Monday, February 8, 2010

Yang mana satu WAJAH yang mana satu RUPA

Sumber wajah : The Straits Times Singapore

SEBUAH PUISI UNTUK WAJAH YANG MERUPA
Adakah ini rupa atau ini wajah?
Kalau wajah bukan begini rupanya
Memang sukar ditelah mana rupanya mana wajahnya

Kalau inilah wajahnya memang jelek rupanya
Rupa-rupanya inilah wajahnya

Di sebalik wajah ada rupa pura-pura
Di hadapan kita merupa wajahnya

Di belakang kita rapu rupanya
Mana wajah mana rupa
Rupa-rupanya wajahnya berbagai-bagai rupa.
(Nukilan : Mambang di awan)

8 comments:

  1. emm.. entah la.. moga allah swt akan tnjukkan kebenaran utk pihak yg benar2 diinayai.. amin

    ReplyDelete
  2. Ye....Amin juga aDie.

    Dalam maksud Mummy tu....

    ReplyDelete
  3. rupa tersembunyi wajah berselindung,
    tunduk malu sembunyi muka,
    dalam hati ada terkandung,
    akibat melulu kain dibuka.

    ReplyDelete
  4. Salam Mummy,

    Wajah ini wajah seorang yang menghadapi satu penyakit ganjil yang amat serius.Wajahnya boleh berubah rubah dalam sekelip mata,siang manusia ,malam entah haiwan jenis apa ?

    Orang yang berpenyakit harus dirawat tetapi penyakit ini adalah agak luar biasa kerana dia suka melakukan pekara luar biasa/tabii.

    Tiger woods pemain golf no 1 dunia pun suka melakukan perkara luar biasa tetapi dia sanggup memasuki klinik pakar untuk mengubati penyakitnya yang luar biasa.

    Kenapa wajah ini memilih untuk kemahkamah dan tidak keklinik pakar sakit luar biasa untuk mengubati penyakitnya.

    Penyakit luar biasa ini bukan baru,ianya pernah berlaku dinegeri Rome dan Sodom dan ALLAH akan menghukum makhluknya dengan seberat berat hukuman.Adakah Malaysia akan dihukum oleh ALLAH akibat dari perbuatan puak puak WAJAH ini,sama sama kita tunggu dan lihat.

    ReplyDelete
  5. Mungkin wajah itu
    telah tertaksub
    pada diri sendiri,
    yang telah pun selama ini
    menikmati kegahan dunia
    dan segala isinya...

    ReplyDelete
  6. Wajah yang di geruni oleh pemimpin umno dulu kini dan selama lama nya ? kenapa ?

    Dulu tangan dan bontot orang ini lah orang umno cium..

    semasa di pecat 1998 ..dalam perhimpunan agung umno nama orang ini hilang hingga nak di sebut dalam pwtc pun tak di benarkan .. cuma bisik2 sahaja..kenapa ?

    dulu adakah orang ini dari Pas ?

    Ahli umno ramai yang silap makan ubat ..kerana DR m telah suntik vaksin liwat di otak pengikut nya.

    tahniah dr m..

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.