Kita pun tak faham awat yang depa dok kalut nak “translate” bible ke Bahasa Malaysia ni?. Dok tak duduk berbangkit nak terjemah bible ke Bahasa Malaysia. Besar sangat ke pasaran Melayu yang nak dikristiankan?
Yang sebetuinya bukan depa minat nak terjemah sangat. Tapi depa ni nak cabar dan memporak perandakan Islam, itu sahaja. Inilah kalau kita terlalu terbuka sangat. Bila dah bagi betis nak paha pulak.
Elok sangat kalau Zahid Hamidi sebagai Menteri di JPM tegas dalam hal ini. Selagi kita tuan dalam negara ini yang kita kena pertahankan bukan sahaja Melayu tetapi Islam.
Zahid kena bertegas biaq sampai naik asap. Ini bukan alat politik. Ini adalah maruah dan kesucian agama Islam.
Apabila Islam sering di asak sebegini selepas satu isu ke satu isu di hadapan mata kita, apakah kita masih nak bertokak sesama kita?
Kadangkala keasyikan menyambut tahun baru, kita lupa bahawa dalam masa yang sama kita juga sedang menyambut jasad yang semakin lama.
Jasad yang semakin lama ”depreciation value”nya pun semakin rendah. Tenaga dan “performance” semakin kurang. Maka jadilah “second hand value”.
Jika hari ini kita menyambut ulangtahun yang ke 45, bayangkan saluran-saluran darah di dalam badan seperti saluran paip sinki dapur yang telah berusia 45 tahun yangpenuh dengan sisa-sisa makanan, minyak masak, lemak ayam dan daging yang dah tersumbat seperti pulut di dalam buluh lemang yang hangit.
Asset yang ada hanyalah semangat dan pengalaman hidup kalau mahu dikongsi dengan generasi model baru. Semangat dan pengalaman pun akan beransur-ansur “korupt” seperti memori komputer lama, tersepit di antara lupa, nyanyuk, ingat-ingat lupa, latah dan kadangkala “blank” terus.
Ayat-ayat di dalam ucapan pun sudah banyak diselang-selikan dengan sendikata-sendikata seperti - “aaaaaaa”, “apanama…apanama...”, “if I can recall”, “if I’m not mistaken”, “ I think we met somewhere”, “ooooooo…” “yaaa…. now I remember”, “yaaa…la….”, “aaa..ha!” dan tercari-cari perbendaharaan kata yang sesuai untuk menyudahkan sebaris ayat.
Rumusannya apa yang kita pikul hari ini adalah dari dasar yang kita buat kelmarin.
SUNGAI PETANI: Some 1,429 workers from 17 factories in Kedah will be temporarily laid off in wake of the economy slowdown.The employers had notified the state Labour Department of the move, which would take place within the next two months.
Human Resources Minister Datuk Dr S. Subramaniam said the factories would reduce the number of working days of the affected workers. He said five factories had also the notified the Department of an impending retrenchment that would involve some 102 workers during the same period.
Sumber : V. Chandrasekaran, The Star
KOMEN:
Berita ini seperti satu bom yang mengemparkan. Saban hari pemimpin kita menyakinkan kita bahawa ekonomi kita kental dan tidak akan terjejas dengan kegawatan ekonomi Amerika Syarikat. Ada rakan-rakan dah mula merungut nak dikenakan VSS. Jika kegawatan ekonomi berulang ianya akan lebih parah dari apa yang berlaku pada tahun 1997/98. Kerajaan harus menyatakan realitinya yang sebenar untuk rakyat bersedia.
Jika ini berlaku rakyat akan hilang keyakinan kepada kerajaan. Apakah persediaan kerajaan dan apakah persediaan rakyat?
Demi keadilan kepada Wan Farid, Mummy postkan kembali gambar yang tersiar dalam blog ini agar sahabat bloggers tidak membuat andaian negatif dan "jump to conclusion." Rupanya Wan Farid berkaroake bersama keluarga.
Telah menjadi satu “trend” setiap kali pilihanraya umum atau pilihanraya kecil media-media electronik dan cetak akan menyiarkan lakonan-lakonan calun baik BN atau pembangkang turun menemui rakyat-rakyat marhain.
Mereka akan menemui rakyat-rakyat yang miskin, melarat, sakit, OKU, orang tua dan ibu-ibu tunggal. Mereka akan turun menemui rakyat-rakyat ini bersama-sama sekampit beras, 1kg gula, 12 tin sardin, 1kg tepong, 2 tin susu pekat,2 paket teh atau kopi dan sehelai sampul surat yang berisi wang tunai. Rombongan calun akan didiiringi oleh Mentri Besar atau seorang menteri cabinet.
