Saturday, January 28, 2012

Jawatankuasa Disiplin UMNO tidak bertindak terhadap pembelot dalam PRU12 yang lepas

Jawatankuasa Disiplin UMNO akan mengambil tindakan disiplin lebih awal ke atas mana-mana pemimpin dan ahli yang cuba mensabotaj parti sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 berlangsung.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah proaktif itu bertujuan membendung anasir tidak sihat yang sering kali menjadi duri dalam daging kepada parti sebelum ini.

Nampaknya pemimpin yang terdekat yang bakal diambil tindakan ialah pemimpin secondhand Kadir Sheikh Fadzil yang sedang menembak UMNO dan BN seolah-oleh parti tidak pernah berjasa pada beliau. Siapa Kadir semua orang tahu, membina istana jutaan ringgit di tengah-tengah kampong yang di kelilingi rakyat-rakyat marhaen. Memakai rantai dan rambut palsu seperti jutawaan India dari Madras, merasmikan petandingan ratu cantik putih gebu Chinatown.

Seharusnya selepas menyedut segala kekayaan semasa berada di dalam Kerajaan beliau insaf dan mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Jaawatankuasa ini sebenarnya sepatutnya telah lama mengambil tindakan ke atas pembelot-pembelot semasa PRU12 yang lepas tetapi mereka-mereka ini yang masih berkuasa sehngga hari ini malah ada yang diberi jawatan kerana kroni rakan baik kepimpinan tertinggi parti.

Friday, January 27, 2012

PAS ketinggalan dalam mencegah murtad

Penubuhan Jawatankuasa Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah bagi memantau lebih rapi pengembangan agama bukan Islam kepada orang Islam dikira tepat pada masanya ketika Islam sedang diterjah oleh pihak-pihak yang tidak tahu menghormati Islam.

jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom itu akan memastikan setiap pihak berkuasa yang terlibat di bawah Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam melaksanakan bidang kuasa masing-masing.

Jawatankuasa ini juga turut memantau pengembangan ajaran salah antara sesama umat Islam. Umat Islam hari ini yang rapuh iman mereka senang diumpan dengan kekayaan dana kemewahan sanggup mengadai akidah mereka.

Kita berharap jawatankluasa ini juga mampu mengesan tunas-tunas awal punca-punca murtad dan mengambil langkah di sekolah-sekolah kindergarten dan pusat-pusat asuhan yang cuba menanam benih murtad di kalangan kanak-kanak Islam.

Wednesday, January 25, 2012

Jangan percaya ramalan dan analisa politik. Sarawak seperti telur dihujung tanduk.

Ahli dan penyokong Barisan Nasional (BN) tidak perlu percaya sangat macam-macam ramalan atau analisis yang dibuat pelbagai pihak menjelang pilihanraya umum ke 13 akan datang. Sebaliknya, menumpukan usaha mencari pendekatan baru untuk memenangi semula hati rakyat dengan turun padang bagi mengetahui permasalahan orang ramai tanpa mengira fahaman politik yang berbeza.

Itu mesej Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyangkal analisis atau ramalan rambang bahawa BN mempunyai harapan 50-50 untuk menawan kembali negeri yang dikuasai pembangkang.

Sebelum ini, media banyak melaporkan berbagai-bagai analisis atau ramalan politik yang dibuat oleh NGO dan ahli akademik mengenai jangkaan terhadap pilihanraya akan datang. Sesetengahnya amat mengarut sehingga menjadi bahan ketawa orang ramai. Antaranya ramalan yang dibuat sebuah NGO semasa Pilihanraya Negeri Sarawak yang kononnya pembangkang akan menang besar di mana sehingga menumbangkan kerajaan BN.

Sebab itu kata Ahmad Zahid, tanggapan kononnya BN hanya berpeluang 50-50 untuk merampas negeri pembangkang hanya analisis politik yang dibuat secara rambang."Sama ada BN atau pembangkang semua hendak menang, bagi BN, kita harus memperkasakan usaha untuk meraih sokongan rakyat bukan setakat projek fizikal seperti memberi bantuan atau pembangunan yang masih dianggap tidak mencukupi," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 500 penerima di Dewan UMNO Bagan Datoh pada Ahad. Menurut Ahli Parlimen Bagan Datoh itu pemimpin BN di berbagai-bagai peringkat perlu mencontohi usaha gigih Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang kerap turun padang untuk menemui rakyat di peringkat akar umbi.

Sementara itu, BN Sarawak perlu mencapai kemenangan besar pada PRU13 untuk mengukuhkan lagi kedudukan kerajaan BN dalam mencapai matlamat Wawasan 2020, kata ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Fadillah Yusof.

Jelasnya, BN negeri yang ditunjangi oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) perlu diperkuat dan diperkukuh lagi agar Sarawak kekal menjadi kubu kuat kepada BN pada pilihan raya umum nanti.

"Dalam politik, angka (majoriti) itu penting, kalau angka kita besar maka kita lebih mudah untuk merancang pembangunan negara khasnya dalam masa kita mahu menuju Wawasan 2020," katanya ketika berucap pada majlis pemukiman jentera Pilihan Raya BN P194 Petra Jaya di Santubong, Ahad.

