerajaan Kedah menjangkakan kutipan hasil negeri pada 2013 akan meningkat dari RM550 juta pada 2012 kepada RM640 juta. Peningkatan sebanyak RM105.6 juta ini bakal diperolehi dari hasil premium tanah di Langkawi, Alor Setar dan Bandar Baharu serta bayaran jualan air mentah kepada Syarikat Air Kedah Darul Aman (Sada) dan Kerajaan Pulau Pinang.
Dalam perkara yang sama Lim Guan Eng pada 24/11/2012 terkejut beruk bagaimana Kerajaan Kedah boleh mengeluarkan angka ini sedangkan tiada sebarang persetujuan dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang malah jauh sekali memasukan peruntukan tersebut di dalam Bajet 2013 mereka. 
Lim Guan Eng yang juga selaku Pengerusi Penang Water Authority Holding Bhd telah melenting (corky cocky & arrogant) dan cukup bertegas di dalam hal ini. Katanya di dalam sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris “I’ve never met any Kedah official to discuss such a deal and there is no way we will ever agree to pay for water which flows into the state. If there is any confusion, it is on Kedah’s side.” 
Tegas Guan Eng lagi “..as a matter of procedure there must be a (proper) document before you can table any anticipated revenue in the budget. You cannot just make up a number”. 
Mengikut tafsiran, konsep bajet ialah - ‘satu pernyataan hasil dan perbelanjaan bagi sesuatu tahun (hadapan) yang digunakan sebagai alat perancangan dan pengurusan sumber-sumber ekonomi negara untuk memenuhi keperluan rakyat dan negara’ 
Melihat percangahan, konflik dan keserabutan kenyataan kedua-dua Kerajaan di atas ini jelas membuktikan Bajet 2013 Kerajaan Kedah yang dibentangkan baru-baru ini ternyata ia merupakan satu belanjawan yang tidak ada intergritinya dan tidak berlandaskan fakta malah jauh untuk diterima pakai sebagai dasar, matlamat dan strategi Kerajaan yang akan dilaksanakan di dalam tahun budget, 2013. 
Bagaimanakah satu angka hasil perolehan dimasukkan dari sumber kewangan yang tidak jelas dan tepat atau figure that pluck from the sky. Malah yang lebih mengeciwakan ialah bajet ini jika diterima ia merupakan satu pedustaan yang amat besar kepada rakyat negeri Kedah. 
Walaubagaimanapun Kerajaan Negeri Kedah masih lagi ada masa untuk mendesak Kerajaan Pulau Pinang supaya membayar hasil air ini dan jika gagal mereka gagal tindakan menyekat air harus dilakukan. Jika masih gagal pimpinan PAS menanggung dosa kerana menipu rakyat.

Saturday, November 24, 2012

PAS KEDAH DAH MULAKAN SERANGAN

Kerajaan PAS Kedah nampaknya dah mula menyerang kepimpinan UMNO Kedah yang terdahulu. Serangan ini seharusnya ditangkis dengan segera oleh UMNO sebelum ianya merebak. 

PAS ingat mereka bersih tetapi kotor juga dengan pencerobohan balak haram sehingga menjejaskan alam sekitar.
Rakyat sedang memerhati bagaimana PAS Kedah akan mengenakan bayaran air kepada Pulau Pinang. Tunggu dan lihat kerana perkara ini dijanji oleh MB dalam Ucapan Budget mereka.

Friday, November 16, 2012

KENYATAAN NURUL IZZAH MENDAHULUI BIBLE

Hari ini di pagi Jumaat yang mulia MR berkesempatan ‘breakfast’ dengan blogger Tok Senawi dan kami berbicara panjang lebar tentang gerakkan pluralism dan liberalism sehinggalah berlarutan isu kenyataan kontroversi Nurul Izzah tentang tiada sekatan beragama.
MR kagum dengan Tok Senawi yang betul-betul memahami kandungan Bible berbagai-bagai versi kecuali versi lama Barnabas yang disorok oleh penganut Kristian kerana di dalamnya ada menyatakan kedatangan Nabi Muhammad SAW.
Di bawah MR petik tulisan dari blog Tok Senawi www.toksenawi.blogspot.com response kepada kenyataan Nurul Izzah yang MR kira hujah Tok Senawi merupakan satu hujah yang jarang diketengahkan.