Jika berlaku banjir, kebakaran atau kematian di dalam kawasan tersebut setiap calun-calun yang layak bertanding akan berpusu-pusu menziarahi mangsa musibah tersebut. Seolah-seolah musibah tersebut satu rahmat bagi bakal-bakal calun untuk mendapat “media milage” yang seluas-luasnya. Mereka berlakon seolah-olah mereka prihatin dengan kesengsaraan rakyat. Keesokannya gambar mereka terpampang luas dalam akhbar dan TV sambil menayang cek dan sekampit beras dan sumbangan tadi. Sama jugalah juga dengan projek-projek pembangunan yang kecil, sederhana dan besar yang dahulunya "pending" dan "KIV" selama beberapa tahun pun akan dilulus secepat kilat.
Begitu juga seperti kenyataan calun BN Kuala Terengganu Wan Farid baru-baru ini dimana beliau akan memberi tumpuan untuk mendidik pengundi-pengundi dalam kawasan KT cara-cara untuk megundi kerana semasa PRU12 yang lepas banyak kertas-kertas undi yang rosak. Mungkin beliau baru sedar.
Apabila rakyat keterlaluan disogok dengan lakonan-lakonan ini,rakyat mula naik loya, jelak dan termuntah dengan sikap pemimpin yang ada. Rakyat seolah-olah dicekik dan diugut untuk meraih undi. Sahlah kata mereka, bila nak undi baru turun padang.
Bila dah menang mereka bergentayangan dengan kereta-kereta besar. Bila dah menang hisap curut yang sebatangnya Rm300 lebih mahal satu paket beras tadi. Bila dah menang kedudukan pun tinggi dan melihat yang di bawah semakin kecil. Kasut – Salvatore Feragamo. Jam- Rolex. Baju – Piere Cardin.
Rakyat terluka dengan sikap-sikap pemimpin sebegini. Jika rakyat terluka mereka akan pangkah semborono. Bukan kerana mereka mahu hudud. Bukan kerana mereka mahu Anwar Ibrahim dan bukan kerana mereka mahu PAS.
Wawancara Calun BN Kuala Terenganu Wan Farid dalam The Star 25/12/2008 menunjukkan dengan jelas sikap calun ini. Di antara faktor untuk menang yang digariskan calun ini ialah :
a) Selama ini beliau banyak membela pengundi pos yang berjumlah 1,001 di Parlimen. Beliau penuh yakin mereka ini akan menyokongnya.
b) Diukur dari jumlah ribuan kedatangan semasa Rumah Terbuka Hari Raya setiap tahun memang mereka ini sokong beliau dan yakin akan undi beliau.
c) Setiap satu malam sekurang-kurangnya 12,000 orang kampong akan datang hanya untuk berjabat tangan dengan beliau.
d) “Saya yakin dengan nilai diri saya sendiri apabila wartawan mempertikai pengaruh saya di akar umbi. Sebab itu saya telah menjawab surat berjela-jela kepada wartawan bukan kerana saya angkuh.” kata Wan Farid.
e) “Penyokong saya bukan sahaja datang dari UMNO. Saya bercampur dengan semua kaum. Rakan kongsi firma guaman saya juga CINA. Saya bekerjasama rapat dengan Cina. Pengundi Cina merupakan 11% dari jumlah 80,000 pemilih. Saya yakin mereka akan menyokong saya” kata Wan Farid lagi
Komen: Inilah wajah pemimpin muda UMNO yang akan pimpin negara dimasa hadapan. Rakan karib KJ. Begitu mudah dan sap-sap sway membuat kenyataan dengan penuh keyakinan akan menang. Tidak langsung menyentuh sensitiviti dan kemaslahan rakyat di bawah. Dalam kenyataan yang katanya tidak angkuh tetapi penuh berbau keangkuhan. Adakah beliau tahu kerusi tersebut panas dan duhulu pernah diwakili oleh PAS? Adalah beliau tahu calun dahulu hanya menang dengan majoriti tipis sebanyak 1,933 sahaja. Adakah beliau tahu rakyat sudah cerdik? Memang beliau tahu semua ini, tetapi hanya sikap tidak sensitif terhadap perubahan dan kehendak rakyat kerana buta dan tuli dan "arogan". Sama-samalah kita ucapkan selamat tinggal Kuala Teranganu.
Memandangkan PRU12 membawa kejayaan cemerlang kepada Pakatan Rakyat, PAS kali ini mengambil pendekatan bijak untuk “customize” matlamat perjuangan mereka mengikut kehendak, citarasa, selera dan ramuan pengundi setempat.
Bagi menghadapi Pilihanraya Kecil Kuala Terenganu PAS membawa isu Hudud untuk memenuhi kehendak, selera dan citarasa pengundi Kuala Terenganu. Isu yang telah lama dilupakan telah dibangkitkan kembali walaupun hala tuju hudud masih kelabu bagi PAS.