Bernama melaporkan, Fadillah yang juga Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi berkata pembangkang hari ini sedaya upaya mahu mengurangkan majoriti BN dalam kerajaan pusat dan mereka sanggup berjanji kosong kepada rakyat semata-mata mahu memerintah dan menumbangkan kerajaan BN.

Menurutnya BN Sarawak akan memastikan impian pembangkang itu hanya angan-angan kosong kerana kerajaan yang sedia ada hari ini telahpun membuktikan kemampuannya dalam merancang serta membangunkan negeri ini.

Sementara itu, Naib Presiden PBB Datuk Daud Abdul Rahman berkata beliau bersama-sama tiga lagi Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) iaitu Tupong, Semariang dan Satok dalam kawasan Parlimen Petra Jaya berharap Fadillah kekal menjadi calon BN untuk kerusi tersebut pada pilihan raya umum nanti.

Katanya Fadillah telah membuktikan kewibawaannya menjadi wakil rakyat dalam kawasan Petra Jaya sejak dua penggal lalu dan tidak timbul isu untuk mencari calon pengganti kepada beliau setakat masa ini walaupun keputusan muktamad ditentukan oleh pucuk pimpinan BN di peringkat negeri dan pusat.

"Apa yang penting sekarang ialah kita perlu mempersiapkan jentera pilihan raya kita dan cuba untuk menyelesaikan segera isu-isu yang berbangkit dan menambah apa yang masih diperlukan rakyat di kawasan," katanya yang juga Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri ketika merasmikan majlis itu.-23/1/2012 (Sumber Agendadaily)

NOTA

Percaya atau tidak di Sarawak, Ketua Menterinya mesti melepaskan jawatan seperti signal yang telah diberi oleh rakyat dalam pilihanraya Sarawak tempoh hari.

Janji-janji DS Najib akan berlaku perubahan politik Sarawak masih belum ditunaikan.

WAIT AND SEE.

Wednesday, January 18, 2012

Ahmad Maslan tidak pernah label blogger UMNO sebagai sampah

SHAH ALAM - Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan menafikan dakwaan sebuah Facebook kononnya beliau pernah membuat fitnah dengan melabel pemblog-pemblog pro-Umno dan Barisan Nasional (BN) sebagai sampah.

Katanya, dalam hidupnya selama ini beliau tidak pernah menganggap dan menggelar mana-mana pihak sebagai sampah, lebih-lebih 'panglima-panglima' siber Umno-BN.

"Seumur hidup saya sudah 46 tahun, tidak pernah walau sekali menggelar, menuduh, menyebut orang atau pihak lain sebagai sampah, lebih-lebih lagi jika mereka itu membantu Umno dan BN," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen ini menambah, beliau tidak sebodoh itu dan "saya kira ini adalah cubaan untuk mencemar usaha berterusan kita sebagai satu pasukan bagi menggagalkan pihak pembangkang menawan Putrajaya."

Nota:
Ahmad Maslan harus berjaga-jaga supaya tidak menerima nasib yang sama  dengan mantan Menteri Penerangan Zainudin Maidin apabila menggelar blogger sebagai 'gobblog'.

Friday, January 13, 2012

Hangpa nak mampuih dengan Tun M?

Kononnya Le Tour de Langkawi (LTdL) kini sudah menjadi satu branding yang kuat ianya tidak perlu lagi dijalankan di tempat asalnya, Langkawi kata ketua pegawai operasi LTdL 2012, Emir Abdul Jalal.

"Walau di mana pun acara ini diadakan, LTdL kini sudah jadi brand name yang cukup kuat di Asia. Tidak semestinya kalau kita tidak bermula di Langkawi, perlumbaan ini tidak boleh dikenali sebagai Le Tour de Langkawi,” katanya dalam sidang media selepas majlis menerima penajaan untuk edisi perlumbaan tahun ini di ibu pejabat LTdL, Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil, di sini hari ini.

"Untuk tahun ini, kita tidak melibatkan laluan Langkawi dan salah satu sebabnya kita mempunyai obligasi penajaan terhadap negeri Terengganu, di mana mereka memberi penajaan sebanyak RM1 juta kepada perlumbaan kali ini.

"Kita menukar sedikit laluan kali ini dan memberi kelebihan kepada negeri Terengganu. Tahun ini, kita ada tiga peringkat perlumbaan di Terengganu,” katanya. (Bernama)

Tindakan ini tidak ubah seperti nama Langkawi ‘dilacurkan’ kepada Terangganu. Venue Langkawi untuk sukan ini tidak pernah konsistent, sekejap ada sekejap tiada. Sesuka hati mereka sahaja.

Rakyat Kedah dan Langkawi khasnya tentunya terguris kerana negeri mereka tidak mampu menaja RM1juta untuk sukan ini maka itu negeri yang kaya dengan sumber minyak menyambarnya. Penduduk Langkawi hanya melopong kerana tidak ada 'economic spill over'hasil dari sukan ini untuk menjana pendapatan harian mereka. Dalam lain perkataan pakai nama tapi pendapatan habuk pun taraaak.

