Thursday, September 17, 2009

Laporan Polis, Laporan Polis, Laporan Polis, Laporan Polis....

Wakil IRIM, Maiden Mohamed (tiga dari kiri) dan Pengerusi KIMMA Wilayah Persekutuan, Mohd Fazil Willian Abdullah (dua dari kiri) bersama ahli mereka berbincang selepas membuat laporan polis terhadap perwakilan MIC M. Sukumaran berkaitan usul mengalungkan selipar kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad di Ibupejabat Polis Brickfelds, Kuala Lumpur. - Utusan

Seperti satu trend di kalangan NGO, Parti Politik dan mana-mana pertubuhan dalam Negara ini apabila berbangkit isu-isu panas dan sensasi maka semangat mereka berkobar-kobar dan terus membuat lapuran Polis.

Mereka membawa rombongan-rombangan penyokong mereka ke balai Polis dan sebaik sahaja keluar dari Balai Polis tersebut maka akan ada media-media yang akan mengambil gambar mereka untuk disiarkan pada muka depan, muka dua atau muka tiga.

Persoalannya di sini apa jadi dengan lapuran-lapuran Polis yang telah mereka buat selepas daripada itu? Apakah susulannya dan yang penting keputusannya.

Mungkin kalau dikumpul laporan-laporan yang telah dibuat ini ia boleh dijilid menjadikan satu ensaiklopedia untuk bahan rujukan pelajar akademi Polis.

Meminjam dialog Labu-Labi : "Laporan Polis....Laporan Polis...Laporan Polis...Laporan Polis...Laporan Polis....."

10 comments:

  1. Elok juga buat laporan Polis.

    Kepala lembu kata mereka satu penghinaan bagi Agama, sama la juga.. slipper pun satu penghinaan.

    Kena siasat latar belakang orang yang seberani ini, rasa saya, mesti bukan rakyat asal (tulin?) Negara ini.

    Kalau tidak mesti dia kenal siapa itu Tun Mahathir. Saya perhatikan ramai dari kalangan mereka ini begitu memuja Ghandi.. apakah ini sebenarnya Negarawan dia?

    Siasat jangan tak siasat.. Tak mungkin kalau dia generasi yang mendapat kerakyatan percuma dulu sanggup keluarkan kata lucah macam ni.

    Bota

    ReplyDelete
  2. Buat perabih kertas saja! Dan cari publisiti murah....kalau banyak nampak di paper mungkin dapatlah pingat kot.

    ReplyDelete
  3. Semua ni drama Hindustan aje yang dimulakan oleh DSAI dan geng-gengnya dalam Pakatan Rakyat. Macam filem bollywood tu, kalau takde kereta api, takde inspektor Sahab, takde bergolek-golek di lereng bukit maknanya cerita tak lengkap.

    Laporan polis tu sekadar syok sendiri saja. Malangnya akhbar media perdana kita ni pun bengap dan goblok. Bagi "full coverage".

    Iwaklele

    ReplyDelete
  4. Salam,

    lapor polis lah takkan lapor bomba. Klu anwar keje saman, saman, saman! dan lari, lari, lari.

    ReplyDelete
  5. Mahathir dah lali dengan slogan, dia kena lagi teruk dalam UMNO sendiri.. dulupun kata dia mahafiraun.

    Report polis dan bantahan kena juga dibuat kalau tidak kelin ni lagi mabuk...

    Tindakan yang terbaik ialah humban ke longkang setiap calon hindu bertanding atas apa jua tiket di masa akan datang.

    ReplyDelete
  6. Haaah .aku dah kata ..Dr m idola tak marah sangat kat sugumaran pasai nak kalong selipar kat gambar idola..tapi apa yang idola terasa sikap pemimpin melayu umno sendiri ..

    masa nazri kata kat Dr m idola orang tua tak sedar diri sapa pun tak bunyi , masa pak kalah kata dat dr m idola macam iblis sorang pun tak berbunyi ,
    masa MB kedah nak buang Dr m idola dari umno sapa pun tak bunyi.
    masa pemilihan bahagian Dr idola kalah tergolek ..hanya kerana Rm 2 ratus ..Dr m di buang dari umno ..aku pun terasa dr M idola hanyut masa tu ..ang pa ingat ka ?

    ini lah jenis melayu umno mudah lupa dulu kini dan selama lama nya..

    haa report la ..apa polis reti ka nak siasat kalau tak ada arahan dari Pii em najib altantuya...
    polis dah terbesa tunggu arahan atasan umno dulu baru nak bertindak...kalau tak ada arahan atasan umno ..report akan hanya jadi sampah umpama daun luruh yang bertimbun mengikut musim..

    tak percaya ka apa aku kata ?

    ReplyDelete
  7. Semua ini bertujuan mencari publisiti. Kadang-kadang terfikir juga, adakah kita berlaku adil kepada pihak polis yang terpaksa menangani banjiran laporan, walaupun laporan polis adalah sebahagian tanggungjawabnya? Pihak polis juga mempunyai tanggungjawab yang lebih penting seperti menjaga keamanan dan keselamatan negara.

    Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada saudara/i dan keluarga.

    Sila lawat blog baru saya: http://alizul2.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. Salam...aku sokong Mohd Fazil Presiden KIMMA...ayuh..
    jgn xbela Bangsa Melayu itu sendiri..
    kadang2..orang lain naik lemak dh bg post,xsdr diri..bersyukurlah..
    jgn nk hina sana,hina sini..
    kita semua sama..
    mati yang bawa 3 perkara saje..
    Ingatla...

    ReplyDelete
  9. Salam..aku sokong Mohd Fazil Presiden KIMMA...

    ReplyDelete
  10. Salam..aku sokong tindakan Mohd Fazil Abdullah..
    ayuh..
    bersama 'hidupkan KIMMA'

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.