Ini memang biasa bagi PAS yang tidak pernah konsistent dalam perjuangan mereka. PAS memang bijak memenuhi kehendak pasaran. Contoh yang terdekat ialah identiti mereka sendiri, ada ketika mereka mengenakan kopiah hitam di tempat-tempat yang tertentu dan ada ketika mereka mengenakan kopiah putih di negeri-negeri yang tertentu.
Mereka sentiasa akur dengan kata pepatah “Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak” atau pepatah orang tua-tua di Kedah “Naik pokok jadi Kera, masuk sungai jadi buaya”.
Pendekatan “customization” ini telah memeningkan kepala rakan-rakan mereka dalam Pakatan Rakyat. Sehingga Karpal Singh, singa DAP terpaksa memohon bantuan kaptain mereka Saudara Anwar Ibrahim untuk bercakap dengan PAS supaya jangan laksanakan Hudud. Ini kerana PAS menjadi serba salah apabila pengundi-pengundi Terenganu akan menyoal mereka kelak, “kalau kadang Babi pun boleh laksana apa susahnya nak laksanakan hudud?”.
Jika ini dipersoalkan PAS sekali lagi terpaksa meminta bantuan Anwar Ibrahim untuk menjelaskan sebab mengapa negeri-negeri Pakatan Rakyat lebih sibuk dengan kandang Babi dan mengapa tidak sibuk nak laksanakan hudud.
Akhirnya yang untung ialah Anwar Ibrahim dan PKR kerana hasil menjadi pengadil dia makan kedua-dua belah. Di sebelah PAS Anwar jadi Kera di sebelah DAP Anwar jadi buaya. Yang rugi adalah Melayu dan pengundi yang tidak sedar mereka dijadikan alat PAS, DAP dan Anwar Ibrahim.
KUALA LUMPUR 23 Dis. - Radio Televisyen Malaysia (RTM) hanya meluluskan lagu berunsurkan nilai moral dan kesantunan bahasa di samping aspek teknikal yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Panel Penilai.
"Lagu-lagu yang dihantar ke RTM sama ada individu atau syarikat rakaman adalah tertakluk kepada Jawatankuasa Panel Penilaian Lagu-Lagu RTM," kata RTM dalam satu kenyataan hari ini untuk menjelaskan mengapa lagu puisi Aku Bukan Musuh Harta karya bekas Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin dianggap tidak sesuai untuk siaran. Lagu itu merupakan salah satu dari lapan buah lagu puisi Dr. Asri yang dimuatkan dalam album Yang Benar Tetap Benar nyanyian Kopratasa dan beberapa penyanyi lain. (Sumber Utusan Malaysia 24.12.2008)
KOMEN: Kenyataan Menteri Penerangan alasan RTM mengharamkan lagu bekas mufti Perlis kerana tidak ada nilai moral merendah-rendah bekas seorang mufti. Bagaimana begitu mudah seorang menteri memberi alasan bodoh "stupid reason @ lame excuses".
Ini bermakna bekas mufti yang selama ini kita rujuk tentang hukum-hakam menghasilkan senikata lagu yang tidak ada moral.
Jika begini bagaimana bukan Islam nak mengahormati institusi mufti negara ini? Sudah la Majlis Fatwa diperbodohkan oleh mereka.
Ribuan lagu setiap hari didendangkan oleh RTM, kini hanya satu lagu sahaja tidak ada nilai moral. Mungkin lagu-lagu yang ribuan itu disiarkan kerana nilai moralnya tinggi seperti lagu "Papa Jahat".
Rumusannya apa-apa juga lagu yang kena batang hidung pemimpin kita semuanya tak bermoral. Sekarang ini Panel penilaian lagu RTM seharusnya menjelaskan sejelas-jelasnya sebab diharamkan lagu itu untuk menyelamatkan penghinaan terhadap institusi mufti di negara ini.
IPOH: Gerakan wants the proposed privatisation of the National Heart Institute (IJN) to be scrapped, said deputy president Datuk Chang Ko Youn.
Privatising highways, Tenaga Nasional Bhd and Telekom Malaysia had left a poor impression, he said, adding that privatising IJN would also be bad for Malaysians.
"Healthcare is a social obligation which cannot be left to the private sector to handle. Once they take over, it's about dollars and cents. They are profit-motivated.
"We have to care for the people, especially low-income earners. It doesn't make sense for the private sector to run IJN," he said.
Chang said this in response to an announcement by Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak on Friday that the takeover plan by Sime Darby had been put on hold pending a study by the Economic Planning Unit of the Prime Minister's Department, and Finance and Health ministries.
