Wednesday, January 17, 2018

NAJIB MENCACI MAHATHIR IBARAT ANAK MELUDAH KE MUKA BAPA

Buku terbaru Zainudin Maidin berjudul “Pergi Mampuslah UMNO” ternyata agak kasar tajuk nya tetapi tajuk ini telah dapat mengatasi buku “SHIT” karya saterawan Negara Allahyarham Shahnon Ahmad kerana Zam lebih realistik dan ramalan Zam ini sedang menanampakkan kenyataannya.

Ramalan Zam bahawa UMNO akan mampus yang disebabkan ramai rakyat semakin membenci pada UMNO dan di kalangan ahli UMNO sendiri yang sangat kecewa dengan Presiden mereka, Najib Razak.
Zam, Tokoh Wartawan Negara pada 2016 melihat serangan demi serangan oleh media kawalan Najib terhadap negarawan negara, Tun M adalah punca membangkitkan kemuncak kebencian kepada Najib Rosmah.
Hakikatnya, Najib Rosmah dan kuncu-kuncunya terpaksa melancar serangan habis-habisan terhadap bekas PM itu seperti tidak ada noktah lagi. Serangan sudah tidak dapat dielakkan lagi kerana untuk menutup banyak bangkai yang sedang berulat seperti 1MDB, isu FELDA, penyelewengan demi penyelewengan, rasuah demi rasuah, dasar luar yang banyak merugikan rakyat.
Orang Melayu tidak akan dapat menerima cara Najib. Serangan, caci maki, kata nista dan kutukan terhadap Mahathir bukanlah adab-susila budaya Melayu. Tidak sepatut yang muda berlaku biadap terhadap yang tua. Ianya samalah seperti anak meludah ke muka bapa sendiri. Tun Razak dilahirkan pada 1922 dan Mahathir dilahirkan pada tahun 1926.  Jika ditakdirkan Tun Razak masih hidup umur beliau ialah 96 tahun dan Mahathir kini 93 tahun. Perbezaan umur bapa Najib dan Tun Mahathir ternyata tidak jauh.
Apa juga alasan Najib untuk hamun Tun Mahathir tidak akan menjadi asas kerana semua rakyat sudah mula sedar kegagagalan dan hippokrasi Najib.  Ini termasuklah polisi-polisi yang gagal seperti GST dan samunan wang 1MDB ke akaun pribadi nya. Kegagalan  Menteri GST, Ahmad Maslan yang dahulunya berdegang-degang mempertahankan GST kini sudah hilang langsung, ada seperti tiada, seperti kehilangan MH370. Ahmad Maslan ternyata mewakili barisan menteri-menteri cabinet Pak Lawak dan badut. Pertemuan dengan Presiden AS yang ternyata anti Islam ternyata bodoh dan menjadi bahan tertawa rakyat.
Analisa Zam dalam buku “Pergi Mampuslah UMNO” sangat realistik. Mereka yang ingin mengetahui lebih mendalam ke mana akhirnya UMNO harus memiliki buku ini.
Kerana kekangngan kebebasan bersuara, tidak semua toko-toko buku yang berani menjual buku Zam ini tetapi ia boleh dibeli secara online. 

Yang berminat harganya RM35 (termasuk penghantaran). email : mamirokiah@gmail.com.

7 comments:

  1. MADEY CACI ORANG TAK PA PLAK..........



    PENYOKONG Pakatan menjadi bodoh sekali lagi bila Felda berjaya menyelesaikan isu pemilikan 20 lot tanah Jalan Semarak yang ditukar milik tanpa pengetahuan agensi tersebut semalam. Gagal semua propaganda Pakatan konon tanah Felda tergadai, kena bayar RM 2 billion dan sebagainya.

    Selesainya masalah ini juga menunjukkan bahawa semua makmur di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak. Tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan terutama majoriti masalah yang disebabkan polisi mengutamakan kroni yang diamalkan pentadbiran Mahathir dulu.