Kita tunggu dan lihat apa komen Tun M selepas ini.

Tuesday, January 10, 2012

Biarlah Anwar Ibrahim bebas

Penyokong Anwar terkejut berok apabila Mahkamah membuat keputusan Anwar Ibrahim tidak bersalah atas tuduhan meliwat Saiful Bukhari.

Mereka seperti dah mengagak bahawa Anwar akan masuk jail dan bersedia untuk bertindak seperti berok di perkarangan letak kereta mahkamah tetapi Hakim membuat keputusan sebaliknya.

Apapun keputusan hakim dikira bijak kerana apa juga keputusan yang dibuat ianya sentiasa tidak menyebelahi Kerajaan. Ketaksuban penyokong Anwar sukar dikikis kerana persepsi negative mereka terhadap Kerajaan begitu menebal sehinggakan kalau ada filem, video atau kelakuan lucah ‘live’ di hadapan mereka pun mereka tidak akan percaya bahawa itu adalah kelakuan  Anwar Ibrahim.

Kalau ditakdirkan Anwar Ibrahim membuat pengakuan dan taubat nasuha di hadapan mereka pun mereka tidak akan percaya malah tidak mustahil mereka menyalahkan Kerajaan kerana menyuntik ubat untuk Anwar Ibrahim membuat pengakuan.

Biarlah Awar Ibrahim bebas kerana manusia tidak layak menghukumnya, yang layak menghukum beliau hanyalah Allah Taala seperti Nabi Lut yang telah keciwa dengan kaumnya sehingga beliau sendiri tidak mampu menyekat lagi l kemungkaran kaumnya sehinga Allah swt sendiri menghukum dengan meniarap bumi ini.

Monday, January 2, 2012

Dedah segera siasatan Setiausaha Sulit Kanan TPM

Apabila Setiausaha Sulit Kanan TPM dituduh menerima suapan RM10,000 sebulan sebagai bayaran tol untuk berjumpa TPM ini telah membuka mata rakyat peranan mereka yang disekeling Pak Menteri atau ‘the all President Men’.

‘The all President Man’ ini selalunya mereka yang rapat dengan Pak Menteri dari Pemandu, Setiausaha Sulit, Seiausaha Akhbar, Setiausaha Sulit Kanan, Setiausaha Politik, Pegawai Khas, Bodyguard, Isteri dan anak-anak sehinggalah kepada Budak Pejabat.

Mereka-mereka ini bukanlah berkuasa sangat tetapi kelebihan mereka ini mereka tahu pergerakan Pak Menteri. Mereka tahu mood Pak Menteri. Mereka juga tahu muzik,makanan dan hobi kesukaan Pak Menteri. Dan mereka juga amat tahu maklumat-maklumat sulit dalaman.

Mereka cukup berkuasa untuk membakul sampahkan surat-surat yang sampai kepada Pak Menteri.Mereka akan pastikan cerita-cerita baik sahaja sampai kepada Pak Menteri. Kalau terdapat surat-surat yang dikirim dari pengirim yang mereka tidak suka cepat-cepat mereka bakulsampahkan.

Begitu juga lah jika sampai surat-surat yang ada ashoook atau dari rakan karib mereka cepat-cepat mereka angkat kepada Pak Menteri.

Mereka ini lah yang jika tidak amanah akan menjahanamkan Pak Menteri dan kerjaya politik Pak Menteri menjadi pendek.

Pengalaman MR sendiri menulis kepada Pak Menteri memberi beberapa cadangan isu-isu rakyat pada bulan Februari 2011 sehingga hari ini 2012 langsung tidak dibalasnya, mungkin surat tersebut telah menjadi bangkai.

Pilihanraya umum tahun ini akan menyaksikan Pak Menteri mana yang akan menjadi bangkai.

Friday, December 23, 2011

SPRM geledah NFC kerana PRU13 sudah hampir

Hari ini pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerbu pejabat Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) di Jalan Solaris, Mont Kiara.
SPRM sedang menyiasat sama ada Shahrizat turut terlibat dalam mana-mana bahagian yang melibatkan pinjaman RM250 juta kepada NFC itu.
Semalam Datuk Seri Najib Razak menegaskan beliau akan menjelaskan mengenai isu berhubung Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) apabila tiba masanya.
Nampaknya sebelum tiba masanya DS Najib menjelaskan isu tersebut pihak SPRM telah mendahului menggeledah kes NFC mungkin menyedari PRU13 terlalu hampir.
Isu-isu sebegini seharusnya dicuci secuci-sucinya agar BN menang besar dalam PRU nanti untuk menubuhkan “solid Government”.
Hendaknya sekarang lah peluang yang terbaik kerana PAS sedang berperang dalaman dan DAP juga sedang bertujai di antara Karpal dan Dr P.Ramasamy.