KOMEN : Kenyataan Parti Gerakan di atas seperti di dalam NST 22.12.2008 berjaya memikat hati rakyat. Sudah pasti kenyataan ini mendapat sokongan dari pengundi-pengundi Cina di atas pagar. Gerakan akan dilihat lebih berani dan memang terbukti berjuang dan sanggup bercanggah dengan TPM, Najib.
Rumusannya di mana kesudahan UMNO? UMNO kelihatan jahat, penyamun dan perompak dan mengambil kesempatan di atas kesengsaraan rakyat dengan cadangan menjual IJN. Najib kena "scrap off the idea totally" jangan dok timbang-timbang lagi.
Lagu yang dipersembahkan ialah Selimut Putih yang pernah dipopularkan oleh Orker El Suaraya. Sama-sama kita hayati lagu ini.
Atiqah Rahman / Orkes Nur El Suraya Selimut Putih Bila Izrail datang memanggil, Jasad terbujur di pembaringan ( 2X ) Seluruh tubuh akan menggigil, Terbujur badan dan kedinginan ( 2X ) Tak ada lagi gunanya harta, Kawan karib sanak saudara ( 2X ) Jikalau ada amal di dunia Itulah hanya pembela kita ( 2X ) Janganlah mahu dikenang-kenang, Engkau digelar manusia agung ( 2X ) Sedarlah diri tahu diuntung, Sebelum masa kerenda diusung ( 2X ) Datang masanya insaflah diri, Selimut putih pembalut badan ( 2X ) Tinggal semua yang dikasihi, Berbaktilah hidup sepanjang zaman ( 2X )
~~ Papa Jahat~~ (Fabulous Catz) Nama saya Jahat....Papa Jahat
Papa jangan papa jahat
Jangan papa nakal sangat
Mama jangan mama sekat
Jadi papa tak terleka
Papa jangan papa jahat
Mama tahu papa ligat
Mama jangan paksa sangat
Papa tengah cukup penat
Papa papa sangat jahat
Takde otak nak melihat
Gila-gilanya ia kerja
Jangan dibuat
Papa papa kerja kuat
Dulunya papa penuh muslihat
Papa janji papa takkan buat
Ingat janji papa yang diikat
Oh cuba nak percaya
Oh tak ku perdaya sayang percaya..oh oh
Oh takkan ku berdusta..oh oh oh
Takkan ku perdaya sayang percaya
Senorita aku gila kat kau
Mama sita janganlah menderita tersiksa
Tak diabaikan janji kita
Tak kembali ke zaman silam
Bila petik jari dah terguling-guling
Tak tentu hari bawa berasing-asing
Itu dulu kini tak begitu
Satu persatu semuanya berlalu itu kutahu
Bila ku tak gilakanmu
Susahku tak siapa tahu
Jangan kau mulakan serantau
Sebab kau sentiasa buatku kemarau
Oh cuba nak percaya tak ku perdaya
Sayang percaya
Oh takkan kuberdusta
Takkan ku perdaya sayang percaya
Berikan percaya darimu
(telah kuberikan segala)
Tidak pernah ku ingkari dirimu
(tak mungkin, tak mungkin)
wowow.....
Mama mama percayalah ku tak guris hatimu
Papa papa kupercaya yang kau ubati hatiku
Mama mama percayalah ku tak guris hatimu
Papa papa kupercaya yang kau ubati hatiku
KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) membuat keputusan mengharamkan penyiaran lagu Aku Bukan Musuh Harta yang liriknya ditulis bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin.
Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Adilah Shek Omar, berkata lagu nyanyian kumpulan Kopratasa itu tidak diluluskan kerana liriknya tidak sesuai.
“Kita tidak luluskan lagu ini kerana liriknya kasar,” katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.
KOMEN:
RTM dulu digelar Radio Televisyen Mamak kerana kedua-kedua bekas menterinya Mamak iaitu TS Kadir Shekh Fadzil dan DS Zainudin Maidin.
Hari ini RTM lebih dibrandkan sebagai Radio Televisyen Melayu kerana lebih kepada menyampai propaganda Melayu dan kalau tak berubah imej elok sangat digelar Radio Televisyen Mundor.
Kerja depa mengharam dan menghukum yang tak sepatut haram dan tak sepatut dihukum. Hari ini lagu lirik Dr Asri pulak diharamkan kerana kena batang hidung pemimpin mereka. Tapi lirik Papa Jahat yang dinyanyikan anak muda menghina bapa mereka RTM tak haramkan. Entah berapa banyak drama-drama dan rancangan yang menonjolkan kebodohan dan kelemahan Melayu mereka tidak tapis.
