Wednesday, February 17, 2010

Tugas Tok Pa bukan lagi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Tanggungjawab Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed nampaknya bukan setakat membawa masuk pelaburan antarabangsa ke negara ini tetapi bertanggungjawab juga memberi penjelasan yang sejelas-jelasnya kepada masyarakat perdagangan dan industri antarabangsa bahawa liwat, homosex dan kerja tak senonoh lelaki dengan lelaki itu adalah haram, salah dan tidak bertamaddun.

Beliau berkata masyarakat antarabangsa tidak boleh mentafsirkan perbuatan meliwat melalui kaca mata mereka, iaitu ada negara yang menerima perbuatan berkenaan.

"Seperti di Amerika, di negara mereka wujud undang-undang yang membolehkan pasangan sejenis berkahwin. Lelaki boleh berkahwin dengan lelaki dan wanita boleh berkahwin dengan wanita".

"Amalan seperti itu pada pandangan umat Islam di negara ini dan seluruh dunia ianya bertentangan dengan lumrah manusia. Jadi ada dunia perlu menilai kes Anwar melalui kaca mata Malaysia dan bukannya pandangan liberal mereka," katanya.

Mungkin penjelasan ini perlu dibuat kerana Anwar Ibrahim di dalam forum antarabangsa yang beliau hadiri telah menyatakan kerja-kerja homosek, liwat dan perhubungan lelaki sesama lelaki itu halal di negara Malaysia ini?
Mungkin menteri-menteri kabinet lain yang ke luar negara juga perlu membawa mesej dan penjelasan yang sama khasnya negara-negara yang pernah dijejak oleh Anwar Ibrahim.

2 comments:

  1. Mana Nazri celupar yang sepatutnya menjawab protes yang dikeluarkan oleh ahli parlimen Australia.

    Mana Nik Aziz yang sepatutnya menjawab 'liwat' itu boleh atau tidak dalam Islam, seperti perarakan Mauliudurasul, apakah ada fathilat bagi sesiapa yang melakukan liwat..

    Di mana Menteri Luar? Di mana Mneteri Penerangan?

    Satu saolan 1Malaysia mahu jawab ke?

    ReplyDelete
  2. Salam mummy, nampak gaya akan datang mungkin menteri dari aliran "Agama" yang diperlukan untuk mengisi post Tok Pa sekarang...

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.