Thursday, December 22, 2011

Tahniah Chef Wan

PETALING JAYA: Tukang masak selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan enggan bersemuka dengan Adlin Aman Ramli ekoran rasa kurang senang pelakon itu terhadapnya selepas dikritik hebat sepanjang program Maharaja Lawak Mega (MLM) berlangsung.
Chef Wan berkata, tidak ada keperluan untuk menjernihkan keadaan selepas Adlin yang tersingkir daripada MLM pada minggu lepas, melancarkan 'perang status' di laman sosial Facebook.
"Saya tak akan merendahkan martabat diri saya sepertinya (Adlin) iaitu orang yang tidak matang. Lagipun, siapa dia untuk saya pergi berjumpa?," soalnya yang dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.
'Perang Facebook' yang dilancarkan Adlin pada Ahad lalu bermula apabila dia bengang dengan komen negatif dalam entri Facebook Chef Wan selain sering menerima kritikan pedas sewaktu melakukan persembahan di MLM.
Dalam entri tersebut, Chef Wan menyifatkan Adlin sebagai kurang sopan kerana pernah mempersendakan arwah bapanya sendiri iaitu pelakon A.R Tompel dalam persembahan yang dibawakan.

Adlin pula menolak dakwaan tersebut dan menganggap Chef Wan tidak faham dengan lawak yang dipersembahkan.
Bagaimanapun kata Chef Wan, sepatutnya Adlin yang mempunyai pengalaman sebagai juri program Akademi Fantasia (AF) tidak perlu melatah tentang komen yang diberikannya memandangkan dia juga seorang juri yang 'bermulut pedas'.
"Dia kritik orang boleh, tetapi tidak boleh pula terima kritikan orang. Karakternya sudah cukup menunjukkan dirinya yang sebenar.
"Sebagai seorang selebriti yang mempunyai pengikut yang ramai, dia perlu menunjukkan persembahan lawak yang positif dan secara amnya tidak membabitkan isu-isu keluarga, agama atau persendakan orang.
"Perlukah kita yang mempunyai adat dan budaya sopan yang tinggi mengikuti pelawak-pelawak Barat yang juga mampu membogelkan diri mereka untuk dijadikan bahan lawak? Pada pendapat saya, mana yang baik, kita ambil, yang buruk pula kita abaikan," tegas bapa kepada dua orang anak ini.
Sementara itu, Chef Wan telah menerima Anugerah Khas Menteri Pelancongan pada Malam Gala Anugerah Pelancongan Malaysia yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre, Selasa.
Katanya, ia merupakan penghormatan yang amat bermakna setelah 25 tahun memberi komitmen sepenuhnya dalam memperkenalkan masakan Malaysia kepada dunia.
"Terasa segala usaha, komitmen dan pengorbanan yang diberi dalam kerjaya ini berbaloi. Pengiktirafan yang diberikan memberikan semangat lebih untuk memperkenalkan masakan Malaysia kepada dunia," kata Chef Wan yang akan sibuk pada tahun depan mengendalikan beberapa program masakan di beberapa saluran televisyen.
Selain Chef Wan, pereka kasut terkenal Datuk Jimmy Choo turut menerima anugerah khas tersebut. (mStar online)

Friday, December 16, 2011

Kenyataan Syed Ali disalah tafsir. Kenyataan "bewak hidup" dituju kepada lembu feedlot bukan kepada Kak Ijat.

DATUK Wira Syed Ali Alhabshee menjelaskan maksud ‘memikul biawak hidup’ adalah ditujukan kepada isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang kini menjadi pertikaian umum dan bukannya ditujukan kepada Shahrizat Abdul Jalil.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu menegaskan, kenyataan beliau semalam adalah berkaitan isu NFC yang mana jika tidak diselesaikan maka selagi itulah rakyat akan menunding jari kepada kerajaan kononnya melindungi Shahrizat yang mana suaminya, Dr. Mohamad Salleh adalah Pengerusi Eksekutif NFC.

“Maka,sudah tentulah pada anggapan saya rakyat akan menyalahkan Perdana Menteri dan Timbalannya kerana memikul isu NFC seperti memikul biawak hidup. Bukannya peribadi Shahrizat,” jelasnya.

Kenyataan keras Syed Ali sebelum ini ditujukan kepada Mohamad Salleh supaya memberikan penjelasan secara jelas dan terperinci berhubung isu tersebut supaya tidak menjadi beban kepada UMNO dan kerajaan pada PRU ke-13 akan datang, sepertimana yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia semalam (14 Disember 2011).

“Saya bercakap berkisar tentang isu NFC yang kini menjadi bualan rakyat, malah pihak pembangkang juga menuduh pelbagai penyelewengan berlaku dan menyalahkan kerajaan, bukannya saya tujukan kepada Shahrizat secara peribadi,” tegasnya.

Sebelum ini kata Syed Ali, beliau bersama beberapa pemimpin UMNO telah menegur Shahrizat berhubung isu NFC dan mendesak beliau melepaskan jawatan dalam kabinet tetapi kekal sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia.

“Ini bermakna saya menghormati Shahrizat sebagai wanita dan pemimpin sayap kanan parti tetapi beliau harus mengakui bahawa isu NFC ini menjejaskan kredibilitinya sebagai seorang menteri kabinet,” jelasnya.