Menurut sumber dalaman mereka Ketua Setiausaha dan kedua-dua Timbalan Ketua Setiausaha kerjanya lebih kepada membeli dan menilai rancangan. Bukan bekerja untuk kementerian tetapi bekerja untuk RTM kerana disitu lah punca wang atau lubuk wang.
Rancangan Sime Darby Beli IJN Ditangguh, Kata Najib
By: Ramjit--> PUTRAJAYA, 19 Dis (Bernama) -- Rancangan Sime Darby Bhd untuk mengambil alih 51 peratus ekuiti dalam Institut Jantung Negara (IJN) ditangguhkan hingga kajian mendalam dilakukan oleh kementerian-kementerian yang berkaitan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Jumaat.IJN diurus oleh IJN Holdings Sdn Bhd, milik penuh Kementerian Kewangan.Semalam, Sime Darby berkata kerajaan secara dasarnya memberi kelulusan kepada syarikat berkaitan kerajaan itu untuk mengambil alih kepentingan dalam IJN Holdings.
KOMEN:
Ini lah kerja kongkalikong kerajaan Pak Lah. Buat kenyataan tanpa pakai otak. Awat tak buat kajian mendalam sebelum membuat kenyataan. Bila rakyat bangun baru hangpa tau. Udah la kedudukan ekonomi dan politik semasa terumbang-ambing depa dok pi buat kerja pengotoq ni pulak.
Berhubung dengan isu pengambilalihan equiti IJN oleh Sime Darby Bhd ada beberapa faktor yang bermain di dalam kepala Mummy ini. Mummy bukannya ahli ekonomi, koporat atau bankers yang mahir dalam kerja-kerja “paper shuffling’ di BSKL.
Cuma kadangkala terlintas juga apabila telah melihat banyak projek-projek pengswastaan kerajaan yang mencekik rakyat. Yang awal perlaksanaannya kita kagum dan digambarnya dengan cerita menarik tetapi ternyata sekarang satu persatu berakhir dengan penindasan secara terhormat.
Sebagai contoh Pembinaan Lebuh Raya di mana kadar tol tersangkut dengan perjanjian yang kerajaan sendiri terpaksa tunduk kepada perjanjian ini. Pengurusan dan sahamnya sering bertukar tangan menjadi mainan "coporate raiders" di BSKL.
Satu lagi pengswastaan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) kepada Bernas atau Beras Nasional Bhd. Peringkat awal penyenaraian di BSKL Bernas telah menjadi lembu susu kepada kumpulan Daim dan Shahidan Kassim. Ia berakhir dengan Bernas memonopoli seluruh makanan ruji negara ini sehingga mereka sendiri yang memanupulasi harga beras kita dan rakyat tercekik. Kesannya hari ini Kementerian Pertanian berkempen menyuruh kita makan ubi pulak.
Satu lagi contoh kegagalan ialah pengswastaan Indah Water Konsortium Bhd juga berakhir dengan berbagai kontroversi. Ia juga sering bertukar tangan dan pemegang saham bermula dari Vincent Tan sehingga berbalik kepada Khazanah.
Kalau nak disenaraikan banyak episod-episod duka di dalam cerita pengswastaan ini. Saham-saham syarikat ini telah menjadi mainan di kalangan pemain-pemain saham di BSKL. Istilah yang tepat ialah "insider trading" dan" coperate raiding".
Ini berbangkit pula isu IJN. Bagaimana rakyat harus yakin dan percaya dengan cakap-cakap dan janji kerajaan bahawa rakyat miskin akan dibela? Ianya lebih seperti menanam tebu dibibir mulut dan ada sahaja mereka-mereka yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan di dalam transaksi ini.
Adalah sedih jika IJN dipergunakan untuk menyelamatkan Sime Darby Bhd kerana terjejas di dalam kancah krisis ekonomi sekarang. Harap-harap andaian Mummy ini tidak benar. Jika benar ia merupakan satu penindasan yang amat besar keatas rakyat negara ini kerana kerajaan mempergunakan keuntungan dari wang kesengsaraan rakyat untuk menyelamatkan Sime Darby.
Mungkin selepas peralihan kuasa Pak Lah pulak jadi Penasihat Sime Darby? Seperti Mahathir jadi Penasihat Petronas.
Cadangan Sime Darby Bhd untuk mengambil alih Institut Jantung Negara hanya akan memberi kekuatan kepada PKR, DAP, PAS dan pembangkang amnya. IJN merupakan pusat rawatan jantung yang sensitif dan menyentuh rakyat jelata. Jika pengambilalihan ini berjalan ia akan memberi "milage" yang besar kepada pembangkang "to hit the right spot".