Siapa yang tidak rasa tercabar apabila ada seorang yang kononnya IMAN beliau cukup hebat secara terbuka - membuka ruang agar orang Islam juga diberikan hak atau kebebasan memilih agama. Kenyataan yang jelas bertentangan dengan ISLAM!!.
Kalau Nurul Izzah rasa beliau sudah muak atau mual dengan segala keindahan Islam, beliau seorang sudahlah yang sesat jangan pula nak diheret orang Islam yang lainnya.
Kenyataan Nurul Izzah mendapat tepukkan gemuruh puak-puak kristian kerana kepada mereka, kini usaha-usaha gerakan Kristianiti lebih jelas dan terbuka luas jika ada pemimpin seperti Nurul Izzah dan idola de-facto PR, Brother Anwar Bin Ibrahim aka BABI.
Kristian tidak pernah menyuruh penganutnya memilih mana-mana agama dan tidak juga membuat kenyataan seperti Nurul Izzah.
Mereka tahu bahawa Bible melarang penganut mereka menukar agama sebagaimana yang tersebut dalam Book of Deutronomy (13:6-10)bahawa:
(6)if your brother,the son of your mother, your son or your daughter, the wife of your bosom, or your friend who is as your own soul, secretly entices you, saying, Let us go and serve other gods, which you have not known, neither you nor your father,(7)"of the gods of the peoplewhich are all around you,near to you or far off from you, from one end of the earth to the other end of the earth, (8)"you shall not consent to him or listen to him, nor shall your eyes pity him, nor shall you spare him or conceal him; (9) "but you shall surely kill him, your hand shall be first against him to put him to death,and afterward the hand of all the people. (10)"And you shall stone him with stones until he dies.... Kerana MATI adalah hukuman kepada mereka yang menukar anutan.
Kalau dah terang dan jelas begitulah penjelasan Bible tentang menukar anutan, kenapa kita - merujuk Nurul Izzah, yang "katanya" Islamnya atau imannya kukuh, pula setuju bahawa hak memilih agama terbuka kepada semua termasuk kepada umat Islam???.
Kepada orang Kristian, ini merupakan bonus bagi mereka untuk mengkristiankan orang-orang Melayu yang mana lemah pegangan Islam mereka.
Sudahlah pegangan agama sendiri lemah, dek kerana nak sokongan bukan Islam dalam PRU, agama sendiri nak digadaikan.
TS semakin takut dengan perkembangan dalam PR ni, mereka memang tidak boleh diharap untuk membela Islam dan jauh sekali membela bangsa.

Wednesday, November 14, 2012

BERGELUT DENGAN PERSEPSI -UMNO MASIH BELUM BERSEDIA MENGHADAPI PRU13.

Cabaran utama UMNO hari ini ialah bergelut dengan persepsi. Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengakui UMNO berhadapan dengan cabaran masalah persepsi di dalam mengukuhkan imej parti politik tanah air.
Beliau berkata selepas pilihan raya 2004, Umno bukan sahaja berhadapan dengan tohmahan pembangkang yang melabelkannya sebagai parti kronisme, elitis dan korup malah terpaksa berhadapan dengan bekas anggota parti yang kecewa apabila gagal meraih kedudukan politik semasa bersama Umno.
Perhimpunan Agung Umno yang akan berlangsung dari 28 Nov hingga 1 Dis ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semua pihak sedang menanti apa perkara baru yang dikatakan perubahan yang UMNO akan pamerkan kelak.
Jika kenyataan Tengku Adnan dihayati dengan mendalam ia membawa mesej bahawa UMNO belum lagi bersedia dengan sepenuhnya untuk menghadapi PRU13 ini. Mereka masih lagi tidak berjaya menghakis persepsi kronisme, elitis dan korup.

Melalui organ propaganda media, ceramah dan pertemuan akar umbi, UMNO masih lagi bermain lagu lama dengan menyeru sepaya pengundi-pengundi jangan menilai individu tetapi harus menilai parti keseluruhan.
Dalam erti kata lain ‘vote the symbol not individual’, pilihlah Dacing walau siapa juga calunnya itu tidak penting. Dendangan slogan ini telah lama bermain dalam setiap kali kempen pilihanraya sehinggalah berlaku kejutan dalam PRU12 2008 bilamana pengundi sudah tidak yakin lagi dengan slogan ini khasnya pengundi baru.
Mereka melihat banyak individu yang dicalunkan yang terdiri dari Ketua-Ketua UMNO Bahagian memenangi jawatan dengan bergelut kuasa dengan politik wang, ‘lavish’, elit dan ego. Mereka tidak dapat menerima individu seperti ini. Akhirnya parti menjadi korban.
Hari ini untuk ‘sedap diri’ UMNO cuba menangkis dengan mengatakan kenyataan itu adalah tohmahan semata-mata dan hanya persepsi sahaja tetapi realitinya mereka masih tidak bersungguh-sungguh mengikis persepsi ini yang ternyata sukar kerana sudah sebati dan menebal dalam kepimpinan mereka. Rakyat sudah boleh menilai di antara keikhlasan dan hippokrasi mereka.
Ada sumber menyatakan bahawa terdapat ura-ura mereka yang telah kalah kerana ditolak rakyat dalam PRU12 akan dicalunkan kembali dalam PRU13 yang akan datang.
UMNO tidak boleh dilihat sebagai ketandusan pemimpin. Jika ini berlaku maka terbukti bahawa perubahan hanyalah janji retorik UMNO dan kepercayaan pengundi kepada UMNO akan terhakis sedikit demi sedikit akhirnya UMNO akan berakhir seperti parti LDP di Jepun.

Aku dan kamu, 
Hidup sekarang di zaman maju, 
Zaman pendapat baharu, fikiran baharu, 
Tidak lagi seperti dahulu- 
Zaman kebebasan dan perkembangan ilmu, 
Manusia tidak boleh lagi diperlembu.
(Za’ba, 21 Januari 1957)