Beliau juga berkata, penjelasan Mohamad Salleh mungkin boleh membersihkan imej Shahrizat yang turut terpalit dalam isu tersebut.

Syed Ali mengulas berhubung kekeliruan tafsiran kepada maksud kenyataan tersebut oleh sesetengah pihak terutama Pertubuhan Bukan Kerajaan (Ngo) dengan mendakwa beliau tidak menghormati status wanita.

“Saya adalah orang yang paling menghormati kaum wanita, sebab emak saya adalah wanita, malah wanita merupakan elemen penting dalam kehidupan manusia,” tegasnya.
“Saya ingin jelaskan ini kerana ada yang tersinggung dengan kenyataan saya, tetapi niat saya hanya ingin mempertahankan institusi UMNO, bukannya kepentingan peribadi individu tertentu,” tegasnya.

“Individu tidak penting pada saya, parti dan kerajaan yang lebih penting,” ujarnya.

Beliau berkata, selepas ini isu NFC tidak akan disentuh lagi kerana kemungkinan ada pihak tertentu berasa ‘kurang enak’ apabila pelbagai cerita mengenainya tersebar terutama menerusi laman-laman blog.
(dari blog http://www.umnobahagiancheras.blogspot.com/)

Wednesday, December 14, 2011

DAULAT TUANKU

SULTAN Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menyerahkan surat sumpah perlantikan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 selepas menandatanganinya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika Istiadat Khas Mesyuarat Raja-Raja ke-227 di Istana Negara, semalam. Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mencatat sejarah menjadi Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua. Kali pertama 1970-1975 ketika baginda berusia 43 tahun semasa pentadbiran Perdana Menteri ke-2, Tun Abdul Razak Hussein. - Foto BERNAMA
Pada tahun 1970-1975 Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menjadi Yang di-Pertuan Agong semasa Tun Radzak Hussein menjadi Perdana Menteri hari ini beliau menjadi Agong kepada anak Tun Razak, DS Najib.

DAULAT TUANKU.

Sunday, December 4, 2011

Aku lah ‘winnable candidate’

MR meluangkan masa ronda-ronda di sekitar Perhimpunan Agung UMNO lepas dan sempat bertemu dengan wartawan The Star, Joceline Tan dan beberapa wartawan dan bekas wartawan.

Realiti yang dapat MR rasakan ialah bahangnya di mana UMNO akan bersatu dalam PRU13 yang akan datang dan akan menyaksikan kemenangan hebat kepada DS Najib seperti PRU2004 semasa Pak Lah mula-mula mengambilalih tampuk kepimpinan.

MR tidak bercadang untuk membentang fakta dan hujah nya di sini kerana terlalu 'detail' dengan data dan statistik yang 'boring dan complicated' dan akan di tulis dalam media yang lain.

Dilihat pada tahun ini kehadiran rombongan pemerhati dari seluruh pelosok tanah air begitu ramai. Ada yang bertongkat, berkerusi roda dan dipapah malah jumlah yang ramai dari bermula dari perasmian sehingga hari terakhir ucapan penggulungan Presiden.

Ronda-ronda di bazaar jualan ternyata tidak dapat elak untuk senerih (bergesel) ponggong ke ponggong pengunjung membeli belah dan ramai yang kalam kabut buat sibuk.

MR juga berkesempatan bual-bual dengan beberapa Ketua Bahagian UMNO khasnya lebih gemar berjumpa Ketua-Ketua Bahagian dari negeri –negeri yang kalah kerana ingin mengetahui sendiri apa strategi dan perancangan mereka untuk menawan kembali negeri mereka dari pakatan pembangkang.

Di Negeri Selangor mereka lebih bertolak ansur dalam hal pencalunan kerana lebih akur dengan arahan Presiden. Aura dan kewibawaan kepimpinan DS Najib yang semakin terserlah yang juga merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor dikira mudah membuat percaturan calun-calun PRU13 kelak.

Pulau Pinang yang satu ketika dahulu berdegar-degar mahukan dari kalangan UMNO untuk menjadi Ketua Menteri pun telah boleh bertolak ansur dan sedar betapa pentingnya perkongsian kuasa jika mahu memerintah kembali Pulau Pinang. Penindasan DAP di bawah KM Lim Guan Eng yang sebenarnya amat serik untuk kalah sekali lagi.

Kemasukan ramai 'consultant-consultant' dari Singapura ke PP adalah petunjuk-petunjuk awal kemana akhirnya PP akan di bawa oleh DAP.

Tetapi yang menarik dan sukar ditafsir ialah politik Kedah. Kerana kesemua Ketua-Ketua Bahagian mendabik dada “akulah winnable candidate”.

"Kentut aku lebih wangi dari kentut Si Polan"

Peruntukan yang diberi Kerajaan Persekutuan untuk penyelarasan Kawasan-Kawasan Parlimen di Kedah ternyata telah menjadi sebab musabab perbalahan dalam UMNO Bahagian yang dasyat sehinggakan Ketua Bahagian, Timbalan, Naib Ketua dan sayap-sayap di bahagian hanya manis di depan tetapi kutuk-mengutuk di belakang.