Seharusnya di dalam suasana politik yang tidak stabil ini perkara-perkara sebegini jangan langsung dibangkit dan dibuat cadangan. Jika tidak cermat Najib akan menggendong isu ini seperti "biawak hidup" sepanjang kepimpinan beliau sebagai PM. Silap-silap percaturan dan BN tidak sensitif, BN akan kalah seratus peratus dalam pilihanraya yang akan datang.
Mummy pun tak berapa faham bagaimana cadangan ini boleh dicetuskan. Mungkin ada pihak-pihak yang berkepentingan dalam "dealing and wheeling" ini. Kalau Sime Darby dah yakin dengan potensi perniagaan rawatan jantung ini mengapa Sime Darby sendiri tidak tubuhkan hospital jantungnya sendiri?
PAS Dapatkan Pandangan Penulis Blog Tentukan Calon By: Ramjit--> KUALA TERENGGANU, 17 Dis (Bernama) -- PAS akan menilai pandangan daripada pelbagai pihak termasuk penulis blog sebelum menentukan calon untuk bertanding pada pilihan raya umum, 17 Jan depan.Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pemilihan calon yang benar-benar sesuai, adalah faktor yang paling penting dalam usaha mereka merampas kerusi tersebut daripada Barisan Nasional (BN)."Kita akan lihat semua termasuk pandangan daripada penulis blog, malah surat layang juga kita akan lihat sebelum menentukan calon," katanya ketika ditemui di luar dewan selepas hari ketiga sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke-12, di Wisma Darul Iman di sini hari ini. Bernama.
KOMEN :
Nampaknya PAS telah mendahului UMNO dan BN di dalam strategi menawan pengundi. UMNO masih terkial-kial mencari calun. Mungkin Haji Hadi sedar akan kekuatan bloggers walaupun keputusan memilih calun nanti bukan dari pandangan bloggers yang sebenarnya. Seharusnya bloggers kena bijak menilai dan jangan termakan pancing Haji Hadi ini.
Di bawah ini Mummy siarkan email dari Kassim Selamat. Mummy ucapkan terima kasih kepada Kassim. Mummy mohon lain kali Kassim hanya perlu postkan di ruang komen Mummy tak payah email kerana leceh.
Puan? Tuan? Mummy Rokiah, Saya memang mengikuti blog Mummy every weekend. Saya minta Mummy berlaku adil dalam melihat isu-isu RTM. Kerana yang harus Mummy lihat juga ialah TV3 dan Stesyen-stesyen TV Media Prima.
Kita semua tahu Menteri Penerangan dipilih rakyat. Rakyat yang menaikkan seseorang Menteri itu. Dan dia bertanggung jawab kepada rakyat. Rakyat yang akan mengadilinya. Kalau dia tak “perform” dia akan jawab di Parlimen.
Berbalik kepada Media Prima, Tv3, NTv7, Tv8, Tv9 , dan seluruh CEO-CEO mereka, mereka ini hanya bertanggung jawab pada “shareholder” mereka sahaja. Mereka hanya bermatlamat buat duit dan mengejar rating mereka. Jadi mereka tidak hirau langsung suara rakyat.
Apa yang mereka perlu jaga ialah, individu-individu yang rapat dengan pejabat PM. Kalau berbangkit isu-isu negatif bukan mereka yang menjawabnya tetapi mereka dipertahankan oleh Pejabat Perdana Menteri. Mereka seperti ada kuasa autonomi. Tiada siapa boleh sentuh mereka. Mereka bebas. Kedudukan mereka ditentukan oleh Pejabat PM. Mereka tak perlu hadapi pilihanraya. Sebab itu kebelakangan ini NTV7 banyak memberi ruang pada Anwar Ibrahim.
Selepas satu, satu lagi isu perkauman dibangkitkan. Kali ini RTM pula. RTM “Radio Tv Melayu” cuba membuat perubahan supaya hilang muka Melayu telah dituduh perkauman pula.
Nampaknya di Malaysia hari ini setiap tindakan yang diambil senang sangat dilabelkan perkauman.
RTM pula dok tayang semua muka Melayu sahaja. Mummy cadangkan mungkin TV 1 kita rombak, selain menayangkan hiburan Melayu kena tayangkan satu siri wayang Tongkoi Cina (Chinese Opera) yang berbaju besar, berjanggut panjang dan "makeup" tebal (lihat gambar di atas).
Tapi yang Mummy naik hairan bin ajaib ni, mengapa Shabery Chik selaku Menteri Penerangan pula dok pi pertahankan bahawa RTM bukan perkauman. Yang wajib mempertahankan ialah Timbalan Menterinya Tan Lian Hoe @ Ketua Wanita Gerakan.
Mengapa Timbalan Menterinya tidak bercakap? Adakah kerana baling batu sembunyi tangan? Atau Menteri tak benarkan timbalannya becakap? Atau "Play Safe"?
