Thursday, April 1, 2010

MEB: apakah GLC masih mengejar konsesi Kerajaan?

MEB yang dibentangkan Najib baru-baru ini tidak banyak menekan pembangunan usahawan Bumiputera dan peranan GLC membangunkan usahawan Bumiputera.

Tidak wujud lagi kouta dan kerajaan hanya menjadi penyokong dalam bentuk penyediaan laluan teknologi dan pembiayaan. Kerajaan merasakan hanya ini adalah bidang yang perlu terus ditingkatkan seperti apa yang dikatakan oleh Menteri Di JPM Amir Sham Aziz yang juga merangkap Pengerusi MAPEN.

MEB juga tidak banyak menyentuh peranan-peranan GLC di dalam membangunkan usahawan Bumiputera. Di antara GLC yang terbesar seperti TNB, Telekom Malaysia dan Petronas contohnya, selama ini banyak yang mendapat khidmat sumber luar atau “outsourcing.

Yang ketara baru-baru ini seperti TM di dalam mengagihkan banyak atau hampir kesemua projek HSBB atau High Speed Broadband kepada firma Perancis Alcatel-Lucent, tiga firma China, Huawei Technologies, ZTE Corp and Fiberhome Technologies Group dengan nilaian RM11.3 billion.

Alasan mereka kerana tidak ada kepakaran tempatan. Persoalannya apakah semasa melobi projek ini dari Kerajaan dahulu mereka tidak bersedia dengan kepakaran?

Sukar dilihat di mana pemantauan dan kawalan Kerajaan di dalam isu-isu seperti ini. Wakil-wakil Kerajaan yang diamanahkan menduduki syarikat-syrikat ini seperti bisu dan “yes man”.

Malah yang lebih megeciwakan ada di dakalangan GLC bukan sahaja menjadi persaing kepada usahawan Bumiputera tetapi juga mereka ini bersaing dan berlumba-lumba di dalam mengejar konsesi Kerajaan.

Mereka juga terlibat di dalam perniagaan-perniagaan “non-core business” dan bersaing pula dengan anak-anak bilis kecil.

GLC kecuali Petronas tidak dilihat sebagai pencetus dan pemangkin malah mereka menjadi pesaing,mereka gagal bersaing di peringkat global dan lebih menjadi jaguh kampong.

Najib harus melihat hal ini dengan lebih telus dan dekat. GLC harus lebih tumpu kepada “core business”.GLC harus boleh bersaing di peringkat global dan konsesi Kerajaan tidak harus di monopoli oleh GLC.

4 comments:

  1. GLC harus boleh bersaing di peringkat global dan konsesi Kerajaan tidak harus di monopoli oleh GLC.

    Setuju sangat dengan statement ni.
    GLC yang ada pun hanya jaguh kampung except Petronas. Yang lain perabih beras....

    ReplyDelete
  2. Mami, GLC boleh mengambil konsesi Kerajaan, syaratnya GLC harus memainkan peranan menolong peniaga2 yang sedang membangun, terutamanya Melayu.

    Suatu ketika dahulu, taklah lama sangat. Dalam MAS, GLC lah tuuuu...
    Pengurusan tidak langsung memberi peluang kapada syarikat lain menumpang, samada suply atau lain2. Semuanya, jika tak silap 12 buah anak syarikat MAS sendiri yang dianggotai oleh sanak saudara yang kontrol. Lama kelamaan, Pengerusinya tidak juga memberi kejayaan kapada MAS.

    Keadaan sekarang GLC masih lagi dalam keadaan demikian. Umpama Pos Malaysia, TNB, PLUS, PETRONAS dan banyak lagi, peluang kerja kontrek dsbnya, banyak keroni saja yang mendapatnya.

    Jika tidak berbaik2 dan kenal rapat dengan ALPnya, jawabnya telan ayaq lioq lah.

    Keadaan begini harus diberi perhatian dan kena ada kawalan.

    ReplyDelete
  3. ape pun GLC ke Kerajaan semua projek ber pada Kroni.... kalau melayu ok juga ni Apek/Tambi majan komisen aje

    ReplyDelete
  4. Saya sangat bersetuju dengan pernyataan bahawa "konsesi Kerajaan tidak harus di monopoli oleh GLC" jika bila dah dpt bagi pada firma asing... lantas menutup peluang syarikat dalam negara utk bersaing maju... malahan matawang akan mengalir keluar dan sekaligus menaikkan kadar inflasi... Inilah akibatnya jika GLC2 ini tidak membuat kajian kesan perlaksanaan tindakan yang dirangka...

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.