Ketua-Ketua cawangan di akar umbi dipengaruhi untuk mendapatkan tempat “akulah winnable candidate yang dicari-cari selama ini".

“Tidak lain dan tidak bukan kerana si Polan bin si Polan itu tidak boleh pakai kerana songlap projek Parlimen” kata En Winnable Candidate itu lagi.

“I Ketua Bahagian, I menang 80 undi menjatuhkan En Loser Candidate dalam pertandingan UMNO Bahagian tempoh hari, so I deserve untuk menjadi winnable candidate” kata Datuk Winnable Candidate dengan sombong dengan kemenangan majoriti 80 undi yang dianggapnya besar seperti roda kereta lembu.

Inilah secebis sinario dari ribuan sinario yang sedang berlegar-legar di Kedah hari ini.

Konklusinya kepimpinan tertinggi UMNO harus mencari calun di luar kotak kerana semua di dalam kotak itu adalah “recycle candidate” yang telah kemurok (rotten).

Wasallam.

Tuesday, November 29, 2011

Wanita UMNO akan bahas "lembu dan kondo?"

PETALING JAYA: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil will use her opening speech at the Wanita Umno general assembly tomorrow to silence her critics over the “cows and condos” issue.

“Although it has nothing to do with me, I have one or two messages to deliver,” the Wanita Umno chief said at a press conference yesterday.

Shahrizat has been embroiled in the National Feedlot Centre controversy, accused of cronyism involving her family.

Women power: Shahrizat, her deputy Datuk Kemilia Ibrahim (front row, third from left) and Wanita Umno exco members showing their solidarity for the wing in Petaling Jaya yesterday.

She also stressed that the wing had not imposed a gag order on the issue and delegates were free to discuss it when taking part in the debates.

Shahrizat said she was prepared to tackle the matter head on to clear the air once and for all. “I am not going to flip. I am very clear on this.

“The Opposition is afraid of Wanita Umno’s strength. We are effective on the ground, serving the rakyat, and the Opposition is nervous about it,” she said.

Shahrizat said the “cows and condos” issue would not distract her from her main objective of heading Wanita’s machinery for the coming general election.

“We will not let politically-motivated criticism divert our attention.

“The spirit of comradeship is crucial in fighting the war against the Opposition,” she said


NOTA MR
Akhbar The Star telah mengutarakan tajuk berita yang menarik "Wanita Umno chief to tackle ‘cows and condos’ issue head on" seolah-olah Pergerakan Wanita UMNO Malaysia tidak ada isu lain untuk dibawa dalam perhimpunan agung UMNO yang diadakan setahun sekali.

Shahrizat telah terbawa-bawa dengan  isu ini sehingga diseret ke dalam kandang lembu oleh pihak pembangkang.

Inilah akibatnya jika pemimpin yang berkuasa terbabit dengan projek Kerajaan, isu-isu sebegini cukup mudah diputar belitkan oleh golongan-golongan pemutar alam.

Hakikatnya isu ini tidak mudah terhakis dalam pemikiran pengundi-pengundi di akar umbi kecuali Shahrizat "pusin satu Melaya" (meminjam kata-kata Ahmad Nisfu) memberi penjelasan.

Sejarah telah mengukir ramai pemimpin-pemimpin besar lelaki yang jatuh kerana wanita dan semoga sejarah tidak terpahat ada pemimpin wanita yang jatuh kerana lembu.

Wednesday, November 23, 2011

Api SEA Games Dipadamkan, Api di Dada Tetap Menyala - Kompas

Mungkin ramai berpendapat bersukan boleh merapatkan perhubungan, pergaulan dan kemesraan tetapi bersukan juga boleh mengakibatkan sebaliknya jika ‘sporting spirit’ telah luntur.

Sejauh mana Indonesia boleh menerima kekalahan dengan Malaysia dalam acara bola sepak Sukan SEA di dalam suasana hubungan kedua-dua negara sering diuji dengan pelbagai isu seperti isu perbatasan, pembantu rumah dan dakwaan pemilikan kesenian dan kebudayaan.

Suasana perlawanan yang penuh emosi itu merupakan satu tekanan yang ultra kepada pemain Indonesia dengan penyokong-penyokong yang fanatik diluar kawalan pihak keselamatan mereka sendiri, apabila berlaku kejadian-kejadian yang tidak diingini sebelum perlawanan dijalankan.

Menurut lapuran Shaharudin Mustafa dari Utusan, jurulatih pasukan Indonesia Rahmad Darmawan terpaksa memaksa beberapa pemain beliau untuk mengambil sepakan penalti pada malam itu kerana hanya tiga sahaja pemain yang sanggup dan yang lain takut akan risiko gagal menjaringkan gol.

Begitulah kuatnya tekanan yang mereka hadapi dari penonton, jurulatih sehingga kepada pemain pada malam itu.

Hakikatnya jiwa ribuan penyokong fanatik Indonesi sedang bergelora sebaik meninggalkan Stadium Gelora Bung Karno pada malam kekalahan tersebut.