Kalau begini apa gunanya ada Timbalan yang mewakili parti komponen jika tidak dapat mempertahankan dasar-dasar yang dipersetujui bersama.
Nampak sangat RTM kong kalikong. Dulu riuh-rendah berbelanja jutaan ringgit untuk "rebranding" kononnya. Sekarang mana hasilnya? Walhasil balik asal.
Ada sahabat yang prihatin telah menghantar email kepada Mummy mencadangkan supaya Mummy postkan senikata lagu dari seorang penyanyi Indonesia, Ebiet G Ade yang berjudul BERITA PADA KAWAN. Lagu ini katanya untuk dihayati sebagai jawapan tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa.
BERITA PADA KAWAN. Perjalanan ini. Trasa sangat menyedihkan.
Sayang engkau tak duduk disampingku kawan. Banyak cerita Yang mestinya kau saksikan. Di tanah kering bebatuan
Tubuhku terguncang. Dihempas batu jalanan.
Hati tergetar menatap kering rerumputan
Perjalanan ini pun, Seperti jadi saksi,
Gembala kecil menangis sedih ...
Kawan coba dengar apa jawabnya, Ketika dia ku tanya mengapa
Bapak ibunya telah lama mati, Ditelan bencana tanah ini
Sesampainya di laut, Ku kabarkan semuanya
Kepada karang kepada ombak, Kepada matahari Tetapi semua diam, Tetapi semua bisu, Tinggal aku sendiri
Terpaku menatap langit
Barangkali di sana ada jawabnya,
Mengapa di tanahku terjadi bencana
Mungkin Tuhan mulai bosan, Melihat tingkah kita,
Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa Atau alam mulai enggan, Bersahabat dengan kita
Sukar diceritakan bagaimana perasaan mangsa yang menghadapi bencana tanah runtuh Bukit Antarabangsa. Kejadian yang berlaku jam 3 pagi disaat-saat kita sedang sedap tidur telah dikejutkan dengan satu malapetaka yang mengerikan.
Istana yang dibina ranap dengan kelengkapan yang serba mewah. Kalau dulu sekilo beras diangkat oleh Neng(Amah Indon) kini 3 biji bantal dan sehelai selimut menjadi berat terpaksa dikendong sendiri untuk tinggal di dewan penempatan sementara.
Marah, geram, benci, sakit hati, maki, hamun, risau, dan bebagai-bagai perasaan yang extreme sukar dikawal lagi. Wakil Rakyat, PBT, Kerajaan, Developer, JKR, hujan, tanah, bukit dan Tentera Bantuan, semua mereka menjadi mangsa sasaran maki hamun melepas perasaan.
Semasa Mummy di sana kelmarin terlihat satu insiden seorang mangsa yang panas baran telah menyerbu masuk dalam dewan mesyuarat ketika mesyuarat tertutup teknikal yang dipengerusikan oleh JKR sedang dijalankan, beliau telah memaki-hamun seperti mesin gun menembak rambang tanpa sasaran. Apabila ditanya apa yang dia mahu, mangsa tersebut menjawab dia hanya mahu keluarkan keretanya yang tersangkut.
Nampaknya tragedi ini akan mengahadapi saat yang paling sukar untuk menguruskan emosi dari menguruskan bencana itu sendiri. Penduduk bukit antarabangsa (dulu digelar Beverly Hills) bukannya calang-calang penduduk semuanya bijak-bijak belaka.
Tun Mahathir has posted a very interesting article in his blog recently. Here Mummy posted a special recipe for Tun to try at his "The Loaf" restaurant. The special about this recipe is where it blend well the tapioca @ Ubi Kayu and Mozarella together. Where East meet West.
Tapioca & Mozarella Lasagne
1 md Onion 1 Clove of garlic, crushed 30 g Margarine, or oil 1 kg Tapioca 2 tb Freshly chopped sage Cracked black pepper Lasagne sheets, instant 300 g Grated mozzarella cheese 40 g Grated parmesan cheese 300 ml Sour cream 2 tb Freshly chopped chives 2 tb Roasted flaked almonds
Methods: 1. Fry the thinly sliced onion and garlic in the margarine until golden brown. Peel the tapioca and cook until tender, drain well, then mash.
2. Mix together the tapioca, onion mixture and sage. Add salt and pepper to taste. Grease a 30cm * 20cm lasagne dish. Place a layer of lasagne sheets in base of dish, top with a third of the tapioca mixture then a third of the combined cheeses. Repeat with the remaining lasagne sheets, tapioca and cheese.
3. Mix the sour cream with the chives, spread cream over the top of the dish.
4. Bake in moderate oven for 35-40 minutes until lightly browned and cooked through. Sprinkle with the almonds.
My bloggers friend lets try this recipe or any of you would like to initiate at their place. Please call Mummy, sometime Nasi Kandaq dah boring.