    GST ganti SST, tol banyak dah hapus, monopoli tenaga elektrik dah lebur, MAS dah pulih, rizab negara dah meningkat tidak lagi lesap, penstrukturan subsidi, BR1M dan sebagainya.

    Kalau zaman Mahathir dulu syarikat-syarikat besar macam Perwaja, Binariang, Naluri Bhd, Renong semuanya kini dah jadi sejarah. Zaman Najib ini syarikat macam 1MDB, berjaya menyelesaikan banyak hutangnya dalam jangka masa pendek tanpa menyentuh sesen pun duit rakyat. Malah Proton yang tak pernah untung atas usaha sendiri sejak ditubuhkan itupun, kini berada di landasan yang betul untuk pertama kalinya mencatatkan untung atas kaki sendiri buat pertama kali.

    Itu yang bernafsu betul Mahathir nak menjadi Perdana Menteri semula sebab negara ini semakin kaya dibawah Najib. Rizab melebihi RM 400 billion sekarang, zaman Mahathir dulu hanya mimpi dan khayalan, gamaknya itu yang tak sabar untuk Mahathir habiskan.

    Kalau negara ni nak bankrap, ekonomi tenat, ingat berebut orang nak jadi Perdana Menteri ke walaupun umur dah 93 tahun? Pakai otaklah sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro, ko pakai otak tapi berfikiran camni?? wow..pelik!!

      Delete
    2. tulisan yg syok sendiri...fakta palsu...tolong gunakan la akal yang Allah beri dengan sebaik2nya..muhasabah diri..baru dapat menilai kebenarannya.

      Delete
    3. (1) siapa yang pindah milik tanah felda tu? parti mana? siapa ketuanya? kalau la pemilikan tanah felda ni tidak diketahui mungkinkah perpindahan milik tanah ini menjadi realiti?

      (2)makmur sangatkah zaman najib ni? org yg bergaji kerajaan sja yang alhamdullilah ok... org yang tiada kerja.. tiada pendapatan tetap... org kampung... mcmana pulak... atau kita biarkan sahaja nasib mereka macam tu... padan muka mereka!!!!

      (3) dulu SST.. harga barang tak naik sangat... tapi bila ada GST ni.. harga mencanak turun!!!!!

      (4) Kroni masa TM dulu tidak membebankan rakyat... dan tidak ada pun dengar TM dapat komisyen.. klu awak ada bukti sila la laporkan pada SPRM.... apa susah...

      tapi zaman najib ni awak pastikah tidak ber kroni... klu awak pasti samada awak ni kurang membaca atau kurang pengetahuan.

      (5) katakan 1mdb berjaya dan katakan saya bersetuju 1mdb berjaya... yang duit 1mdb tu masuk akaun peribadi najib.. rasanya betulka??? klu awak tak tau sekali lagi awak ni memang tak membaca.

      (6)negara semakin kaya? awak biar betul.... rasanya bahan bacaan awak ni dapat sumber yang salah atau memesongkan fakta... cuba check berapa hutang luar negara?

      (7)kalaula TM ni bernafsu untuk cekau duit negara ni disebabkan rizab melebihi RM 400 bilion bagus lagi dia diam-diam dan mendapat sedikit laba dari rizab ni...

      tapi apa pun sayang awak ni dijadikan manusia... sebab manusia ni dikurniakan akal dan fikiran... klu tidak ada akal dan fikiran samala mcm meja ka kerusi ka pintu ka...

      wasalam

      Delete





  2. Mahathir memaki hamun Tengku Abd Rahman itu ibarat apa pula????




    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba dulu tuan.. post dalam sini yang Mahathir memaki hamun Tengku... aku nak tengok la Tuan..

      Delete
  3. Salam Mummy.
    Lama xnampak kat sini.Sedang 'warm up' ke?

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.