Gelora ini tidak mudah padam malah sangat mudah dibara jika ada anasir-anasir pembelot yang mengambil kesempatan menyalakan unggun api kebencian kepada Malaysia untuk kepentingan politik peribadi sebagai persediaan menghadapi PRU13.

Geloranya jiwa Bung Karno terhadap Utari Tjokroaminoto, Inggit Garnasih, Fatmawati, Hartini, Yurike Sanger, Haryati, Kartini Manoppo dan Ratna Seri Dewi berganding dengan geloranya jiwa anasir ini akan merenggangkan lagi semangat serumpun kedua Negara.

Hakikatnya semangat dan gelora jiwa Bung Karno telah pun masuk ke dalam bilik-bilik tidur rumah kita melalui pembantu-pembantu rumah Indonesia yang kita gajikan menjaga anak-anak kita.

Monday, November 21, 2011

Tahniah Malaysia! Tahniah Anak Harimau!

Malaysia menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan penalti pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta sebentar tadi untuk mengekalkan pingat emas.

Tanniah kepada pejuang-pejuang!

Sunday, November 20, 2011

Konvensyen Media Sosial 1Malaysia - jangan ada agenda politik pribadi


Blogger sanggulmelayu sedang asyik mengumpul isu
Hari ini MR berkesempatan mengikuti Konvensyen Media Sosial 1Malaysia yang dihadiri seramai 1,968 pengamal media sosial termasuk bloggers. Ada yang aktif ada yang pasif dan ada yang ‘only talkative’.
Apa pun tahniah kepada pihak penganjuur yang dipengerusikan oleh Datuk Shakar Shamsudin dan seluruh AJK penganjur. Sempena konvensyen tersebut YAB DS Najib telah melancarkan Kelab Sukarelawan Media Sosial 1Malaysia – My Voice.
Salah seorang pembentang kertas konvensyen tersebut ialah blogger Tony Yew yang mendedahkan bahawa penubuhan All Blog gagal kerana blogger terkemuka penggerak All Blog telah mendapat habuan apabila mereka menjadi YB. All Blog hanyalah alat kepada mereka-mereka ini untuk menjadi YB.
Sebaliknya apabila tiba giliran blogger Dr Novandri membentangkan resolusi konvensyen salah satu resolusi tersebut ialah agar DS Najib mempertimbangkan calun dari kalangan bloggers dalam PRU13 yang akan datang. Lucu MR mendengar cadangan tersebut .
Apa yang menakutkan lagi janganlah pula Pengerusi konvensyen Datuk Shakar Shamsudin menjadi geli dan gatal mempergunakan konvensyen ini untuk kepentingan politik beliau untuk menyingkir MB Pahang, Datuk Adnan Yaakob.
Apapun syabas kepada penganjur konvensyen ini. Yang lebih bermakna MR berpeluang bertemu blogger manis http://www.sanggulmelayu.blogspot.com/ yang memang seorang blogger yang gigih dan tabah walaupun sedang berdepan dengan berbagai cabaran.

Saturday, November 19, 2011

RTM 2 Promosi Bak Kut Teh pada 16/11/2011 jam 12.21 tengahari

Memandangkan PRU13 semakin hari semakin hampir semua pihak harus dipikat hati mereka khasnya pengundi Cina. Ini kerana pengundi Melayu telah berpecah-pecah dan bercabang-cabang dan berpuak-puak. Melayu tidak bersatu lagi.

Maka tidak hairanlah di dalam usaha memikat pengundi Cina khasnya pengundi-pengundi “hawkers stall” RTM2 terpaksa menghiburkan mereka ini dengan mempromosikan sup makanan kegemaran mereka iaitu “Bak Kut The” dalam rancangan “Galeri Nasional Mandarin” Jam 12.21 tengahari pada 16/11/2011 yang lepas.

Rancangan selama lebih kurang 15 minit itu memaparkan bagaimana daging Babi dipilih di kandang, disiang, dimasak sehingga menjadi Bak Kut Teh dan ditunjuk juga teknik dan seni menghirup sup atau bubur Bak Kut Teh.

Salah seorang pengusaha Bak Kut Teh yang di wawancara berkata “ Bak Kut The memerlukan sokongan Kerajaan untuk memperkembangkan budaya Bak Kut Teh dalam Negara ini”.

Maka tidak hairanlah makin banyak kandang-kandang babi perlu diperluaskan untuk memenuhi keperluan Bak Kut Teh kelak.

Itulah betapa liberalnya stesyen TV Kerajaan hari ini kadangkala mengatasi stesyen-stesyen TV swasta sendiri.

Mereka terpaksa mengorbankan prinsip Melayu dan hukum Islam demi undi kaum minoriti.

Sunday, November 13, 2011

Tahniah di atas kehebatan Yuna


Blog MR ingin mengucapkan tahniah kepada Yunalis Zarai atau Yuna di atas kejayaan menggondol tiga anugerah dalam Anugerah Industri Muzik (AIM18) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada Sabtu semalam.


Yuna menerima anugerah Lagu Terbaik, Persembahan Vokal Wanita Terbaik menerusi lagu (Penakut) dan Anugerah Kembara kerana pencapaian cemerlangnya di AS.