Semalam kawan Mummy ajak keluar dinner di salah sebuah restauranlima bintang di Kuala Lumpur. Temujanjaji yang sudah seminggu tertangguh terpaksa Mummy penuhi bukan kerana memilih tempat tetapi atas kehendak sahabat tersebut yang ingin “privacy”. Lagipun Mummy baru baru balik dari “outstation”.
Katanya apabila kita menyentuh isu ketuanan Melayu, Islam dan Majlis Fatwa, Raja-raja Melayu dan kontrak social jangan dipersalahkan parti-parti politik sahaja. Kita harus bongkar peranan-peranan agensi-agensi propaganda dan gerak saraf Melayu yang sudah lapuk dan gagal memainkan peranan mereka. Banyak Negara-negara bekas penjajahan British serba sedikit masih mewarisi strategi-strategi gerak saraf British yang sudah lapuk. “Our early warning system failed” kata rakan Mummy.
Contoh yang terbaru ialah Mumbai Attack di India. Pihak keselamatan India langsung tidak dapat menghidu pergerakkan terrorist.Begitu juga insiden London Bombers di London satu ketika dahulu. Begitu juga dalam negara kita apabila golongan minority iaitu Hindraf yang tak pernah kita sangka telah bangun dengan anggkuh menunjuk perasaan mereka dan menuntut perkara-perkara yang tidak masuk akal.
Pengajaran yang paling parah dan terbukti ialah PRU12 yang lepas apabila gerak saraf BN langsung gagal mengidu pergerakkan pembangkang dan mengalami trauma Tsunami politik yang sampai sekarang masih terasa bahananya.
Samada kita sedar atau tidak sedar ada beberapa agensi propadanga dan gerak saraf yang ditubuhkan kerajaan Melayu untuk memainkan peranan physwar dan psy op mempertahankan Ketuanan Melayu tetapi gagal. Agensi-agensi ini seperti Kemas, JASA, Jabatan Penerangan, Kementrian Penerangan, Kementerian Dalam negeri, GPMS dan banyak lagi yang disembunyikan.
Mereka yang tahu sahaja mengetahui entah berapa banyak peruntukan disalurkan kepada agensi-agensi ini untuk bergerak dengan bijak dan bermuslihat untuk menegakkan ketuanan Melayu tetapi lumpuh samasekali. Pegawai-pegawai mereka yang “government oriented”, buta IT, selesa dalam pejabat dan tidak hands on, tua dan kuno, tidak menerima idea-idea baru dari orang muda, pekat birokrasi, berlegar-berlegar dengan redtape dan berbagai-bagai lagi yang tidak praktikal.
Akibatnya mereka disapu bersih oleh propaganda-propaganda baru melalui internet dan serangan cyber yang lebih cepat dan efektif.
Kegagalan mereka mungkin dari beberapa sebab. Yang ketara ialah Pengarah-pengarah mereka sudah kolot dan ketinggalan zaman. Pengarah-pengarah ini diletakan sekadar memberi pekerjaan selepas pencen bukan nya untuk bekerja. Strategi mereka telah lapuktidak “up to date” dan ditelan mentah-mentah oleh media-media baru seperti bloggers dan laman-laman web yang terancang. Banyak aktiviti mereka lebih kepada “syiok sendiri” dan berpolitiking serta memihak kepada pemimpin-pemimpin individu dari perjuangan untuk Melayu.
Sebagai contoh peranan Kemas lebih kepada kempen untuk Mat Taib yang dah lapuk. Peranan JASA lebih kepada bekas menteri mereka Zahid Hamidi dan mana-mana pemimpin yang boleh mereka berpaut untuk jadi wakil rakyat. Kementerian Penerangan berkiblat kepada menteri mereka. Apabila berbangkit isu mencabar ketuanan Melayu, Social Kontrak dan Majlis Fatwa mereka lambat bertindak. Langsung lesu, mandom dan lumpuh. Laporan lebih kepada laporan di atas kertas tidak adaapa hasil dan tindakan. Laporan mereka lebih selalu “bias” hanya membodek dan harapan dinaikan pangkat. Maklumat-maklumat yang sepatutnya sulit boleh dibeli dengan sepinggan nasi kandaq.
Menurut sahabat Mummy mereka ada juga “planted” bloggers-bloggers mereka tetapi semuanya tidak cerdik. Lebih kepada politicking budak mentah tidak strategik dan cetek fakta mereka.
Seharusnya Najib membuat satu rombakan yang holistic berhubung strategi geraksaraf ini seperti yang Najib selalu raung-raungkan seperti dalam buku bacaannya “Blue Ocean Strategy”, make your competitors irrelevant.