Saturday, April 17, 2010

Shahrizat gagal, ramai suami negara ini terjerumus di dalam golongan JABLAI

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kononnya kecewa dengan sikap lelaki Malaysia yang ghairah mengambil wanita Indonesia sebagai isteri kedua.

Beliau bimbang trend itu akan membuka ruang penganiayaan kepada golongan wanita kerana agak sukar bagi lelaki di negara ini untuk berlaku adil dalam soal poligami.

Kenyataan politik DS Shahrizat ternyata berlandaskan emosi dan fakta yang amat cetek tanpa kajian phycology yang mendalam.

Hakikatnya lelaki negera ini ramai yang telah terjerumus di dalam golongan JABLAI atau Jarang Dibelai.

Peratusan lelaki Malaysia semakin hari semakin ramai terjerumus di dalam golongan jablai ini kerana berpunca dari isteri-isteri yang hanya asyik mengejar kerjaya. Isteri-isteri sering keletihan dan terbawa-bawa masaalah kerja ke tempat tidur sehingga ramai suami diabaikan keperluan mereka. Kelazatan rumah tangga telah menjadi hambar walaupun mereka hidup mewah di dalam rumah seperti mahligai.

Satu kajian yang dilakukan oleh The Asia Pacific Sexual Healty and Overall Wellness Survey (AP SHOW) mendapati ramai lelaki di 13 buah negara termasuk Malaysia menderita penyakit kehilangan perasaan keintiman dan semakin ramai lelaki di Malaysia sedang menderita dalam senyap.

Apabila suami-suami mereka terdedah dengan ayat-ayat power dari neng Indonesia mereka menjadi “culture shock” kerana ayat-ayat power ini jarang atau tiada langsung kedengaran diucapkan dari bibir isteri mereka.

Isteri-isteri yang berjawatan tinggi pula terbawa-bawa kuasa mereka sehingga ke rumah. Suami-suami mereka diarah seperti mengarahkan staf mereka di pejabat sehingga mereka tidak lagi dapat membezakan yang mana satu suami yang mana satu peon pejabat.

Shahrizat selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat seharusnya tidak “bias”kepada wanita sahaja di dalam membela hak-hak wanita tetapi beliau juga seharusnya membela kaum lelaki atau suami bagi mencapai matlamat membina keluarga dan masyarakat bahagia.

Jika beliau gagal adalah dicadangkan supaya DS Najib mewujudkan sebuah lagi kementerian iaitu Kementerian Pembangunan Lelaki.

6 comments:

  1. Kalau bab hubungan suami isteri pun diletakkan atas bahu kerajaan,susahla.Kalau masyarakat ikut contoh Rasulullah saw, insyaAllah tiada masalah. Tapi berapa ramai antara kita yg mengenali Rasulullah sbg bapa,suami dan berapa ramai isteri yg mengenali isteri2 Rasulullah? Masing2 muhasabah.

    ReplyDelete
  2. Saya sokong pendapat mummy.

    - bakal mangsa

    ReplyDelete
  3. "be a chef in the kitchen and a whore in the bedroom" - Jerry Hall

    ReplyDelete
  4. Menteri dalam Kabinet Malaysia ni sebahagian besarnya tidak professional, pak turut, buat kenyataan tidak buat homework. Style do malaysia la ni ialah diskriminasi genda sama ada oleh golongan agama ataupun profesional. Setiap keburukan, kelemahan dan keburukan semuanya datang dari kaum adam, kaum hawa semua sempurna. masih ingatkah kita sebelum ini, ramai wanita melayu memilih lelaki warga asing khasnya dari pakistan dan bangladesh. apa kata menteri ni, dia salah lelaki melayu kononnya ramai lelaki melayu terlibat dengan dadah dan tidak romantik. tapi sekarang menteri ini kecewa sebab ramai lelaki Melayu pilih wanita indon. kenapa tak salahkan wanita melayu, kenapa salahkan lelaki melayu. perangai menteri ni tak ubah seperti prinsip parti pembangkang terutamanya PAS, apa yang PAS buat semuanya, betul, begitulah dengan menteri ini, apa yang wanita buat semuanya betul. Memang tepat, kerajaan di bawah DSN patut wujud satu kementerian baru Hal Ehwal Pembangunan Lelaki. Sebab kementerian yang ada la ni hanya fokus terhadap wanita sahaja, lelaki di pinggirkan, mana pi suhakam....jangan salah lelaki sekiranya lelaki ramai terjebak dalam jenayah, maksiat dan dadah...

    ReplyDelete
  5. Kes penderaan kanak kanak pun Sharizat gagal juga!

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.