Itulah hasil kehebatan artis yang popular melalui media baru Youtube yang seringkali bakat mereka tidak pernah dilihat oleh media perdana khasnya RTM, mereka seperti bulan yang ditutup awan. RTM masih lagi tidur sehingga generasi muda tidak lagi berminat untuk menonton RTM.


MR terpukau dengan sebuah lagu lama “Bulan Ditutup Awan” yang dinyanyikan oleh Yuna, sebuah lagu klasik yang satu ketika dahulu dinyanyikan oleh Rokiah Wanda telah  dibawa dengan cara yang tersendiri oleh Yuna.


Banyak lagu-lagu tua menjadi muda apabila wajah yang nyanyikan itu muda. Sebaliknya RTM kelihatan semuanya wajah-wajah tua.

Friday, November 11, 2011

Lembu Shahrizat dan Kerbau Tok Wan

Kerbau sebagai lambang kegigihan tenaga orang Melayu dan nilai yang tinggi
Sekitar umur 13 tahun sehingga 21 tahun setiap musim cuti sekolah MR kerap pulang kekampung di Kedah turun ke bendang bersama Tok Wan dan Tok Mamak (nenek saudara) mengacau mereka di sawah.

Kami cucu-cucu seringkali berkejar di belakang Tok Mamak ketika beliau sedang membajak tanah menggunakan kerbau sebelum menanam padi.

Kegemaran kami ialah menangkap haruan curut, keli, sepat benua dan puyu kerana apabila tanah diputar maka melompat-lompatlah ikan-ikan itu dan kami menangkap menggunakan cekap buluh.

Haruan, sepat benua dan puyu sungguh sedap dibuat pekasam.

Apapun yang MR ingin berkongsi di sini ialah Bahasa Kerbau yang digunakan oleh pesawah ketika itu khasnya pesawah-pesawah di utara Semenanjung sungguh unik, sehingga kerbau-kerbau tersebut faham arahan tuannya.

Berikut ialah di antara bahasa yang digunakan :
Ha'ih - Maknanya menyuruh kerbau berjalan
Chah - Maknanya menyuruh kerbau ke arah kanan
Sok - Maknanya menyuruh kerbau kearah kiri
Diam - Maknanya menyuruh kerbau berhenti
Serot - Maknanya menyuruh kerbau undur ke belakang
Paling Chah - Maknanya menyuruh kerbau pusing ke kanan
Paling Sok - Maknanya menyuruh kerbau pusing ke kiri

Hari ini semua itu hanyalah kisah kelmarin yang indah sebagai kenangan dan kerbau tidak berjawatan lagi kerana kerja-kerja membajak telah diambil alih oleh mesin Kubota dari Jepun.

Peredaran zaman hari ini lembu lebih berharga dari kerbau. Zaman Tok Wan dan Tok Mamak dahulu lembu banyak dipelihara dan sinonim dengan kaum Bengali untuk susu, sehingga ada lagu "Kici-kici lembu jaga".

Tidak pernah terlintas di kepala arwah Tok Wan dan arwah Tok Mamak ketika itu bahawa suatu hari nanti keluarga Pak Menteri pun berminat memelihara lembu dengan pelaburan jutaan ringgit.

Yang mereka tahu hanyalah kerbau berkerja keras membajak di sawah menggunakan kudrat mereka dan dibantu tenaga  kerbau dan berkomunikasi dengan bahasa kerbau. Kerbau dilihat sebagai kotor kerana berkubang di dalam sawah.

Konklusinya Kerbau ada bahasanya manakala lembu tidak pernah tahu bahasa.

Tuesday, November 8, 2011

Ali Rustam tak sayang undi

Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam meminta Pendaftar Pertubuhan membatalkan sahaja pendaftaran pertubuhan Sisters In Islam(SIS) kerana menyokong penganjuran Seksualiti Merdeka 2011.

Dalam erti kata lain, gesaan Ali Rustam itu adalah untuk ‘mengharamkan’ SIS dan jika diambil tindakan oleh ROS, SIS akan menjadi salah satu pertubuhan haram.

Apa kah Ali Rustam telah memikir masak-masak impikasi cadangan beliau itu? Beliau akan kehilangan banyak undi wanita liberal dalam PRU13 yang tidak berapa hari lagi saja ini.

Ali Rustam harus sedar pengaruh undi wanita liberal dalam PRU13 akan datang adalah kuat. Lihat sahaja kenyataan blog Marina Mahathir untuk menang dalam pilihanraya akan datang pengundi wanita liberal merupakan penentu kemenangan sesorang calun itu lihat how-to-win-election-not. dengan mengambil contoh kemenangan Parti Ehnnada yang membentuk Kerajaan baru Tunisia.

Mana mungkin ROS mempertimbangkan cadangan Ali Rustam itu kerana individu di belakang SIS bukannya calang-calang pejuang yang memperjuangkan hak-hak wanita, hak-hak gay,hak-hak lesbian, hak-hak pondan, yang bisexual, transeksual dan ‘jebong’.